Backpackers Bersama-Anak-Anak Ke Pulau Langkawi Part 4

5/23/2016 10:49:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Jenuh marathon menghabiskan entri percutian Eyda bersama anak-anak.. Baru habis cerita di hari pertama, belum masuk ke hari kedua..

Okey lah, hari nih Eyda nak sambung cerita di hari kedua kami di sana..

Entri sebelumnya boleh baca kat SINI, SINI dan juga SINI..


Lokasi Ketiga - Langkawi Wildlife Park

Memandangkan Kimie memang suka dengan burung dan binatang, jadinya Eyda bawa anak-anak ke Langkawi Wildlife Park..

Di sini kita boleh memegang dan berada bersama burung dan binatang yang ada di situ.. Burung dan binatang yang jinak, kita boleh bagi makan dan juga pegang ya..

Seronok bila anak-anak suka berada di sini.. Hampir sepanjang pagi kami habiskan masa di sini.. Sempat juga kami memberi makan burung dan binatang di sini.. Kami juga sertai hampir majoriti aktiviti memberi makan binatang di sini..




Mulanya burung kakak tua nih tak mau layan, nasib lah ada pekerja kat situ tolong.. Barulah burung-burung nih nak makan.. Jual mahal betul burung kakak tua nih..







Kura-kura Buaya

Sebelum bagi binatang kat sini makan, baca dulu ya sama ada boleh diberi makan atau tak? Lagi satu tengok makanan apa yang binatang tu boleh makan..

Seronok sebenarnya bawa anak-anak ke tempat macam ni, mereka boleh lebih mengenali binatang di dalam masa yang sama tahu apa yang binatang tu boleh makan..



















Susah juga nak bagi burung unta nih makan.. Kena letak dalam cebok yang disediakan tu baru senang sebabnya dia akan patuk dengan cepat.. Memang susah kalau nak letak makanan atas tapak tangan..



Akhirnya dapat juga lihat dua jenis burung merak nih kembangkan ekornya.. Satu warna putih, satu lagi warna warni..




Singgah jer kat sangkar rusa, semua datang nak minta makanan..


Kesian kat rusa nih, lapar jer.. Bila bagi makan asyik tak cukup jer.. Kami bagi setakat yang ada jelah..  




Kat sini best, boleh tengok dan pegang arnab.. Lama dah tak tengok arnab, dulu pernah bela banyak juga..





Apa benda yang tengah menyorok tu? Nak tahu, itulah Hedgehog namanya.. Dia macam landak, tapi bersaiz kecil..

Dapat juga kami pegang dan bermain..


Inilah rupanya Hedgehog yang dimaksudkan.. Yang ni jinak sikit, mudah nak pegang dan main..



Jom menyusu ikan.. Kita boleh bagi makan ikan dengan guna botol susu yang disediakan.. 




Besarnya ikan Arapaima nih.. Di sini ada pertunjukan memberi makan ikan Arapaima sekitar jam 10.30 pagi.. Dapat laa Izzat dan Kimie bagi ikan Arapaima nih makan..

 


Seterusnya, kita dapat memberi rusa makan sekitar jam 10.45 pagi.. Seronok dapat bagi makan rusa-rusa nih sebabnya ia memang lapar nak makan masa tu..





Akhir sekali, pertunjukkan beri makan buaya.. Ini hanya boleh dilakukan oleh orang dewasa jer tau.. Makanya Izzat dan Kimie hanya boleh melihat jelah.. 


Dah penat tegok binatang dan bagi binatang makan, kami pun keluar mencari makan untuk tengahri.. Selepas itu, balik hotel sekejap, sambil rehat-rehat sebelum meneruskan jenjalan kami..

Eyda terpaksa balik hotel sebabnya kepala Izzat masih sakit.. Jadinya boleh laa balik berehat sekejap, dapat juga Izzat mandi-mandi sejukkan badan sikit..


You Might Also Like

8 comments

  1. Tak sempat lagi nak update pasal tempat ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe jadinya, Eyda update dulu lah ya.. tengah marathon abiskan cerita kat Langkawi.. jadinya, kena abiskan sebelum mood ke laut..

      Delete
  2. Best kan tgk haiwan.Fida pun suka tgk.Selaian daripada hutan..Tgk haiawna pun boleh buat hati tenang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya best.. tu yang boleh habiskan masa sepanjang pagi kat situ..

      Delete
  3. tgk gambar 1st rasa macam kukenal aja tempat ini.rupa2 betullah. huhu masa gi langkawi dulu ada gak singgah sini. Masih tersimpan gambar2 kenangan kami hampir sama dengan moment2 dalam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe dah tak berubah mesti kenal kan tempat nih.. best bila dapat habiskan masa bersama haiwan di sini..

      Delete
  4. wahhh banyak haiwan kat sana...

    ReplyDelete
  5. Best pergi petting zoo macam ni.. boleh bagi anak2 dekat dengan alam semulajadi..

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti