teaser

Teaser Fam Trip Fun Ride Penang Hop On Hop Off

10/28/2015 08:06:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Maaf laa banyak hari tak berupdate blog Eyda nih.. Kesibukan kembali melanda diri ini.. Minggu yang agak sibuk bagi Eyda..

Baru nih Eyda ada citer pasal Penang Hop On Hop Off (HOHO) kan? Hari nih Eyda nak buat teaser jer.. In shaa Allah Eyda akan cuba dengan sedaya upaya menyiapkan cerita pengalaman penuh Eyda dengan perkhidmatan Penang HOHO nih secepat mungkin.. Harap bersabar ye.. Eyda pun tak sabar nak berkongsi dengan semua..




Inilah sebahagian ahli #bloggerutara yang dapat menikmati pengalaman bersama #penanghoponhopoff..

Sekarang ada promosi ya untuk semua pemegang MYKAD yang membuat pendaftaran secara online.. Harga tiket hanya serendah RM5.. Kanak-kanak di bawah umur 5 tahun percuma..




Maklumat lanjut mengenai perkhidmatan bas Hop On Hop Off nih, sila layari  laman web http://www.myhoponhopoff.com/



segmen & GA

GIVEAWAY : Duit Saku Dari BBL

10/23/2015 02:34:00 PM


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Jarang dapat join segmen atau GA kan.. Hari nih Eyda nak join satu GA.. Jom sama-sama kita join.. Manalah tau, ada rezeki kan..



< Klik gambar untuk join >

Assalamualaikum & hello there,


Rasanya dah makin stress rakyat Malaysia dengan isu harga barang & perkhidmatan dah naik. Pergi sana - harga barang naik, pergi situ - harga itu naik & datang sini pun dah naik harga. Tapi jangan risau jangan kusut kepala kerana BBL nak kasi duit saku untuk korang! 

Tepuk tangan sikit!

Boleh buat belanja nasi lemak & teh tarik untuk breakfast atau beli nasi goreng telur mata makan malam ya. Kiran macam BBL belanja versi digital la. Okay check out berapa banyak duit saku untuk pemenang.

Hadiah duit saku dari BBL

Duit saku RM30 
untuk 1 orang pemenang

Duit saku RM20 
untuk 1 orang pemenang


Duit saku RM10 
untuk 2 orang pemenang

Duit saku RM5 
untuk 4 orang pemenang

Cara nak join sangat mudah. Follow step dibawah :

1. Add BBL di

Follow blog

LIKE fan page

Add Google+

Add Twitter

Add  Instagram

2. Buat satu entri bertajuk "Giveaway Duit Saku Dari BBL"

3. Copy coding yang disediakan & paste kat ruang HTML & publish entri


Cara nak paste code dalam entri


4. Tinggalkan link URL entri korang dalam kotak komen SINI (link)

Tu saja. Senang sangat kan.

Tarikh tamat giveaway pada 14 November 2015

Pemenang akan diumunkan pada 16 November 2015 nanti


BBL ~ Cepat submit link URL korang
o\( ̄ρ ̄)/o

Sekian terima kasih & selamat hari raya

jerebu

JEREBU : Sekolah Di Utara Semenanjung Ditutup

10/23/2015 11:59:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Memasuki hari kedua sekolah di Utara Semenanjung ditutup hari ni.. Mana taknya, semalam ada bacaan IPU mencecah sehingga 286..

Mau tak mau hari nih sekolah terpaksa ditutup lagi.. Semoga keadaan jerebu nih makin baik.. Eyda tengok bacaan IPU pun ada menunjukkan penurunan.. Semoga bacaan ini akan terus menurun sepertimana di negeri lain..





Suka laa anak-anak cuti sesaja minggu nih.. Semoga mereka dapat mengulangkaji pelajaran dan menumpukan perhatian untuk peperiksaan akhir tahun yang bakal dihadapi minggu depan..




tazkirah Jumaat

TaZKiRaH JuMaaT #33

10/23/2015 09:48:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Salam Jumaat.. Wah sukanya Eyda esok cuti, boleh berehat-rehat..



Bukan mudah untuk menjaga dan
memuaskan hati semua orang..
tapi berusahalah agar tidak menyakiti hati mereka,
walaupun hati kamu disakiti oleh mereka..
Lah Tahzan,
Allah ada..

Betul Eyda setuju dengan kata-kata nih.. Sebaik manapun kita, tak semestinya kita dapat memenuhi dan memuaskan hati semua orang.. Pastinya masih ada yang kurang senang dengan kita.. Apapun kita cuba buat yang terbaik, selebihnya terserahlah.. 



blogger

Eyda Sana Sini Situ September 2015

10/22/2015 04:35:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Aiisshh busy betul Eyda semenjak dua menjak nih.. Banyak entry ngan blogwalking tertangguh.. In shaa Allah Eyda akan cuba lunaskan hutang yang tertangguh tu skit demi skit..

Dalam kesibukan, tak sangka masih wujud lagi nama Eyda dalam beberapa carta blogger yang lain.. Terima kasih ya kerana sudi buat entry khas untuk menghargai sahabat blogger yang lain..

Maaf laa dah masuk ke hujung bulan baru sempat siapkan entry nih.. Jom tengok jumlah yang makin berkurangan nih.. Huhuhu nampak sungguh laa busynya..

Terima kasih Farrah sudi hadiahkan kengkawan Minion nih..


http://famf-tower.blogspot.my/
Farrah MF

http://famf-tower.blogspot.my/

Terima kasih Arz kerana sudi menghargai kengkawan yang singgah sambil meninggalkan komen..

http://www.arzmoha.com/
ARzMoHa

Terima kasih buat Cik Mimie sebab hadiahkan sijil kat bawah tuh..

http://norshamimi.blogspot.my/
Cik Mimie

http://norshamimi.blogspot.my/


Terima kasih juga buat Scdha Sein aka SS kerana menyebabkan juling mata nak tenung nama dan bilangan komen yang ada di dalam blog SS.. Hahaha..
http://scdhaseinphoto.blogspot.my/
Scdha Sein (SS)

Terima kasih juga buat kak Jari Manis aka kak JM.. Wow siap bawak makan angin lagi.. Terima kasih ya.. Eyda printscreen 1 gambar jer tau daripada 3 destinasi..




Itu saja carta yang dapat Eyda tembusi.. Yang lain, banyak dah ke laut.. Tak mampu nak menyaingi orang lain yang lebih handal dan hebat.. Amboi Eyda punya ucapan terima kasih nih macam menang award plak.. Hehehe.. Okey laa, mood pun dah nak ikut macam jerebu..


jerebu

Pulau Pinang Mencatatkan IPU Yang Tertinggi

10/22/2015 10:01:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Jerebu makin teruk di utara semenanjung yang menyebabkan banyak sekolah di Utara ditutup hari ini..

Bacaan IPU yang dicatatkan jam 9.00 pagi tadi 22 Oktober 2015, menunjukkan Seberang Jaya 2, Pulau Pinang mencatatkan bacaan SANGAT TIDAK SIHAT iaitu 272..

Bacaan yang direkodkan merupakan bacaan yang tertinggi berbanding kawasan yang lain..

Bacaan di Pulau Pinang

Bacaan yang tertinggi di Seberang Jaya 2, Pulau Pinang
 



Nasib laa budak sekolah termasuk anak-anak Eyda diberi cuti hari nih.. Kalau tak kesian kat diaorang.. Esok mungkin akan disambung jika keadaan masih menunjukkan peningkatan..





Pagi nih pun terasa nak batuk bagai.. Harap keadaan jerebu nih akan kembali baik dengan segera.. Korang pun jaga diri baik-baik tau.. Kalau boleh pakai mask N95 dengan keadaan jerebu yang teruk di utara nih..



SUMBER IPU

info

Penang Hop On Hop Off

10/21/2015 10:45:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Sihat? Eyda Alhamdulillah suara makin baik.. Harap tak akan terkesan laa dengan cuaca jerebu yang kembali teruk melanda negara..

Pernah dengar Penang Hop On Hop Off? Ala bas dua tingkat, yang tingkat atas tak ada bumbung tuh macam kat gambar bawah nih.. Ala-ala bas kat luar negara lagi..



sumber

Sekarang ia telah ada di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.. Inilah tarikan terbaru yang ada di Pulau Pinang iaitu bas Penang Hop On Hop Off..

Di Pulau Pinang, bas nih menawarkan dua laluan yang berbeza iaitu laluan Bandar (City) dan laluan Pantai (Beach).. Makna kata boleh pusing hampir separuh Pulau Pinang..

Meh Eyda kongsi sikit maklumat berkaitan waktu perjalanan, laluan dan harga tiket bas Penang Hop On Hop Off nih..

Laluan bas Penang Hop On Hop Off

Hentian bas Penang Hop On Hop Off

Kita juga boleh memilih untuk menukar hentian seperti di bawah..




Dah citer sedikit sebanyak pasal laluan Penang Hop On Hop Off.. Harga tiket belum kongsi kan.. Okey, buat masa sekarang Penang Hop On Hop Off ada menawarkan harga promosi iaitu hanya RM5.. Tapi korang kena laa isi secara Online..

Tawaran tiket RM5 nih sah sehingga 30hb November 2015 bagi semua pemegang MyKAD.. Percuma bagi kanak-kanak berumur 5 tahun..

http://www.myhoponhopoff.com/pg/promotion/rm5/
PROMOSI


Harga tiket bagi yang walk in atau beli terus iaitu RM19 bagi Dewasa dan RM12 bagi Kanak-kanak/OKU/Pelajar.. Eyda cadangkan baik beli online jer.. Lagi murah dan menjimatkan..

Harga tiket juga ada untuk 24 jam dan juga 48 jam.. Boleh pilih, jika ingin gunakan perkhidmatan ini untuk sehari atau dua hari..

Harga tiket Penang Hop On Hop Off

Penang Hop On Hop Off juga ada menawarkan harga sebanyak 50% untuk pembelian kali kedua.. Sah sehingga 31 Disember 2015..

 

 
Waktu operasi bas Penang Hop On Hop Off nih iaitu dari 9 pagi hingga 8 malam setiap hari.. Jadual perkhidmatan bas ini sekitar setiap 20-30 minit.. Jadinya hampir setiap 20-30 minit akan ada bas ini melalui hentian yang ada..

Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi nombor di bawah atau layari laman web Penang Hop On Hop Off..




Jom sesiapa yang tinggal berhampiran Pulau Pinang atau yang merancang nak bercuti di Pulau Pinang mencuba perkhidmatan baru yang disediakan nih..

Eyda tengok ramai pelancong yang dah menggunakan perkhidmatan Penang Hop On Hop Off nih.. Boleh jugak kita ronda-ronda sambil menikmati pemandangan sekitar Pulau Pinang..



wordless wednesday

WoRdLeSS WeDNeSDaY #33

10/21/2015 08:59:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Macam mana hari nih? Cuaca jerebu yang makin teruk kan.. Eyda pun dah mula rasa tak selesa dengan jerebu sekarang..

Okey laa Eyda pun agak kekurangan mood nak berceloteh hari nih.. Sesuai laa kan wordless Wednesday kan..


 
 
INGATLAH
Apapun yang kamu hadapi saat ini. Semua akan berlalu
Semoga menjadi berkah dan rahmat untuk yang lain
 
JADILAH ORANG
Yang tetap sejuk di tempat panas
Tetap manis di tempat yang begitu pahit
Tetap merasa kecil meskipun telah menjadi besar
Tetap tenang di tengah badai yang paling hebat
 
 
 
 
sumber #FOTOKATAKATA.COM



hari penting

HaRi MaKaNaN SeDuNia

10/16/2015 11:52:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Salam Jumaat.. Semua dah makan? Kalau belum, nanti makan ya.. Dah nak masuk waktu tengahari dah.. Hehehe buat tanya pasal makan plak Eyda nih kan..





Tahukah anda bahawa hari ini 16 Oktober merupakan Hari Makanan Sedunia. Mengapa tarikh ini penting? Ini kerana hari ini merupakan ulang tahun Pertubuhan Makanan dan Peranian PBB yang diasaskan pada tahun 1945.

Hahaha Eyda pun baru tau pagi tadi masa dengar Radio HOT FM.. Kalau tak Eyda pun tak tau yang hari nih Hari Makanan Sedunia..

Memandangkan hari ni Hari Makanan Sedunia, apa kata kita makan apa yang kita nak makan sangat hari nih.. Dan kalau boleh hargailah makanan yang ada, jangan bazir-bazir ya..



info

KuLiT KaYu MaNiS

10/15/2015 02:32:00 PM



Kulit kayu manis yang dijual di pasaran ada dua jenis iaitu Cinnamon dan Cassia.. Rupanya lebih kurang serupa tetapi berbeza dari sudut ketebalan dan gulungan..

Jika ia bergulung elok macam kita gulung ketayap atau surat khabar tu  Cinnamon.. Tetapi kalau tebal dan gulung dari dua-dua sudut tu Cassia..

Tahukah korang bahawa Cassia tidak bagus untuk kesihatan sebab ia mengandungi kandungan toksik yang biasa digunakan untuk membuat racun tikus..

Kulit kayu manis Cassia dan Cinnamon ini juga mempunyai rupa dan rasa lebih kurang sama cuma Cinnamon lebih lembut dan agak berbulu.. Manakala Cassia keras seperti kayu walaupun mempunyai bau yang sama..

Walaubagaimanapun ia ada satu perbezaan iaitu jumlah COUMARIN (bahan kimia semulajadi) dalam kedua-duanya...

Kandungan Coumarin pada Cinnamon atau kayu manis Sri Lanka lebih rendah dan selamat dimakan oleh manusia manakala kandungan Coumarin dalam Cassia atau kayu manis Indonesia atau Borneo sangat tinggi dan beracun.. Ia boleh merosakkan hati dan buah pinggang bagi kesan jangka panjang .

Berita buruknya, kebanyakkan kulit kayu manis yang dijual di kedai-kedai kita adalah jenis Cassia yang sememangnya kita sangkakan selama ini ia adalah Cinnamon..

Cinnamon asli adalah rempah import yang hanya boleh didapati di kedai-kedai tertentu sahaja.. Jadi berhati-hatilah.. Jom bertukar pada Cinnamon...

P/s Patut pun selama ni orang berubat degan kayu manis India cepat baik.. Macam ubat kencing manis dan lain-lain.. Malah bila kita gunakan Cassia kesannya lebih teruk, rupanya salah kayu manis kita ni.. Lagipun banyak orang kita sekarang menghidapi sakit hati (hipertitis) dan buah pinggang...



Sumber diedit daripada whatsapp group



 

Eyda

NaK ReHaT JaP

10/15/2015 08:57:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Semua sihat? Eyda? Ermm tetiba rasa tak okey badan nih.. Suara dah hampir pulih sepenuhnya, badan plak macam tak okey.. Nampaknya kena rehat sekejap.. Harap nanti badan kembali okey..




Eyda nak rehat sekejap yer..



doa

Doa Akhir Tahun 1436 H Dan Awal Tahun 1437 H

10/13/2015 04:33:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hari ni merupakan hari terakhir kita dalam tahun 1436 H dan menjelang Maghrib kita akan melangkah ke Awal Tahun 1437 H.. Bermulalah 1 Muharam 1437 H..

Apapun sebagai peringatan kepada diri sendiri dan semua.. Eyda letakkan doa akhir tahun dan juga doa awal tahun untuk kita sama-sama baca nanti..







Sumber gambar kredit dari darulmurtadza.com


Tepung ajaib

TePuNG aJaiB - KeK CoKLaT KeJu

10/13/2015 12:26:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Seperti yang Eyda janjikan semalam, hari nih Eyda gigihkan diri menyiapkan entry pasal Tepung Ajaib Kek Coklat Keju..

Kek Coklat Keju kali nih anak Eyda yang kecik laa yang buat.. Dia laa yang menyibukkan diri nak buat.. Okey, Eyda hanya memerhati dan bantu apa yang boleh..

Sebelum nak buat Kek Coklat Keju nih, pastikan ada telur 2 biji dan peralatan yang sepatutnya laa..



Pek Kek Coklat Keju

Inilah pek Kek Coklat Keju yang Eyda gunakan untuk menghasilkan Kek Coklat Keju yang mudah dan sedap..


Dalam pek siap ada cara penyediaannya

Mula sekali baca laa dulu cara penyediaannya.. Pastikan jangan salah masukkan bahan pulak ya..

1 Panaskan periuk kukus yang berisi air di bahagian bawah. (Kalau nak bakar, pastikan oven dipanaskan dengan suhu 170 C)

2 Pukul 2 biji telur hingga kembang, memutih dan kental untuk menghasilkan kek yang gebu.



Bahan A dan B dalam pek


3 Masukkan Bahan A, kemudian Bahan B dan gaul sehingga sebati. ( Macam chef Kimie nih, hehehe )




4 Masukkan adunan ke dalam bekas 6" x 6". Kukus selama 35 minit. Pastikan air mendidih dan lapik kain di bawah penutup periuk. (Eyda guna bekas tepawe yang kecil-kecil macam yang orang guna jual kat kedai kek tu. Eyda kukus sekitar 20 minit jer)


Bahan C dalam pek

5 Tambah 60 g air (lebih kurang 1/2 cawan & 3 sudu besar krim UHT / krim putar (jika perlu) ke dalam Bahan C. Kacau hingga larut dan tuang ke atas kek yang telah sejuk.
* Bahan tambahan dalam Bahan C boleh diubahsuai. (Eyda tambah susu UHT ke dalam Bahan C dan Eyda taburkan lebihan coklat rice Kek Coklat ke atas kek)




Inilah hasilnya kek milik Kimie

Ini plak milik Izzat yang tak mau curahan keju di atas keknya..


Zoom sikit hasil kek yang dah dihias dengan cantik nih..
 


Pandangan atas


Pandangan sisi



Apapun kek nih tinggal sorang satu bekas jer lagi.. Punya makan laa bebudak nih.. Malas-malas pun masih boleh buat untuk anak-anak.. Sesuai jugak menjamu kepada tetamu yang datang.. Rasanya tak terlalu manis.. Sesedap rasa jer..


Entri yang berkaitan Tepung Ajaib - Kek Coklat


Bagi yang ingin mendapatkan Tepung Ajaib - Kek Coklat Keju nih boleh
SMS / WHATSAPP Eyda 017-4597615



Eyda

uBaT oH uBaT

10/13/2015 08:52:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Alhamdulillah suara Eyda makin baik dan semakin baik.. Eyda dah cuba beberapa petua, tapi macam lambat jer..

Kena plak beberapa kali nak ke farmasi dan seangkatan dengannya asyik terlupa jer walaupun bercuti di hujung minggu.. Akhirnya semalam selepas abis jer meeting, Eyda terus singgah ke farmasi yang berdekatan.. Eyda dapat laa beberapa ubat macam kat bawah nih..


Ubat antibiotik, ubat sakit tekak dan ubat untuk suara serak..


Alhamdulillah selepas Eyda makan semalam, pagi nih rasa okey sikit suara dan tekak Eyda.. Semoga suara Eyda pulih sepenuhnya dalam minggu nih.. Amin..


Tepung ajaib

TePuNG aJaiB - KeK CoKLaT

10/12/2015 01:18:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Niat di hati nak update cerita Kek Coklat Keju yang si Kimie buat sendiri semalam.. Tapi memandangkan gambar yang ada kat Eyda sekarang tak lengkap, kita update citer kek Coklat Moist jelah dulu..

Bagi sesiapa yang dah mencuba, pastinya dah tahu kesenangan dan kesedapan yang ada.. Meh ushar sikit mudahnya membuat kek Coklat Moist menggunakan Tepung Ajaib Kek Coklat nih..

Ianya memang mudah, hanya sediakan pek Tepung Ajaib Kek Coklat dan dua biji telur.. Peralatan untuk membuat kek pun kena ada laa.. Hehehe.. Mesti menjadi kek korang.. Tak percaya, cubalah..

Paket Tepung Ajaib Kek Coklat


Cara Menyediakan Kek Coklat Moist menggunakan Tepung Ajaib Kek Coklat


Memang semudah ABC untuk menyediakannya.. Jangan tak tahu, semalam anak Eyda yang kecik, menyediakan sendiri Kek Coklat Keju sendiri.. Eyda ada laa bantu skit terutamanya untuk mengukus..


Senarai produk Tepung Ajaib
_________________________
Tepung Kek
_________________________
1  Kek Coklat
 harga : RM 14.90
➕ 2 Biji Telur Sahaja
 boleh dibakar/kukus

2 Coklat Cheese leleh
harga : RM 18.90
➕ 2 biji telur sahaja
 boleh dibakar/kukus

3 Kek Keju Strawberi
harga : RM 28.90
➕ susu  sahaja
 tak perlu masak /bakar
 simpan dipeti ais sahaja

4 Kek Keju blueberi
harga  : RM 28.90
 ➕susu  sahaja
 tak perlu masak /bakar
 simpan dipeti ais sahaja

5 Choco Black Forest
 harga : RM 14.90
 ➕ 2 Biji Telur Sahaja
➕  1 tin Pitted Cherry
 boleh dibakar/kukus

6 Kek Buah
Harga :RM 18.90
➕125 gram butter
➕2 biji telur
 boleh dibakar/dikukus
______________________________
 Tepung Roti 
_____________________________
7 Tepung sweet bun
 harga  : RM 12.90
 ➕Yis
➕ ais/air sejuk
➕ 2 kuning telur
➕ shortening

______________________________
 Tepung Biskut
_________________________

8 Choc-AlmondKiss
Harga  :  RM 15.90
➕ Butter ➕kuning telur

_________________________
 Tepung Donut 
_________________________
9 Premium Donut
 harga  : RM12.90
 ➕Yis
 ➕ais/air sejuk
➕ 2 kuning telur
➕ shortening

10 Dadih aiskrim
Harga: rm15.90
➕1000 ml air
Masak dan sejukkan dalam peti ais

11 Aiskrim coklat
Harga:15.90
➕susu
Dapat 1.5 liter aiskrim

12 Tepung goreng ayam/serbaguna
Harga:rm9.90
➕telur
Sebagai salutan



Bagi yang ingin mendapatkan Tepung Ajaib nih boleh
SMS / WHATSAPP Eyda 017-4597615


blogger

RaJiN MeNGoMeN SePTeMBeR 2015

10/12/2015 09:38:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Salam Isnin.. Kesihatan Eyda masih kurang memuaskan.. Seksanya rasa.. Apapun maaf ya, agak lambat Eyda update kengkawan yang Rajin Mengomen September 2015 nih..


 
 
Seperti biasa Eyda akan masukkan semua yang tersenarai dalam bloglist Oktober 2015 Eyda.. Apapun jom kita melawat mereka beramai-ramai..
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Terima kasih kepada semua yang berada dalam carta.. Dan tak ketinggalan yang blogger lain yang sudi menghiasi blog Eyda nih.. Maaf laa ada kalanya blog tak ada cerita yang menarik.. Apa nak buat kekangan masa dan tugas yang agak membataskan..
 
 
 
 

info

Hari Sukan Negara 2015

10/10/2015 01:57:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Selamat Hari Sukan Negara.. Banyak sekolah buat aktiviti sukan hari ni..


Korang ada join mana- mana sambutan Hari Sukan Negara, hari ni? Kalau ada share laa..

Eyda tak mampu nak join, memandangkan sekarang Eyda batuk dan hilang suara buat seketika.. Nanti tak pasal-pasal lagi melarat..



info

Tren Komuter Sektor Selatan - Seremban - Tampin / Pulau Sebang - Gemas

10/10/2015 01:40:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Yeay dah cuti.. Bestnya Eyda boleh berehat dengan baik.. Harapnya suara Eyda kembali baik.. Huhuhu susah nak berurusan dengan orang luar macam nih..

Okey laa, tinggalkan dulu bab suara Eyda.. Nak update entry hanya menggunakan khidmat jari untuk menaip.. Tak perlu mengeluarkan sebarang suara.. Hehehe..

Baru nih masa Eyda update pasal Tren Komuter Sektor Utara Eyda ada sebut pasal Tren Komuter Sektor Selatan kan.. Seperti yang dijanjikan, hari nih Eyda kongsikan kadar tambang dan jadual perjalanan..

Perkhidmatan ini bermula pada hari ini tertakluk kepada perubahan sekiranya ada.. Jom semak jadual perjalanan, manalah tau ada yang ingin berubah angin daripada menggunakan perkhidmatan bas nak naik komuter plak..





Untuk sebarang mengetahui lebih lanjut boleh layari laman web KTMB di http://www.ktmb.com.my/ atau hubungi  1-300-88-5862 untuk maklumat lanjut..



Blog yang Diikuti