ESCAPE, Pulau Pinang | Time To Play | Part 3

2/28/2016 05:00:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Sekarang Eyda nak sambung lagi alkisah ESCAPE Adventureplay.. Apa yang ada di sana dan apa yang boleh main kat sana..


ENTY BERKAITAN

ESCAPE, Pulau Pinang | Time To Play | Part 1

ESCAPE, Pulau Pinang | Time To Play | Part 2


Bagi Eyda masa sehari dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang memang tak mencukupi.. Bukan apa, terlalu banyak aktiviti yang kita boleh buat di sini.. Selain itu, perancangan masa kena betul, untuk memaksimumkan aktiviti di sini..

Pada hari yang dijanjikan seawal jam 9.00 pagi Eyda dan anak-anak dah berada di sini..




Memang rasa macam dok kampung tau

Yeay kami dah sampai ESCAPE Adventureplay akhirnya.. Sebelum masuk snap apa yang patut dulu.. Dah masuk memang tak sempat nak snap bagai dah.. Yelah, bila dah main memang tak boleh nak usung kamera dan handphone masa main..


Nampak tak apa yang Eyda kata..

Perkara pertama mesti nak beli tiket kan.. Kaunter tiket lokasinya seperti kat gambar bawah nih.. Kalau datang terus harga tiket secara walk in seperti di bawah ya.. Kalau harga tiket yang beli online boleh jenguk kat SINI.. Apapun tiket online pun kena sahkan kat kaunter nih ya..


Kaunter tiket, meh beli tiket dulu ya..

Harga tiket walk in

Dah beli tiket, tengok laa senarai permainan yang ada kat sini.. Boleh laa tengok apa yang boleh main dan sebaliknya.. Semua ada kat senarai tuh..

Ushar mainan apa yang boleh main kat sini

Untuk pengetahuan semua, Escape Adventureplay telah menjadi pemenang TripAdvisor bagi tahun 2014 dan 2015.. Selain itu, setiap tahun akan ada audit untuk menilai tahap keselamatan kelengkapan mainan di sini.. Siap ada sijil tau.. Jadi jangan risau ya..


Jom tengok apa lagi yang ada kat sini..

Memula kami main Guli Game.. Time nak mula main kat sini, memang kena time Guli Game.. Haishh kembali ke zaman kanak-kanak betul laa..

Kalau nak join game selingan di sini kena tengok papan nih dulu ya..

Baling jangan tak baling guli tuh..



Guli Game

Posing sakan lepas selesai Guli Game

Seterusnya kita ke Monkey Business..

kredit Escape.my


Suka suki sebelum naik Monkey Business

Akhirnya ada juga gambar terselit dalam kamera escape.my

Gementar ngan gayat sebenarnya.. nasib tak nampak sangat kan..

Ada juga kengkawan yang baik hati snapkan gambar.. Thanks..

Dua mak dara tengah tunggu turn.. Hehehe..


Eyda sempat main Guli Game, melalui 2 trek di Level 1, Monkey Business, Flying Lemur, A-Maze dan 3 Sixty jer..

Yang lain tak sempat sebab dah letih dan masa pun mencemburui.. Ini membuatkan keinginan Eyda nak terjah lagi ke ESCAPE Adventureplay untuk kali kedua..


Sekarang kita tengok keberanian Kimie plak ya..

Gecko Tower


Penerangan sebelum memulakan aktiviti di Monkey Business

Monkey Business


Ntah masa bila Kimie pi main dengan Danish pun tak tau.. Kalau tak ada gambar nih memang tak tau langsung.. Kimie kata dia naik 2 kali kalau tak salah.. 


Tubby Racer


Kimie terjah Dunk Tank last sekali sebelum balik.. Suka betul boleh berbasahan berkali-kali.. Izzat laa melayan dia bagi jatuh dalam tangki tu..

Dunk Tank


Kimie sempat main Gecko Tower, Zoom Bug, Discovery Dig, melalui 2 trek di Level 1, Monkey Business,Tubby Racer, A-Maze, 3 Sixty dan Dunk Tank.. Ada yang Kimie main berkali-kali.. Banyak betul dia dapat terjah berbanding Eyda..


Jom jengah permainan yang Izzat main..

Eyda dapat cuba main dengan anak-anak akhirnya..


A-Maze nih Eyda main dengan anak-anak.. Sementara tunggu giliran, sempat juga main yang lubang-lubang sebelah tuh..



Izzat main sekali kat sini.. Tapi dia tertinggal kebelakang.. Jadi gambar tak ada laa..

Izzat tak main banyak sangat permainan yang mencabar sebab semangat dia agak kurang.. Maybe gayat macam ibu laa tu.. Apapun dia kat sini dah main Gecko Tower, Zoom Bug, Discovery Dig, Tubby Racer (dua kali), Tots Trail, A-Maze (tiga kali) dan 3 Sixty..

Inilah pingat yang Izzat dan Kimie dapat daripada perminan Discovery Dig.. Menarik tak?



Inilah sedikit sebanyak cerita Eyda dan anak-anak seharian di ESCAPE Adventureplay.. Sambungan cerita Eyda dan team Projek Blogger Utara akan disambung ke entry akan datang.. Tunggu tau..


Operation Hours
Tuesday – Sunday
9am to 6pm

Closed Monday

Ticket counter closes at 4.30pm

Escape Penang
828 Jalan Teluk Bahang
11050 Penang, Malaysia
T : +604 881 1106
F : +604 881 3106
FB : escape.my


You Might Also Like

14 comments

  1. Replies
    1. Itu anak El kan.. Izzat dengan Kimie bagi kat Eyda simpan pingat yang diaorang dapat..

      Delete
  2. baca post ni, memang terbayang2 pengalaman ke Escape lepas :) rindu sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang menaip pun teringat2 nih.. rasa nak p lagi..

      Delete
  3. pingat Alysa hilang..danish ada..dia bw turun ms bbq pastu hilang mana ntah

    ReplyDelete
    Replies
    1. laa ya ka.. ada laa tuh tertinggal kat mana2..

      Delete
  4. eyda nak pi naik flying fox lagi x hahaha

    ReplyDelete
  5. menarik lah aktiviti mcm ni...ada game utk kanak2 dan dewasa

    ReplyDelete
  6. Kalau nak main xboleh mula dgn monkey bussiness. Byk masa terbuang kt situ sbb tunggu giliran. Bagi pendapat kira lah hihihi

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti