Kopitan Classic Queensbay Mall, Penang

3/11/2016 09:27:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Pernah dengar Kopitan Classic? Mungkin ada yang pernah dengar dan mungkin ada yang tak pernah dengar..

Bagi Eyda, memang baru dengar restoran Kopitan Classic nih.. Malah baru-baru ini Eyda bersama sebahagian Team Projek Blogger Utara berkesempatan merasai sendiri menu istimewa yang disajikan di Kopitan Classic..


KOPITAN CLASSIC QUEENSBAY MALL

Alhamdulillah pada 5 Mac 2016 yang lepas, Team Projek Blogger Utara dijemput lagi ke satu restoran.. Restoran kali ini ialah Kopitan Classic Penang Delight yang bertempat di Queensbay Mall.. Ini merupakan salah satu outlet Kopitan Classic..

Jika anda berkunjung ke Queensbay Mall, anda perlu ikut ekskalator atau lif dekat dengan Maybank.. Anda terus naik ke tingkat 3 atau 3F-01(A), Queensbay Mall.. Restoran ini agak tersorok, tapi ianya berada betul-betul sebelah restoran Seoul Garden..




Untuk pengetahuan, Kopitan Classic ini mempunyai 20 oulet di sekitar kawasan utara nih, Paling banyak berada di sekitar Pulau Pinang dan Seberang Perai.. Tidak ketinggalan beberapa tempat di Kedah.. Lokasi lain di luar daripada kawasan utara hanya di Permas Jaya, Johor Bahru..
1 outlet di Permas Jaya, Johor Baharu

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Konsep hiasan bagi setiap restorannya banyak dipengaruhi oleh keadaan di mana restoran dibuka.. Ada yang menggunakan konsep heritage, konsep moden dan sebagainya..

Kaunter bayaran

Bilik VVIP.. Memang privasi kat sini.. Susun atur pun menarik..


Kopitan Classic ini mendapat sijil halal daripada pihak JAKIM.. Sijil halal yang diterima akan dipantau dari semasa ke semasa oleh pihak JAKIM.. Jadinya jangan risau tahap HALAL makanan di sini..


MENU ISTIMEWA DI KOPITAN CLASSIC

Kami dihidangkan dengan Signature Dish.. Semuanya menepati citarasa kita.. Jom kita tengok antara menu yang disajikan buat kami..

Sebahagian menu kami

Hidangan Utama

Nasi Lemak with Spices Fried Chicken

Kapitan Chicken with Fire Cracker Rice


Special Marinated BBQ Chicken with Dry Ramen

Thai Sauce Fish Fillet Rice

Mama's Special Sesame Oil Chicken with Rice

Cheese Baked Spaghetti Bolognaise

Sarapan

Peanut Butter Toast

Cheese Bread

Golden Chocolate Puff

Desert 

Penang Kopitan Cendol

Passion Fruit Sundae

Minuman Sejuk dan Panas

Dari Kanan : Strawberry, Cooler-Lychee, Kiwi, Passion Fruit

Chocolate Mint Ice Blended

Tiramisu Blended

3 Layer Milk Tea

White Coffee

Setiap outlet ada menampilkan menu yang sama dan ada juga yang berbeza.. Ini dipengaruhi dengan lokasi outlet Kopitan Classic itu sendiri..


PERKHIDMATAN LAIN YANG ADA DI KOPITAN CLASSIC

Bagi yang ingin mendapat penjimatan boleh muat turun aplikasi offpeak.my melalui Google Play dan App Store.

www.offpeak.my

Jika anda tidak sempat singgah ke Kopitan Classic bagi mendapatkan menu enak nih.. Anda boleh menggunakan perkhidmatan Deliver Eat..

www.delivereat.my

Selain itu, jika peranti anda ataupun smartphone anda kehabisan bateri jangan risau.. Di sini disediakan perkhidmatan powerbank untuk anda mengecas peranti anda..


Jangan ingat KFC dengan McDonalds jer ada Weekday Saving Lunch Treat.. Ala yang harga murah waktu makan tengahari tu.. Kat sini pun ada tau.. Jadinya tak perlulah nak berkira-kira kalau nak makan kat sini..



TEAM PROJEK BLOGGER UTARA BERSAMA MANAGER DAN SUPERVISOR KOPITAN CLASSIC QUEENSBAY MALL, PENANG





Terima kasih buat Mr. Leong Thean Loong (HR Capital Manager) yang sudi menjemput team Projek Blogger Utara ke Kopitan Classic Penang Delight, Queensbay Mall, Penang dan tidak ketinggalan buat Cik Hazlina yang sudi melayan kami.

Sebelum balik mestilah ada sesi bergambar bersama kan.. Meh tatap wajah- wajah team Projek Blogger Utara..






LOKASI DAN WAKTU PERKHIDMATAN



Kopitan Classic Penang Delight Queensbay Mall Penang

Queensbay Mall 3F-01(A)

11900 Bayan Lepas,

Penang.



Operation hour

Sun-Thur: 8:30 am-10:30pm

Fri-Sat: 8:30 am - 11:30 pm







You Might Also Like

28 comments

  1. SA pernah lepak sini masa pi Penang ari tu...cuma x sempat bergambar..makanan Dan minuman dia awesome..sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ka SA.. yup minuman dia memang awesome.. Eyda suka Tiramisu Blended tu..

      Delete
  2. Menarik nie... :)klu g penang boleh la try...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh masukkan dalam list tempat makan menarik di penang..

      Delete
  3. Menu kopitiam...suka tgk pinggan mangkuk dia bentu segi empat :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Sally.. lain dari yang lain kan mangkuk dia..

      Delete
  4. Pergh!! Ohsem betul Tiramisu Blended tu.. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup memang ohsem Tiramisu Blended tu sampai kan Alysa boleh mai tumpang minum..

      Delete
  5. Mana gambo Izzat makan ramen? :)

    ReplyDelete
  6. bleh la ajok famili plak lepak2 sini kan eyda

    ReplyDelete
  7. penah nampak kedai ni.. tapi saya jarang mkn kedai2 high class macam ni.. hehe.. kalau sekali sekala keluar ngan kawan2 ok la. hehehe

    ReplyDelete
  8. wahhh terliur betol kita tgok makanan2 tuh...alahai, bila dia nk bukak dekat2 lembah klang ni...cepatlah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin next time.. tapi kalau ada yang berminat nak buka cawangan dia memang di alu-alukan..

      Delete
  9. aduhai tergodanya tengok tiramisu blended :D

    http://kumbangmerahbintikhitam.blogspot.my/

    ReplyDelete
  10. menu yang buat terliur ni... tertiba lapar ni...

    ReplyDelete
  11. kami suka golden chocolate puff tu...dap

    ReplyDelete
  12. perghhh semua sedap ! hehehe
    entah bila nk p lepak QB

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti