Laksa Tempurung Kulim

9/09/2015 12:43:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Maaf laa banyak entry pasal makanan plak kan.. Bukannya apa, peram punya pasal laa jadi banyak plak entry pasal makanan terperam tak siap-siap..

Lagi satu lambat nak edit gambar nak letak dalam entry lagi laa menambahkan kelambatan entry pasal makanan nih boleh terperam.. Nasib laa entry nih tak bertukar menjadi pekasam kan..

Tetiba member dari group whatsapp tanya pasal Laksa Tempurung Kulim nih, apa lagi menggagahkan diri jugak menyiapkan entry.. Rasa macam ringkas dan padat laa plak.. Tapi tak apa, asalkan paham dah ok kan..




Pelan lokasi nih Eyda pinjam daripada Facebook Laksa Tempurung Kulim.. Search ja Laksa Tempurung Kulim, korang akan jumpa pelan lokasi yang mereka kongsikan dalam facebook..

Lokasi Laksa Tempurung Kulim nih senang nak cari.. Eyda bagi petua sikit ya, kalau korang datang dari Bukit Mertajam, Kulim, Taman Selasih, Keladi atau Sungai Lembu, korang akan jumpa satu simpang empat yang ada lampu isyarat..

Korang teruskan perjalanan ke arah Paya Besar atau jalan menghala ke Lunas.. Sekitar 400 meter daripada simpang lampu isyarat, korang akan nampak signboard di bawah nih di sebelah kiri korang di tepi jalan.. Tak pun korang akan nampak kereta banyak parking di tepi jalan dekat dengan jalan nih..

Kalau korang datang dari Jalan Paya Besar atau Lunas, korang akan nampak kedai nih di sebelah kanan korang lebih kurang 400 meter daripada jambatan yang merentasi Sungai Kulim..




Nampak tak banner Laksa Tempurung macam kat bawah? Kalau nampak, itu menunjukkan anda telah sampai ke destinasi yang anda cari..




Masa Eyda sampai sekitar jam 11.30 pagi ada sorang beli bungkus.. Masa tu tak ramai lagi orang yang sedang menjamu selera di situ.. Maknanya Eyda boleh makan dengan aman bahagia..

Di sini ada pilihan sama ada nak Laksa Tempurung Biasa atau Laksa Tempurung Special.. Nak tau apa yang specialnya Laksa Tempurung Special nih?

Laksa Tempurung Special nih ada tambahan isi ketam dan udang yang direbus dan bersalut sambal.. Sedap laksa nih, dengan kuahnya yang pekat dan cukup rasa.. Ada juga rasa sedikit pedas dari sambal yang menyaluti isi ketam dan udang..


Menu kami bertiga.. Yang tiada sayur tuh Kimie yang punya..

Sukanya bebudak nih.. Order kami pada hari tersebut..

Gambar nih diambil ketika Eyda nak makan..

Dah mula kena beratur.. Nasib laa siapa yang datang selepas jam 12 tengahari, terpaksa beratur untuk mendapatkan Laksa Tempurung.. Bayangkan masa Eyda makan, beberapa kali diaorang tanya dah habis makan ke belum?

Stok tempurung dah nak habis.. Nampak tak betapa ramai pengunjung yang menyinggah sambil menikmati Laksa Tempurung yang sedap nih..

Mesti korang tertanya kan harga semangkuk Laksa Tempurung nih.. Laksa Tempurung Special yang Eyda makan berharga RM 4.00 semangkuk.. Harga Laksa Tempurung Biasa, Eyda terlupa nak tanya.. Apapun murah tak? Okey laa kan, harga yang berpatutan untuk dinikmati..

Waktu Perniagaan Laksa Tempurung Kulim nih dibuka jam 11.00 pagi - 6.00 petang dan ditutup pada hari Selasa..

Apapun Eyda nasihatkan pergi awal kalau tak mau beratur dan berebut tempat duduk.. Lagi satu, kalau boleh pergi sebelum jam 4.00 petang takut ada yang kempunan tak dapat merasai kesedapan Laksa Tempurung nih.. Disebabkan ramai pelanggan, makanya laksa cepat abis..

Bagi yang tak suka makan laksa ada juga menu lain boleh dipilih seperti Set Bawal Goreng, Set Ayam Goreng dan Set Puyuh Goreng..




You Might Also Like

54 comments

  1. Sedap nihhh nak gi cuba, katanya sambal sedap kan kak eyda

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti cuba laa.. ya, sedap sambalnya..

      Delete
    2. Terliuq! Tapi jauhnya nak pi makan laksa tempurung. Sukalah tengok diorang serve dalam tempurung camtu.

      Delete
    3. Ala siannya Farrah.. nanti cari bekas tempurung tu laa satu.. boleh makan laksa dalam tu..

      Delete
  2. ooo dihidang dlm tempurung kelapa..hihihi..sedapp tu..makan sambil minum air kelapa ada x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya murni, sebab tu dipanggil laksa tempurung.. air kelapa macam tak ada laa plak..

      Delete
  3. lepas ni diorang kena siapkan tempurung banyak2 skit la kan..so takde la ganggu orang nak makan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tuh SA.. ni nampak macam tak mau makan jer, dah tanya dah abis ke belum..

      Delete
  4. Kreatif. Peniaga sekarang perlu kreatif untuk tarik pelanggan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu CP, peniaga kena kreatif untuk menarik pelanggan..

      Delete
  5. Replies
    1. betul tuh nusha.. sampai sepupu pun baru nih dok cari kat mana tempatnya..

      Delete
  6. Dah banyak kali plan nak pergi, xsampai2 jugak.. last 2 week ada lalu tapi sebab baru lepas makan knduri, perut still kenyang maka xjadi.. ramai jugak nampak org time tu?
    sat nak tanya, akak org kulim ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. laa ya ka QA.. betul, hari tuh nasib p awal, tak laa rasa berebut sangat.. ya, kampung akak kat kulim..

      Delete
    2. dekat jelah kita ni.. nanti kita g makan laksa ni sama2 nak?

      Delete
  7. kedai ni masih baru kan? Masa dok kulim 2 tahun lepas, macam xdak lagi

    ReplyDelete
  8. Boleh cuba ni bilak nak balik Kedah nanti....unik2

    ReplyDelete
  9. Kena makan situ juga la yer kalau nak rasa nikmat makan dalam tempurung tu kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tuh Zumal.. kalau nak makan kat umah, kena buat mangkuk tempurung sendiri laa.. hehehe..

      Delete
  10. alamak aii... rasa nyer ni kali ke2 aida baca pasal laksa tempurung ni.
    aduhai... best nyer!
    aida ni peminat laksa....

    ReplyDelete
  11. t balik qaya haji bolehla p try...laksa hmmm..menyelerakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh aihh Fida.. sedap kan laksa.. tetiba teringat rasanya..

      Delete
  12. rm4? murah nye..pesal jauh sgt ishh...sis JM 'hantu' laksa...satu tempurung mmg x cukup lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. meh datang utara.. kita pusing2 makan laksa.. I ada satu kedai feveret jugak.. kat BM

      Delete
  13. ada tambahan isi ketam dan udang yang direbus dan bersalut sambal? arghh mmg terliur lah!!!

    ReplyDelete
  14. bestnya x perlu nk beli pinggan hihihhi

    ReplyDelete
  15. oyeahhh harap boleh repeat lg.. hehehe..

    ReplyDelete
  16. Wah, guna tempurung je...:) menarik...heheh..

    ReplyDelete
  17. Yang tak best tang tanya dah abis makan ke belum tu. Sekalipun stok tempurung terhad, buatlah backup plan. Gunalah mangkuk biasa,..then explain tempurung abis. Tak syoklah tanya orang tengah makan banyak2 kali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan akak.. kadang sebab macam ni org malas nak datang lagi

      Delete
    2. itulah, tempurung anak laa yang dia dok tanya tu.. ada laa skit lagi, anak time tu benti makan kejap sebab dah sengkak perut.. tapi stay nak makan lagi..

      Delete
  18. Ekin dah g terjah laksa tempurung kulim tu tgh usaha buat entri gak hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cepat Ekin buat entry.. nak baca entry Ekin plak..

      Delete
    2. Dah buat entri kak eyda hihihi

      Delete
    3. nanti akak baca ya.. tak sempat nak BW.. sempat skit2 jer..

      Delete
  19. Langgar pantang mkn udang n ketam jerawat naik x hilang lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali langgar pantang apa salahnya..

      Delete
    2. Raya aritubpun langgarvpantang uwaa jerawat lg

      Delete
    3. tak pa laa sekali sekala.. jangan kerap2..

      Delete
  20. Replies
    1. ya laksa utara.. cuma yang nih specialnya ada udang ngan isi ketam tu laa..

      Delete
  21. Nampak sedap... Kalu ke utara should try!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan saja Nampak, makan pun sedap.. kalau ke utara, jangan lupa singgah..

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti