Rumah Rosak Ketika Hujan Lebat

9/23/2015 02:03:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Ada yang dah bercuti? Yang mana dah bercuti, selamat bercuti diucapkan.. Yang mana masih bekerja, selamat menjalankan tugas..

Eyda hari nih nak citer peristiwa yang berlaku sekitar waktu Asar hari Ahad (20 September 2015) yang lalu.. Kalau ikutkan waktu itu hanyalah hujan lebat sahaja..

Tak sangka ada angin kuat sehingga menerbangkan sebahagian bumbung nih.. Eyda pun terkejut dan bersimpati dengan apa yang berlaku..

Kejadian ini telah menimpa rumah mak ayah sahabat Eyda masa kecil, dalam erti kata yang lain jiran selang sebuah daripada rumah mak ayah Eyda..

Kejadian itu juga telah merosakkan sebahagian bumbung tingkat atas rumah mak ayah sahabat Eyda nih.. Selain itu, banyak barangan di dalam rumah turut sama rosak.. Ada lantai tingkat atas yang rosak dan berlubang sehingga menyebabkan bahagian bawah rumah turut sama basah..

Kejadian menyebabkan sahabat Eyda terpaksa mengemas rumah, memindahkan sebahagian barang dan tinggal di rumah adik beradiknya yang terdekat..


Dari depan rumah

Sisi yang rosak

Bahagian belakang yang rosak


 
Eyda baru sahaja dapat menghubunginya melalui FB, khabarnya mereka akan meruntuhkan bahagian tingkat atas yang rosak dan membaiki rumah tersebut.. Semoga sahabat Eyda dan keluarganya tabah dalam menghadapi ujian ini..
 




You Might Also Like

8 comments

  1. banyakkan sabar..Allah beri yang terbaik nanti

    ReplyDelete
  2. kesiannya.. kuat juga angin kt sana

    ReplyDelete
  3. tu la dugaan demi dugaan yg Umat Islam terima kan..Akhir Zaman...Belah Perlis...banjir di hari raya haji..kesian sgt//

    ReplyDelete
  4. semoga mereta tabah dengan ujian ini

    ReplyDelete
  5. Semoga tabah mengahadapi semuanya ni..tempat Cik mimie pun pernah kena macam ni...pokok siap hempap atas rumah jiran ..nasib baik xde kemalangan jiwa..

    ReplyDelete
  6. Allahu Akbar. besar dugaan mereka.
    moga mereka redha dan tabah :) in shaa Allah.

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti