KuLiT KaYu MaNiS

10/15/2015 02:32:00 PM



Kulit kayu manis yang dijual di pasaran ada dua jenis iaitu Cinnamon dan Cassia.. Rupanya lebih kurang serupa tetapi berbeza dari sudut ketebalan dan gulungan..

Jika ia bergulung elok macam kita gulung ketayap atau surat khabar tu  Cinnamon.. Tetapi kalau tebal dan gulung dari dua-dua sudut tu Cassia..

Tahukah korang bahawa Cassia tidak bagus untuk kesihatan sebab ia mengandungi kandungan toksik yang biasa digunakan untuk membuat racun tikus..

Kulit kayu manis Cassia dan Cinnamon ini juga mempunyai rupa dan rasa lebih kurang sama cuma Cinnamon lebih lembut dan agak berbulu.. Manakala Cassia keras seperti kayu walaupun mempunyai bau yang sama..

Walaubagaimanapun ia ada satu perbezaan iaitu jumlah COUMARIN (bahan kimia semulajadi) dalam kedua-duanya...

Kandungan Coumarin pada Cinnamon atau kayu manis Sri Lanka lebih rendah dan selamat dimakan oleh manusia manakala kandungan Coumarin dalam Cassia atau kayu manis Indonesia atau Borneo sangat tinggi dan beracun.. Ia boleh merosakkan hati dan buah pinggang bagi kesan jangka panjang .

Berita buruknya, kebanyakkan kulit kayu manis yang dijual di kedai-kedai kita adalah jenis Cassia yang sememangnya kita sangkakan selama ini ia adalah Cinnamon..

Cinnamon asli adalah rempah import yang hanya boleh didapati di kedai-kedai tertentu sahaja.. Jadi berhati-hatilah.. Jom bertukar pada Cinnamon...

P/s Patut pun selama ni orang berubat degan kayu manis India cepat baik.. Macam ubat kencing manis dan lain-lain.. Malah bila kita gunakan Cassia kesannya lebih teruk, rupanya salah kayu manis kita ni.. Lagipun banyak orang kita sekarang menghidapi sakit hati (hipertitis) dan buah pinggang...



Sumber diedit daripada whatsapp group



 

You Might Also Like

16 comments

  1. ooh...selama ni kita duk buat kari pakai cassia..cis!!..nak kena buang ni..tak bagus utk kesihatan..t balik nak cari Cinnamon..
    Akak..Fida nak share ni yer...biar semua org tahu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. guna sikit tu boleh laa.. kalau banyak sangat tak bagus..

      akak sebelum nih pernah dengar citer sorang cina tu, dia selalu beli serbuk kayu manis kat Singapura untuk perubatan mak dia.. dia kata kat Malaysia tak ada jual yang jenis Cinnamon tuh..

      silakan share, kalau try search kat internet pun ada web terutamanya yang Indonesia ada jugak citer pasal kulit kayu manis nih..

      Delete
    2. semalam dah usyar dekat Giant...Memang tak ada Cinnamon ni..Jawabnya nak kena g Singapore la ni..

      Delete
  2. Macam tu rupanya... Zumal selalu jumpa yang Cassia tu je. Tapi yang serbuk tulis cinnamon tak tau la betul atau tak kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, rasanya susah nak cari Cinnamon tuh.. yang berlambak jenis Cassia tu jelah..

      Delete
    2. benda dah jadi serbuk Zumal..Memang tak nampak dah bentuk asal dia..Maybe Cassia ni murah dan senang dijumpai...

      Delete
  3. Owh..kena berhati hati dan perhati serta pilih betul betul ni..Allahu.terima kasih ye atas makluman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2.. Eyda pun baru tau jugak kesan Cassia pada kesihatan kita..

      Delete
  4. serius baru je tau ni...sebab mmg ibu beli selalu...kalau sally guna serbuk..huhu

    ReplyDelete
  5. EHHH YE KE?????saya ingtkan kulit kayu manis nih satu spesies jeeeeee.........rupa2nya ada cinnamon dan cassia.??saya siap buat cassia sebagai masker campur dgn madu..hoohohoohohoho ............

    ReplyDelete
  6. Lagi haru kalau yang beli jenis serbuk macam saya ni. Tak dapat nak pastikan cassia ke cinnamon. Lepas ni kena berbelanja lebih sikitlah, beli cinnamon dr jenama yg boleh dipercayai. Tak mau yg boleh bawa mudarat pada kesihatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita akak.. yang serbuk tu macam mana nak besa.. mesti casia tu kan

      Delete
  7. Nasib baik lah sha jarang guna kulit kayu manis nie..
    Tq kak eyda share info yg berguna nie..

    ReplyDelete
  8. klu tgk kat tesco dan aeon pun bnyk casia ni kan.. mana nak dapat cinamon

    ReplyDelete
  9. Ekin beli sokmo kat tesco cassia

    ReplyDelete
  10. baru tau kak eyda tp suka bau kulit kayu manis..

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti