event

Leap Day

2/29/2016 01:41:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Tahukah apa itu Leap Day? Leap Day merupakan tahun lompat.. Jadinya pada tahun tersebut akan ada tarikh 29 Februari.. Tarikh ini akan wujud 4 tahun sekali.. Makanya pada tahun ini ada tarikh 29 Februari 2016..

Eyda ada mak sedara dan kakak kawan yang lahir pada tarikh 29 Februari ini.. Happy birthday Eyda ucapkan buat mereka..


kredit

kredit



review

ESCAPE, Pulau Pinang | Time To Play | Part 4

2/29/2016 09:27:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Dah baca pengalaman Eyda dan anak-anak bersama dengan team Projek Blogger Utara di ESCAPE Adventureplay? Kalau belum meh singgah dulu ESCAPE, Pulau Pinang | Time To Play | Part 3 nih..

Aktiviti kami pada hari tersebut tak berakhir di ESCAPE Adventureplay, kami menyambung penginapan di Base Camp, ESCAPE.. Tempat ini sesuai untuk yang ingin camping dengan suasana seperti berada di dalam hutan dan berhajat untuk menyambung permainan di hari seterusnya..


BASE CAMP, ESCAPE


Untuk pengetahuan semua, Base Camp, ESCAPE ini baru sahaja dibuka dengan rasminya pada 9 Februari 2016.. Team Projek Blogger Utara merupakan kumpulan kedua yang bermalam di Base Camp, ESCAPE..

Base Camp ini menawarkan penginapan antara 2 Hari 1 Malam atau 3 Hari 2 Malam.. Harga yang ditawarkan ini termasuk dengan bermain di ESCAPE, Adventureplay.. Anda tak dapat bercamping di Base Camp tanpa pakej bersama ESCAPE Adventureplay..

Maklumat berkaitan harga tiket dan cara membeli atau cara menempah ada di dalam entry ESCAPE, Pulau Pinang | Time To Play | Part 2


ABOUT BASE CAMP

BASE CAMP is the call to the wild. Visit ESCAPE Adventureplay and join in with camping in the jungle beneath the stars. Move out of your comfort zone and share the experience with your family or friends. Experience the night, BBQ cooking, and back-to-basics fun.

Please be aware that Base Camp is an outdoor activity where the participant will sleep in tents. Base Camp is in a fenced area of ESCAPE Adventureplay with 24-hour security and the walkways are illuminated. The Base Camp pitches do not have electricity but lockers with electrical sockets for charging mobile phones and other mobile devices are available at the reception.


Your ticket includes:

  • 2 day pass to ESCAPE Adventureplay
  • Tents (2m x 2m and 2m x 2.2m)
  • 1 Sleeping mat for every person in the group
  • BBQ and grill area with seats and table
  • Private shower and toilet facility (no hot water available)
  • One mobile device charging locker per plot
  • WIFI access
What to bring:

  • Your own tent/s, if you prefer
  • Basic bedding and pillow
  • Inflatable or collapsible camp bed
  • Air mattress
  • Towels
  • Toiletries: toothbrush, toothpaste, shampoo, soap, deodorant, etc.
  • Battery operated torches or lanterns and spare batteries                                              
  • Insect repellent, sunscreen, facial tissues
  • Mobile device chargers and cables
  • Charging power packs for mobile devices, if you’re not going to use the locker for charging.
  • Comfortable shoes
What not to bring:

  • Valuables including jewelry
Items available for purchase on site at the Grass Shopper Shop (9:00am – 6:00pm)

  • Insect repellant
  • Bottled drinks
  • Battery-operated fans
  • USB Powerbanks
  • Bed linen, towels etc.
  • Toiletries
ESCAPE ADVENTUREPLAY BASE CAMP CONDITIONS & RULES

The Park Rules of ESCAPE Adventureplay also apply to Base Camp.

BASE CAMP is the call to the wild. It is not a hotel or ‘glamping’.


Participants must be prepared for the challenges and discomfort of camping in a natural setting.


Do not damage the natural setting you are in. Do not pick live plants and limit water use when you are showering.

The allocation of plots is based on availability and it may not be the case that all plots will be together.


Do not hang clothing outside your tent.

Do not bring valuable items into Base Camp.

Fires are only allowed at the designated BBQ pits.

Be careful with matches and naked flames.

Smoking is prohibited inside the tents.

Base Camp participants may only enter ESCAPE Adventureplay between 9:00am – 6:00pm.

The Entry/Exit to Base Camp is open outside of these hours.

Be respectful of other Base Campers. Do not walk across other pitches and be quiet between 12:00pm and 7:00am.

Base Campers are liable for any damage caused, including but not limited to, tents and plants.


Nak bermalam di Base Camp sama jer caranya dengan hotel atau chalet atau homestay bagai.. Kena check in laa kan.. Ni kaunter untuk check in ke Base Camp..

Kaunter check in Base Camp

Eyda sebenarnya nak lepak sekejap jer kat sini, tapi lastly bermalam jugak di Base Camp.. Thanks Murni sudi tumpangkan Eyda di khemah sebelah dalam plot Murni..

Plot khemah Murni

Setiap plot mempunyai antara 2 khemah atau 3 khemah.. Kalau plot yang mempunyai 2 khemah boleh menmpatkan sehingga 5 orang..

Manakala bagi plot yang mempunyai 3 khemah boleh menmpatkan sehingga 8 orang.. Jadi kita boleh pilih ya masa nak menempah plot yang diingini..

Yang khemah biru tuh Murni dan family.. Eyda tumpang yang hijau tuh..

Setiap plot mempunyai tandas sendiri.. Jadi jangan risau nak kena beratur panjang ke apa kan..

Tandas disediakan bagi setiap plot ya..

Kemudahan dalam tandas yang disediakan

Bukan saja tandas, malah ada buaian, kerusi daripada batang pokok yang ditebang, tempat untuk BBQ atau unggun api.. Tidak ketinggalan tong sampah juga disediakan di dalam setiap plot..

Izzat melayan Alysa yang nak naik buaian..

Bila dah selesai berehat, jom kita BBQ dulu.. Tak sangka, agak banyak bahan untuk kami berBBQ malam tuh.. Meh ushar sikit apa yang kami jamah malam tu..

Menarik tak? Semuanya sedap dan menyelerakan..

Posing mau ada..

Sepatutnya kami BBQ kat dengan kawasan khemah.. Tapi memandang hujan kami terpaksa berBBQ kat sini..

Terima kasih kepada staf Escape kerana bersama-sama berusaha menyalakan api untuk kami berBBQ malam tu..




 Anak dara dan anak-anak pun turut sama membakar bahan BBQ kami malam tuh.. Mak dara semua menanti dengan penuh kesabaran.. Hehehe.. Sesekali nak merasa air tangan anak dara kan..


Inilah hasil BBQ kami malam tu.. Memang sedap dan menyelerakan..



Terima kasih kepada pihak ESCAPE kerana sudi memberi kesempatan kepada kami untuk merasai sendiri pengalaman berada di ESCAPE Adventureplay dan Base Camp.. Malah menyediakan hidangan untuk kami berBBQ semasa seharian kami berada di ESCAPE..



Operation Hours
ESCAPE ADVENTUREPLAY
Tuesday – Sunday
9am to 6pm
 Ticket counter closes at 4.30pm


BASE CAMP
Check in 2pm
Check Out 12pm

 Closed Monday

Escape Penang
828 Jalan Teluk Bahang
11050 Penang, Malaysia
T : +604 881 1106
F : +604 881 3106
FB : escape.my




 

review

ESCAPE, Pulau Pinang | Time To Play | Part 3

2/28/2016 05:00:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Sekarang Eyda nak sambung lagi alkisah ESCAPE Adventureplay.. Apa yang ada di sana dan apa yang boleh main kat sana..


ENTY BERKAITAN

ESCAPE, Pulau Pinang | Time To Play | Part 1

ESCAPE, Pulau Pinang | Time To Play | Part 2


Bagi Eyda masa sehari dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang memang tak mencukupi.. Bukan apa, terlalu banyak aktiviti yang kita boleh buat di sini.. Selain itu, perancangan masa kena betul, untuk memaksimumkan aktiviti di sini..

Pada hari yang dijanjikan seawal jam 9.00 pagi Eyda dan anak-anak dah berada di sini..




Memang rasa macam dok kampung tau

Yeay kami dah sampai ESCAPE Adventureplay akhirnya.. Sebelum masuk snap apa yang patut dulu.. Dah masuk memang tak sempat nak snap bagai dah.. Yelah, bila dah main memang tak boleh nak usung kamera dan handphone masa main..


Nampak tak apa yang Eyda kata..

Perkara pertama mesti nak beli tiket kan.. Kaunter tiket lokasinya seperti kat gambar bawah nih.. Kalau datang terus harga tiket secara walk in seperti di bawah ya.. Kalau harga tiket yang beli online boleh jenguk kat SINI.. Apapun tiket online pun kena sahkan kat kaunter nih ya..


Kaunter tiket, meh beli tiket dulu ya..

Harga tiket walk in

Dah beli tiket, tengok laa senarai permainan yang ada kat sini.. Boleh laa tengok apa yang boleh main dan sebaliknya.. Semua ada kat senarai tuh..

Ushar mainan apa yang boleh main kat sini

Untuk pengetahuan semua, Escape Adventureplay telah menjadi pemenang TripAdvisor bagi tahun 2014 dan 2015.. Selain itu, setiap tahun akan ada audit untuk menilai tahap keselamatan kelengkapan mainan di sini.. Siap ada sijil tau.. Jadi jangan risau ya..


Jom tengok apa lagi yang ada kat sini..

Memula kami main Guli Game.. Time nak mula main kat sini, memang kena time Guli Game.. Haishh kembali ke zaman kanak-kanak betul laa..

Kalau nak join game selingan di sini kena tengok papan nih dulu ya..

Baling jangan tak baling guli tuh..



Guli Game

Posing sakan lepas selesai Guli Game

Seterusnya kita ke Monkey Business..

kredit Escape.my


Suka suki sebelum naik Monkey Business

Akhirnya ada juga gambar terselit dalam kamera escape.my

Gementar ngan gayat sebenarnya.. nasib tak nampak sangat kan..

Ada juga kengkawan yang baik hati snapkan gambar.. Thanks..

Dua mak dara tengah tunggu turn.. Hehehe..


Eyda sempat main Guli Game, melalui 2 trek di Level 1, Monkey Business, Flying Lemur, A-Maze dan 3 Sixty jer..

Yang lain tak sempat sebab dah letih dan masa pun mencemburui.. Ini membuatkan keinginan Eyda nak terjah lagi ke ESCAPE Adventureplay untuk kali kedua..


Sekarang kita tengok keberanian Kimie plak ya..

Gecko Tower


Penerangan sebelum memulakan aktiviti di Monkey Business

Monkey Business


Ntah masa bila Kimie pi main dengan Danish pun tak tau.. Kalau tak ada gambar nih memang tak tau langsung.. Kimie kata dia naik 2 kali kalau tak salah.. 


Tubby Racer


Kimie terjah Dunk Tank last sekali sebelum balik.. Suka betul boleh berbasahan berkali-kali.. Izzat laa melayan dia bagi jatuh dalam tangki tu..

Dunk Tank


Kimie sempat main Gecko Tower, Zoom Bug, Discovery Dig, melalui 2 trek di Level 1, Monkey Business,Tubby Racer, A-Maze, 3 Sixty dan Dunk Tank.. Ada yang Kimie main berkali-kali.. Banyak betul dia dapat terjah berbanding Eyda..


Jom jengah permainan yang Izzat main..

Eyda dapat cuba main dengan anak-anak akhirnya..


A-Maze nih Eyda main dengan anak-anak.. Sementara tunggu giliran, sempat juga main yang lubang-lubang sebelah tuh..



Izzat main sekali kat sini.. Tapi dia tertinggal kebelakang.. Jadi gambar tak ada laa..

Izzat tak main banyak sangat permainan yang mencabar sebab semangat dia agak kurang.. Maybe gayat macam ibu laa tu.. Apapun dia kat sini dah main Gecko Tower, Zoom Bug, Discovery Dig, Tubby Racer (dua kali), Tots Trail, A-Maze (tiga kali) dan 3 Sixty..

Inilah pingat yang Izzat dan Kimie dapat daripada perminan Discovery Dig.. Menarik tak?



Inilah sedikit sebanyak cerita Eyda dan anak-anak seharian di ESCAPE Adventureplay.. Sambungan cerita Eyda dan team Projek Blogger Utara akan disambung ke entry akan datang.. Tunggu tau..


Operation Hours
Tuesday – Sunday
9am to 6pm

Closed Monday

Ticket counter closes at 4.30pm

Escape Penang
828 Jalan Teluk Bahang
11050 Penang, Malaysia
T : +604 881 1106
F : +604 881 3106
FB : escape.my


wordless wednesday

WoRdLeSS WeDNeSDaY #43

2/24/2016 04:49:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Hai tak tau nak sumbat apa untuk WW hari nih.. Sumbat gambar menang sukaneka ngan cabutan bertuah untuk program opis baru nih jelah..




Suka betul sebab teramat jarang nak dapat cabutan bertuah..

segmen & GA

Giveaway Header / Logo by Stanzaku

2/23/2016 04:51:00 PM


Bismillahirrahmaniirahim

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Jarang dah join giveaway bagai nih.. Hari nih sesaja nak join..

http://www.stanzaku.com/2016/02/ga-header-blog-logo-atau-cover-photo-fb.html
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Jom join ramai-ramai mana nak tau kot laa rezeki kan..

review

ESCAPE, Pulau Pinang | Time To Play | Part 2

2/22/2016 08:56:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Jom sambung balik kisah mengenai ESCAPE.. Menarik kan konsep dan idea yang ditampilkan melalui ESCAPE nih..

Bila dah nak ke sana mesti perkara pertama yang terlintas di fikiran mengenai harga tiket kan.. Sekarang Eyda nak ceritakan harga tiket secara walk in dan juga online..


HARGA TIKET ESCAPE SECARA 'WALK IN'

Harga tiket secara 'walk in'

Untuk bayi dan kanak-kanak yang baru lahir hingga ke 3 tahun adalah PERCUMA.. Manakala warga tua yang berumur 61 tahun ke atas juga PERCUMA jika ditemani oleh kanak-kanak atau dewasa yang berbayar..


HARGA TIKET DAN CARA MEMBELI TIKET SECARA ONLINE

Ada beza tau, kalau beli secara online anda dapat berjimat antara 10% - 50% diskaun.. Banyak tak.. Tempahan melalui online ini dapat dibuat selama setahun sebelum tarikh ya..

Kat bawah nih contoh kategori yang anda boleh pilih atau pun anda boleh klik Online Ticket ESCAPE..

 https://ticket.escape.my/
KLIK SINI

Selepas dah pilih kategori tu anda akan nampak macam ni ya.. Anda boleh pilih sama ada Adventureplay Day Ticket, 2 Day Adventureplay & Base Combo atau 3 Day Adventureplay & Base Combo..


Tiket sehari untuk ke Adventureplay ESCAPE

Adventureplay & Base Camp Combo ESCAPE ( Tiket untuk 2 dan 3 hari di ESCAPE)

Selepas dah klik kategori yang anda ingini anda akan nampak seperti di bawah ya..



Jika anda ingin dapat diskaun 50% seperti di dalam gambar, anda mesti tempah 3 bulan sebelum tarikh yang anda ingin kunjungi..

Jangan risau kalau anda tersalah pilih tarikh atau ingin menukar tarikh kunjungan di atas sebab tertentu.. Anda boleh tukarkannya dengan klik CHANGE VISIT DATE atau klik gambar di bawah..


 https://ticket.escape.my/Product/OrderChange
KLIK SINI


Isilah tarikh baru yang dikehendaki ya..

* Tiket boleh ditukar tarikh tetapi anda akan dikenakan caj sebanyak RM5.30 bagi setiap tiket..


HARGA TIKET ADVENTUREPLAY DAN BASE CAMP SECARA ONLINE

Jika anda tidak puas untuk bermain di ESCAPE Adventureplay, anda boleh membeli tiket Adventureplay & Base Camp Combo..

Di sini anda boleh memilih pakej 2 hari atau 3 hari.. Anda boleh bermain di ESCAPE Adventureplay dan bermalam sambil bercamping serta BBQ di Base Camp..


Untuk PAKEJ 2 HARI dan PAKEJ 3 HARI anda akan nampak seperti di bawah.. Boleh ja klik pada gambar untuk terus ke pakej yang ditawarkan..

 https://ticket.escape.my/Product/ComboPackage
KLIK SINI



Harga tiket untuk Pakej 2 Hari untuk seorang dewasa adalah antara RM186.50 - RM303.05 termasuk 6% GST.

Harga tiket untuk Pakej 3 Hari untuk seorang dewasa adalah antara RM331.50 - RM535.55 termasuk 6% GST.

Harga minimum anda akan terima jika tempah melebihi 3 bulan dari tarikh tempahan..

Untuk pengetahuan anda juga khemah ini boleh menempatkan maksimum antara 5-8 orang bagi setiap plot khemah..


WAKTU URUSAN ESCAPE ADVENTUREPLAY

Harus diingatkan yang ESCAPE Adventureplay dibuka pada hari SELASA - AHAD dari jam 9.00 pagi - 6.00 petang.. Tutup hari ISNIN.. Jadi jangan tersilap hari ya nak terjah.. Kalau booking online, kita akan perasan tak boleh booking pada hari ISNIN..


PERCUMA TIKET BAS RAPID


Bas Percuma untuk ke ESCAPE

Rapid Penang bas nombor 101 atau 102 ke ESCAPE Adventureplay dari 9:00 pagi - 06:00 petang

Naiklah mana-mana bas Rapid No. 101 atau 102 untuk ke ESCAPE yang ada selang 10 minit. Bayar dulu kemudian tebus tambang bas anda di pintu masuk ESCAPE.


Usaha ini merupakan Inisiatif Hijau bersama oleh ESCAPE dan RAPID Pulau Pinang.


Maklumat lanjut mengenai Adventureplay dan Base Camp akan Eyda sambung di entry akan datang.. Harap bersabar menanti ya..


Operation Hours



Tuesday – Sunday

9am to 6pm

Closed Monday



Ticket counter closes at 4.30pm

Escape Penang

828 Jalan Teluk Bahang

11050 Penang, Malaysia



T : +604 881 1106

F : +604 881 3106


FB : escape.my




Blog yang Diikuti