Apa Itu Autisme?
4/03/2016 10:23:00 AM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat ya.. Alhamdulillah dekat rumah Eyda hujan dah turun semalam.. Baru dapat rasa sejuk skit walaupun hanya sekejap.. Kalau tak membahang panasnya..
Tahukah anda yang bulan ini merupakan bulan istimewa buat kanak-kanak Autism.. Ramai yang kurang mengetahui apakah maksud tepat bagi Autism nih termasuklah Eyda sendiri..
Dalam ingin berkongsi apa maksud Autism, Eyda juga terpaksa google mencari beberapa info untuk disampaikan.. Yelah takut tersalah bagi info kan.. Apapun kalau ada beberapa kesilapan info, maklumkan Eyda ya.. Biar kita sama-sama belajar mengenali kanak-kanak istimewa ini..
Autism adalah istilah yang merujuk pada sekumpulan gangguan perkembangan yang mempengaruhi otak. Gangguan pada otak ini mempengaruhi kemampuan seseorang untuk berkomunikasi, menjalin hubungan dengan orang lain, dan merespon dunia luar dengan baik.
Selalunya kita hanya menyedari simptom atau ciri-ciri Autism ketika kanak-kanak ini 3 tahun ke atas. Jika anda lebih peka, ianya dapat dikesan seawal 18 bulan..
Simptom-simptom Autisme
Kanak-kanak yang mengalami Autisme mempunyai rupa paras yang sama seperti kanak-kanak normal yang lain. Ianya menyukarkan kita untuk mengenalpasti masalah ini kecuali ibu bapa itu sendiri peka terhadap beberapa simptom yang ditunjukkan oleh mereka. Setiap daripada penghidap Autisme memiliki simptom yang berbeza antara satu sama lain. Antara simptom-simptom Autisme ialah:
- Tidak menunjukkan eye contact
- Tidak bertindak balas terhadap senyuman
- Tantrum yang keterlaluan tanpa sebab sehingga mencederakan diri seperti menghantukkan kepala ke dinding
- Tidak menunjukkan minat untuk berkawan dan bermain dengan kanak-kanak lain, malah selesa bermain sendiri
- Sering menyebut sesuatu perkataan secara berulang-ulang dan kerap melentikkan badan seolah-olah mengelak apabila dipeluk.
- Terlalu sensitif dan mempunyai minat yang pelik kepada sesuatu seperti cahaya, bunyi atau pergerakan
- Mereka juga sering kali menunjukkan obses kepada sesuatu perkara seperti permainan tertentu sahaja.
- Gemar mengibarkan tangan dan memusingkan badan setempat. Malah kanak-kanak 18 bulan ke atas , mereka lebih suka menggunakan isyarat berbanding perkataan.
Jika anda mempunyai anak-anak yang mempunyai beberapa simpton di atas , jangan risau, anda boleh membawanya berjumpa dengan doktor untuk memastikan sama ada anak anda mengidap masalah Autism ini atau tidak.. Selain itu, Autism ini boleh dirawat jadi jangan sisihkan mereka.
Tahukah anda, Albert Einstain, Amadeus Mozart, Sir Isaac Newton dan Tim Burton merupakan salah seorang yang mengidap Autism.. Jadi jangan anda anggap Autism ini sebagai kurang bijak kerana adakalanya mereka juga sebijak anda..
Sumber info diedit daripada apa itu autism, 8 tanda dan ciri autim apa itu autism
Eyda juga ada mengenali beberapa kanak-kanak Autism, mereka memang istimewa.. Apapun Eyda doakan agar mereka dapat menjalani kehidupan yang baik lagi selepas ini.. Eyda memang respek dengan ibu bapa mereka yang sabar melayan kerenah mereka.. Anda memang ibu bapa yang terbaik..
18 comments
Patut la semalam tv siarkan cerita hindi Taare Zameen Par.
ReplyDeletemesti sebab sempena bulan Autism nih kan..
DeleteSaya suka sangat cerita Hindi tu. Cerita tu address tentang kanak2 yg ada disleksia. :)
Deletenice sharing ni buat siapa yg tak tahu.
ReplyDeleteyup, kita kurang didedahkan dengan kanak-kanak istimewa nih.. ada info sebegini barulah kita lebih mengenali mereka..
DeleteSalam , autisme, ada baca kat blog kak farrah , dekat tv pon ada gitau pasal ni, dengan anak anak autisme me kena sabaq banyak , insyaAllah
ReplyDeletebetul, kita kena ada kesabaran yang lebih.. ya ka, belum baca lagi kat blog Farrah..
Deleteterima kasih kak kerana memahami anak autism... :D
ReplyDeletesama2 Ila, kita kena mengetengahkan info yang orang kurang tahu agar mereka lebih memahami kanak-kanak istimewa ini..
Deleteaida baru tahu few days ago.
ReplyDeleteaida sebeno nyer ada adik beradik tiri, but kami x rapat.
one of anak buah tiri aida = autism.
hu hu hu... tu pun abah bagi tau.
aida memang x perasan. sebab dia da umur 4-5 thn, aida baru jumpa skali.
but bila fikir2 balik, yes... dia nampak different skit.
but kalau org tak tahu, tak perasan
betul kalau yang tak perasan tak akan tahu yang diaorang tu autisme..
DeletePesakit autisme ni kena perhati betul2 behaviour mereka baru perasan. Kalau dia duduk diam tu kita nampak macam biasa je.
Deletesgt betul la farrah.
Deletebila dikenang-kenang balik anak buah tiri tu suka senyum tau.
tak berckp. senyum ajer. kurang aktif.
abg dia suka buli dia. dia x jerit pun...
ain datang singgah sini :)
ReplyDeleteMacam anak Fynn Jamal...
ReplyDeleteAnak Zarina Zainuddin pun ada dua orang yang autisme. Dah besar2 dah sekarang :)
Deleteada hari autisme gak ke... xtaw pun...
ReplyDeleteautisme diorg sgt special
ReplyDeleteSudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..