info

Gabenor Bank Negara Malaysia Yang Ke-8

4/28/2016 09:04:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Pastinya ramai sudah mengetahui bahawa Tan Sri Zeti Akhtar Aziz akan bersara dan kita akan menerima Gabenor Bank Negara Malaysia yang baru..

Tahukah anda, siapakah yang telah dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia yang baru?

kredit


Datuk Muhammad Ibrahim dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia untuk tempoh lima tahun mulai 1 Mei 2016 ini berikutan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz akan bersara pada 30 April ini.
 
Tan Sri Zeti Akhtar Aziz telah bertugas sebagai Gabenor BNM sejak 16 tahun lalu dan 35 tahun berkhidmat bersama bank pusat.

Entry berkaitan Gabenor Bank Negara Malaysia

Untuk pengetahuan, Datuk Muhammad Ibrahim telah berkhidmat sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia sejak 2010 dan beliau memiliki Sarjana daripada Universiti Harvard, Amerika Syarikat.



Sumber daripada mr.google
Jawatan terakhir Muhammad adalah sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, disandang sejak 2010. Beliau memiliki sijil Sarjana daripada Universiti Harvard, Amerika Syarikat.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/147984
Muhammad adalah sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, disandang sejak 2010. Beliau memiliki sijil Sarjana daripada Universiti Harvard, Amerika Syarikat.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/147984
Muhammad adalah sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, disandang sejak 2010. Beliau memiliki sijil Sarjana daripada Universiti Harvard, Amerika Syarikat.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/147984

info

Perkataan Terpanjang Dalam Bahasa Melayu

4/26/2016 09:07:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Tetiba jer dapat idea nih selepas mendengar radio KoolFM semalam.. Boleh jugak berkongsi kan sesuatu yang baru dan tak pernah dengar sebelumnya..


Perkataan Terpanjang Dalam Bahasa Melayu 


Perkataan yang terpanjang dalam bahasa melayu  mempunyai 46 huruf

  1. menyetidaknyahcasdiversifikasielektrostatikkan
    • meng- + se- + tidak + nyah- + cas + diversifikasi + elektrostatik + -kan
    • to undiversify uncharged electrostatic electricity.
  2. penyetidaknyahcasdiversifikasielektrostatikkan
    • peng- + se- + tidak + nyah- + cas + diversifikasi + elektrostatik + -kan
    • the process of undiversifiying uncharged electrostatic electricity.

Perkataan kedua terpanjang dalam bahasa melayu mempunyai 45 huruf

  1. diketidaknyahcasdiversifikasielektrostatikkan
    • di- + ke- + tidak + nyah- + cas + diversifikasi + elektrostatik + -kan
    • has been undiversified of uncharged electrostatic electricity.


    Sumber 


Panjang betul perkataan tu sampai boleh tergeliat lidah nak menyebutnya.. Eyda pun nak sebut tersasul-sasul jadinya..


Eyda

Sakit Kepala

4/25/2016 12:10:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Ermm minggu lepas Eyda agak sibuk, jadi tak sempat nak update blog.. Minggu nih baru relax sikit.. Baru boleh nak update.. Banyak story tertangguh nih..

Ok tinggal jap bab tu.. Sekarang Eyda nak tanya nih, korang sihat ke hari ni? Eyda kurang sihat sikit, sakit kepala plak hari nih.. Nasib laa tak banyak kerja, jadi ok laa skit.. Jap lagi kena cari laa air 100 plus buat penawar sakit kepala Eyda nih..

kredit

Korang selalu sakit kepala apa yang korang buat? Eyda kalau sakit kepala, selalu suka minum secawan air 100 plus bersama secawan air panas atau suam.. Tak pun Eyda campur sama banyak air 100 plus dengan air panas atau suam tu.. Memang sentiasa spare air 100 plus kat rumah..

Eyda dah lama tinggalkan panadol, gara-gara demam makin teruk selepas makan panadol.. Jadi fobia plak dengan panadol.. Lagipun tak bagus sangat makan panadol tu, kecuali laa terdesak sangat..




wordless wednesday

WoRdLeSS WeDNeSDaY #49

4/20/2016 10:28:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Baru nih ada tertengok kata-kata nih.. Cantik dan penuh makna, jadinya Eyda snap untuk diletakkan diruangan WW nih..



imagination
is the beginning of Creation
YOU imagine what you desire.
YOU what you imagine and at last create what you
Will


~ GEORGE BERNARD SHAW ~


tazkirah Jumaat

TaZKiRaH JuMaaT #46

4/15/2016 09:52:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Apa plan anda di hari minggu? Semoga ianya merupakan perancangan yang terbaik dan berakhir sepertimana yang dirancangkan..

Okey lah, dah kurang berkongsi tazkirah Jumaat kan.. Bila berkongsi, dapat juga memotivasikan diri..

 



" Janganlah sekali-kali
engkau meremehkan
suatu perbuatan
baik walaupun
hanya menyambut
saudaramu
dengan muka
yang manis"

(HR. Muslim)



review

D'Coconut Shake Kulim

4/14/2016 10:34:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Dah lama Eyda nak berkongsi satu tempat makan yang menarik di Kulim, Kedah..

Beberapa kali Eyda singgah ke sana barulah Eyda dapat siapkan entry nih.. Bagi Eyda, walaupun dah beberapa kali singgah makan, rasanya memang sedap..




Ehh tengok tajuk coconut shake kan, tapi kenapa pula citer pasal makan.. Sebenarnya menu utama yang sedap di sini ialah coconut shake.. Tidak ketinggalan Laksa Special (Sambal Sotong) pun sedap juga..

Gambar terkini kunjungan ke D'Coconut Shake Kulim


Coconut Shake Special dan Laksa Biasa

Bihun Sup Ayam..
Maaf gambar kurang cantik skit sebab pencahayaan..

Bihun Sup Daging


Bukan itu saja, di sini ada menawarkan, pelbagai menu ringan yang boleh dinikmati.. Malah baru nih masa Eyda berkunjung ke sini, ada ditawarkan menu Nasi Ayam dan Mee Kari.. Ianya merupakan menu baru di sini..




MENU DAN HARGA MAKANAN DAN MINUMAN D'COCONUT SHAKE KULIM

MAKANAN
Bihun Sup Ayam / Daging - RM 4.00
Kuey Teow Sup Ayam / Daging - RM 4.00
Mee Sup Ayam / Daging - RM 4.00
Laksa Biasa - RM 3.00
Laksa Special (Sambal Sotong) - RM 3.50
Mee Kari - RM 4.50
Nasi Ayam - RM 4.50


MINUMAN

Coconut Shake
Biasa - RM 2.50
Special - RM 3.00

Air Kelapa
Lemon - RM 2.50
Ice Cream - RM 2.50
Laici - RM 2.50

Jus Buah-Buahan
Apple -  RM 2.50
Fresh Orange - RM 2.50
Belimbing Asam Boi - RM 2.50
Amra Asam Boi - RM 2.50
Jambu Asam Boi - RM 2.50
Carrot Susu - RM 2.50
Tembikai - RM 2.50
Laici - RM 2.00

ABC
Biasa - RM 2.50
Special - RM 3.00

Cendol
Biasa - RM 2.50
Pulut - RM 2.50
Tapai - RM 2.50
Jagung - RM 2.50
Ice Cream - RM 2.50
Durian - RM 3.00
Special - RM 3.50





LOKASI DAN WAKTU PERNIAGAAN


Ianya merupakan gerai yang berada di tepi jalan besar berhampiran Taman Selasih, Kulim.. Kalau anda daripada Kulim anda akan nampak gerai ini di sebelah kanan anda selepas Petronas, Taman Selasih dan sebelum Tesco Kulim.. Kalau anda dari arah Machang Bubok, Bukit Mertajam dan Junjong anda akan melepasi Tesco Kulim dan ianya akan berada di kiri anda.. Kalau nampak kereta banyak parking di bahu jalan tu, kiranya anda berada di D'Coconut Shake Kulim..


Tengok pelan yang Eyda pinjam daripada FB D'Coconut Shake Kulim nih..





Ianya dibuka dari jam 12.00 tengahari - 7.00 malam setiap hari kecuali hari Jumaat




wordless wednesday

WoRdLeSS WeDNeSDaY #48

4/13/2016 09:49:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Alhamdulillah dah separuh minggu kita di minggu ini.. Bagi yang bekerja, adakah kerja anda bertimbun-timbun atau sedikit selesa pada minggu ini?

Yang tidak bekerja, pastinya sibuk dengan tugasan di rumah kan.. Bagi Eyda, tidaklah terlalu sibuk.. Tapi kerja tetap ada..

Ehh tajuk wordless wednesday, tapi nak bebel jugak.. Dah terbiasa macam tu laa..


Comel jer tengok katak tu.. Ini antara tugasan yang diberikan oleh guru tentang proses kitaran hidup seekor katak..

Tak pasal jer jadi model ibu kan.. Okey laa, sekurang-kurangnya diaorang lebih paham macam mana kitaran hidup seekor katak..

Nasib gambar katak saja kan..Kalau katak betul mau melompat ibu.. Hehehe..


hadiah

Hadiah Pengomen Tegar 2015 Blog Mialiana

4/12/2016 12:00:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Eyda tak ada niat untuk menunjuk, hanya ingin berkongsi dan ingin berterima kasih kepada Mialiana untuk hadiah yang diberikan..

Alhamdulillah, tidak terlintas di fikiran Eyda untuk menerima hadiah istimewa daripada Mialiana sendiri.. Yelah, Eyda pun bukanlah kategori rajin mengomen.. Bukan apa kekadang kerja hakiki membataskan diri Eyda untuk update blog dan juga blogwalking.. Jika ada kelangan barulah Eyda 'cover' habis apa yang ketinggalan..

Eyda menyedari bahawa nama Eyda termasuk ke dalam senarai pengomen tegar 2015 selepas Mialiana sendiri meninggalkan komen di entry Eyda.. Terima kasih buat Mia kerana memaklumkan Eyda mengenainya..




Jom tengok apa yang Eyda terima..




Alhamdulillah rezeki.. Eyda baru merancang nak beli benda nih untuk netbook Eyda tuh.. Tak sangka nak dapat rezeki daripada Mialiana..

Terima kasih banyak-banyak Mia di atas hadiah ini.. Hanya Allah yang dapat membalas keikhlasan Mia.. Semoga kehidupan Mia akan lebih baik dan mood rajin menjengah Mia untuk lebih banyak menulis di dalam blog..


review

Review : Cloth Pad atau Pad Kain dan Pantiliner

4/08/2016 04:21:00 PM


Untuk pembacaan WANITA sahaja..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Dah lama Eyda nak berkongsi, tapi baru hari nih dapat selesaikan entry nih..

Ada sesiapa pernah dengar Pad Kain atau Cloth Pad? Mesti ada yang pernah dengar kan.. Ala yang orang dulu-dulu guna kain batik yang dikoyak kecil-kecil atau tuala kecik Good Morning tuh.. Itu dulu..

Tapi kini Pad Kain atau Cloth Pad yang Eyda nak kongsikan nih moden skit.. Ianya masih berkonsepkan pad kain macam dulu jugak.. Tapi ianya diperbaharui sesuai dengan kita yang moden dan bergerak aktif nih..


Koleksi terkini Cloth Pad dan Pantiliner yang Eyda miliki

Pada mulanya Eyda hanya pernah mencuba pantyliner keluaran Snowdrop.. Ianya hadiah GA yang Eyda pernah sertai.. Lama kelamaan Eyda ingin mencuba Pad Kain atau Cloth Pad SnowDrop nih.. Ini kerana keselesaan pantylinernya membuatkan Eyda ingin mencuba cloth pad SnowDrop nih..




Selepas dah merasai sendiri keselesaan pantiliner, Eyda pun membeli Cloth Pad yang pertama.. Jom tengok salah satu daripada hasil rembatan Eyda..

Salah satu koleksi Cloth Pad jenama Snowdrop

Ternyata percubaan Eyda berbaloi.. Cloth Pad SnowDrop nih memang selesa.. Malah ianya lebih selesa daripada pad yang kita beli di pasaraya.. Lainnya ianya tidak mendatangkan rasa gatal pada alat sulit.. Ianya memang sesuai untuk sesiapa yang sentiasa alergik dengan pad biasa yang mudah di dapati di luar sana..

Lagi satu jangan risau, ianya tak kan bocor macam pad biasa yang kita guna.. Malah aliran haid kita tidak akan terlalu banyak sepertimana semasa kita menggunakan pad biasa.. Itu apa yang Eyda rasai sendiri.. Bahkan darah haid kita pun kurang berbau..

Mungkin ada yang beranggapan ianya mahal.. Memang harganya mahal, tapi ianya boleh bertahan hingga melebihi 5 tahun penggunaan..

Malah, ianya juga senang untuk dibasuh.. Boleh guna sabun mandi atau sabun kapak tanpa menggunakan berus.. Kalau tak sempat nak basuh, boleh rendam dalam timba kecil terlebih dulu di rumah.. Ianya memang senang, jadi jangan risau akan lekat kesan kotor pada cloth pad kita tu..

Pelbagai corak ditawarkan untuk kita.. Jadi ianya tidak membosankan bila melihatnya.. Untuk pengetahuan semua, Pad Kain nih merupakan Pad Kain Handmade ya.. Bagi Cloth Pad jenama Snowdrop, ada jaminan selama setahun..

Percubaan Eyda tak berakhir di situ, Eyda beli pula pantiliner dan cloth pad dari jenama Yuhmico, Redmoon, Bamboolite dan Sweet n Cozy..


Koleksi pantiliner jenama Yuhmico, Bamboolite dan Sweet n Cozy.. Tidak ketinggalan Cloth Pad jenama Yuhmico..

Majoriti jenama cloth pad ini menggunakan kain jenis minky.. Tapi bagi jenama Yuhmico, ianya menawarkan pelbagai jenis kain iaitu dari jenis minky, suede, fleece dan cotton knit..

Untuk pengetahuan, bagi jenama Yuhmico, jenis cotton knit lebih menjadi pilihan.. Kiranya lebih banyak pilihan yang kita boleh pilih dengan jenama Yuhmico..

Bagi Eyda setiap satunya ada keistimewaannya yang tersendiri.. Walau bagaimanapun, kain jenis minky memang lebih mudah untuk cuci berbanding jenis lain..


Tidak lama kemudian Eyda menambah lagi koleksi dengan cloth pad dan pantiliner jenama Red Moon.. Alhamdulillah semua jenama ini mempunyai tahap keselesaan yang tersendiri.. Nampaknya sekarang Eyda dah bertukar 100% menggunakan cloth pad dan pantiliner berasaskan kain..



Cloth Pad, Extreme Liner dan Daily Liner jenama Red Moon

Untuk Daily Liner atau Pantiliner, Eyda sukakan jenama Red Moon nih.. Bukan apa ianya agak nipis dan selesa untuk dipakai ketika hari biasa atau penggunaan harian..

Sesiapa yang jenis kebocoran pundi kencing atau yang suka terkeluar sedikit air kecil ketika batuk dan seumpamanya memang sesuai menggunakan Extreme Liner.. Ianya juga boleh digunakan ketika dihujung haid..

Pad kain jenama Red Moon menawarkan jaminan kerosakan pada butang atau jahitan sepanjang hayat pad kain tersebut.. Kiranya kalau rosak, akan dibaiki oleh pihak Red Moon..


SENARAI LAMAN WEB CLOTH PAD

Snowdrop

Yuhmico

Red Moon

Sweet N Cozy

Bamboolite



Jom kita bertukar daripada pad biasa kepada cloth pad atau pad kain yang lebih mesra alam.. Bukan itu saja, kita boleh menjaga kesihatan kita dengan menggunakan cloth pad yang terbukti tiada bahan kimia..




tazkirah Jumaat

TaZKiRaH JuMaaT #45

4/08/2016 11:24:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Jumaat dah menjelma, sekejap jer dah seminggu di bulan April nih..

Apa perancangan hari minggu anda? Eyda ada beberapa perancangan, tapi masih dalam perancangan laa.. Moga-moga ianya terlaksana..

Ada sesiapa tengah berduka kerana sesuatu? Jangan fikir negatif, cuba tanamkan pemikiran positif terhadap sesuatu, In shaa Allah anda akan mendapat hasil yang positif..


kredit


Rencana 
ALLAH
itu lebih
BAIK 
dari rencanamu

Jadi tetaplah berjuang dan berdoa
hingga kau kan menemukan bahwa
ternyata memang Allah memberikan
yang terbaik untukmu






wordless wednesday

WoRdLeSS WeDNeSDaY #47

4/06/2016 03:58:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Dah hari rabu ya.. Jadi tak perlu nak sembang panjang-panjang.. Nak sembang kita sambung esok-esok.. Hehehe..


the  
struggle
you're in
today
is developing the
strength
you need for
tomorrow





info

Apa Itu Autisme?

4/03/2016 10:23:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat ya.. Alhamdulillah dekat rumah Eyda hujan dah turun semalam.. Baru dapat rasa sejuk skit walaupun hanya sekejap.. Kalau tak membahang panasnya..

Tahukah anda yang bulan ini merupakan bulan istimewa buat kanak-kanak Autism.. Ramai yang kurang mengetahui apakah maksud tepat bagi Autism nih termasuklah Eyda sendiri..




Dalam ingin berkongsi apa maksud Autism, Eyda juga terpaksa google mencari beberapa info untuk disampaikan.. Yelah takut tersalah bagi info kan.. Apapun kalau ada beberapa kesilapan info, maklumkan Eyda ya.. Biar kita sama-sama belajar mengenali kanak-kanak istimewa ini..





Autism adalah istilah yang merujuk pada sekumpulan gangguan perkembangan yang mempengaruhi otak. Gangguan pada otak ini mempengaruhi kemampuan seseorang untuk berkomunikasi, menjalin hubungan dengan orang lain, dan merespon dunia luar dengan baik.
 
Selalunya kita hanya menyedari simptom atau ciri-ciri Autism ketika kanak-kanak ini 3 tahun ke atas. Jika anda lebih peka, ianya dapat dikesan seawal 18 bulan..

Simptom-simptom Autisme

Kanak-kanak yang mengalami Autisme mempunyai rupa paras yang sama seperti kanak-kanak normal yang lain. Ianya menyukarkan kita untuk mengenalpasti masalah ini kecuali ibu bapa itu sendiri peka terhadap beberapa simptom yang ditunjukkan oleh mereka. Setiap daripada penghidap Autisme memiliki simptom yang berbeza antara satu sama lain. Antara simptom-simptom Autisme ialah:
  1. Tidak menunjukkan eye contact
  2. Tidak bertindak balas terhadap senyuman
  3. Tantrum yang keterlaluan tanpa sebab sehingga mencederakan diri seperti menghantukkan kepala ke dinding
  4. Tidak menunjukkan minat untuk berkawan dan bermain dengan kanak-kanak lain, malah selesa bermain sendiri
  5. Sering menyebut sesuatu perkataan secara berulang-ulang dan kerap melentikkan badan seolah-olah mengelak apabila dipeluk.
  6. Terlalu sensitif dan mempunyai minat yang pelik kepada sesuatu seperti cahaya, bunyi atau pergerakan
  7. Mereka juga sering kali menunjukkan obses kepada sesuatu perkara seperti permainan tertentu sahaja.
  8. Gemar mengibarkan tangan dan memusingkan badan setempat. Malah kanak-kanak 18 bulan ke atas , mereka lebih suka menggunakan isyarat berbanding perkataan.

Jika anda mempunyai anak-anak yang mempunyai beberapa simpton di atas , jangan risau, anda boleh membawanya berjumpa dengan doktor untuk memastikan sama ada anak anda mengidap masalah Autism ini atau tidak.. Selain itu, Autism ini boleh dirawat jadi jangan sisihkan mereka.

Tahukah anda, Albert Einstain, Amadeus Mozart, Sir Isaac Newton dan Tim Burton merupakan salah seorang yang mengidap Autism.. Jadi jangan anda anggap Autism ini sebagai kurang bijak kerana adakalanya mereka juga sebijak anda..




Sumber info diedit daripada apa itu autism, 8 tanda dan ciri autim  apa itu autism


Eyda juga ada mengenali beberapa kanak-kanak Autism, mereka memang istimewa.. Apapun Eyda doakan agar mereka dapat menjalani kehidupan yang baik lagi selepas ini.. Eyda memang respek dengan ibu bapa mereka yang sabar melayan kerenah mereka.. Anda memang ibu bapa yang terbaik..



event

The Big Bad Wolf Book Sale Penang 2016

4/02/2016 10:12:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Siapa kat sini suka buku? Kalau korang berada di Utara semenanjung terutamanya di Penang dan sekitarnya, apa kata korang singgah di Big Bad Wolf Book Sale yang sedang berlangsung sekarang sehingga 10 April 2016..







 Baucar buku 1 Malaysia juga diterima di sini.. Bukan itu saja, korang berpeluang mendapat diskaun antara 75% - 95%.. Banyak tu.. Cepat- cepat berkunjung ke Penang Times Square sekarang.. Boleh juga habiskan hari minggu korang di sini..



info

April Telah Tiba

4/01/2016 10:00:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Dah 3 bulan kita berada di tahun 2016.. Hari nih dah 1 April 2016.. Sekejap jer masa berlalu, lagi 2 bulan kita akan berpuasa.. Ada tak yang belum ganti puasa, cepat-cepat laa ya, takut nanti ada yang kena bayar fidyah plak..


kredit


Apa istimewanya bulan ini kepada korang? Bagi Eyda tiada yang istimewa, cumanya bulan nih merupakan bulan kelahiran beberapa sahabat Eyda.. Hari nih pun ada beberapa sahabat yang berkongsi hari lahir..

Lagi satu ada, beberapa perancangan yang Eyda dah aturkan pada bulan nih.. Harapnya ianya menjadi sepertimana yang dirancangkan.. Nak tahu apa? Tunggu..



Blog yang Diikuti