D'Coconut Shake Kulim
4/14/2016 10:34:00 AM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Dah lama Eyda nak berkongsi satu tempat makan yang menarik di Kulim, Kedah..
Beberapa kali Eyda singgah ke sana barulah Eyda dapat siapkan entry nih.. Bagi Eyda, walaupun dah beberapa kali singgah makan, rasanya memang sedap..
Ehh tengok tajuk coconut shake kan, tapi kenapa pula citer pasal makan.. Sebenarnya menu utama yang sedap di sini ialah coconut shake.. Tidak ketinggalan Laksa Special (Sambal Sotong) pun sedap juga..
Gambar terkini kunjungan ke D'Coconut Shake Kulim |
Coconut Shake Special dan Laksa Biasa |
Bihun Sup Ayam.. Maaf gambar kurang cantik skit sebab pencahayaan.. |
Bihun Sup Daging |
Bukan itu saja, di sini ada menawarkan, pelbagai menu ringan yang boleh dinikmati.. Malah baru nih masa Eyda berkunjung ke sini, ada ditawarkan menu Nasi Ayam dan Mee Kari.. Ianya merupakan menu baru di sini..
MENU DAN HARGA MAKANAN DAN MINUMAN D'COCONUT SHAKE KULIM
MAKANAN
Bihun Sup Ayam / Daging - RM 4.00
Kuey Teow Sup Ayam / Daging - RM 4.00
Mee Sup Ayam / Daging - RM 4.00
Laksa Biasa - RM 3.00
Laksa Special (Sambal Sotong) - RM 3.50
Mee Kari - RM 4.50
Nasi Ayam - RM 4.50
MINUMAN
Coconut Shake
Biasa - RM 2.50
Special - RM 3.00
Air Kelapa
Lemon - RM 2.50
Ice Cream - RM 2.50
Laici - RM 2.50
Jus Buah-Buahan
Apple - RM 2.50
Fresh Orange - RM 2.50
Belimbing Asam Boi - RM 2.50
Amra Asam Boi - RM 2.50
Jambu Asam Boi - RM 2.50
Carrot Susu - RM 2.50
Tembikai - RM 2.50
Laici - RM 2.00
ABC
Biasa - RM 2.50
Special - RM 3.00
Cendol
Biasa - RM 2.50
Pulut - RM 2.50
Tapai - RM 2.50
Jagung - RM 2.50
Ice Cream - RM 2.50
Durian - RM 3.00
Special - RM 3.50
LOKASI DAN WAKTU PERNIAGAAN
Ianya merupakan gerai yang berada di tepi jalan besar berhampiran Taman Selasih, Kulim.. Kalau anda daripada Kulim anda akan nampak gerai ini di sebelah kanan anda selepas Petronas, Taman Selasih dan sebelum Tesco Kulim.. Kalau anda dari arah Machang Bubok, Bukit Mertajam dan Junjong anda akan melepasi Tesco Kulim dan ianya akan berada di kiri anda.. Kalau nampak kereta banyak parking di bahu jalan tu, kiranya anda berada di D'Coconut Shake Kulim..
Tengok pelan yang Eyda pinjam daripada FB D'Coconut Shake Kulim nih..
Ianya dibuka dari jam 12.00 tengahari - 7.00 malam setiap hari kecuali hari Jumaat
26 comments
ohhh ! okey2 !
ReplyDeletenak kena pi ni.. tapi, minggu ni tak dapat la.. minggu depan kot..
tengok coconut shake tu teringat coconut shake Batu Berendam.. rinduuu !!!
bila2 boleh laa singgah Zaf.. kira sejalan dengan CKT Tok Hery jugak.. kekadang tempat duduk sampai penuh, jenuh jugak laa..
Deletesedapnya bihoon sup... :)
ReplyDeletesedap layan time kurang selera makan nih..
DeleteWahhh..ada CS yg biasa n spesel same.
ReplyDeleteSuke sgt..selalu beli CS kalau pi umah adik kt Pontian.
yup ada kedua2 nya.. klu tengok, tak putus2 tukang buat CS tu memenuhi permintaan pelanggan..
Deletesilap lah petang2 mai sini
ReplyDeletelapo jadinya
jom eyda belanja ruhil konut shake ngan laksa tu haha
dah baca tajuk nak singgah jugak.. hehehe.. mai laa, kita p dating2 kat situ plak..
DeleteNanti balik kedah, boleh singgah kut. Lapaq bihun sup utaqha punya =)
ReplyDeleteBoleh kalau mama 3farhanah singgah ke kulim
Deletehaduhh nasib dh makan malam.. hehee
ReplyDeleteboleh tahan
Kan kalau tak mau mencari plak kan
Deleteaida lom pernah singgah kedah.
ReplyDeleteterus fly ke langkawi ajer tau eyda.
one day... one sweet day pasti aida dtg holiday kedah plak.
memang akan roger eyda ler dulu.
mau tanyer detail :)
Boleh ja Aida, sini dengan Penang dekat dah. Boleh skali ke Penang.
Deletesaya jadi lapar balik tengok makanan ....
ReplyDeletefuhhhh nasib lah jauh kalau dekat dah boleh pergi
Kan nasib laa Kedah ni jauh daripada Namia
DeleteWah,..banyak pilihan!
ReplyDeleteMemang banyak pilihan menu
DeleteCantiknya si katak! Tang mata tu yang mahal!
ReplyDeleteKan Farrah
DeleteWah bestnya... semua ada..
ReplyDeleteItulah banyak menu boleh pilih
Deletewah macam macam ada. sedapnya coconut shake lagi lagi time panas berdeting macam ni kan
ReplyDeleteBetul tu Mommy Cici
Deletehari ni bka dk
ReplyDeleteSetahu saya dia buka setiap hari. Sekarang ni dia dah berpindah kat tepi pasar borong dekat dengan kawasan tu juga
DeleteSudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..