event

Pesta Pulau Pinang 2015

11/27/2015 10:41:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Dah seminggu cuti sekolah bermula.. Apa plan untuk anak-anak?

Kalau belum ada, apa kata berkunjung ke Pesta Pulau Pinang 2015 yang akan bermula esok iaitu pada 28 November 2015 sehingga 2 Januari 2016..



Pesta Pulau Pinang ini akan dibuka bermula jam 6.00 petang sehingga 12.00 malam setiap hari sepanjang tarikh tersebut di Tapak Pesta Sungai Nibong Pulau Pinang..

Banyak acara dan jualan ada di Pesta Pulau Pinang nih.. Apa kata jom ramai-ramai berkunjung ke Pesta Pulau Pinang yang menjadi program wajib setiap hujung tahun nih..

Senarai Program dan Acara di Pesta Pulau Pinang 2015..







tazkirah Jumaat

TaZKiRaH JuMaaT #37

11/27/2015 08:50:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Jumaat menjelma lagi kan.. Sekejap jer dah seminggu anak-anak cuti sekolah..


kredit
 
 
Have patience.
ALLAH DOES NOT DENY
THE REWARD OF THE RIGHTEOUS
 
-QURAN, SURAH HUD 11:115
 
 
 
 
 

wordless wednesday

WoRdLeSS WeDNeSDaY #37

11/25/2015 03:23:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hai lambat betoi update blog hari nih.. Sibuk dengan urusan keja, tuh yang lambat update..


kredit



Frustration,
although quite
painful at times,
is a very positive
and essential
part of success.
~ Bo Bennett
 
 
 
 


event

Chefmanship Akademi Di Pulau Pinang

11/24/2015 02:36:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hari nih Eyda nak cerita pasal Chefmanship Akademi yang membuat penampilan di Hari Penjaja dan Komuniti Peniaga 2015 pada 21 November 2015 bertempat di Padang Kota Lama, Pulau Pinang.



Untuk pengetahuan semua, Unilever Food Solution (UFS) telah melancarkan Chefmanship Academy (CA) pertama di Pulau Pinang untuk membuka jalan kepada pengendali makanan agar mereka boleh berjaya di dalam industri makanan..

Chefmanship Akademi (CA) adalah satu pusat sehenti bagi pengendali makanan untuk meningkatkan kualiti makanan, perkhidmatan, kecekapan dan menjadi chef yang lebih baik dengan penekanan kepada keusahawanan pintar.

Pengarah Urusan, UFC Malaysia, En. Matt Wilke berkata bahawa CA merupakan sebahagian Pelan Kehidupan Lestari Unilever dengan objektif untuk meningkatan kesihatan, kesejahteraan dan tabiat kebersihan di Malaysia.

Bukan itu saja, matlamat mereka juga bertumpu dalam usaha untuk menangani kejadian demam kepialu, leptospirosis (pencemaran kencing tikus), cirit-birit dan keracunan makanan.

Selain itu, UFC telah terlibat dengan beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT di seluruh Malaysia sejak tahun 2013 dengan hanya 400 pengendali makanan yang terlibat ketika itu. Sehingga kini, banyak PBT yang terlibat dengan UFC dan yang terkini Majlis Bandara Pulau Pinang (MBPP).

CA merupakan inisiatif pertama oleh pihak perkhidmatan makanan di negara ini yang telah mendapat penyertaan melebihi 43,000 pengendali makanan.

Selain itu, sesi ini juga membolehkan pengendali makanan memperoleh pemahaman lebih terperinci supaya mereka dapat meningkatkan pengendalian makanan dan menjimatkan masa, operasi dalam menghadapi cabaran penambahan kos operasi termasuk bahan makanan.

Program ini juga memperkenalkan kita dengan produk yang berada di bawah keluaran Unilever. Banyak sebenarnya produk Unilever yang kita boleh gunakan di dalam masakan kita seharian seperti Pasti Sedap, Chicken Stock, Lime Seasoning Powder dan Planta di dalam masakan kita di samping kita dapat menjimatkan wang jika menggunakan bahan tambahan yang lain.

Menu yang menggunakan produk Knorr keluaran Unilever

Di booth Chefmanship Akademi ini, ada diadakan demo masakan.. Seorang ahli Blogger Utara diberi peluang untuk masak bersama Chef Yang Ibrahim..

Chef jemputan Blogger Aryshafayyadh


Khusyuk memasak

Selepas sesi demo memasak


Ayam masak kicap




Selepas sesi food testing, penerangan dan demo masakan.. Kami bergambar bersama MD Integrated Public Relation, Mr. Thong, PR Mr. Raymond, Ms. Angeline Mah dan Chef Yang Ibrahim.




Tidak dilupakan sesi bergambar bersama ahli Blogger Utara yang turut sama memeriahkan program tersebut.





Lastly, gambar tuan tanah.

Food testing

Bersama Blogger Murni Alysa


Untuk mendapatkan inspirasi resipi, teknik pengendalian produk, informasi terkini dan banyak lagi, anda boleh layari UFC atau hubungi talian perkhidmatan pelanggan di 03-22462288






Gambar kredit group #bloggerutaraofficial



Segmen & GA

8th Anniversary GiveAway!

11/23/2015 01:23:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Mood nak join GA plak hari nih.. Jom ramai-ramai join GA nih.. Manalah tau rezeki kan..

http://lobaksusue.blogspot.my/2015/11/8th-anniversary-giveaway.html
KLIK BANNER UNTUK JOIN


Giveaway ini akan berlangsung daripada 20.11.2015 hingga 25.11.2015 11:59 malam.

Senarai peserta akan diumumkan pada 27.11.2015.

Senarai pemenang akan diumumkan pada 30.11.2015
 
 
 
HADIAH




tazkirah Jumaat

TaZKiRaH JuMaaT #36

11/20/2015 11:31:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Jumaat menjelma lagi.. Hari makin ke penghujung minggu.. Hari terakhir persekolahan di negeri lain selain Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor..

Cuti sakan laa kan bebudak nih.. Hehehe..


kredit


Qu'an Is Better Than Music
Sunnah Is Better Than Tradition
Prayer Is Better Than Sleep
Silence Is Better Than Bad Words
 
 
 
 
 


kedai makan

Review : Rockstarz Burger, Sungai Ara, Pulau Pinang

11/19/2015 03:33:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hari nih nak cerita pengalaman kami #BloggerUtaraOfficial merasai burger yang istimewa dan sedap di sekitar Pulau Pinang..

Alhamdulillah hujung minggu baru nih, geng #BloggerUtaraOfficial telah dijemput oleh pemilik Rockstarz Burger sendiri iaitu En. Saiful Danial untuk menikmati dan merasai sendiri kesedapan serta keenakan burger di kedainya..

Rockstarz Burger ini menggunakan slogan Rock Your Mouth.. Sesuai dengan konsep dan nama burger yang disajikan..

Inilah rupa kedai Rockstarz Burger di waktu petang..



Ini plak rupa di waktu malam.. Gambar kredit daripada Rockstarz Burger..

 
Lokasinya di deretan kedai Taman Tunas Muda berhampiran Sekolah Kebangsaan Sungai Ara.. Kalau tak tau lagi tengok pelan lokasi kat bawah nih.. 
 
 

 


Dah masuk kedai mesti nak tengok menu untuk dipilih.. Di sini ada pelbagai pilihan burger dan menu sampingan.. Meh tengok menu yang ada..



Tak jelas? Meh tengok gambar kat bawah nih..



Ini burger yang istimewa di Rockstarz Burger.. Nama burger pula diilhamkan daripada kumpulan rock Search dan Wings.. Burger nih dilapisi dengan 3 keping daging burger ya..



Ini burger limited edition.. Hanya ada dalam waktu terhad sahaja..



Minuman yang boleh dipilih..



Selain itu, di sini ada menu sampingan yang boleh dipilih..



Di sini, Eyda dan geng Blogger Utara yang lain berpeluang memilih sendiri burger yang diingini.. Malah kami dihidangkan dengan menu sampingan.. Alhamdulillah dapatlah kami merasai sendiri burger yang disajikan di sini..

Selain itu, setiap burger ini ada pilihan yang boleh kita pilih..Kita boleh pilih sama ada nak burger yang menggunakan daging lembu atau pun ayam.. Malah kita boleh memilih sama ada nak sekeping daging burger, dua keping atau tiga keping..




Bagi membezakan antara kepingan daging burger tersebut, pihak Rockstarz telah menggunakan nama seperti Slow Rock untuk sekeping daging burger, Hard Rock untuk dua keping daging burger atau Heavy Metal untuk tiga keping daging burger..

Boleh ikut kapasiti perut masing-masing ya..

Eyda memilih burger daging lembu The Cabonara Burger (Hard Rock).. Burger ini dilapisi dengan lapisan keju, campuran sos carbonara dan salad segar.. Burger ni memang kaya dengan campuran sos carbonara..


The Carbonara Burger

Izzat memilih untuk menikmati burger The Search.. Burger ini dilapisi daging lembu, keju, telur, onion rings dan sos BBQ..  Burger nih Eyda tak dapat rasa, tapi anak Eyda cakap sedap..


The Search

Kimie memilih burger daging lembu The Rockstarz (Hard Rock).. Burger ini dilapisi dengan daging lembu, keju, salad, kubis, sos cili dan campuran mayonis.. Burger nih Eyda dapat rasa, memang sedap.. Hahaha memang puas hati tau dapat rasa dua jenis burger..



Kalau dibuat perbandingan antara The Carbonara Romance dengan The Rockstarz, Eyda lebih suka The Rockstarz lagi.. Rasanya sedap mungkin sebab burger nih lebih terasa sos yang pedas berbanding The Carbonara Romance yang lebih banyak campuran sos carbonara..

Selain itu, Eyda memilih Meatball sebagai menu sampingan.. Sedap Meatball nih, sampai Eyda order dua tau.. Satu untuk Izzat dan satu lagi untuk Kimie..


Meatball


Burger lain yang menjadi pilihan Blogger Utara ialah


The Santanaz

The Red Hot Curry Chilleez

The Wings


Menu sampingan yang lain..

Onion Ring


Malah Rockstarz Burger juga pernah mendapat kunjungan daripada Jalan-Jalan Cari Makan TV3..

Model cilik bersama plaq Jalan-jalan Cari Makan TV3


Siapakah di sebalik tabir yang menyediakan hidangan yang sedap nih?




Dah habis makan apa lagi, acara wajib sebelum balik iaitu bergambar..





Bagi yang ingin menikmati burger handmade, sedap dan semestinya halal nih, boleh berkunjung ke


Rockstarz Burger 
118, Taman Tunas Muda, Jalan Dato Ismail Hashim,
Sungai Ara, 11900 Bayan Lepas, Penang.
 
 Nombor Telefon
019-4299309

Waktu Perniagaan
5pm - 1am (Setiap Hari)









info

Penang Bridge International Marathon 2015

11/19/2015 12:02:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Ada sekolah di beberapa negeri bakal mengakhiri persekolahan pada hari ini.. Selebihnya akan berakhir pada esok hari untuk sesi persekolahan pada tahun 2015..

Sekejap jer masa berlalu kan.. Ada sesiapa ingin bercuti ke Pulau Pinang? Kalau ada yang ingin bercuti pada hujung minggu ini, sila pastikan anda mengetahui info nih..





Pada hari Ahad iaitu 22 November 2015, Jambatan Pulau Pinang akan ditutup untuk semua kenderaan bermula jam 12.00 tengah malam sehingga jam 10.00 pagi..

Penutupan ini dibuat bagi memberi laluan kepada program Penang Bridge International Marathon 2015 pada hari tersebut..

Ini laluan yang terlibat dengan program Penang Bridge International Marathon 2015 tersebut..





Oleh itu, bagi yang terpaksa memasuki atau keluar dari Pulau Pinang pada hari tersebut, perlulah menggunakan perkhidmatan feri ataupun jambatan kedua iaitu Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah..

Kalau tidak ada apa-apa keperluan, sila tangguhkan seketika perjalanan anda pada hari tersebut..

Untuk maklumat lanjut, sila layari lama web Penang Marathon



wordless wednesday

WoRdLeSS WeDNeSDaY #36

11/18/2015 03:26:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hai sunyi laa plak blog nih.. Dah tengah minggu baru nak update.. Maaf laa terlalu sibuk dengan tugasan lain..

Ada sesiapa rasa sebegini? Kuatkan semangat untuk menghadapi hari-hari yang mendatang..

http://quotediary.me/tagged/motivation
kredit


Stay strong,
even when it feels
like everything is
falling apart.
 
 
 
 


info

MONrods Kulim

11/13/2015 04:47:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Entry yang tersimpan sekian lama.. Maaf laa ambik masa lama plak nak siapkan entry nih..

Lebih kurang hampir 2 bulan yang lepas, Eyda dan anak-anak singgah ke MONrods Kulim.. Itu pun setelah Eyda baca mengenainya kat surat khabar Sinar..

MONrods Kulim

Inilah destinasi kami 2 bulan yang lepas.. Restoran ini menghidangkan pelbagai jenis masakan.. Boleh pilih sama ada nak makan nasi ayam, nasi goreng atau western food.. Ada pelbagai jenis minuman dan pencuci mulut yang sedap..






Jom ushar skit menu yang ada.. Maaf gambar agak kurang memuskan sebab snap guna handphone jer..



Nih blurr trus.. Nanti kalau singgah, Eyda snap lain laa..




Setelah juling mata memilih apa yang nak dimakan.. Inilah yang menjadi pilihan tekak kami pada petang hari tersebut..

Kimie memilih Nasi Ayam Istana.. Eyda ada cuba rasa sedap..

Nasi Ayam Istana


Eyda memilih Nasi Ayam Panggang.. Rasanya tak mengecewakan..


Nasi Ayam Panggang


Izzat pula memilih Nasi Goreng d'MONrods.. Ini pun sedap..

Nasi Goreng d'MONrods

Minuman pula Eyda memilih Sirap Bandung, Izzat memilih Ice Lemon Tea, dan Kimie nak minum Jus Apple..

Minuman kami

Kami makan sampai kenyang.. Nak tau sedap ke tak meh tengok gambar kat bawah nih..

Suka bila nak snap gambar


Kimie kata sedap..
Licin pinggan kami

Sempat melayan view diluar jendela sebelah meja kami.. Makan pun rasa privasi tau..



Bagi Eyda restoran nih tak laa terlalu mahal atau terlalu murah.. Harga kira berpatutan.. Yang pastinya, rasa sedap dan selesa.. Haishh, teringin nak cuba western food plak.. Member cakap best.. Tetiba rasa nak singgah lagi di sini..



Blog yang Diikuti