Penang Hop On Hop Off
10/21/2015 10:45:00 AM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Sihat? Eyda Alhamdulillah suara makin baik.. Harap tak akan terkesan laa dengan cuaca jerebu yang kembali teruk melanda negara..
Pernah dengar Penang Hop On Hop Off? Ala bas dua tingkat, yang tingkat atas tak ada bumbung tuh macam kat gambar bawah nih.. Ala-ala bas kat luar negara lagi..
sumber |
Sekarang ia telah ada di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.. Inilah tarikan terbaru yang ada di Pulau Pinang iaitu bas Penang Hop On Hop Off..
Di Pulau Pinang, bas nih menawarkan dua laluan yang berbeza iaitu laluan Bandar (City) dan laluan Pantai (Beach).. Makna kata boleh pusing hampir separuh Pulau Pinang..
Meh Eyda kongsi sikit maklumat berkaitan waktu perjalanan, laluan dan harga tiket bas Penang Hop On Hop Off nih..
Laluan bas Penang Hop On Hop Off |
Hentian bas Penang Hop On Hop Off |
Kita juga boleh memilih untuk menukar hentian seperti di bawah..
Dah citer sedikit sebanyak pasal laluan Penang Hop On Hop Off.. Harga tiket belum kongsi kan.. Okey, buat masa sekarang Penang Hop On Hop Off ada menawarkan harga promosi iaitu hanya RM5.. Tapi korang kena laa isi secara Online..
Tawaran tiket RM5 nih sah sehingga 30hb November 2015 bagi semua pemegang MyKAD.. Percuma bagi kanak-kanak berumur 5 tahun..
PROMOSI |
Harga tiket bagi yang walk in atau beli terus iaitu RM19 bagi Dewasa dan RM12 bagi Kanak-kanak/OKU/Pelajar.. Eyda cadangkan baik beli online jer.. Lagi murah dan menjimatkan..
Harga tiket juga ada untuk 24 jam dan juga 48 jam.. Boleh pilih, jika ingin gunakan perkhidmatan ini untuk sehari atau dua hari..
Harga tiket Penang Hop On Hop Off |
Penang Hop On Hop Off juga ada menawarkan harga sebanyak 50% untuk pembelian kali kedua.. Sah sehingga 31 Disember 2015..
Waktu operasi bas Penang Hop On Hop Off nih iaitu dari 9 pagi hingga 8 malam setiap hari.. Jadual perkhidmatan bas ini sekitar setiap 20-30 minit.. Jadinya hampir setiap 20-30 minit akan ada bas ini melalui hentian yang ada..
Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi nombor di bawah atau layari laman web Penang Hop On Hop Off..
Jom sesiapa yang tinggal berhampiran Pulau Pinang atau yang merancang nak bercuti di Pulau Pinang mencuba perkhidmatan baru yang disediakan nih..
Eyda tengok ramai pelancong yang dah menggunakan perkhidmatan Penang Hop On Hop Off nih.. Boleh jugak kita ronda-ronda sambil menikmati pemandangan sekitar Pulau Pinang..
21 comments
Best dapat sight-seeing naik HOHO ni. Pernah baca kat blog SYM :)
ReplyDeletebetul tu Farrah.. ya SYM pernah review HOHO nih..
Deletebest juga ni kalau ada kat ipoh tp xde kwsn syiok sni.ahaha
ReplyDeletekan Ipoh tak dak yang special sangat..
DeleteYayyy..tak sabar nak naik..jumpa nanti! =D
ReplyDeleteya jumpa nanti..
DeleteBestnya kak :-)
ReplyDeletetu laa tak sabar nak naik..
Deletecuaca sekrang macam xbest nak jalan2 dgn bumbung tak da tu.. Harga RM5 tu utk sekali baik ke kak?
ReplyDeleteya rasa tak syok dengan cuaca sekarang.. ya dia untuk 1 hari perjalanan.. kiranya p balik laa..
Deletesee you there!!
ReplyDeleteya El, jumpa nanti..
Deleteentri prelude saya banyak ambik "inspirasi" dari entri ni.. heheh
ReplyDeletejumpa disana..
boleh ja Pha Is.. Eyda pun banyak cilok dari laman web diaorang..
DeleteMenarik betul entry Kak Eyda nie.. Mendatangkan inspirasi..
ReplyDeleteya ka, rasa merepek ja lebih.. boleh ja, guna ayat apa yang okey..
Deletejumpa ahad ni !!
ReplyDeletesyok kan nina kita naik nih.. entri jer tak tau nak mula kat mana..
Deletesyokkk sangat kak eyda !! tp ayat tak reti nk buat. hehee
DeleteBila la dapat join event BU ni
ReplyDeleteboleh jadikan guide untuk bercuti dekat Penang nanti ;)
ReplyDeletejom singgah sini
http://shoyumilks.blogspot.my/
Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..