Philips Experience Store, Bayan Baru, Penang
3/22/2016 11:18:00 AM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Ada sesiapa kat sini suka membeli barangan elektrik berjenama Philips? Jangan risau, anda boleh dapatkannya di Philips Experience Store, Bayan Baru, Pulau Pinang.
Untuk pengetahuan semua, kedai ini baru sahaja dibuka awal tahun 2016 yang lalu dan telah dirasmikan pada 23 Februari 2016. Memang masih baru kedai nih.
Jom kita tengok apa yang ada di sini.
Barangan yang menjadi idaman Eyda dan mungkin ramai yang sukakannya ialah Electric Pressure Cooker..
Semua barangan yang anda beli di sini ada ditawarkan diskaun sebanyak 10% di waktu biasa dan diskaun sehingga 30% pada waktu tawaran hebat.
Tak rugi bila membeli barangan elektrik Philips di Philips Experience Store.. Banyak anda dapat berjimat..
LOKASI DAN WAKTU PERNIAGAAN
Philips Experience Store
Block 2-G-2A, Quartermile,
Solok Mayang Pasir, Bayan Baru,
11950 Bayan Lepas, Penang.
04- 611 6060
Di buka dari hari Isnin hingga Sabtu.
11.00 pagi- 8.00 malam (Isnin hingga Jumaat)
10.00 pagi - 2.00 petang (Sabtu)
Terima kasih kepada pihak Philips Experience Store, Bayan Baru, Penang kerana memberi peluang untuk Eyda review kedai ini.. Semoga kedai ini lebih maju dan menjadi kunjungan orang ramai untuk membeli barangan elektrik Philips..
Sebelum balik seperti biasa sesi berposing laa.. Kali nih Eyda tampil ayu daripada biasa..
18 comments
Bestnya..dekat jer ni..bleh try p ushar ni
ReplyDeleteyup dekat dengan murni.. boleh laa ushar untuk rumah baru..
Deletedah ada rumah nanti boleh la datang
ReplyDeletehaa boleh beli untuk rumah sendiri nanti..
DeleteDua barang philips yang saya tengah target nak beli, Air Fryer dengan vacuum cleaner :)
ReplyDeletewah, beli Farah jangan tak beli.. warranty pun sehingga 2 tahun..
DeleteBiarlah keluar duit lebih sikit pun, asalkan barang yang kits dapat tu berkualiti dan tahan lama. Iye tak..
ReplyDeleteya betul tu, setuju dengan mama..
Deleteharga berbaloi tak Eyda
ReplyDeleteberbaloi kak JM, sebab semua barang yang kita beli ada less 10% lagi.. macam periuk pressure cooker tuh baru rm599.. belum less lagi tu..
Deletebesaq juga bangunan dia.. amboih pakai baju krung. hehehe
ReplyDeletebangunan memang besar.. tapi kedai dia tingkat bawah tu jer.. sekali sekala nak ayu gitu..
Deletewah wah pose ayu gitu :)
ReplyDeletebrgan philips memang bagus.
dipercayai oleh aida :)
sekali sekala Aida.. kan bagus barangan philips..
Deletebarang terbaik kan... kak eyda comel hihihi pakai baju kurung time ni
ReplyDeleteya barang terbaik.. comel ke? terima kasih..
DeleteDah pi coz review puan yg baik . Tapi they ONLY accept kad kredit Puan. Orang2 biasa macam saya nak bayaq cash tak dilayan. Cashier very rude. Saya tak nampak pun sign board bertulis Credit Card ONlY kat kaunter. Not recommended this branch. Brand Phillips memang berkualiti dan harga mampu milik. If nak beli ..baik cari kedai lain. Thanks ya.
ReplyDeletesaya minta maaf di atas kesulitan yang berlaku.. saya tak pasti akan hal ini sebabnya masa saya ke sana saya pun tidak diberitahu tentang perkara ini.. mungkin diaorang perlu memperbaiki cara urusan mereka.. apapun terima kasih atas komen ini..
DeleteSudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..