review

Tarikan Baru Di Pulau Pinang - PG Gold Museum

12/31/2015 05:20:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hai dah lama sampai ke PG Gold Museum hari ni baru sempat nak update bagai.. Maaf ya PG Gold Museum..

Kali ini Eyda review PG Gold Museum plak.. Ini rentetan kunjungan Eyda bersama blogger yang lain ke PG Gold Museum yang pertama di Malaysia.. Pastinya pencinta barangan emas dan perak akan menyukainya.. Malahan kanak-kanak pun menyukainya..


PG Gold Museum

Inilah rupa PG Gold Museum beserta lokasinya..




Di sini kita dapat belajar mengenai sejarah, kisah dan cara penghasilan emas.. Selain itu, di sini juga kita diberi peluang untuk mendulang emas, memegang emas 50kg dan melihat demo cara penghasilan jongkong perak seberat 1 kg di depan mata..

Jom tengok gambar-gambar lain di PG Gold Museum..

Izzat dan Kimie bergambar dulu..

Tercatat dalam Malaysia Book of Record

Dapat merasai sendiri memegang emas..

Kat sini boleh beli ya emas.. pilih-pilih, ada pelbagai jenis di sini..

Duit khas pun ada..

Dah abis berlegar kat ruang depan, apa kata kita tengok harga tiket dan waktu demonstrasi pembuatan jongkong perak..



Mula beroperasi bulan Mei 2015


Harga tiket
 
Tiket
Dewasa - RM28
Kanak-kanak (7-12) dan Warga Emas (60 tahun ke atas) - RM15
Kanak-kanak bawah 7 tahun - Percuma
 

Waktu demonstrasi pembuatan jongkong perak

Dah selesai beli tiket, jom kita masuk ke dalam dulu.. Dapat laa mengetahui mengenai emas, sejarah dan cara penghasilan emas..

Macam nih rupanya emas yang ditemui..



Emas banyak di Asia Tenggara terutamanya Indonesia..

Gigih bekerja..

Banyaknya duit.. Inilah tempat "Gold Wish"

Jom kita belajar cara mendulang dan merasai sendiri pengalaman mendulang.. Emas yang dapat boleh bawa balik ya..


Gigih mendulang..

Inilah rupa emasnya.. Eyda dapat 3 ketul..

Jom tengok emas 50 kg.. Sebab atas faktor keselamatan, kami tak dapat snap.. Pinjam gambar daripada PG Gold Museum jer..





Dah pegang emas 50kg, jom jenjalan lagi terjah apa yang ada..

 



Khasiat barangan perak



Jom tengok cara pembuatan dan pegang sendiri perak 1kg..


Demo pembuatan perak.. Sama caranya dengan pembuatan emas..




Sebelum keluar, jom bergambar dulu..

 
 
Terima kasih kasih kepada PG Gold Museum..
 




 
PG GOLD MUSEUM
95, Lebuh Bishop,
10200 Penang.
Tel : +604-2619999
Whatsapp : +60124408916


Waktu operasi
Dibuka setiap hari termasuk cuti umum dari jam 9 pagi hingga 6 petang
 
 
 


keputusan giveaway

Keputusan Giveaway Review Tepung Ajaib Kek Coklat

12/31/2015 12:26:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Seperti dijanjikan hari ini Eyda nak umumkan pemenang yang bertuah dan juga review terbaik..

Walaupun tak ramai yang join, tapi Eyda tetap teruskan GA yang tak seberapanya nih.. Memandangkan hanya 6 orang saja yang memberikan komen review kek siapa yang menjadi pilihan, makanya hanya 6 komen sahaja yang Eyda kira. 

Maaf ya kepada sesiapa yang tak memenuhi syarat.. In shaa Allah Eyda akan adakan lagi GA di bulan akan datang.. Tunggu ya..









Pemenang yang GA dipilih oleh  True Random Number Generator ialah...


V
 

 
 
V
 
 
 
V
 
 
 
V
 
 
 
V


NOR NAZLIANA



Dan pemenang bagi review terbaik, ini Eyda pilih sendiri ya daripada segi kreatif, kekemasan, memikat mata memandang dan pernah menjadi pilihan testimoni penaja tepung nih..


MURNI.ALYSA


Tahniah kepada pemenang.. Yang tak menjadi pilihan, jangan sedih-sedih tau.. In shaa Allah tahun 2016 Eyda akan banyakkan lagi GA untuk semua rakan blogger Eyda..

Bagi pemenang sila tinggalkan alamat di dalam komen di bawah untuk urusan pengeposan hadiah.. Jangan risau alamat korang Eyda tak akan dipublish..



segmen & GA

Giveaway Review Tepung Ajaib Kek Coklat

12/30/2015 11:59:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Baru nih masa kami join Jump Street Trampoline Park Penang, Eyda ada berikan memasing 1 bekas sampel kek coklat dan 1 pek Tepung Ajaib Kek Coklat kepada rakan blogger yang berminat nak review..

Ini adalah hasil usahasama antara Eyda dan pihak BME Enterprise.. Terima kasih Puan Sakina yang sudi memberikan Tepung Ajaib nih untuk kami review beramai-ramai..

Tak susah sebenarnya nak hasilkan kek menggunakan Tepung Ajaib Kek Coklat nih.. Hanya perlukan 1 pek Tepung Ajaib Kek Coklat dan 2 biji telur.. Mudah dan senangkan.. Kita boleh memilih samada nak kukus atau bakar..


Jom tengok bahan-bahan dan cara memasaknya..

Pertama sekali kita perlukan 1 pek Tepung Ajaib Kek Coklat dan 2 biji telur.. Sebaiknya guna telur gred A ya.. 



Bahan adunan A dan B yang berada di dalam pek Tepung Ajaib..



Bahan hiasan / topping bahan C dan D untuk Kek Coklat..



Mula sekali masukkan 2 biji telur dan pukul dengan mixer / handwisk / senduk pun boleh ya.. Apapun boleh guna asalkan telur tuh kembang elok.. Pukul sampai ia memutih..



Kemudian masukkan bahan A dan mixed lagi sehingga sebati.. Selepas itu, masukkan bahan B dan gaul rata..



Dah siap, boleh laa masukkan ke dalam acuan dan bekas yang diingini dan boleh laa mula mengukus selama 35 minit (guna loyang).. Eyda hanya kukus sekitar 20 minit.. Kalau anda ingin bakar, boleh laa bakar selama 50 minit dengan suhu 150 C (bergantung kepada jenis oven)..
 


 
Untuk menghasilkan kek coklat yang lebih moist, boleh laa diletakkan 1 bekas berisi air dibawah loyang yang dibakar di dalam oven.. Jika anda ingin kukus kek anda, sila panaskan air di dalam periuk kukus sebelum memulakan proses mix semua bahan.. Baru cepat proses mengukus kek anda..
 
 
Hasil Kek Coklat Eyda dan anak-anak tukar guna
coklat rice warna warni
 
Memang mudah sangat buat kek menggunakan Tepung Ajaib Kek Coklat, bukan saja budak-budak pun boleh buat, kita pun tak perlu nak sukat bagai bahan.. Paling penting ia menjimatkan masa penyediaan..
 
Jom tengok hasil review dan rupa kek yang dihasilkan oleh rakan blogger yang sudi review Tepung Ajaib Kek Coklat nih.. Ada yang menggunakan kreativiti sendiri menambah hiasan agar lebih cantik.. Baca tau, ada hadiah menanti pembaca bertuah.. Klik link kat bawah setiap gambar..

EL
 








ZARUL FARHANA


ARYSHAFAYYADH




Tepung Kek Ajaib
CIKPINZ



ZAFIRAH



ZAI

 
 
Giveaway Review Tepung Ajaib Kek Coklat

Memandangkan bulan ini merupakan birthday pemilik Tepung Ajaib.. Hari ini Eyda berbesar hati nak hadiahkan 1 pek Tepung Ajaib Kek Coklat kepada pembaca yang bertuah dan juga kepada review yang paling menarik di mata pembaca..

Syaratnya:
1. Follow blog Eyda (bagi yang belum pernah follow)
2. Tinggalkan di dalam ruangan komen di bawah, review dan kek mana yang menjadi pilihan hati (boleh jugak nak nyatakan sebab)
3. Tarikh tutup penyertaan pada 30 Disember 2015
4. Keputusan akan diumumkan pada 31 Disember 2015



Blog yang Diikuti