Buffet Ramadan Park Avenue Hotel, Sungai Petani

6/13/2016 10:30:00 AM


Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua.. Sudah seminggu kita menjalani ibadah puasa pada tahun ini.. Setelah seminggu yang dah berlalu, di mana destinasi berbuka anda?

Bagi yang inginkan kelainan berbuka puasa, apa kata anda mencuba Buffet Ramadan yang disediakan oleh pihak Park Avenue Hotel, Sungai Petani.. Pelbagai jenis menu disediakan di sini..

Untuk pengetahuan semua, di sini disediakan lebih 300 jenis hidangan.. Ianya pasti membuatkan anda rambang mata untuk memilih menu untuk berbuka..





Sebaik anda menjejakkan kaki ke Park Avenue Hotel, anda akan nampak pelbagai jenis kiosk di luar perkarangan lobi hotel.. Di sini anda dapat melihat lebih 10 kiosk disediakan di sini..




  Menu yang menjadi tumpuan, pastinya Kambing Bakar yang ada di kiosk luar perkarangan lobi hotel..




ANTARA MENU YANG ADA DI BUFFET RAMADAN, PARK AVENUE HOTEL

Pelbagai pilihan lauk pauk yang anda boleh pilih bagi mengikut selera masing-masing.. Fuh semuanya sedap tak tidak mengecewakan..




Tidak ketinggalan Nasi Ayam juga ada disediakan di sini..



Jika anda tidak mahu makan makanan berat, di sini disediakan beberapa pilihan menu untuk anda..




Bukan itu saja, pelbagai jenis bubur ada di sini termasuklah Bubur Lambuk.. Tidak ketinggalan pelbagai jenis sira buah-buahan turut disediakan di sini..





Ulam-ulaman, kerabu dan desert yang disediakan pun cukup menambat selera sesiapa yang menjamahnya..



Selalunya Ais Kacang hanya mempunyai bebrapa jenis campuran di dalamnya.. Di sini anda akan rambang mata untuk memilih campuran untuk dinikmati bersama Ais Kacang anda.. Banyak tuh, memang anda akan berfikir berkali-kali untuk memilihnya..


Antara minuman yang ada di sini..



Jom tengok penuh tak meja kami? Masing-masing makan sampai kenyang tu.. Itu gambar sebelum berbuka..


Antara team Projek Blogger Utara dan juga tidak ketinggalan terima kasih kepada Eiqa Almond kerana sudi turut sama berbuka puasa bersama team Projek Blogger Utara di Park Avenue Hotel, Sungai Petani..


Terima kasih banyak-banyak kepada pihak Park Avenue Hotel, Sungai Petani kerana sudi menjemput kami menikmati Buffet Ramadan yang disajikan..




Waktu Buffet Ramadan
7 Jun - 4 Julai 2016
7.00 PM - 10.00 PM

Harga Voucher
RM70 Dewasa
RM49 Kanak-Kanak

Walk In
RM75 Dewasa
RM53 Kanak-Kanak

Untuk Tempahan
Email : general@parkavenue.com.my
Tel : 04-431 7777



LOKASI PARK AVENUE HOTEL



PARK AVENUE HOTEL
1 Jalan Indah Dua
Taman Sejati Indah
08000 Sungai Petani
Kedah



You Might Also Like

9 comments

  1. 300 hidangan ? wow ! Kalau makan ni komfem tak bangun pegi terwih hahaa. btw blogwalking :D

    ReplyDelete
  2. huish banyaknya campuran utk ais kacang. mau 2,3 kali ulang amek ni, hehehe

    ReplyDelete
  3. teringat bread pudding... sedap nyaaa

    ReplyDelete
  4. tahun depan lah pi kat sini hiihihi

    ReplyDelete
  5. Pilihan makanan yang ohsem dan berbaloi dengan harga..

    ReplyDelete
  6. semua sedap kannn.. hahahaa
    teringin nk mkn lg

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti