ESCAPE Pulau Pinang | Time To Play | Terima Kasih ESCAPE
3/08/2016 07:51:00 PM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Alhamdulillah Eyda dapat juga menamatkan entry penghargaan ini buat pihak Escape yang sudi menerima kehadiran team Projek Blogger Utara bersama blogger jemputan dan tidak ketinggalan ahli keluarga kami..
ENTRY BERKAITAN :
ESCAPE Pulau Pinang | Time To Play | Part 1
ESCAPE Pulau Pinang | Time To Play | Part 2
ESCAPE Pulau Pinang | Time To Play | Part 3
ESCAPE Pulau Pinang | Time To Play | Part 4
SESI MINUM PAGI DAN PENERANGAN RINGKAS DARIPADA CEO ESCAPE
Selepas kami dibenarkan masuk ke ESCAPE, kami diberikan minum pagi dan sedikit penerangan ringkas oleh En. Sim Choo Kheng, CEO ESCAPE..
Menu minum pagi kami |
Memasing khusyuk mendengar penerangan daripada En. Sim sambil minum pagi.. |
Inilah En. Sim Choo Kheng |
Tamat jer sesi taklimat tuh.. Kami memasing memulakan aktiviti di ESCAPE..
MENU MAKAN TENGAHARI OLEH PIHAK ESCAPE
Memandangkan di sini tidak dibenarkan membawa sebarang makanan dan minuman, kami sekali lagi dijamu makan tengahari oleh pihak ESCAPE..
Sedap ayam masak kicap tuh.. Bekas makanan tuh pun boleh dikitar semula.. Memang En. Sim mementingkan penjagaan alam sekitar..
Selepas menjamu selera, kami menyambung kembali aktiviti di ESCAPE..
MERAIKAN HARI LAHIR PUAN MURNI DAN TERIMA KASIH BUAT PIHAK ESCAPE
Jika diikutkan makanan dan minuman dari luar dilarang dibawa masuk ke dalam ESCAPE.. Alhamdulillah dengan budi bicara dengan pihak ESCAPE kami dapat meraikan Hari Lahir salah seorang team Projek Blogger Utara iaitu Puan Murni..
Birthday girl happy laa dapat celebrate kat ESCAPE |
Tidak ketinggalan ucapan terima kasih daripada pihak Projek Blogger Utara kepada pihak ESCAPE melalui Cik Winnie.. Sebagai tanda penghargaan kami hadiahkan sebiji kek buat pihak ESCAPE..
MENU BBQ OLEH PIHAK ESCAPE BAGI YANG BERMALAM DI BASE CAMP, ESCAPE
Tidak selesai di situ, pihak ESCAPE memberikan kami bahan untuk BBQ bagi yang bermalam di Base Camp, ESCAPE..
Bukan itu saja, staff ESCAPE juga membantu menyalakan api untuk kami membakar bahan BBQ pada malam itu..
MENGAMALKAN KONSEP MESRA ALAM DAN KREATIF DI ESCAPE
Escape Adventureplay mengamalkan konsep mesra alam.. Tak percaya meh tengok apa yang team Projek Blogger Utara lihat di dalam kawasan ESCAPE..
Sistem di bawah ini mengamalkan konsep MaSMA atau pun Rainwater Harvesting.. Air hujan ini dapat digunakan sebagai air siraman pokok.. Bukan itu saja, rumput yang tumbuh di atas bumbung bangunan dapat menyejukkan bangunan itu sendiri..
Konsep kampung, bila berada di sini kita akan berasa seperti berada di kampung.. Siap ada kolam, ayam dan itik lagi dibela di dalam kawasan ESCAPE..
Tong sampah yang kreatif gitu.. Eyda pada mulanya tak perasan, bila dah tengok, ehh kreatifnya diaorang.. Hahaha sempat jadi model ya..
Lagi satu hasil kreatif pihak ESCAPE, hanya menggunakan tong drum dapat menghasilkan kerusi dan meja untuk berehat nih.. Kerusi dan meja nih berada kat sebelah kaunter masuk ke Base Camp, ESCAPE..
Apapun Eyda bagi pihak Team Projek Blogger Utara ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat pihak ESCAPE terutamanya En. Sim Choo Kheng, CEO ESCAPE dan juga Cik Winnie yang sudi menerima kunjungan kami serta keluarga ke ESCAPE..
Harap kita dapat bekerjasama lagi di masa akan datang.. Terima kasih sekali lagi ESCAPE ADVENTUREPLAY dan BASE CAMP..
Operation Hours
Tuesday – Sunday
9am to 6pm
Closed Monday
Closed Monday
Ticket counter closes at 4.30pm
Escape Penang
828 Jalan Teluk Bahang
11050 Penang, Malaysia
T : +604 881 1106
F : +604 881 3106
E : info@escape.my
W : escape.my
FB : escape.my
9 comments
bestnyaaa
ReplyDeletememeang best Jueliza.. kalau sukakan cabaran boleh laa ke sini..
Deleteyeay !! berjaya tamatkan... thank you Escape
ReplyDeletealhamdulillah Zaf, selesai juga akhirnya..
DeleteBila lagi kita dapat repeat agaknya ye kak eyda
ReplyDeleteIn shaa Allah lepas Kira dah berpantang bagai, baby pun besar skit.. boleh kita repeat lagi..
Deletekeep it up
ReplyDeletebestnya tengok family PBU jeles kita hahhahaha
ReplyDeletetunggu waterplay ja nk terjah lg.. hehehe
ReplyDeletesi kimie suka la.
Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..