ESCAPE, Pulau Pinang | Time To Play | Part 2

2/22/2016 08:56:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Jom sambung balik kisah mengenai ESCAPE.. Menarik kan konsep dan idea yang ditampilkan melalui ESCAPE nih..

Bila dah nak ke sana mesti perkara pertama yang terlintas di fikiran mengenai harga tiket kan.. Sekarang Eyda nak ceritakan harga tiket secara walk in dan juga online..


HARGA TIKET ESCAPE SECARA 'WALK IN'

Harga tiket secara 'walk in'

Untuk bayi dan kanak-kanak yang baru lahir hingga ke 3 tahun adalah PERCUMA.. Manakala warga tua yang berumur 61 tahun ke atas juga PERCUMA jika ditemani oleh kanak-kanak atau dewasa yang berbayar..


HARGA TIKET DAN CARA MEMBELI TIKET SECARA ONLINE

Ada beza tau, kalau beli secara online anda dapat berjimat antara 10% - 50% diskaun.. Banyak tak.. Tempahan melalui online ini dapat dibuat selama setahun sebelum tarikh ya..

Kat bawah nih contoh kategori yang anda boleh pilih atau pun anda boleh klik Online Ticket ESCAPE..

 https://ticket.escape.my/
KLIK SINI

Selepas dah pilih kategori tu anda akan nampak macam ni ya.. Anda boleh pilih sama ada Adventureplay Day Ticket, 2 Day Adventureplay & Base Combo atau 3 Day Adventureplay & Base Combo..


Tiket sehari untuk ke Adventureplay ESCAPE

Adventureplay & Base Camp Combo ESCAPE ( Tiket untuk 2 dan 3 hari di ESCAPE)

Selepas dah klik kategori yang anda ingini anda akan nampak seperti di bawah ya..



Jika anda ingin dapat diskaun 50% seperti di dalam gambar, anda mesti tempah 3 bulan sebelum tarikh yang anda ingin kunjungi..

Jangan risau kalau anda tersalah pilih tarikh atau ingin menukar tarikh kunjungan di atas sebab tertentu.. Anda boleh tukarkannya dengan klik CHANGE VISIT DATE atau klik gambar di bawah..


 https://ticket.escape.my/Product/OrderChange
KLIK SINI


Isilah tarikh baru yang dikehendaki ya..

* Tiket boleh ditukar tarikh tetapi anda akan dikenakan caj sebanyak RM5.30 bagi setiap tiket..


HARGA TIKET ADVENTUREPLAY DAN BASE CAMP SECARA ONLINE

Jika anda tidak puas untuk bermain di ESCAPE Adventureplay, anda boleh membeli tiket Adventureplay & Base Camp Combo..

Di sini anda boleh memilih pakej 2 hari atau 3 hari.. Anda boleh bermain di ESCAPE Adventureplay dan bermalam sambil bercamping serta BBQ di Base Camp..


Untuk PAKEJ 2 HARI dan PAKEJ 3 HARI anda akan nampak seperti di bawah.. Boleh ja klik pada gambar untuk terus ke pakej yang ditawarkan..

 https://ticket.escape.my/Product/ComboPackage
KLIK SINI



Harga tiket untuk Pakej 2 Hari untuk seorang dewasa adalah antara RM186.50 - RM303.05 termasuk 6% GST.

Harga tiket untuk Pakej 3 Hari untuk seorang dewasa adalah antara RM331.50 - RM535.55 termasuk 6% GST.

Harga minimum anda akan terima jika tempah melebihi 3 bulan dari tarikh tempahan..

Untuk pengetahuan anda juga khemah ini boleh menempatkan maksimum antara 5-8 orang bagi setiap plot khemah..


WAKTU URUSAN ESCAPE ADVENTUREPLAY

Harus diingatkan yang ESCAPE Adventureplay dibuka pada hari SELASA - AHAD dari jam 9.00 pagi - 6.00 petang.. Tutup hari ISNIN.. Jadi jangan tersilap hari ya nak terjah.. Kalau booking online, kita akan perasan tak boleh booking pada hari ISNIN..


PERCUMA TIKET BAS RAPID


Bas Percuma untuk ke ESCAPE

Rapid Penang bas nombor 101 atau 102 ke ESCAPE Adventureplay dari 9:00 pagi - 06:00 petang

Naiklah mana-mana bas Rapid No. 101 atau 102 untuk ke ESCAPE yang ada selang 10 minit. Bayar dulu kemudian tebus tambang bas anda di pintu masuk ESCAPE.


Usaha ini merupakan Inisiatif Hijau bersama oleh ESCAPE dan RAPID Pulau Pinang.


Maklumat lanjut mengenai Adventureplay dan Base Camp akan Eyda sambung di entry akan datang.. Harap bersabar menanti ya..


Operation Hours



Tuesday – Sunday

9am to 6pm

Closed Monday



Ticket counter closes at 4.30pm

Escape Penang

828 Jalan Teluk Bahang

11050 Penang, Malaysia



T : +604 881 1106

F : +604 881 3106


FB : escape.my




You Might Also Like

28 comments

  1. Seronok ni pergi ramai-ramai dengan kawan/family :)

    ReplyDelete
  2. first time pergi masa bulan sept lepas :) memang best sgt escape ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Hanis Amanina, memang best, ni pun dok rasa macam nak p lagi.. main pun tak abis..

      Delete
  3. saya tahu pasal escape ni kawan2 blogger yang update pasal tempat ni... kalau tak, saya tak tahu.. nanti nak pergi la jugak ke sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti p laa.. kalau nak p, beli tiket online memang murah dan berbaloi..

      Delete
  4. pegi banyak hari baru puas dapat main semua mainan kan kak eyda

    ReplyDelete
    Replies
    1. betoi tu kira baru laa boleh main macam2.. kalau sehari memang tak puas sebab tak dapat cuba banyak mainan..

      Delete
    2. org preggy tgk je mampu. hahaa

      Delete
    3. Tumbuk nina grrrrr hahahahahaaha

      Delete
  5. Assalamualaikum..singgah sini..betul-betul menacabar kan aktiviti kat sini..
    Jemput join  Giveaway Februari 2016 by Blogger KHEZMAIRA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Khaty.. ya memang betul2 mencabar.. kalau nak cabar diri boleh laa ke sini..

      in shaa Allah nanti saya cuba join..

      Delete
  6. pengalaman yang tidak ternilai!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pengalaman yang tiada nilainya..memang rasa nak terjah lagi, tak puas betoi..

      Delete
  7. puas hati!tenkiu everyone make our event so enjoyable

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup puas hati.. u r welcome El.. thanks jugak sebab menjadikannya suatu realiti..

      Delete
  8. harap boleh pergi sini nanti... halangan banyak nak pergi mana2 bersabar jah la...

    ReplyDelete
  9. LEVEL 3 dan waterplay wait for me.. hahah

    ReplyDelete
  10. adoi bila leh pergi kat sini...jauh

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti