Rajin mengomen

SeRaNGaN Di PeTaNG HaRi

9/30/2015 05:10:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Minggu yang agak sibuk dengan menyiapkan seberapa banyak kerja yang dah bertimbun-timbun atas meja.. Alhamdulillah majoriti dah hampir siap.. Baru laa nampak rupa meja skit..

Maaf laa sekiranya dah agak kurang Eyda berkunjung ke blog korang.. Blog sendiri pun dah agak terabai.. Tapi kekadang update jugak laa citer yang simple-simple.. Citer yang panjang berjela masih lagi berada dalam simpanan.. Huhuhu banyak hutang blogwakling ngan entry dah ni..

Okey laa, panjang lebar plak membebelnya.. Jom layan cerita pendek Eyda di petang hari.. Amboi sebelum Eyda nak tutup PC, masih ada lagi yang buat serangan kat blog Eyda..



Sapa laa yang merajin tinggalkan begitu banyak komen nih.. Setelah Eyda bukak, rupanya kerja Cik Mimie dan juga Jari Manis.. Thanks sudi menceriakan blog Eyda yang agak tak terurus kebelakangan nih.. Maaf ya, Eyda pun dah jarang menyerang macam dulu.. Sibuk teramatnya..

Jom tengok sebahagian komen yang mereka tinggalkan..






Inilah sebahagian komen yang masuk.. Serangan hari terakhir di bulan September.. Esok kan dah berubah ke bulan Oktober.. Eyda jugak tak mampu nak menyerang sebanyak nih..




wordless wednesday

WoRdLeSS WeDNeSDaY #31

9/30/2015 03:38:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Entry Wordless Wednesday lambat bersiaran plak hari nih..





ORANG YANG SUKA MEMBUAT ORANG LAIN SUSAH,
SEBENARNYA LEBIH SUSAH,
DARIPADA ORANG YANG DISUSAHKANNYA...
 
KERANA DIA TIDAK PERNAH TENANG,
MELIHAT ORANG LAIN SENANG...
 
 
 
 


info

Hari Kopi Antarabangsa

9/29/2015 10:54:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Dah sarapan ke semua? Eyda, Alhamdulillah dah sarapan dengan nasi lemak pagi nih.. Macam biasa minum air masak atau air kosong jer..

Tahukah korang hari nih merupakan Hari Kopi Antarabangsa? Eyda pun baru tau bila tengok paper hari nih.. Penuh iklan kopi Wonda kat paper Berita Harian (BH) hari nih..





Siap buat promosi macam-macam lagi.. Korang boleh dapatkan kopi Wonda dengan pelbagai perisa dengan hanya RM1 jer di 7 eleven .. Murah betul.. Tetiba rasa nak minum kopi plak hari nih.. Dah jarang minum kopi sekarang..

Sebenarnya di dalam keburukan meminum kopi, masih banyak kebaikannya.. Di sini Eyda senaraikan 10 Kebaikan Minum Kopi untuk Kesihatan

Meminum kopi boleh meningkatkan tahap hormon tekanan dalam badan dan mencetuskan ketagihan kafein. Walau bagaimanapun, berikut adalah beberapa manfaat kesihatan kopi, dengan syarat anda mengehadkan penggunaan krim dan gula.
 
1 Kopi mencegah penyakit batu hempedu
Penyelidik Harvard pada tahun 2002 mendapati bahawa wanita yang minum sekurang-kurangnya empat cawan kopi sehari mempunyai risiko 25 peratus lebih rendah daripada batu karang. Kajian sebelum ini mendapati keputusan yang sama untuk lelaki.
 
2 Kopi boleh mencegah kemurungan
Wanita yang minum dua hingga tiga cawan kopi sehari 15 peratus kurang berkemungkinan untuk mengalami kemurungan, dan orang-orang yang minum empat cawan mempunyai risiko 20 peratus lebih rendah, menurut laporan 2011 dalam "Arkib Perubatan Dalaman."
 
3 Kopi boleh meningkatkan daya ingatan
Kopi boleh membantu meningkatkan daya ingatan, kedua-dua panjang dan ingatan jangka pendek. Dalam satu kajian 2005 yang dibentangkan di Persatuan Radiologi Amerika Utara, para penyelidik mendapati bahawa pengambilan dua cawan kopi berkafein meningkatkan daya ingatan jangka pendek dan kelajuan tindak balas.

Lebih menarik, satu kajian pada tahun 2007 mendapati bahawa wanita yang berumur 65 tahun ke atas yang kerap minum 3 cawan kopi atau lebih sehari mempunyai prestasi yang lebih baik dalam ujian ingatan dan kurang berkemungkinan untuk menunjukkan kehilangan ingatan daripada orang-orang yang minum hanya satu cawan sehari .
 
4 Kopi mengurangkan risiko penyakit kencing manis
Kajian menunjukkan bahawa peminum kopi kurang cenderung untuk membangunkan diabetes jenis 2. Satu laporan pada bulan Januari 2012 dalam 'Jurnal Pertanian dan Kimia Makanan' kemudian menjelaskan mengapa. Ini kerana kesan daripada sebatian yang terkandung dalam kopi akan menghalang hIAPP, polypeptides yang boleh menghasilkan gentian protein yang tidak normal, yang terdapat pada orang dengan diabetes jenis 2.
 
5 Kopi merendahkan risiko kanser
Penggunaan kopi telah dikaitkan dengan penurunan risiko kanser payudara, endometrium, prostat dan kanser hati, dan mereka yang berkaitan dengan obesiti, estrogen dan insulin. Satu kajian 2008 di Sweden mendapati bahawa minum sekurang-kurangnya dua hingga tiga cawan sehari boleh mengurangkan risiko atau melambatkan serangan kanser payudara.

Tetapi bukan sahaja wanita yang mendapat manfaat. Satu kajian baru-baru ini keluar dari Harvard School of Public Health mendapati bahawa -baik kopi biasa atau tanpa hasil kafein- risiko menurun kanser prostat.
 
6 Kopi meningkatkan metabolisme badan
Kopi boleh membantu anda mengekalkan - atau berat menurunkan-. Satu kajian yang lama pada tahun 1980 mendapati bahawa kafein yang terdapat dalam kopi merangsang metabolisme badan, dan ia adalah hanya dalam "biasa," manakala pada orang yang gemuk, mereka mengalami pengoksidaan lemak yang lebih besar.

7  Kopi mengurangkan risiko penyakit Parkinson
"Jurnal Persatuan Perubatan Amerika" pada tahun 2000 mendapati bahawa pengambilan kafein dan kopi akan menghasilkan risiko yang lebih rendah untuk membangunkan Parkinson. Satu kajian 2010 juga mendapati bahawa minum 2-3 cawan kopi setiap hari menjadikan seseorang mempunyai peluang 25 peratus lebih kecil untuk mengalami penyakit ini.

8  Kopi mengandungi antioksidan yang tinggi
Seorang penyelidik Harvard, Edward Giovannucci, dalam kajian yang diterbitkan dalam "Cancer Epidemiology, Biomarkers & Prevention," menyatakan bahawa kopi mempunyai lebih banyak antioksidan daripada kebanyakan sayur-sayuran dan buah-buahan. Malah, satu kajian 2005 mendapati bahawa kopi adalah unrutan pertama sebagai sumber antioksidan dalam diet Amerika.

9 Kopi meningkatkan prestasi dan prestasi
Kopi - dan kafein di dalamnya - telah ditunjukkan dalam beberapa kajian boleh meningkatkan ketahanan dan prestasi jangka pendek. Satu kajian 2008 membuat kesimpulan bahawa manfaat kafein sebelum bersenam muncul dalam ketahanan (ketahanan), saat itu berhenti-dan-pergi dan dalam aktiviti berintensiti tinggi jangka panjang. Ia juga boleh membantu atlet berprestasi baik semasa latihan kekuatan - walaupun kurang tidur - jika diambil satu jam sebelum bersenam pada dos 4 mg per kg berat badan.


10 Kopi boleh mencegah gout
Satu kajian 2007 di kalangan lelaki berusia lebih daripada 40 tahun yang menghubungkan penggunaan kopi jangka panjang dengan risiko yang lebih rendah gout, satu keadaan keradangan yang disebabkan oleh peningkatan tahap asid urik. Tidak kopi biasa atau bebas Kafeina akan memberi kesan yang positif, dan mereka yang minum enam cawan sehari mempunyai risiko 60 peratus lebih rendah mengelakkan keadaan artritis.




Sumber diedit dari kredit dan gambar dari Google



hasil kraf

JoM BeRkRaF

9/28/2015 02:42:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hari nih tak tau Eyda nak kategorikan.. Monday blues ke apa.. Malas ada laa skit, tapi dah tengok kerja bertimbun sampai boleh buat kubu pertahanan, abis monday blues apa bagai.. Nasib laa dah berkurangan skit timbunan fail atas meja..

Memandangkan tadi keluar makan kerana kelaparan tahap tak mampu nak ngadap kerja, jadinya keluar awal laa makan tengahari.. Bahagia betul boleh keluar makan awal.. Hehehe, jangan ikut macam Eyda tau..

Lepas makan tadi, sempat jugak cari stok untuk mengunyah kat opis nih.. Alhamdulillah dapat jugak cari stok yang menepati kehendak perut Eyda yang selalu mintak diisi nih..

Dalam beli stok makanan, sempat jugak mata nih tengok barangan kraf.. Semua nih gara-gara dah terpengaruh dengan Farrah MF.. Lagipun dah lama Eyda tak berkreatif, dulu sebelum kahwin memang suka buat macam-macam kraf yang simple..

Sekarang nih nak mula balik minat dan kreatif yang dah lama hilang tuh.. Harap skill tu masih ada laa walaupun dah lama tinggal..


Barangan untuk berkraf..


Ada lagi bahan yang tak cukup.. Tak apa, bila ada bahan dan dah siap hasilnya, Eyda akan kongsikan kat sini ya.. Tak sabar nak mulakan kraf dengan barangan yang baru beli..



SAMPUL DUIT
 
 
Keinginan Eyda untuk berkraf juga disebabkan Eyda buat sampul duit sendiri baru nih.. Yelah, masa tu Eyda guna jer apa yang ada kat rumah.. Nasib laa nak buat sampul duit sendiri nih tak memerlukan peralatan yang banyak, asalkan ada kertas berwarna atau bercorak, gunting atau pisau dan gam dah memadai.. Dijamin menjadi..
 

 
Eyda guna gam dan gunting nih jer selain kertas warna bahan utama..

Pandangan dari depan sampul duit Eyda..


Pandangan dari belakang sampul duit Eyda..



Sekeping kertas bersaiz A4 mampu menghasilkan 2 sampul duit yang sederhana besar.. Tak sangka comel jer hasilnya.. Lekukan kat bahagian atas tuh guna gunting biasa jer tuh yang tak sama dan senget skit..




tazkirah Jumaat

TaZKiRaH JuMaaT #30

9/25/2015 10:14:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Salam Jumaat buat semua..
 

 
 
Seseorang yang memberi
petunjuk kepada kebaikan
sama pahalanya seperti
orang yang melakukannya
 
(HR. Bukhari)
 
 
 

berita

Rumah Rosak Ketika Hujan Lebat

9/23/2015 02:03:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Ada yang dah bercuti? Yang mana dah bercuti, selamat bercuti diucapkan.. Yang mana masih bekerja, selamat menjalankan tugas..

Eyda hari nih nak citer peristiwa yang berlaku sekitar waktu Asar hari Ahad (20 September 2015) yang lalu.. Kalau ikutkan waktu itu hanyalah hujan lebat sahaja..

Tak sangka ada angin kuat sehingga menerbangkan sebahagian bumbung nih.. Eyda pun terkejut dan bersimpati dengan apa yang berlaku..

Kejadian ini telah menimpa rumah mak ayah sahabat Eyda masa kecil, dalam erti kata yang lain jiran selang sebuah daripada rumah mak ayah Eyda..

Kejadian itu juga telah merosakkan sebahagian bumbung tingkat atas rumah mak ayah sahabat Eyda nih.. Selain itu, banyak barangan di dalam rumah turut sama rosak.. Ada lantai tingkat atas yang rosak dan berlubang sehingga menyebabkan bahagian bawah rumah turut sama basah..

Kejadian menyebabkan sahabat Eyda terpaksa mengemas rumah, memindahkan sebahagian barang dan tinggal di rumah adik beradiknya yang terdekat..


Dari depan rumah

Sisi yang rosak

Bahagian belakang yang rosak


 
Eyda baru sahaja dapat menghubunginya melalui FB, khabarnya mereka akan meruntuhkan bahagian tingkat atas yang rosak dan membaiki rumah tersebut.. Semoga sahabat Eyda dan keluarganya tabah dalam menghadapi ujian ini..
 




wordless wednesday

WoRdLeSS WeDNeSDaY #30

9/23/2015 09:10:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..





"It is hard to fail,
but it is worse
never to have tried
to succeed."
 
 
- Theodore Roosevelt
 
 
 
 


al-fatihah

Al-Fatihah

9/22/2015 01:49:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hari ni baru sempat singgah sini setelah beberapa hari sibuk dengan pelbagai urusan..




Semalam 21 September 2015 (Isnin) perkhabaran berita yang sedih untuk Seluruh Rakyat Kedah Darul Aman.


1. DYTM Raja Puan Muda Kedah Mangkat awal pagi semalam. Menteri Besar Kedah mengumumkan tempoh berkabung sehingga 27 September 2015.



Berita Harian Online


2. Dato' Mursyid DiRaja Tan Sri Syeikh Abdul Majid Bin Mohd Noor (Mufti Kedah Pertama) telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi di Menara Zakat setelah menghadiri mesyuarat zakat pagi semalam.

3. Dua orang Jemaah Haji dari Kedah yang hilang semasa tragedi Kren tumbang di Makkah disahkan Meninggal dunia berdasarkan pengecaman indentiti keduanya oleh keluarga mangsa.



Al Fatihah buat semua..



Sumber daripada whatsapp dan berita harian..





berita

Imam Masjid Negara Ditampar Ketika Solat Jumaat

9/18/2015 05:05:00 PM





Kuala Lumpur: Solat Jumaat di Masjid Negara, di sini, terhenti seketika apabila serang lelaki, dipercayai bangsa Arab tiba-tiba mengamuk.

Kejadian berlaku ketika Imam Masjid Negara, Mohd Zuhairee Mohd Yatim, sedang membacakan surah pada rakaat pertama, apabila lelaki itu datang ke hadapan dan menolaknya, seolah-olah mahu menjadi imam.

Melihat Mohd Zuhairee meneruskan bacaan, lelaki itu menamparnya sebelum pasukan keselamatan tampil mengheret lelaki itu keluar daripada ruang solat utama.

Mohd Zuhairee kemudian meminta makmum mengulangi solat yang diimamkannya.



Sumber berita whatsapp dan astro awani..


tazkirah Jumaat

TaZKiRaH JuMaaT #29

9/18/2015 08:45:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Kurang update dan blogwalking seminggu nih..

In shaa Allah Eyda akan cuba luangkan sedikit masa untuk singgah ke blog korang.. Maaf laa Eyda agak sibuk sangat sekarang..




MENCARI HIKMAH di setiap kejadian yang menimpa 
itu kadang-kadang tidak terlihat oleh hati yang sedang berputus asa..

HIKMAH hanya akan dapat dilihat oleh orang yang memang pasrah terhadap  
percaturan takdir Allah,
tapi dalam masa yang sama berusaha dan berusaha..
untuk mencari ibrah serta 
KEKUATAN disebalik apa yang sedang dan telah berlaku..





anugerah perkhidmatan terpuji

Anugerah Perkhidmatan Terpuji 2014

9/17/2015 03:11:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Gigih jugak Eyda siapkan entry nih.. Malas nak edit gambar banyak-banyak, letak yang penting sudah laa kan.. Yang penting kenangan buat diri sendiri ada tersimpan di sini..

Apapun pertama sekali Eyda nak memohon maaf sekiranya ada yang menganggap Eyda nih nak menunjuk atau menunjukkan bahawa diri Eyda hebat atau sebagainya.. Entry nih hanya sebagai kenangan buat diri, yang mana memori diri cepat meresap dan menghilang dari ingatan..

Apapun ini cerita Eyda dua minggu lepas.. Baru hari nih sempat siapkan entry nih.. Tak apa laa, bukan nak menunjuk kat sesiapa pun.. Hanya sebagai memori dan ingatan buat diri sendiri saja..




Anugerah Perkhidmatan Terpuji (APT) ini baru saja jabatan Eyda diadakan bermula pada tahun lepas untuk pekerja yang mendapat LNPT 90% dan ke atas dan tidak layak mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kerana kouta yang terhad.. Anugerah ini jugak diberikan kepada pekerja bertaraf kontrak yang tidak layak menerima APC..

Tahun ini merupakan tahun kedua Eyda menerima APT nih.. Entry terdahulu ada di SINI..




Antara penerima APT.. Cuba cari kat mana Eyda?


 
 
Alhamdulillah kali nih dapat sijil dan plaque.. Selain itu, ada jugak sourvenir yang lain, jadi laa kan ada jugak kenangan.. Hehehe bagus betul pakaian Eyda kali nih.. Yelah, mana taknya jarang pakai kasut bertutup, kali nih kena pakai.. Siap ada garis panduan pemakaian, kena berpakaian formal.. Sebab tu laa Eyda tetiba memborong kasut.. Entry berkaitan ada di SINI..




wordless wednesday

WoRdLeSS WeDNeSDaY #29

9/16/2015 06:24:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..



Life goes on...
Wheather you choose to move on and
take a change in the unknown.
Or stay behind, locked in the past,
thinking of what could've been.




info

Jerebu

9/15/2015 09:13:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Jerebu semalam teramat teruk kan.. Hari nih, alhamdulillah bertambah ok.. Apapun banyakkan minum air dan kurangkan aktiviti luar..




Nak tahu info mengenai Jerebu, meh kita baca skit..

Jerebu mengandungi bahan kimia asing halus yang terbakar. Bahan ini amat mengancam keseimbangan oksigen di dalam sel melalui sistem pernafasan yang terancam.

Jangan lupa minum air kelapa dan limau nipis sahaja ketika bencana ini.

Air kelapa mengandungi oksigen larut mudah menembusi sel. Limau nipis adalah Vitamin C asli yang dapat menyerap asid sebelum sempat bertukar menjadi gas yang lebih merbahaya..



Sumber daripada Prof. Dr. Norhisham Wahab.. www.profnorhisham.blogspot.my



hari ini dalam sejarah

Hari Ini Dalam Sejarah - Tragedi Feri Karam di Sungai Kerian

9/13/2015 01:56:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hari nih, Eyda ingin mengimbau kejadian yang menggemparkan negara 43 tahun yang lalu iaitu 13 September 1972..

Walaupun Eyda masa tuh belum ada di dunia nih, tapi bila membacanya kejadian ini amat menyayatkan hati..



Jom kita baca kisahnya..


Dahulu Bandar Bharu (Kedah) dan Parit Buntar (Perak) dipisahkan dengan Sungai Kerian, bezanya 43 tahun yang lalu perhubungan antara dua pekan kecil ini ialah melalui feri tarik yang diikat dengan sistem pulley dan ditunda oleh bot kecil dari belakang. Feri ini perlu menyeberang Sungai Kerian sejauh hampir 100 meter dengan 20 minit perjalanan.

Kesibukan feri ini selalunya ialah pada waktu anak-anak ke sekolah kerana itu sahaja perkhidmatan atau laluan yang menghubungkan antara Bandar Bharu dan Pekan Parit Buntar.

Semasa peristiwa itu berlaku sekitar jam 7 pagi, hujan dikatakan lebat dan arus sungainya deras sehingga salah satu tali yang memastikan keselamatan supaya feri tidak dipukul arus putus.

Semasa itulah muncung feri mula tercuram sedikit demi sedikit sehingga bas yang berada di atas feri secara perlahan-perlahan menjunam ditelan arus deras.




Pada ketika itu, mendiang S Annamalai iaitu pemandu feri tersebut telah bertungkus lumus untuk menyelamatkan mangsa.. Beliau telah terkorban akibat terlalu penat menyelamatkan 7 orang pelajar..

Walau bagaimana pun kejadian ini telah mengorbankan 27 orang termasuk 25 pelajar.. 17 daripada pelajar itu merupakan pelajar Sekolah Rendah Methodist Parit Buntar dan selebihnya pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Cina) Kerian.

Kejadian ini menyebabkankan perkhidmatan feri yang menghubungkan Parit Buntar - Bandar Baharu dihentikan serta merta. Ianya digantikan dengan pembinaan Jambatan Sultan Idris pada tahun berikutnya..



Sumber disunting dari themalaysiainsider.com dan harian metro Ahad (13 September 2015)..



Eyda

KFC Masak Merah Rice Wrap

9/11/2015 02:03:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Dah pernah rasa KFC Masak Merah Rice Wrap? Eyda dah pernah rasa gara-gara Kimie nak makan sesangat.. Bagi Eyda sedap tapi sedikit pedas..




Anda boleh pilih KFC Masak Merah Rice Wrap Jumbo nih samada Combo atau Ala Carte..

Harga KFC Masak Merah Rice Wrap Jumbo Combo rm8.90.. Set combo nih ada KFC Masak Merah Rice Wrap Jumbo, kentang goreng, dan minuman 7 up saiz sederhana..


KFC Masak Merah Rice Wrap Ala Carte pula berharga rm6.90..




 
Inilah KFC Masak Merah Rice Wrap Ala Carte yang Eyda beli buat Kimie..





 
Isi dalam KFC Masak Merah Rice Wrap.. Nampak rupa tak berapa menarik, tapi rasa sedap walaupun sedikit pedas..



tazkirah Jumaat

TaZKiRaH JuMaaT #28

9/11/2015 09:06:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Sekejap jer dah menjengah ke hari Jumaat.. Cepat betul masa berlalu.. Adakah kita masih menjadi orang yang sama, atau berubah mengikut waktu?

Jika berubah, semoga kita berubah ke arah kebaikan.. Jika sebaliknya, cepat-cepatlah insaf berubah ke arah kebaikan.. Pesanan untuk diri sendiri juga..




"Sungguh unik perkara orang mukmin,
sesungguhnya semua perkara adalah baik.
Jika ia mendapat kebahagiaan,
ia bersyukur dan jika ia mendapat ujian ia bersabar,
maka (hal itu) merupakan kebaikan baginya."
 
 
(HR.Muslim)
 
 
 


Eyda

Shopping Dengan ZALORA

9/10/2015 01:21:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hari nih nak citer Eyda memborong di ZALORA.. Ini merupakan pengalaman Eyda memborong dengan Zalora..

Alhamdulillah pengalaman pertama Eyda dengan Zalora memang okey.. Mana taknya, lewat petang Jumaat (28 Ogos 2015) lebih kurang jam 5.00 petang Eyda memborong.. Hari Selasa, barang dah sampai.. Memang cepat mereka proses dan membuat penghantaran.. Sedangkan hari Sabtu, Ahad dan Isnin minggu tersebut cuti..




Begini alkisahnya, Eyda kena attend satu program yang mensyaratkan pemakaian kasut bertutup.. Kasut bertutup lama dah rosak, sampai sekarang tak beli baru lagi.. 

Bila teringat baucar ZALORA, Eyda terus bukak web ZALORA.. Apa lagi, masa untuk menggunakan baucar untuk memborong kasut.. Hehehe sekali memborong dua pasang terus.. Tamak betul kan Eyda.. Apa salahnya, sesekali memborong..

Eyda beli kasut biasa-biasa jer, asalkan sedap memakai dah memadai.. Jom ushar skit hasil borongan Eyda dengan ZALORA..

Sandal SPiFFY berharga RM69.90

Sekarang dah tak minat kasut tinggi-tinggi.. Sedap kasutnya dan ringan plak..

Inilah tujuan asal nak memborong, kasut bertutup.. Sebenarnya Eyda berkenan kasut yang lain, tapi saiz plak dah abis.. Jadinya kena laa cari kasut yang tak mahal dan memenuhi budget..


Akhirnya kasut Louis Cupper RM45.90 ini menjadi pilihan..

Alhamdulillah sedap tapak kasut nih.. Selesa sangat.. Dan dah selamat pakai dah pun.. Lepas nih nak pakai masa bila pun tak tau.. Yelah, jenis tak berapa dengan kasut bertutup laa katakan..

Mesti korang nak tau sebab musabab Eyda tak berapa gemar berkasut tutup nih.. Bukan apa, Eyda ada pengalaman kaki melecet disebabkan memakai kasut bertutup.. Jadinya sampai sekarang Eyda hanya akan pakai kasut bertutup jika terpaksa jer.. Siapa kat sini ada pengalaman macam Eyda, meh kongsi sikit..




Nak tau tujuan dan program apa Eyda pakai kasut nih.. Nantikan sambungannya.. Hahaha sesaja bagi suspen skit.. Eyda drag banyak hari skit boleh? Nak dera sikit..






Eyda

Laksa Tempurung Kulim

9/09/2015 12:43:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Maaf laa banyak entry pasal makanan plak kan.. Bukannya apa, peram punya pasal laa jadi banyak plak entry pasal makanan terperam tak siap-siap..

Lagi satu lambat nak edit gambar nak letak dalam entry lagi laa menambahkan kelambatan entry pasal makanan nih boleh terperam.. Nasib laa entry nih tak bertukar menjadi pekasam kan..

Tetiba member dari group whatsapp tanya pasal Laksa Tempurung Kulim nih, apa lagi menggagahkan diri jugak menyiapkan entry.. Rasa macam ringkas dan padat laa plak.. Tapi tak apa, asalkan paham dah ok kan..




Pelan lokasi nih Eyda pinjam daripada Facebook Laksa Tempurung Kulim.. Search ja Laksa Tempurung Kulim, korang akan jumpa pelan lokasi yang mereka kongsikan dalam facebook..

Lokasi Laksa Tempurung Kulim nih senang nak cari.. Eyda bagi petua sikit ya, kalau korang datang dari Bukit Mertajam, Kulim, Taman Selasih, Keladi atau Sungai Lembu, korang akan jumpa satu simpang empat yang ada lampu isyarat..

Korang teruskan perjalanan ke arah Paya Besar atau jalan menghala ke Lunas.. Sekitar 400 meter daripada simpang lampu isyarat, korang akan nampak signboard di bawah nih di sebelah kiri korang di tepi jalan.. Tak pun korang akan nampak kereta banyak parking di tepi jalan dekat dengan jalan nih..

Kalau korang datang dari Jalan Paya Besar atau Lunas, korang akan nampak kedai nih di sebelah kanan korang lebih kurang 400 meter daripada jambatan yang merentasi Sungai Kulim..




Nampak tak banner Laksa Tempurung macam kat bawah? Kalau nampak, itu menunjukkan anda telah sampai ke destinasi yang anda cari..




Masa Eyda sampai sekitar jam 11.30 pagi ada sorang beli bungkus.. Masa tu tak ramai lagi orang yang sedang menjamu selera di situ.. Maknanya Eyda boleh makan dengan aman bahagia..

Di sini ada pilihan sama ada nak Laksa Tempurung Biasa atau Laksa Tempurung Special.. Nak tau apa yang specialnya Laksa Tempurung Special nih?

Laksa Tempurung Special nih ada tambahan isi ketam dan udang yang direbus dan bersalut sambal.. Sedap laksa nih, dengan kuahnya yang pekat dan cukup rasa.. Ada juga rasa sedikit pedas dari sambal yang menyaluti isi ketam dan udang..


Menu kami bertiga.. Yang tiada sayur tuh Kimie yang punya..

Sukanya bebudak nih.. Order kami pada hari tersebut..

Gambar nih diambil ketika Eyda nak makan..

Dah mula kena beratur.. Nasib laa siapa yang datang selepas jam 12 tengahari, terpaksa beratur untuk mendapatkan Laksa Tempurung.. Bayangkan masa Eyda makan, beberapa kali diaorang tanya dah habis makan ke belum?

Stok tempurung dah nak habis.. Nampak tak betapa ramai pengunjung yang menyinggah sambil menikmati Laksa Tempurung yang sedap nih..

Mesti korang tertanya kan harga semangkuk Laksa Tempurung nih.. Laksa Tempurung Special yang Eyda makan berharga RM 4.00 semangkuk.. Harga Laksa Tempurung Biasa, Eyda terlupa nak tanya.. Apapun murah tak? Okey laa kan, harga yang berpatutan untuk dinikmati..

Waktu Perniagaan Laksa Tempurung Kulim nih dibuka jam 11.00 pagi - 6.00 petang dan ditutup pada hari Selasa..

Apapun Eyda nasihatkan pergi awal kalau tak mau beratur dan berebut tempat duduk.. Lagi satu, kalau boleh pergi sebelum jam 4.00 petang takut ada yang kempunan tak dapat merasai kesedapan Laksa Tempurung nih.. Disebabkan ramai pelanggan, makanya laksa cepat abis..

Bagi yang tak suka makan laksa ada juga menu lain boleh dipilih seperti Set Bawal Goreng, Set Ayam Goreng dan Set Puyuh Goreng..




wordless wednesday

WoRdLeSS WeDNeSDaY #28

9/09/2015 08:25:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Sejuk pulak di pagi nih.. Hujan di pagi hari..



Life is about change,
sometimes it's painful,
sometimes it's beautiful,
but most of the time it's both.



Eyda

Nasi Ayam Lepaas

9/08/2015 12:16:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hari nih Eyda nak citer pasal makanan.. Jangan marah ya.. Eyda nak kongsikan sebab sedap laa.. Manalah tau, ada yang ingin merasai kesedapannya..

Restoran yang Eyda jamah kali nih bertempat di Bertam.. Restoran Ayam Lepaas namanya.. Ianya berada di sebelah Bank Rakyat, Bertam dan 7 Eleven..

Menu yang Eyda nak kongsikan ialah Nasi Ayam Lepaas.. Ianya hampir sama dengan nasi ayam yang lain, cumanya ia ditambah dengan keropok sayur, kobis, terung goreng dan aneka sambal.. Ayamnya digoreng dengan rempahnya yang tersendiri..


Nasi Ayam Lepaas RM 6.90

Harga sepinggan Nasi Ayam Lepaas ialah RM 6.90 dan air Limau suam RM 1.20.. Jumlah harga makanan dan minuman Eyda RM 8.10..

Sebenarnya nasi ini merupakan masakan dengan resepi istimewa Aceh.. Memang sedap setanding nasi ayam yang biasa kita makan.. Sesekali ubah selera apa salahnya kan..

Kedai ini juga menawarkan khidmat penghantaran.. Tapi korang kena laa order lebih daripada 5 bungkus.. Boleh laa kongsi order dengan kawan-kawan kan..



Untuk yang ingin merasai Nasi Ayam Lepaas nih boleh laa ke

Restoran Ayam Lepaas
No. 9B, Jalan Dagangan 2,
Pusat Bandar Bertam Perdana,
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang
(Sebelah Bank Rakyat dan 7 Eleven)

04-5742197
017-2958009
019-4153850
0194813850






info

Pembayaran Secara Tol Elektronik Bermula 9 September 2015

9/08/2015 09:15:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Semua penduduk Kedah dan Pulau Pinang dah ada kad Touch n Go atau PLUSmiles? Terutamanya yang tinggal di utara dan selatan Kedah dan semua penduduk Pulau Pinang.. Kalau belum, jom cepat-cepat beli kad ini..

Bukan apa, bermula ESOK akan berkuatkuasa pembayaran tol secara elektronik di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, Jitra, Bukit Kayu Hitam (Lebuhraya Utara Selatan), Lunas dan Kubang Semang (Lebuhraya Butterworth-Kulim) menggunakan kad Touch 'n Go atau PLUSmiles serta SmartTAG..

sumber google


"Selain itu, pengguna lebuh raya boleh juga membeli peranti SmartTAG pada harga promosi RM96 (termasuk cukai barang dan perkhidmatan enam peratus)di kesemua lima plaza tol itu sehingga 30 Sept ini (selagi stok masih ada).

Menurut Mohammad Fuad, pengguna Kelas 1 yang membayar secara elektronik di plaza tol Jitra, Bukit Kayu Hitam, Lunas dan Kubang Semang juga akan menikmati 20 peratus rebet tol mulai 1 Sept hingga 31 Dis tahun ini.

Walaubagaimanapun, pengguna Jambatan Pulau Pinang yang menikmati diskaun 20 peratus sekarang ini tidak layak mendapat rebet tol 20 peratus itu." - Sumber



Bagi yang merancang ingin makan angin ke utara semenanjung dengan memandu kenderaan, dinasihatkan membeli kad Touch n Go atau PLUSmiles sebagai persediaan melalui tol elektronik nih.. Bukan apa, nanti tak perlu susah payah nak kena beli plak..





top komentar

Eyda Sini Sana Situ

9/07/2015 04:23:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Asalnya nak buat entry yang lain, tapi masalah nak upload gambar, jadinya Eyda siapkan entry nih..

Sebenarnya banyak entry yang tersadai belum siap lagi.. Semuanya gara-gara belum edit gambar yang ada.. Jadi agak kemalasan nak edit gambar yang ada, menyebabkan banyak story yang masih berada dalam simpanan..

Eyda harap dapat siapkannya secepat mungkin.. Akan ada citer basi bulan lepas akan muncul di sini.. Jangan menyampah sudah laa ya.. Hehehe..

Eyda tak sangka dalam kesibukan yang melanda saban hari, minggu dan bulan menyebabkan kedudukan Eyda dalam beberapa carta dah merudum jatuh tergolek-golek.. Sehinggakan nama terkeluar daripada carta.. Hehehe..

Tapi ada lagi carta yang memperlihatkan nama Eyda masih berada dalam carta.. Walaupun tak sebanyak mana, tapi ada laa jugak Eyda singgah menyinggah kan..

Jom tengok carta yang Eyda berjaya mencatatkan nama di situ..




Farrah MF

aRz MoHa


Zai Zamree



Timm Bill

Yun Sing



Scdha Sein



Nak berkenalan dengan mereka? Klik jer kat nama bawah carta yang ada.. Nak blogwalking pun boleh.. Semuanya ramah tamah orangnya..




Blog yang Diikuti