info

EL NINO : Sekolah di Perlis dan Kedah Ditutup Kali Kedua

3/31/2016 09:31:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. El-Nino atau suhu panas melampau masih lagi melanda negara kita.. Negeri yang berada di utara semenanjung masih menunjukkan suhu yang tinggi sehingga menyebabkan sekolah di dua negeri di utara iaitu Perlis dan Kedah ditutup lagi..

Penutupan ini adalah bermula hari ini 31 Mac 2016 (Kedah dan Perlis) dan 1 April 2016 (Perlis)..


kredit



GEORGE TOWN – Kementerian Pendidikan mengarahkan semua sekolah di Perlis dan Kedah ditutup mulai hari ini selepas suhu di kedua-dua negeri itu melebihi 37 darjah Celsius.

Ini merupakan penutupan kali kedua bagi sekolah-sekolah di Perlis dan Kedah ekoran suhu panas melampau yang me­landa kedua-dua negeri berkenaan.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, arahan penutupan kali kedua itu dilaksanakan berikutan fenomena El Nino yang melanda negeri itu sehingga menyebabkan cuaca panas berterusan selama tempoh 72 jam sejak Isnin lalu.

“Berikutan keadaan cuaca yang melampau di dua negeri ini, kita memutuskan supaya semua sekolah di Perlis ditutup selama dua hari mulai hari ini (31 Mac dan 1 April 2016) manakala di Kedah ditutup hanya sehari (31 Mac 2016).

“Penutupan hanya melibatkan ketidak­hadiran pelajar ke sekolah manakala guru dan petadbir sekolah dikehendaki datang ke sekolah seperti biasa. Penutupan ini juga tidak perlu diganti,” kata beliau selepas mengadakan lawatan di Jabatan Pendidikan Negeri di Bukit Jambul di sini semalam.

Penutupan sekolah itu melibatkan 853 buah sekolah iaitu 232 buah sekolah menengah dan 621 buah sekolah rendah yang kesemuanya melibatkan 413,786 pelajar termasuk 15,954 orang murid prasekolah di kedua-dua buah negeri itu.

Menurut beliau, pihak Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dan Perlis digesa supaya mengadakan pemantauan setiap masa bagi memastikan pematuhan terhadap arahan penutupan tersebut.

Kosmo! pada 22 Mac lalu, melaporkan sebanyak 413,786 di Kedah dan Perlis diberi cuti khas dua hari apabila 853 buah sekolah di kedua-dua negeri berkenaan diarah tutup ekoran suhu panas melampau melanda di negeri-negeri itu.


Sumber KOSMO




segmen & GA

MENCANDAT SOTONG T-SHIRT GIVE AWAY

3/28/2016 03:46:00 PM


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Jom ramai-ramai kita join GA nih.. Mana tau rezeki dapat t-shirt..

MENCANDAT SOTONG T-SHIRT GIVE AWAY


[by Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd]

Bersempena Musim Mencandat Sotong 2016 dan Tahun Melawat Kelantan 2016 , Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd (Peneraju Pakej Kelantan Tours) ADA menganjurkan Give away melalui Blog www.nazlee.com . Tujuan adalah untuk memperkenalkan kepada umum berkenaan pakej-pakej pelancongan yang disediakan oleh Xceltravel seperti di laman web rasmi mereka xcelltravel.com

Salah satu daripada pakej-pakej yang ingin diperkenalkan adalah PAKEJ MENCANDAT SOTONG 2016 (KELANTAN) . Jika korang yang berminat 'candat' boleh lah turun mencandat sotong, jika tak dapat turun mencandat tahun ini, kita semua berpeluang menyarung t-shirt mencandat sotong khas daripada penaja (gambar di bawah). Peluang mudah menang dengan cara menyertai MENCANDAT SOTONG T-SHIRT GIVE AWAY ; bermula pada 26 Mac 2016 sehingga 30 April 2016



Terdapat 10 helai t-shirt tersebut untuk dimenangi (10 pemenang) dengan mengikut syarat-syarat mudah seperti berikut :

1) FOLLOW PAGE FACEBOOK Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd (https://www.facebook.com/xcelltravel/)
2) FOLLOW INSTAGRAM Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd (https://www.instagram.com/xcelltravelofficial/)
3) Buat 1 Entri blog
4) Penyertaan terbuka untuk Blogger Malaysia .
5) Tempoh GA bermula pada 26 Mac 2016 sehingga 30 April 2016

Ok, selamat bergiveaway !



info

Gerhana Bulan Penumbra Pada 23 Mac 2016

3/23/2016 09:35:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Baru nih kita dapat melihat Gerhana Matahari Separa, malam nih kita dapat melihat Gerhana Penumbra pula..


kredit

Gerhana bulan berlaku apabila sebahagian atau keseluruhan keratan rentas bulan tertutup oleh bayang-bayang bumi. Itu terjadi apabila bumi berada di antara matahari dan bulan pada satu garis lurus yang sama, sehingga sinar matahari tidak dapat mencapai bulan kerana terhalang oleh bumi.


kredit

 
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penumbra yang akan berlaku pada malam ini 23 Mac 2016 (Rabu). 

Ketua Unit Komunikasi Korporat Agensi Angkasa Negara (Angkasa) Wan Hakimah Abd Rahim dalam satu kenyataan di sini berkata fenomena gerhana tersebut hanya dapat mula disaksikan apabila bulan mulai terbit pada pukul 7.21 malam sehingga 9.55 malam ketika bulan keluar sepenuhnya dari bayang penumbra bumi.

"Ini merupakan gerhana bulan pertama tahun ini dan diameter bulan yang dilihat adalah lebih kecil daripada diameter purata bulan memandangkan gerhana berlaku 2.1 hari sebelum bulan berada pada kedudukan paling jauh dengan bumi atau kedudukan "Apogi" 77.5 peratus.

"Bulan akan melintasi bayang penumbra Bumi semasa fasa maksimum," katanya.





Beliau berkata pihak ANGKASA; Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama Starfield Instruments Supply akan menganjurkan program Gerhana Bulan Penumbra mulai pukul 7.30 malam hingga pukul 9.30 malam di Planetarium Negara.
Menurutnya ANGKASA akan menyediakan beberapa teleskop untuk tujuan mencerap Gerhana Bulan Penumbra dan planet Musytari selain orang awam dialu-alukan untuk membawa teleskop sendiri.




Sumber diedit daripada astro awani dan wikipedia


info

Philips Experience Store, Bayan Baru, Penang

3/22/2016 11:18:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Ada sesiapa kat sini suka membeli barangan elektrik berjenama Philips? Jangan risau, anda boleh dapatkannya di Philips Experience Store, Bayan Baru, Pulau Pinang.




Untuk pengetahuan semua, kedai ini baru sahaja dibuka awal tahun 2016 yang lalu dan telah dirasmikan pada 23 Februari 2016. Memang masih baru kedai nih.

Jom kita tengok apa yang ada di sini.







 





 











Barangan yang menjadi idaman Eyda dan mungkin ramai yang sukakannya ialah Electric Pressure Cooker..



Semua barangan yang anda beli di sini ada ditawarkan diskaun sebanyak 10% di waktu biasa dan diskaun sehingga 30% pada waktu tawaran hebat.

Tak rugi bila membeli barangan elektrik Philips di Philips Experience Store.. Banyak anda dapat berjimat..


LOKASI DAN WAKTU PERNIAGAAN 
 


Philips Experience Store

Block 2-G-2A, Quartermile,
Solok Mayang Pasir, Bayan Baru,
11950 Bayan Lepas, Penang.

04- 611 6060

Di buka dari hari Isnin hingga Sabtu.
11.00 pagi- 8.00 malam (Isnin hingga Jumaat)
10.00 pagi - 2.00 petang (Sabtu)


Terima kasih kepada pihak Philips Experience Store, Bayan Baru, Penang kerana memberi peluang untuk Eyda review kedai ini.. Semoga kedai ini lebih maju dan menjadi kunjungan orang ramai untuk membeli barangan elektrik Philips..

Sebelum balik seperti biasa sesi berposing laa.. Kali nih Eyda tampil ayu daripada biasa..





info

Sekolah di Perlis dan Kedah Diarahkan Ditutup

3/21/2016 05:07:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Cuaca panas-panas nih jangan terlalu terdedah pada matahari ya..

Disebabkan fenomena El-Nino dan Gelombang Haba yang makin teruk, sekolah di Perlis dan Kedah diarahkan ditutup selama 2 hari bermula 22 Mac 2016  (Selasa) dan 23 Mac 2016 (Rabu)..





info

Keputusan Pemenang Drama Festival Kuala Lumpur DFKL 2016

3/20/2016 09:28:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Semalam telah berlangsungnya Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) anjuran TV3 dan TV9 untuk tahun yang ketiga dengan mengetengahkan tema "Dunia Drama Sebenar"..




Malam kemuncak anugerah ini telah berlangsung di Dewan Tun DR. Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur yang bermula jam 9.00 malam..

Pengacara yang telah menjayakan malam kemuncak Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) pada tahun ini ialah Fizie HotFM, Amyra Rosli dan Fattah Amin..

Jom lihat senarai penuh pemenang Drama Festival Kuala Lumpur 2016



Pemenang Drama Festival Kuala Lumpur DFKL 2016 




  Aktress/Pelakon Wanita Pilihan 

Janna Nick (Kau Aku Kita) 



  Aktor/Pelakon Lelaki Pilihan 

Shahrul Ridzwan (Kau Aku Kita) 



  Drama Pendek Pilihan 

Kembara Si Kecil 



  Skrip Pilihan 

Rehal Nuharis (Kau Aku Kita) 



  Pengarah Pilihan 

Azman Hj.Yahya (Kau Aku Kita) 



  Antagonis Pilihan 

Ruhainies ( Hello Mr.Prefect) 



  Pasangan Pilihan 

Shahrul Ridzwan & Janna Nick ( Kau Aku Kita) 



  Lagu OST Pilihan 

Mungkin Kamu (Sissy Iman- OST Eksprimen Cinta) 



  Drama Pilihan 

Kau Aku Kita 



Tahniah kepada semua pemenang.. Kali ini Drama Kau Aku Kita telah berjaya menang besar.. Memang drama yang dihasilkan oleh JS Pictures memang best.. Mereka memang layak untuk menang..


tazkirah Jumaat

TaZKiRaH JuMaaT #44

3/18/2016 02:07:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Alhamdulillah masih lagi dapat menulis di ruangan ini.. Di hari terakhir bekerja di minggu ini.. Sekejap jer rasa masa berlalu..




"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah
Yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas"

(Az Zumar : 10)




wordless wednesday

WoRdLeSS WeDNeSDaY #46

3/16/2016 09:12:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Eyda masih lagi bersiaran di pagi nih.. Alhamdulillah bulan nih Eyda dah banyak dapat update kat blog.. Rindu tau nak menulis..

kredit


If it wasn't HARD
everyone
would do it. 
It's the 
HARD
that makes it
great.




tempat makan menarik

Menu Istimewa di Soup's On, Kulim

3/15/2016 10:11:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Alhamdulillah dah separuh bulan ni kita lalui.. Macam mana semua sihat tak? Kalau tak sihat, jangan malas-malas pergi klinik atau makan ubat tau.. Cuaca panas nih memang kena jaga kesihatan lebih sikit..

Okey laa tak mau melalut.. Sekarang nih Eyda nak berkongsikan satu restoran agak baru di Kulim.. Ianya baru dibuka pada 1 Disember 2015.. Siapa kat sini suka makan Boat Noodle? Kalau suka, jom singgah ke Soup's On..


Restoran Soup's On, Kulim


Kenapa perlu singgah ke Soup's On, kerana menunya laa.. Tak percaya, kat sini ada Boat Noodle? Jom tengok menu apa yang ada kat sini..


MENU DI SOUP'S ON



MENU DAN HARGA DI SOUPS ON

Coffees and Teas ( RM 3.50 )
* Iced Green Tea
* Iced Tea
* Coffee
* Chocolate
* Tiramisu
* Espresso
* Latte
* Mocha
* Vanilla
* Cappucino

Beverages ( RM 3.00 )
* Blueberry
* Grape
* Orange
* Mango
* Strawberry

Soups

Laksa Thai - RM 3.90

Boat Noodle ( RM 1.90 )
* Tanghoon
* Sen Mee
* Sen Lek

MENU TERKINI

Nasi Ayam - RM 4.90
Nasi Daging Bakar - RM 9.90 (percuma air sirap)



Menu pilihan Eyda dan anak-anak pada hari tersebut ialah :

Kami order 2 mangkuk Boat Noodle Sen Mee (untuk Kimie sesuai laa dengan kuantitinya yang boleh telan 2-3 kali) dan 2 pinggan Nasi Ayam (untuk Eyda dan Izzat)..

Boat Noodle - Sen Mee

Nasi Ayam

Minuman pilihan kami :

Tiramisu - pilihan Eyda

Iced Tea - pilihan Izzat

Chocolate - pilihan Kimie

Apapun semuanya sedap dan kena dengan tekak..

Eyda sukakan dekorasinya yang simple tapi menarik.. Restoran nih menggunakan tema hitam putih sebagai dekorasi restorannya..



LOKASI


SOUP'S ON
195 (tingkat bawah), 
Taman Seluang,
09000 Kulim, Kedah
Instagram : soupsonkulim

Trademark : sebaris dengan Jabatan Imigresen Kulim, Bank Rakyat, dan Poslaju Kulim.. Berhampiran dengan stesen minyak Petronas..


WAKTU PERNIAGAAN

Khamis - Selasa
11.00 pagi - 10.00 malam
Tutup : Rabu




info

Strok Haba Dan Langkah Pencegahannya

3/14/2016 05:09:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Tahukah anda yang cuaca panas dan kering sekarang boleh mengundang STROK HABA.. Tahukah anda, apa itu STROK HABA dan TIPS KEKAL SIHAT DI MUSIM PANAS..

Entri berkaitan HEAT STROKE yang boleh mengancam nyawa kanak-kanak..



TANDA-TANDA AWAL STROK HABA



TIPS KEKAL SIHAT DI MUSIM PANAS




Kredit : Kementerian Kesihatan Malaysia


review

Kopitan Classic Queensbay Mall, Penang

3/11/2016 09:27:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Pernah dengar Kopitan Classic? Mungkin ada yang pernah dengar dan mungkin ada yang tak pernah dengar..

Bagi Eyda, memang baru dengar restoran Kopitan Classic nih.. Malah baru-baru ini Eyda bersama sebahagian Team Projek Blogger Utara berkesempatan merasai sendiri menu istimewa yang disajikan di Kopitan Classic..


KOPITAN CLASSIC QUEENSBAY MALL

Alhamdulillah pada 5 Mac 2016 yang lepas, Team Projek Blogger Utara dijemput lagi ke satu restoran.. Restoran kali ini ialah Kopitan Classic Penang Delight yang bertempat di Queensbay Mall.. Ini merupakan salah satu outlet Kopitan Classic..

Jika anda berkunjung ke Queensbay Mall, anda perlu ikut ekskalator atau lif dekat dengan Maybank.. Anda terus naik ke tingkat 3 atau 3F-01(A), Queensbay Mall.. Restoran ini agak tersorok, tapi ianya berada betul-betul sebelah restoran Seoul Garden..




Untuk pengetahuan, Kopitan Classic ini mempunyai 20 oulet di sekitar kawasan utara nih, Paling banyak berada di sekitar Pulau Pinang dan Seberang Perai.. Tidak ketinggalan beberapa tempat di Kedah.. Lokasi lain di luar daripada kawasan utara hanya di Permas Jaya, Johor Bahru..
1 outlet di Permas Jaya, Johor Baharu

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Konsep hiasan bagi setiap restorannya banyak dipengaruhi oleh keadaan di mana restoran dibuka.. Ada yang menggunakan konsep heritage, konsep moden dan sebagainya..

Kaunter bayaran

Bilik VVIP.. Memang privasi kat sini.. Susun atur pun menarik..


Kopitan Classic ini mendapat sijil halal daripada pihak JAKIM.. Sijil halal yang diterima akan dipantau dari semasa ke semasa oleh pihak JAKIM.. Jadinya jangan risau tahap HALAL makanan di sini..


MENU ISTIMEWA DI KOPITAN CLASSIC

Kami dihidangkan dengan Signature Dish.. Semuanya menepati citarasa kita.. Jom kita tengok antara menu yang disajikan buat kami..

Sebahagian menu kami

Hidangan Utama

Nasi Lemak with Spices Fried Chicken

Kapitan Chicken with Fire Cracker Rice


Special Marinated BBQ Chicken with Dry Ramen

Thai Sauce Fish Fillet Rice

Mama's Special Sesame Oil Chicken with Rice

Cheese Baked Spaghetti Bolognaise

Sarapan

Peanut Butter Toast

Cheese Bread

Golden Chocolate Puff

Desert 

Penang Kopitan Cendol

Passion Fruit Sundae

Minuman Sejuk dan Panas

Dari Kanan : Strawberry, Cooler-Lychee, Kiwi, Passion Fruit

Chocolate Mint Ice Blended

Tiramisu Blended

3 Layer Milk Tea

White Coffee

Setiap outlet ada menampilkan menu yang sama dan ada juga yang berbeza.. Ini dipengaruhi dengan lokasi outlet Kopitan Classic itu sendiri..


PERKHIDMATAN LAIN YANG ADA DI KOPITAN CLASSIC

Bagi yang ingin mendapat penjimatan boleh muat turun aplikasi offpeak.my melalui Google Play dan App Store.

www.offpeak.my

Jika anda tidak sempat singgah ke Kopitan Classic bagi mendapatkan menu enak nih.. Anda boleh menggunakan perkhidmatan Deliver Eat..

www.delivereat.my

Selain itu, jika peranti anda ataupun smartphone anda kehabisan bateri jangan risau.. Di sini disediakan perkhidmatan powerbank untuk anda mengecas peranti anda..


Jangan ingat KFC dengan McDonalds jer ada Weekday Saving Lunch Treat.. Ala yang harga murah waktu makan tengahari tu.. Kat sini pun ada tau.. Jadinya tak perlulah nak berkira-kira kalau nak makan kat sini..



TEAM PROJEK BLOGGER UTARA BERSAMA MANAGER DAN SUPERVISOR KOPITAN CLASSIC QUEENSBAY MALL, PENANG





Terima kasih buat Mr. Leong Thean Loong (HR Capital Manager) yang sudi menjemput team Projek Blogger Utara ke Kopitan Classic Penang Delight, Queensbay Mall, Penang dan tidak ketinggalan buat Cik Hazlina yang sudi melayan kami.

Sebelum balik mestilah ada sesi bergambar bersama kan.. Meh tatap wajah- wajah team Projek Blogger Utara..






LOKASI DAN WAKTU PERKHIDMATAN



Kopitan Classic Penang Delight Queensbay Mall Penang

Queensbay Mall 3F-01(A)

11900 Bayan Lepas,

Penang.



Operation hour

Sun-Thur: 8:30 am-10:30pm

Fri-Sat: 8:30 am - 11:30 pm







Blog yang Diikuti