Bahayanya Internet
6/20/2016 10:54:00 AM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Alhamdulillah sudah masuk hari ke 15 kita berpuasa pada tahun ini.. Moga amalan kita makin banyak dari hari ke hari ya.
Ada sesiapa kat sini tak pernah menggunakan internet? Rasanya semua memang pernah guna dan sememangnya menjadi seorang pengguna tegar.
Kalau tak, macam mana nak baca entri blog Eyda nih kan.. Hehehe.. Lagi satu rasa dunia tak lengkap kalau tiada data internet atau di luar kawasan liputan internet.
KEMAJUAN INTERNET
Seiring dengan kepesatan teknologi, kita pastinya tidak ketinggalan dalam penggunaan internet. Kalau diikutkan zaman kita dahulu, memasuki sekolah menengah baru mengenal apa itu komputer. Selepas tamat SPM baru tahu apa itu internet kan.
Zaman sekarang, anak-anak kecil pun dah mengenal apa itu internet. Mereka pastinya banyak menggunakan internet untuk melihat video berkaitan dengan cerita kartun di dalam laman youtube.
Hal ini dilakukan bagi menghilangkan rasa bosan dan mengisi masa anak-anak itu sendiri. Tidak ketinggalan ianya digunakan sebagai cara untuk elakkan anak-anak mengamuk.
Tapi ketika melayari internet, adakalanya ada iklan dan laman web yang tidak sepatutnya melintasi halaman yang kita sedang layari.
Kita sebagai orang dewasa pun rasa terganggu, inikan pula anak-anak kecil yang sedang meningkat usia yang sememangnya dalam proses belajar tentang apa yang dilihatnya.
Hal ini pastinya agak menyukarkan kita sebagai ibu bapa ingin mendedahkan anak-anak dengan internet.
BAHAYANYA INTERNET
Makin hari makin mencabar dan menakutkan dunia sekarang, terutamanya penggunaan internet dalam kehidupan kita sendiri. Sejak akhir-akhir ini Eyda banyak terbaca keluhan ibu bapa di luar sana tentang kandungan video youtube yang tidak sesuai untuk tontonan anak-anak kecil terutamanya.
Bila hal ini berlaku, kita sebagai ibu bapa pastinya rasa takut dengan kepantasan teknologi yang ada kini. Pastinya pelbagai cara kita akan lakukan untuk menangkis laman web dan juga video yang tidak sepatutnya ditonton oleh anak-anak kecil.
Eyda pun tidak terkecuali berasa risau dengan fenomena yang pastinya mendatangkan kegusaran dalam diri kita sebagai ibu bapa.
Tidak mustahil ada ibu bapa yang akan menghalang anak-anak untuk membuka internet sesuka hati sehinggakan ada yang meletakkan katalaluan bagi melayari internet.
Tidak kurang juga yang terpaksa berada bersama anak-anak untuk memantau apa yang dilihat oleh anak masing-masing kan.
Ini kerana kanak-kanak ini masih dalam proses belajar dan tidak memahami apa yang boleh dan tidak boleh ditonton oleh mereka.
Jadi, tidak mustahil jika ianya tidak dipantau dan dikawal, anak-anak akan terpengaruh untuk melakukan sesuatu yang tidak baik. Perkara ini adalah berpunca daripada pengaruh internet terhadap mereka.
SALAM BROWSER
Tahukah anda, kini ada satu pelayar web baru yang memenuhi syarak telah diwujudkan? Pelayar web yang patuh syariah dan mementingkan keselamatan kepada penggunanya telah mula meniti bibir pengguna internet.
Inilah dia Salam Browser iaitu pelayar web islamik, kita dapat menapis kandungan iklan, perjudian, laman web dan video yang tidak sepatutnya dari memasuki internet kita.
Untuk pengetahuan semua, Salam Browser telah memberi amaran terhadap lebih 1.4 juta laman web yang mengandungi unsur maksiat, perjudian dan lain-lain unsur yang memudaratkan.
Selain itu, ia mengehadkan hasil carian video dan visual berunsur maksiat dan keganasan.
Alhamdulillah, Eyda rasa lega sangat dengan adanya Salam Browser nih. Eyda boleh biarkan anak-anak melayari internet tanpa pengawasan yang ketat.
Eyda sarankan semua ibu bapa di luar sana muat turun pelayar web Salam Browser. Ini kerana isnya merupakan pelayar web islamik yang patuh syariah dan menjaga adab sopan dalam melayari internet.
Sekarang ibu bapa dapat menarik nafas lega dengan adanya pelayar web ini. Ianya boleh dimuat turun dengan mudah hanya di laman web www.salambrowser.com
7 comments
baru kite tahu tentang salam browser ni, wahh menarik :D
ReplyDeletebaguslah ada web mcm ni. Secure sikit nak bg budak kecikmain internet. btw ain singgah sini sambil isi tabung gnti duit raya :)
ReplyDeleteDunia semakin maju dan internet semakin penting... tp tulah, mmg kena kawal.. baguslah ada Salam Browser ni.
ReplyDeletezaman teknologi mcm2 boleh jd. anak2 pun kena pantau. bagus la ada benda ni
ReplyDeleteBagusnya. Jadi ibu bapa dah boleh berlapang dada sedikit bila anak2 layari internet :)
ReplyDeletesalam browser ni bagus... sesuai untuk yang ada anak2
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Bagus browser nie.. membantu ibu bapa..
ReplyDeleteSudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..