Backpackers Bersama Anak-Anak Ke Pulau Langkawi Part 2

5/16/2016 02:28:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Bila difikirkan seronok juga bawa anak-anak bercuti nih.. Kena plak anak-anak dah besar dan pandai bawa diri sendiri..

Okey laa hari ini Eyda nak sambung balik cerita percutian Eyda dan anak-anak di Pulau Langkawi..

Entry lepas boleh baca di SINI


Penginapan Di HiG Hotel

Selepas dah dapat kereta apa lagi, Eyda terus drive kereta ke HiG Hotel.. Kalau ikutkan kami sampai awal, sekitar jam 12.20 tengahari.. Belum lagi boleh check in.. Hotel kan selalu jam 3 petang baru boleh check in..

Eyda pun sesaja laa tanya masa sampai kat reception hotel tu samada boleh check in awal masuk hotel.. Nasib okey jer tak ada apa masalah.. Lega laa dapat juga berehat-rehat sekejap setelah hampir sepanjang pagi dalam perjalanan..

Jom tengok sikit bilik kami..

Nasib dapat katil saiz king, selesa kami bertiga tidur





Beg yang kami bawa ke sana

Bilik kami

Alhamdulillah Eyda dapat bilik yang selesa dan sesuai untuk kami bertiga menginap di situ selama 3 hari 2 malam.. Cukup kelengkapan yang ada..

Peti ais, seterika termasuk iron board pun ada.. Okey laa tu, seterika tu yang penting.. Biasa laa orang perempuan nih, kurang-kurang pun mau nak iron tudung.. Kalau tudung berkedut mau mood kelaut nak jenjalan.. Hehehe..


Lokasi pertama - Cable Car Langkawi

Memang perancangan Eyda ke Pulau Langkawi nak jejak dan naik Cable Car.. Jadinya Eyda rancang pada petang hari kami sampai tu.. Bukan apa, takut hari esoknya penuh sesak dengan orang plak kan.. Al maklum sajalah Eyda pilih cuti panjang yang bersambung dengan cuti Hari Pekerja..

Alhamdulillah walaupun orang ramai, tapi tak laa ramai mana sangat.. Masa menunggu nak beli tiket naik Cable Car tu pun tak laa sampai setengah jam..

Sebelum nak naik Cable Car jom kita masuk SkyDome dulu sambil tengok nih..




Macam naik roller coaster plak bila layan gambar-gambar nih..

Selesai jer show tuh baru la boleh naik Cable Car.. Memandangkan hanya kami bertiga, jadinya Eyda dan anak-anak kena naik dengan satu keluarga dari Johor.. Sebuah Cable Car boleh memuatkan 6 orang..

Ada dua persinggahan yang kita boleh turun sambil melihat pemandangan.. Eyda sarankan korang turun jer platform yang kedua atau yang paling atas.. Kat situ boleh laa ke SkyBridge..

Budak yang penakut

Ni terlebih berani

Dah sampai kat puncak Gunung Mat Chinchang tu, kami turun ke SkyBridge.. Kami guna perkhidmatan train rupanya ala-ala lif pun ada.. Hehehe..

Nak turun guna tangga pun boleh.. Tapi jangan bising plak tak larat nanti.. 

Banyak gambar pemandangan dan wefie kami kat SkyBridge tu.. Jom ushar sikit.. Jangan muntah sudah laa ya..

Wefie pertama selepas naik train..


 




Buat-buat berani duduk atas cermin tu







Suka hati jer nak posing

Duduk berdua

Nak juga posing atas cermin

Suka tengok kabus kat belakang

Setelah puas berposing dan menikmati angin sejuk berkabus kat Skybridge tu, jom naik balik kat Cable Car..



Masa kami nak sampai kat atas tu, Eyda nampak Cable Car mengalami sedikit masalah.. Tetiba jer Cable Car berhenti.. Dalam hati sudah, macam mana nak turun nanti.. Tapi masalah nih cepat ditangani, dalam beberapa minit, Cable Car bergerak seperti biasa.. 

Apapun Eyda dan anak-anak rehat-rehat dulu sambil minum air.. Bukan apa, bagi Cable Car tu betul-betul okey baru berani turun.. Penakut jugak ya.. Hahaha..




Masa turun dari Gunung Mat Chinchang nih best... Yelah, kami bertiga jer dalam Cable Car tu.. Bukan apa, orang sebelum Eyda dan selepas Eyda jenis datang dalam berkumpulan.. Mestilah diaorang nak naik sekali kan.. Lega laa rasa, relax skit hanya kami jer..

Izzat macam mana pun masa nak turun tu masih takut-takut.. Eyda dan Kimie jer yang excited lebih.. Turun dari situ kami terjah ke satu lokasi lain.. Nak tahu ke mana, tunggu entry seterusnya.. Penat dah nak citer nih.. Tunggu..



You Might Also Like

39 comments

  1. teringin nak pergi sane cara backpakers..selalu ikut tourist je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah Rohaida.. saya pun redah jer tu.. tempat yang kurang pasti saya buka map jer cari..

      Delete
  2. klu cable car best duduk kita² je kan..
    klu ade org lain,macam x berapa nak menikmati perjalanan..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Nieyl.. tapi nasib lah family dari Johor tu ramah.. tak laa terasa sangat..

      Delete
  3. wahhh bestnyaaa.. baru tahu sky dome tuh ade apa. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kena masuk ke situ dulu sebelum naik cable car..

      Delete
  4. macam kakak bersama adik2 nya....^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe kan macam kakak dengan adik plak.. ramai cakap macam tu.. anak pun kekadang kalau orang kata macam tu, sesaja jer nak panggil ibu diaorang nih kakak..

      Delete
  5. sonok tengok akk bercuti ngan anak anak...teringin nak bercuti ke sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok bila anak-anak dah besar.. kurang sikit kerenahnya.. jom bercuti ke Langkawi.. tapi kalau nak selesa, jangan pilih masa cuti sekolah..

      Delete
  6. pergi masa bukan cuti sekolah best..kalau cuti sekolah berpeluh menunggu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu murni.. kalau cuti sekolah, jenuh berpeluh menunggu..

      Delete
  7. duk teringat 9 taun dulu naik punyalah takut goyang2..ehhh scary
    xtaulah boleh naik lagi x cable car tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. El macam member opis laa.. 1st time p time hujan ngan angin.. goyang2 cable car tu.. dia cakap serik nak naik lagi..

      Delete
  8. tempat wajib singgah kalau ke Langkawi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau tak pa CP.. tu yang terjah awal ke situ..

      Delete
  9. Replies
    1. RM460 termasuk tax untuk 3 hari 2 malam.. jadinya semalam RM230 laa..

      Delete
  10. nasib baik ringan mulut nak tanya kan..kalau tak mahu 3 jam nak tggu baru leh check in

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa pasal, nasib ringan mulut tanya.. kalau tak, maunya kena merayap mana2 dulu baru boleh check in..

      Delete
  11. bertiga je..nape husband x ikut

    ReplyDelete
  12. seronok kan sesekali bwk anak2 berjalan2..satu pengalaman yg menarik buat mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok sangat.. bukan selalu.. lepas nih ajak naik flight plak..

      Delete
  13. lama pulak rasa dah tak jejakkan kaki ke Langkawi ni. Kena ajak family nampaknya ni. :D

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti planning laa ke Langkawi Hanis.. tapi elakkan cuti sekolah yang panjang tu.. orang ramai sangat..

      Delete
  14. Menarik dan seronok... bestnya... bab duduk atau berdiri atas cermin tu mmg masih tak berani lah huhu... rasa mcm boleh je tapi bila nak diri tak berjaya... adoii... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. cermin tu kira ok la sebab kabur2.. kalau cerah tu, mau gigil kaki nak berdiri atas tu..

      Delete
  15. Seronoknya pergi langkawi!! Tengok gambar di skybridge tu buat rasa nak terjah langkawi lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok laa sebab bawa buah hati bercuti bersama.. planning cepat ke langkawi.. elakkan masa cuti sekolah yang panjang, nanti penuh sesak dengan orang ramai plak..

      Delete
  16. Kimie happy sokmo Hihihihihi.... Seram.tengok gambar atas cermin tu kalu ekin duk atas cermin.Tu mesti pecah nanti hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kimie memang sentiasa happy.. memula memang seram, lepas tu buat2 berani, ok jer.. tak pecah laa ekin, tebal cermin tu..

      Delete
    2. tu la nampak sangat dia happy hihihihi.. ye ke selamat la hahhahahahaha

      Delete
  17. lama dah tak p langkawi.. bestnya hotel tu.. nampak besar

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama laa lama tak ke langkawi.. dah bawa nih, usung sekali budak berdua tu.. yup best, semua kelengkapan ada dalam bilik tu.. besar dan luas, siap boleh dok makan kat lantai tu..

      Delete
  18. Adoi la ai.. Sha pula yang gayat menengok..

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti