Giveaway Review Tepung Ajaib Kek Coklat
12/30/2015 11:59:00 PM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Baru nih masa kami join Jump Street Trampoline Park Penang, Eyda ada berikan memasing 1 bekas sampel kek coklat dan 1 pek Tepung Ajaib Kek Coklat kepada rakan blogger yang berminat nak review..
Ini adalah hasil usahasama antara Eyda dan pihak BME Enterprise.. Terima kasih Puan Sakina yang sudi memberikan Tepung Ajaib nih untuk kami review beramai-ramai..
Tak susah sebenarnya nak hasilkan kek menggunakan Tepung Ajaib Kek Coklat nih.. Hanya perlukan 1 pek Tepung Ajaib Kek Coklat dan 2 biji telur.. Mudah dan senangkan.. Kita boleh memilih samada nak kukus atau bakar..
Jom tengok bahan-bahan dan cara memasaknya..
Pertama sekali kita perlukan 1 pek Tepung Ajaib Kek Coklat dan 2 biji telur.. Sebaiknya guna telur gred A ya..
Bahan adunan A dan B yang berada di dalam pek Tepung Ajaib..
Bahan hiasan / topping bahan C dan D untuk Kek Coklat..
Mula sekali masukkan 2 biji telur dan pukul dengan mixer / handwisk / senduk pun boleh ya.. Apapun boleh guna asalkan telur tuh kembang elok.. Pukul sampai ia memutih..
Kemudian masukkan bahan A dan mixed lagi sehingga sebati.. Selepas itu, masukkan bahan B dan gaul rata..
Dah siap, boleh laa masukkan ke dalam acuan dan bekas yang diingini dan boleh laa mula mengukus selama 35 minit (guna loyang).. Eyda hanya kukus sekitar 20 minit.. Kalau anda ingin bakar, boleh laa bakar selama 50 minit dengan suhu 150 C (bergantung kepada jenis oven)..
Untuk menghasilkan kek coklat yang lebih moist, boleh laa diletakkan 1 bekas berisi air dibawah loyang yang dibakar di dalam oven.. Jika anda ingin kukus kek anda, sila panaskan air di dalam periuk kukus sebelum memulakan proses mix semua bahan.. Baru cepat proses mengukus kek anda..
Hasil Kek Coklat Eyda dan anak-anak tukar guna coklat rice warna warni |
Memang mudah sangat buat kek menggunakan Tepung Ajaib Kek Coklat, bukan saja budak-budak pun boleh buat, kita pun tak perlu nak sukat bagai bahan.. Paling penting ia menjimatkan masa penyediaan..
ZARUL FARHANA |
ARYSHAFAYYADH |
CIKPINZ |
ZAFIRAH |
Giveaway Review Tepung Ajaib Kek Coklat
Memandangkan bulan ini merupakan birthday pemilik Tepung Ajaib.. Hari ini Eyda berbesar hati nak hadiahkan 1 pek Tepung Ajaib Kek Coklat kepada pembaca yang bertuah dan juga kepada review yang paling menarik di mata pembaca..
Syaratnya:
1. Follow blog Eyda (bagi yang belum pernah follow)
2. Tinggalkan di dalam ruangan komen di bawah, review dan kek mana yang menjadi pilihan hati (boleh jugak nak nyatakan sebab)
3. Tarikh tutup penyertaan pada 30 Disember 2015
4. Keputusan akan diumumkan pada 31 Disember 2015
19 comments
menarik ni..sedapnyer anak-anak ana suka kek coklat
ReplyDeletewahh review yg menarik hati ana adalah dari blogger CIKPINZ
warna warni gitu..tu belum merasa lg
nmpk lembut je kek tu. terliur...
ReplyDeletememang betul2 ajaib nih. hihihi
ReplyDeleteYa Allah sukanya.. I ni penggemar coklat.. suka sangat.. ada nampak review dari ZF.. comel yg ZF buat tu, btk acuan camtuh..:-)..
ReplyDeleteTepung ajaib free? best tu..
ReplyDeletenak join jugak boleh???
ReplyDeletenak tau ajaib ke idok kena lah beli and cuba..mmg berbaloiiiii :)
ReplyDeleteSaya personally suka review by Zarul farhana sebab
ReplyDeletei. Kek tu nampak comel ala-ala chocolate lava cake
ii. Review tu convincing. Yakinkan kita yang nak buat kek pakai tepung ajaib ni mudah sangat. Tak perlu ada kelengkapan baking yang cukup. Zarul buat pakai plastic bowl pun jadi :)
Kita nk join boleh ke hihihi
ReplyDeleteNak join jugak... huhu
ReplyDeletetengok gambar pun dah terliur
ReplyDeletecp paling style.. heheh
ReplyDeleteAssalam. Sekarang semua orang pun dah bole buat kek.
ReplyDeleteSemua review kek terbaik... http://cikash.blogspot.com/2015/12/giveaway-review-tepung-ajaib-kek-coklat.html
ReplyDeleteAssalamualaikum... Sha joint ye Kak Eyda..
ReplyDeletePada Sha semua review mengenai tepung kek ajaib memang ohsem..
Macam-macam gaya dan cara yang ditunjukkan dalam penyediaan kek coklat menggunakan tepung ajaib ini..
Memang sangat mudah dan meyakinkan..
Assalamualaikum, kak. Saya pun nak join juga, ya. ^_^
ReplyDeleteSaya suka dengan review daripada kak Murni. Review kak Murni simple tapi sangat-sangat membuatkan saya terliur. Hehehe... tambah lagi bila tengok anak-anak kak Murni yang duduk menghadap kek tu dengan muka yang macam tak sabar nak jamah kek. Dengan saya sekali rasa macam nak jamah kek tu. >_<
Review dan kek oleh blogger yang lain juga tak kurangnya awesomenya tapi review dari kak Murni amat memikat hati saya. Sedap pula tengoknya. Huhuhu.. ^_^
Macam best aje tepung ajaib ni. ;)
byk byk tu, aida terberkenan kat image murni.
ReplyDeletekek nyer bulat cantik and berkilat :)
best nyer. sgt nak satu tepung ajaib tu hi hi hi...
Kegemaran!!!.
ReplyDeletemelelah ayaq liuq ni kak oi..
Assalam el,
ReplyDeletewaaaaaaaaa
meriah3
psstt : kek iols pun ado :)
Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..