Restoran Mutiara Bonda, Autoworld Juru, Penang
1/07/2016 12:07:00 PM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Alhamdulillah selepas berkunjung ke Butik Malvita, Penang.. Kami berkunjung pula ke Restoran Mutiara Bonda..
Buat pengetahuan semua, Restoran Mutiara Bonda ini diuruskan oleh Puan Azam selama 6 tahun.. Nama Mutiara dipilih sempena negeri Pulau Pinang yang lebih dikenali dengan Pulau Mutiara dan Bonda pula diambil daripada nama salah seoarang staff restoran yang lebih dikenali dengan panggilan Bonda.. Nama Bonda ini datangnya daripada hasil masakannya yang mirip kepada maakan bonda atau orang tua-tua.. Itulah akhirnya restoran ini dinamakan Restoran Mutiara Bonda..
Selain itu, di sini staff diasingkan kepada dua kumpulan.. Satu kumpulan akan memasak masakan melayu dan satu kumpulan lagi akan memasak masakan Siam atau Thailand..
Pelbagai masakan Melayu dan Thailand ada di sini.. Walau bagaimana pun, menu Kari Kepala Ikan merupakan menu yang istimewa dan terbaik di sini..
Jangan risau, setiap hidangan di sini hanya akan dimasak sebaik sahaja anda membuat pesanan.. Tiada istilah perangat atau panaskan lauk pauk di sini..
Jom tengok hidangan yang istimewa di sini..
Set menu hidangan istimewa untuk 10 orang buat kami |
Kari Kepala Ikan |
Sotong Goreng Tepung |
Sambal Udang |
Ayam Goreng |
Siakap 3 Rasa |
Ulam-ulaman |
Kerabu Mangga |
Kangkong Belacan |
Air Limau Asam Boi |
Jom jenguk menu yang ada di sini termasuk Hidangan Istimewa yang kami jamah..
Seperti biasa pastinya akan ada gambar team Projek Blogger Utara dan blogger jemputan.. Malah tidak ketinggalan juga bersama Puan Azam pengurus Restoran Mutiara Bonda..
Terima kasih kepada Puan Azam kerana sudi menerima kehadiran team Projek Blogger Utara ke Restoran Mutiara Bonda.. Semoga perniagaan ini akan lebih maju di masa akan datang..
Bagi yang ingin ke sini boleh laa rujuk map dan alamat di bawah..
RESTORAN MUTIARA BONDA
15 comments
wah....kari kepala ikan Penang mai...slurpppppp sedapnya.....nanti nak pi Penang la...
ReplyDeletemai laa Penang kak SA.. boleh cuba kari kepala ikan nih.. memang sedap..
Deletemenggodaaa haih tengok lauk2 tu semua.. kari kepala ikan =D
ReplyDeletememang menggoda dan tergoda SYM..
Deletewah.. tak tahu ada kat Penang ada restoran ni. will go.. btw, sy follow sini#552 nice blog n good entry:)
ReplyDeletenanti cuba laa, sedap, banyak pilihan menu lain di sini..
Deletejom repeat lagi..eyda belanja..yeyyyy
ReplyDeletenak tumpang tepi gak ekeke
Deletehahaha kena tunggu birthday girl dulu laa.. hehehe..
Deletemenu nya nampak menggiurkan.. harga pun berpatutan.. :)
ReplyDeletebetul tu kisah earty..
DeleteMai sini perut lapar sokmo la
ReplyDeleteOhsem.. Dahlah singgah sini time lapar..
ReplyDeletemenggoda sungguh hidangan-hidangannya..
kami suka kari dia
ReplyDeletemerembes air liur semua lauk pauk tu...air asam boi my feveret
ReplyDeleteSudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..