Yogurt CalciYum

8/24/2015 10:11:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hari Isnin dah bertandang lagi.. Bermulanya hari kerja pertama bagi negeri selain, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor..

Wuishh macam biasa laa angin untuk merajin baru ada sikit demi sikit.. Tapi dalam merajin, ada jugak bahan nak letak kat sini..

Bukan apa, nak mengurangkan rasa mengantuk mungkin sebab makan nasi lemak awal pagi tadi.. Harap lepas siap entry nih, angin mengantuk menghilang laa..

Okey laa baru nih dah cerita pasal Crunch Wafer dan Cooler Bag.. Hari nih nak cerita pasal Yogurt CalciYum keluaran Fernleaf nih.. Izzat ngan Kimie memang suka Yogurt CalciYum nih..

Mulanya ada tengok beli, 4 Yogurt CalciYum dapat 1 kara popsicle stick dalam pek.. Kalau beli yang tuh, maunya gaduh kan Izzat ngan Kimie.. Makanya Eyda ambil, 8 Yogurt CalciYum dapat laa 2 kara popsicle stick dalam pek.. Harga pun lebih murah jika nak banding beli dua pek 4 Yogurt CalciYum tuh..

Dia ada 32 pilihan bentuk dan warna berbeza untuk kara popsicle stick nih.. Eyda pun masa nak beli tu risau jugak takut dapat warna pink.. Aiyakk maunya tak mau bebudak nih..

Kat bawah nih kotak Yogurt CalciYum yang ada popsicle stick tuh.. Boleh laa kalau yang nak beli tuh kan.. Boleh jugak buat yogurt popsicle untuk anak-anak..

 

Percuma 2 Kara Popsicle Stick dalam pek..


Setiap pembelian 8 Yogurt CalciYum akan dapat percuma 2 Kara Popsicle Stick.. Jika beli 4 Yogurt CalciYum hanya akan mendapat percuma 1 Kara Popsicle Stick..



Siap ada cara buat lagi.. Simpan 3 jam atau lebih dalam
tempat beku..


Hanya 3 langkah mudah untuk menukarkan CalciYum nih daripada Yogurt menjadi Yogurt Popsicle.. 

1 Masukkan Popsicle Stick ke dalam Yogurt CalciYum
2 Bekukan Yogurt CalciYum ke dalam tempat sejuk beku minimum 3 jam
3 Keluarkan Yogurt CalciYum yang telah bertukar menjadi Yogurt Popsicle

Mudah dan senang untuk dinikmati..


Perisa yang ada dalam kotak.. Memasing dapat sorang
satu perisa.. Tak payah gaduh-gaduh..


Untuk 8 pek Yogurt CalciYum akan ada 2 pek perisa strawberi, 2 pek perisa mangga, 2 pek perisa anggur dan 2 pek perisa vanilla..

Untuk 4 pek Yogurt CalciYum akan dijual 2 pek perisa strawberi dan 2 pek perisa mangga atau 2 pek perisa anggur dan 2 pek perisa vanilla..

Apapun semua perisa Yogurt CalciYum nih memang sedap..


2 Popsicle Stick yang dapat..


Cantik tak 2 Popsicle Stick yang dah Eyda dapat? Nak macam nih? Jom beli Yogurt CalciYum..


Inilah rupa Yogurt Popsicle.. Model nih
kata sedap.. Hehehe..


Memang sedap pun Yogurt Popsicle nih.. Eyda dah rasa Yogurt Popsicle perisa Mangga.. Korang pun boleh laa cuba, kanak-kanak mesti suka.. Bukan saja kanak-kanak orang dewasa pun suka dengan rasanya..  





You Might Also Like

38 comments

  1. wahh,,best ni..Alysa & danish mesti suka ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli laa murni, mesti Alysa dan Danish suka..

      Delete
  2. anak2 Cie suka sangat calci yum nih. Kakak panggil 'noning'. hihi

    ReplyDelete
  3. akak Fidah ada tag akak 1 segmen tau..
    http://afidahazmi88.blogspot.com/2015/08/giveaway-voucher-emel-melinda-looi.html

    ReplyDelete
  4. sedap tengok model tu makan.. heheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mestilah sedap, yugurt popsicle yang terakhir tuh dia makan,.

      Delete
  5. tak pernah lagi rsa .... sedap x

    ReplyDelete
  6. macam aiskrim....akak tak pernah jumpa lagi...sebab kalau nampak pun tak pau fungsi....lewpas ni boleh pi cari..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, dia macam aiskrim.. cuma nih aiskrim daripada yogurt.. cari lekas Fida.. sedap nih..

      Delete
  7. Replies
    1. tengok pun terliur, dah makan, mesti nak lagi..

      Delete
  8. ahaaa...menarik! budak2 mmg suka ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe memang menarik, kalau tak ibu nih tak beli laa untuk anak-anak..

      Delete
  9. Wah, teringin pula tengok... Tapi malu nak pi beli. Haha ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa beli jer Zumal.. bukan tulis khas untuk kanak-kanak.. hehehe..

      Delete
  10. tak pernah cuba lagi calciyum...boleh cuba lepas ni nampak sedap

    ReplyDelete
  11. meleleh pulak air liur tgk model mencuba hasilnya....hahahha

    ReplyDelete
  12. dap ni.. bukan budak2 je suka.. Kekti pun suka hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu CT bukan budak2 saja yang suka.. kita pun suka jugak..

      Delete
  13. selalu pegang, then letak balik...

    motip..? sendiri pun tak tau... haha

    ReplyDelete
  14. Wah. Menarik bab bleh jadi mcm eskrem tu.
    aida jarang beli calciyum.
    tak galakkan agt anak2 makan... sesekali aje :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eyda pun dah lama tak beli.. bila tengok CalciYum nih jadi berkenan plak.. itu yang beli..

      Delete
  15. Saya suka makan yogurt yg dibekukan....errr orang tua leh makan calciyum ni tak? ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh Farrah.. jangan makanan untuk orang dewasa, kanak2 atau baby yang makan sudah..

      Delete
  16. Menarik nie.. nanti nak cari lah..

    ReplyDelete
  17. Replies
    1. Sedap nih Zai, nanti beli laa extra untuk mak sekali..

      Delete
  18. Replies
    1. bukan saja nampak sedap, memang makan pun sedap..

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti