event

Kempen Derma Darah 3.0 Di 25 Panggung MBO Seluruh Negara

7/29/2016 01:21:00 PM


Projek terkini 2016 usaha amal komuniti tahunan dengan
tujuan menyelamatkan 15,000 nyawa


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Alhamdulillah pada tahun ini, MBO Cinemas meneruskan kerjasama tahunan ketiganya dengan St John Ambulans Malaysia sebagai hos kempen derma darah untuk menyumbang kepada Pusat Darah Negara (PDN). Para penganjur menjangka untuk mencapai sasaran 5,000 pain darah di acara ini yang lebih dikenali sebagai Kempen Derma Darah 3.0.


Kempen di 25 lokasi pawagam MBO Cinemas di seluruh negara dari pukul 12 tengahari hingga 6 petang pada 5-6 Ogos di Kedah dan Johor serta 6-7 Ogos untuk lokasi seterusnya, akan menglibatkan kakitangan terlatih dari St John Ambulans Malaysia untuk membantu kakitangan dari PDN.

Memandangkan sekarang baru sahaja berlalu bulan puasa dan musim cuti, dirasakan kini meruapakan masa yang tepat untuk kempen derma darah demi memastikan bekalan darah yang mencukupi.

Penderma darah bukan sahaja menyelamatkan nyawa, tetapi menerima penghargaan kerana menikmati beg cenderahati termasuk tiket wayang percuma, barangan merchandis MBO Cinemas, makanan, minuman dan hadiah farmaseutikal dari rakan-rakan mulia kami.

Bersempena dengan usaha ini, video yang lucu serta penuh makna akan ditayangkan di semua 26 pawagam MBO Cinemas dengan menampilkan pelakon comel Si Taring kembali untuk kali kedua. Walaupun kini lebih dewasa, adegannya menjadi peringatan dan kesedaran dalam tempoh masa beberapa minggu sebelum hari pendermaan dengan tujuan menggalakkan Kempen Derma Darah 3.0 kepada penonton serta mewujudkan semangat dan mengurangkan ketakutan serta fobia  berkaitan menderma darah.



Pada tahun 2015, MBO Cinemas dan St John Ambulans Malaysia bekerjasama dan mengumpul 4,052 pain darah untuk menyelamatkan nyawa yang hampir empat kali ganda koleksi 2014 iaitu 1,065 pain. Di bawah slogan "1 Pain Menyelamatkan 3 Nyawa", pendermaan dua tahun ini menyelamatkan lebih daripada 15,000 nyawa.

En Lim Eng Hee, Ketua Pegawai Eksekutif MBO Cinemas berkata: "Dengan usaha amal yang menarik ini, MBO Cinemas berharap dapat memperkukuhkan kehadiran kami dalam komuniti serta bersama-sama memupuk nilai-nilai teras yang menyeronokkan dan menghiburkan sambil menggiatkan aktiviti kemasyarakatan yang bermakna.

 "Acara ini akan menjadi satu pendekatan utama untuk membawa rakyat bersama-sama matlamat yang sama dengan semangat menyumbang serta menggalakkan tanggungjawab yang seterusnya menjadikan kita semua insan yang lebih baik.”

Sebagai balasan untuk sokongan St John Ambulans yang berterusan, MBO Cinemas akan menderma RM10,000 sebagai tanda penghargaan atas bantuan mereka dalam kempen derma darah di seluruh negara ini.

Mengenai kempen derma darah, Dato' Yeo Kim Thong, Setiausaha Agung Nasional St John Ambulans Malaysia menyatakan bahawa dia gembira melihat badan korporat seperti MBO Cinemas mengambil peranan aktif dalam pelbagai komuniti dan berharap usaha ini akan memberi inspirasi kepada lebih lagi organisasi untuk tampil ke hadapan dan menyumbang kepada amalan kebajikan, kerana ia bukan sahaja membantu negara secara keseluruhan tetapi juga meningkatkan keyakinan para sukarelawan dari St John Ambulans Malaysia.



                                                                         
Dr Noryati bt Abu Amin, Pengarah Pusat Darah Negara berkata sumbangan seperti bantuan ini menyelamatkan banyak nyawa setiap hari dan peristiwa-peristiwa seperti ini adalah satu kaedah yang baik untuk meningkatkan kesedaran mengenai proses derma darah dan merupakan pendekatan yang baik untuk berbakti dan membantu masyarakat.




Turut hadir pada majlis besama ialah Encik Cheah Chun Wai,  Pengarah Pemasaran & Jualan MBO Cinemas; Cik Mariam Yazmin El-Bacha, Pengarah Operasi MBO Cinemas beserta wakil-wakil dari penaja termasuk Etika Holdings Sdn Bhd, Newvos Sdn Bhd, Sonofax Sdn Bhd, Caring Pharmacy dan jenama seperti Revive dan Goodday Milk, V Plus, Boh, Cadbury, Darlie, Nando’s dan Snekku.



Disarankan sesiapa yang layak untuk menderma darah menyertai kempen derma darah ini. Sekurang-kurangnya anda dapat membantu orang yang memerlukan. Eyda hanya mampu mewar-warkan sahaja kempen ini, sebabnya berat badan Eyda tak mencukupi. Jadinya memang tidak layak untuk menderma.






Eyda

Mood Bersukan

7/13/2016 03:55:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Mood raya tak sempat habis sepenuhnya, terpaksa mulakan mood bersukan pulak..

Maaf ya, terpaksa abaikan sedikit blog nih untuk memberi tumpuan serta menambah mood bersukan tu..





Ini semua sebagai persediaan ke sukan jabatan dalam masa terdekat nih.. Fuhh stamina entah ke mana, jenuh jugak laa buat latihan cukup-cukup..

Doakan semoga Eyda beroleh kemenangan dalam sukan yang Eyda masuk bertanding nanti ya..



pemenang segmen & GA

Pemenang Birthday Giveaway By Izzeyda

7/01/2016 04:06:00 PM



Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Maaf kesibukan melanda diri.. Tak sempat Eyda nak blogwalking ke semua blogger yang sudi menyertai GA yang tidak seberapa ini..

In shaa Allah nanti Eyda akan kunjungi blog korang.. Maaf sekali lagi ya..




Memandangkan Eyda pun dah nak bercuti raya, jadi Eyda cuba sedaya upaya melengkapkan GA yang Eyda anjurkan ini..

Alhamdulillah hari ini dan ketika ini Eyda akan mengumumkan pemenang bagi Birthday Giveaway by Izzeyda ini.. Pemilihan pemenang telah dijalankan oleh En. Random..


SENARAI PEMENANG



Pemenang Wang Tunai RM30




Pemenang Wang Tunai RM10






Tahniah kepada semua pemenang.. Yang tidak menang cuba lagi.. In shaa Allah Eyda akan menganjurkan GA lagi selepas ini.. Rajin-rajin la singgah ke blog Eyda ya..

Kepada pemenang sila tinggalkan semua maklumat ini di dalam kotak komen di bawah atau SMS / WHATSAPP ke 0174597615 untuk tuntutan hadiah anda.

Nama :
Nombor Akaun :
Nama Bank :
URL Blog :
Nombor Anda :




selamat hari raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aildilfitri 1437 H

7/01/2016 11:47:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Di kesempatan ini Eyda dan anak-anak ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin..

Maaf sekiranya sepanjang kita berkenalan ada kata-kata atau perbuatan Eyda yang telah menyinggung secara sedar atau tidak sedar sesiapa saja yang Eyda pernah kenali..

Sesungguhnya kita sebagai insan biasa tidak lari dari melakukan kesilapan..




Maaf hanya e-kad saja yang mampu Eyda berikan buat semua sahabat alam maya Eyda.. Semoga ikatan persahabatan kita kekal selamanya..


Blog yang Diikuti