Warna Warni Ramadan Buffet Di Ixora Hotel
5/30/2016 12:50:00 PM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Sekejap jer masa berlalu.. Bulan Ramadhan akan tiba tak sampai seminggu jer lagi..
Pelbagai hotel telah memulakan promosi mengenai buffet Ramadhan yang ditawarkan.. Ixora Hotel juga tidak ketinggalan dalam mempromosikan buffet Ramadhan untuk bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi..
Bagi yang masih tercari-cari buffet Ramadhan yang sedap dan mempunyai banyak pilihan.. Apa kata anda mencuba buffet Ramadhan daripada Ixora Hotel..
Ixora Hotel pada tahun ini menggunakan tema Warna Warni Ramadan Buffet.. Bagi Eyda ianya memang sesuai kerana pelbagai variasi makanan yang anda boleh dapati di sini.. Pastinya memenuhi tekak sesiapa saja yang merasai menu yang ada di sini..
Menu Utama Warna Warni Ramadan Buffet
Pelbagai jenis lauk pauk yang menjadi menu utama di sini.. Pastinya anda rambang mata untuk memilih lauk yang menjadi santapan berbuka anda di sini..
Menu Sampingan Warna Warni Ramadan Buffet
Jika anda merasakan perut anda agak kenyang dengan menu utama.. Anda boleh cuba menu sampingan yng ada di sini.. Ianya sedap dan memenuhi citarasa..
Sedap Laksa Johor nih.. Rasa ikannya yang cukup.. Memang tak rugi merasai kelazatan Laksa Johor yang disajikan di sini..
Ini memang menu yang disukai ramai peminatnya.. Rasanya yang sedap bersama Sos Lada Hitam dan Sos Rosemary pastinya membangkit kesedapan Kambing Panggang Golek ini.. Jika anda sukakan pudina anda boleh menambah Sos Pudina ke atas kambing ini..
Menu Shawarma Ayam Dengan Roti Pita ini rasanya ala-ala kebab.. Memang sedap bagi sesiapa yang meminati kebab..
Setiap kali bulan Ramadhan pastinya bubur lambuk menjadi pilihan.. Di sini disediakan Bubur Lambuk Berempah dan tidak ketinggalan Sup Ekor Berjintan dengan Roti..
Ulam-Ulaman, Sambal dan Kerabu
Kalau anda peminat ulam-ulaman buffet ini memang sesuai dengan anda.. Di sini menawarkan pelbagai jenis ulam-ulaman, sambal dan kerabu.. Tidak ketinggalan jeruk buah-buahan untuk kudapan anda..
Desert Warna Warni Ramadan Buffet
Setiap buffet Ramadhan pastinya ada pelbagai desert yang disediakan.. Di sini ada sebahagian desert yang disediakan buat para pengunjung..
Minuman Warna Warni Ramadan Buffet
Di sini ada disediakan pelbagai jenis minuman.. Antaranya ada minuman panas.. Manakala minuman sejuk pula akan sentiasa bertukar sepanjang buffet Ramadhan berlangsung..
Warna Warni Ramadan Buffet
Waktu Buffet Ramadhan
13 Jun - 4 Julai 2016
7.00pm - 10.00pm
Harga
RM 72 nett Dewasa
RM 45 nett Kanak-kanak (ketinggian antara 0.9 - 1.2 m)
*Early bird voucher at RM 68 nett each, first come first serve, limited only
Special at Buy 9 GET 1 FREE (equivalence RM61.20 nett each)
Untuk Tempahan
info@ixorahotel.com
04-382 8888
Untuk Tempahan
info@ixorahotel.com
04-382 8888
Lokasi Ixora Hotel
Ixora Hotel
Jalan Baru,
Bandar Perai Jaya,
13600 Perai,
Pulau Pinang
14 comments
siapa dalam cermin tu ? ngeh2
ReplyDeleteehh macam kenal laa kan.. hehehe..
Deletesedap jugakkan makanan kt sini
ReplyDeleteyup sedap, sampai sengkak perut..
DeletePehh sedap2 semuanya... tak tau nak pilih mana... kalau saya compom tersandar lepas berbuka klu cenggini hehee... :)
ReplyDeleteitulah memang rambang mata jadinya.. terlalu banyak menu yang ada di sini..
Deletewaa banyak betul makanan yg disediakan tu... harga pun boleh tahan juga. menarik ni.. terima kasih atas info :)
ReplyDeleteBlogwalking Sini, Jemput Join Segmen Saya Ni :)
Pencarian #9 Bloglist By Ahmadhasif segmen....
memang banyak sangat makanan yang disajikan.. yup harga berpatutan dengan menu yang disediakan..
Deletein shaa Allah, saya join nanti..
sis JM ni dlm oroses diet ni mmg tak leh g tempat2 mcm ni punah!
ReplyDeletesis JM pergi bazar Ramadhan jelah.. beli satu atau dua juadah sudah..
Deletesedap nyaaaa
ReplyDeleterasa nak makan lagi ja shawarma ngn masak lemak dia tu...
sedap sangat2
sedap kan.. rasa yang tidak mengecewakan..
Deletesedap2 menu kat hotel bestnya kalu ekin dapat merasai join gak tapi apakan daya diri belum berpeluang lagi...
ReplyDeleteBanyaknya makanan feveret Sha.. kalau dekat nie mesti sha pergi.. Mengancam lauk pauknya..
ReplyDeleteSudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..