Original Tok Hery Char Koey Teow, Kulim

2/21/2016 04:08:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Ketika semua sedang bercuti di Tahun Baru Cina baru-baru ini, kami team Projek Blogger Utara telah memenuhi undangan ke Original Tok Hery Char Koey Teow yang bertempat di Kulim, Kedah..



Original Tok Hery Char Koey Teow, Kulim

Bersebelahan dengan Gedung Ten Ten dan Eco RM2..

Kalau dari jalan besar area Giant/Landmark Kulim atau Cmart, Kulim atau
Minat Taman Selasih mesti perasan sign board besar tu..


MENGENAI ORIGINAL TOK HERY CHAR KOEY TEOW, KULIM

Original Tok Hery Char Koey Teow ini telah dibuka lebih kurang 9 bulan yang lalu.. Di sini disajikan pelbagai jenis menu berasaskan Char Koey Teow.. Selain itu, menu lain juga disajikan di sini..


MENU DAN HARGA MAKANAN DAN MINUMAN

Bila kita menjengah sesuatu kedai atau restoran, pastinya harga menjadi persoalan.. Di sini Eyda sertakan menu dan harga bagi setiap hidangan yang ada di sini.. Bagi Eyda ianya amat berpatutan setanding dengan rasa yang disajikan..





MENU YANG ADA DI ORIGINAL TOK HERY CHAR KOEY TEOW

Alhamdulillah kami dapat merasai sendiri menu istimewa di sini iaitu Char Koey Teow Ketam Lembut.. Malah hidangan Char Koey Teow Seafood dan Char Koey Teow Ikan juga tidak ketinggalan sedap..


Char Koey Teow Ketam Lembut ini mengandungi Char Koey Teow, Kerang, dan Ketam Lembut..

Char Koey Teow Ketam Lembut

Char Koey Teow Seafood pula mengandungi Char Koey Teow, Kerang, Udang dan Sotong..

Char Koey Teow Seafood

Manakala Char Koey Teow Ikan pula mengandungi Char Koey Teow, Kerang dan Ikan..

Char Koey Teow Ikan

Bagi yang tidak menyukai Char Koey Teow, di sini juga ada menghidangkan seperti Nasi Goreng Ikan, Nasi Goreng Udang, Maggi Goreng dan Set Ketam Lembut juga boleh dicuba di sini..


Nasi Goreng Ikan

Maggi Goreng
Set Ketam Lembut


Malahan desert seperti Aiskrim Goreng, Kentang Goreng juga ada disini.. Kiranya pelanggan boleh memilih hidangan yang diingini selain Char Koey Teow sebagai menu utama di sini..

Aiskrim Goreng

DAPUR ORIGINAL TOK HERY CHAR KOEY TEOW

Dapur yang besar dengan hanya 2 orang tukang masak yang akan memasak hidangan anda.. Ini akan membuatkan hidangan anda istimewa dan membuatkan ianya mempunyai rasa yang sama setiap kali anda berkunjung ke sini..

Memasak Char Koey Teow

Memasak menu yang lain


HIASAN DALAMAN YANG CANTIK DAN MENARIK

Hiasan dalaman Original Tok Hery Char Koey Teow nih memang cantik dan menarik.. Kalau tak pernah jom jengah skit.. 


Cantik meja dan kerusinya..

Lukisan dinding yang menarik

Lukisan dinding yang cantik

Tempat membancuh air

Tempat membancuh air

Kaunter bayaran

TEAM PROJEK BLOGGER UTARA BERSAMA PEMILIK ORIGINAL TOK HERY CHAR KOEY TEOW

Bila dah berkumpul nih, mestilah ada gambar team Projek Blogger Utara kan.. Tidak ketinggalan bergambar bersama pemilik sekali..






Team Projek Blogger Utara bersama pemilik Original Tok Hery Char Koey Teow (berbaju belang kanan sekali)



LOKASI DAN WAKTU URUSAN ORIGINAL TOK HERY CHAR KOEY TEOW





ORIGINAL TOK HERY CHAR KOEY TEOW
139, Lorong Semarak 2,
Taman Semarak, 
09000 Kulim, Kedah


WAKTU PERNIAGAAN : 
DIBUKA HARI SABTU - KHAMIS 
(TUTUP HARI JUMAAT) 
3.00 petang - 12 tengah malam





You Might Also Like

11 comments

  1. memang sedap.. kalau dekat dgn rumah hari2 terjah mcm eyda. nanti nina bg link kt owner

    ReplyDelete
  2. jom kita g pulak kak eyda hahahhahaha....

    ReplyDelete
  3. Sedap ni makan panas-panas, sembang-sembang borak-borak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang makan sedap sangat... sampai nak sembang2 sekejap jah hihihiji

      Delete
  4. bila lagi nak pi sana x tau lahhh
    ritu nasib uols jd my maps hehehe thanks eyda

    ReplyDelete
  5. wauh!!! dah la sedap murah lak tu...heaven

    ReplyDelete
  6. hmmmmm memang feveret la char kuey teow ni.
    terutama nurin, anak sulung aida tu hah.
    memana gi tak jemu dng kuey teow :)

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti