Review : Rockstarz Burger, Sungai Ara, Pulau Pinang
11/19/2015 03:33:00 PM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hari nih nak cerita pengalaman kami #BloggerUtaraOfficial merasai burger yang istimewa dan sedap di sekitar Pulau Pinang..
Alhamdulillah hujung minggu baru nih, geng #BloggerUtaraOfficial telah dijemput oleh pemilik Rockstarz Burger sendiri iaitu En. Saiful Danial untuk menikmati dan merasai sendiri kesedapan serta keenakan burger di kedainya..
Rockstarz Burger ini menggunakan slogan Rock Your Mouth.. Sesuai dengan konsep dan nama burger yang disajikan..
Inilah rupa kedai Rockstarz Burger di waktu petang..
Ini plak rupa di waktu malam.. Gambar kredit daripada Rockstarz Burger..
Lokasinya di deretan kedai Taman Tunas Muda berhampiran Sekolah Kebangsaan Sungai Ara.. Kalau tak tau lagi tengok pelan lokasi kat bawah nih..
Dah masuk kedai mesti nak tengok menu untuk dipilih.. Di sini ada pelbagai pilihan burger dan menu sampingan.. Meh tengok menu yang ada..
Tak jelas? Meh tengok gambar kat bawah nih..
Ini burger yang istimewa di Rockstarz Burger.. Nama burger pula diilhamkan daripada kumpulan rock Search dan Wings.. Burger nih dilapisi dengan 3 keping daging burger ya..
Ini burger limited edition.. Hanya ada dalam waktu terhad sahaja..
Minuman yang boleh dipilih..
Selain itu, di sini ada menu sampingan yang boleh dipilih..
Di sini, Eyda dan geng Blogger Utara yang lain berpeluang memilih sendiri burger yang diingini.. Malah kami dihidangkan dengan menu sampingan.. Alhamdulillah dapatlah kami merasai sendiri burger yang disajikan di sini..
Selain itu, setiap burger ini ada pilihan yang boleh kita pilih..Kita boleh pilih sama ada nak burger yang menggunakan daging lembu atau pun ayam.. Malah kita boleh memilih sama ada nak sekeping daging burger, dua keping atau tiga keping..
Bagi membezakan antara kepingan daging burger tersebut, pihak Rockstarz telah menggunakan nama seperti Slow Rock untuk sekeping daging burger, Hard Rock untuk dua keping daging burger atau Heavy Metal untuk tiga keping daging burger..
Boleh ikut kapasiti perut masing-masing ya..
Eyda memilih burger daging lembu The Cabonara Burger (Hard Rock).. Burger ini dilapisi dengan lapisan keju, campuran sos carbonara dan salad segar.. Burger ni memang kaya dengan campuran sos carbonara..
The Carbonara Burger |
Izzat memilih untuk menikmati burger The Search.. Burger ini dilapisi daging lembu, keju, telur, onion rings dan sos BBQ.. Burger nih Eyda tak dapat rasa, tapi anak Eyda cakap sedap..
The Search |
Kimie memilih burger daging lembu The Rockstarz (Hard Rock).. Burger ini dilapisi dengan daging lembu, keju, salad, kubis, sos cili dan campuran mayonis.. Burger nih Eyda dapat rasa, memang sedap.. Hahaha memang puas hati tau dapat rasa dua jenis burger..
Kalau dibuat perbandingan antara The Carbonara Romance dengan The Rockstarz, Eyda lebih suka The Rockstarz lagi.. Rasanya sedap mungkin sebab burger nih lebih terasa sos yang pedas berbanding The Carbonara Romance yang lebih banyak campuran sos carbonara..
Selain itu, Eyda memilih Meatball sebagai menu sampingan.. Sedap Meatball nih, sampai Eyda order dua tau.. Satu untuk Izzat dan satu lagi untuk Kimie..
Meatball |
Burger lain yang menjadi pilihan Blogger Utara ialah
The Santanaz |
The Red Hot Curry Chilleez |
The Wings |
Menu sampingan yang lain..
Onion Ring |
Malah Rockstarz Burger juga pernah mendapat kunjungan daripada Jalan-Jalan Cari Makan TV3..
Model cilik bersama plaq Jalan-jalan Cari Makan TV3 |
Siapakah di sebalik tabir yang menyediakan hidangan yang sedap nih?
Dah habis makan apa lagi, acara wajib sebelum balik iaitu bergambar..
Bagi yang ingin menikmati burger handmade, sedap dan semestinya halal nih, boleh berkunjung ke
Rockstarz Burger
118, Taman Tunas Muda, Jalan Dato Ismail Hashim,
Sungai Ara, 11900 Bayan Lepas, Penang.
Nombor Telefon
019-4299309
Waktu Perniagaan
5pm - 1am (Setiap Hari)
FB : Rockstarz Burger
25 comments
ku mengidam mengidam nak mkn burger diatas
ReplyDeleteakak suka The Rockstarz lagi..
Deletenama macam2
DeleteLapar tengok burger
Deleteishhhh bila nk bole p try ni...
ReplyDeletenanti kita p noo ZF..
DeleteWah...nampak sos dan keju yang meleleh tu dah terliuq dah ni kak..
ReplyDeletenak siapkan entry nih pun meleleh2 air liur..
Deleteayayaya ~
ReplyDelete#bloggerutaraofficialhantuburger
abis laa jadi hantu burger..
Deletesedappppp kak eyda.. xboleh tgk hari2. kempunan
ReplyDeletebetoi tu nina.. nak jawab komen nih pun jenuh scroll laju2..
Deletesukanyaaa budak model tu.. hahaha lawak
ReplyDeletemodel tuh, orang suruh pegang ja, dia p bubuh kat tengkuk.. hehehe..
Deletehahaha.. lawak lah dgn kimi. sronok makan sos bege
Deletehaii bila ntah lagi nak repeat ni eyda woii
ReplyDeletecheq dah #gilabayang ni haha
nanti kita p el..
Deletemaap yer..murni dah repeat smlm..mohon jeles ya
ReplyDeleteI is jeles.. hahaha..
Deletenanti boleh la cube makan kat sini
ReplyDeleteUwaaaaaa jelosssss! ahad nie nak pi sana.. nak makan semua jenis burger yg ada boleh?????? hahaha
ReplyDeletejelessss nie.. napelah jauh sangat.. huhuhu
ReplyDeletecomey anak akak.. tetap kemas baju dalam tu.. baguih =)
ReplyDeleteadeh kenotla tengok gambar.. tingat..
next time nak The Wings !! tak kira ahaha..
seriously, next week aida nak gi sini !!!
ReplyDeletetq tq tq BU semua...
Lapaq plak tgk beger ni...ahhhhh
ReplyDeleteSudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..