Kempen Derma Darah 3.0 Di 25 Panggung MBO Seluruh Negara
7/29/2016 01:21:00 PM
Projek
terkini 2016 usaha amal komuniti tahunan dengan
tujuan
menyelamatkan 15,000 nyawa
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Alhamdulillah pada tahun ini, MBO
Cinemas meneruskan kerjasama tahunan ketiganya dengan St John
Ambulans Malaysia sebagai hos
kempen derma darah untuk menyumbang kepada Pusat Darah Negara
(PDN). Para
penganjur menjangka untuk mencapai sasaran 5,000 pain darah di acara
ini yang lebih dikenali sebagai Kempen Derma Darah 3.0.
Kempen
di 25 lokasi pawagam MBO Cinemas di seluruh negara dari pukul 12
tengahari hingga 6 petang pada 5-6 Ogos di Kedah dan Johor serta 6-7
Ogos untuk lokasi seterusnya, akan menglibatkan kakitangan terlatih
dari St John Ambulans Malaysia untuk membantu kakitangan dari PDN.
Memandangkan sekarang baru sahaja berlalu bulan puasa dan musim cuti, dirasakan kini meruapakan masa yang tepat untuk kempen derma darah demi memastikan
bekalan darah yang mencukupi.
Penderma
darah bukan sahaja menyelamatkan nyawa, tetapi menerima
penghargaan kerana menikmati beg cenderahati termasuk tiket
wayang percuma, barangan merchandis MBO Cinemas, makanan, minuman dan
hadiah farmaseutikal dari rakan-rakan mulia kami.
Bersempena
dengan usaha ini, video yang lucu serta penuh makna akan ditayangkan
di semua 26 pawagam MBO Cinemas dengan menampilkan pelakon comel
Si Taring kembali untuk kali kedua. Walaupun kini lebih dewasa,
adegannya menjadi peringatan dan kesedaran dalam tempoh masa beberapa
minggu sebelum hari pendermaan dengan tujuan menggalakkan Kempen
Derma Darah 3.0 kepada penonton serta mewujudkan semangat dan
mengurangkan ketakutan serta fobia berkaitan menderma darah.
Pada
tahun 2015, MBO Cinemas dan St John Ambulans Malaysia bekerjasama dan
mengumpul 4,052 pain darah untuk menyelamatkan nyawa yang hampir
empat kali ganda koleksi 2014 iaitu 1,065 pain. Di
bawah slogan "1 Pain Menyelamatkan 3 Nyawa", pendermaan dua
tahun ini menyelamatkan lebih daripada 15,000 nyawa.
En
Lim Eng Hee, Ketua Pegawai Eksekutif MBO Cinemas berkata: "Dengan
usaha amal yang menarik ini, MBO Cinemas berharap dapat
memperkukuhkan kehadiran kami dalam komuniti serta bersama-sama
memupuk nilai-nilai teras yang menyeronokkan dan menghiburkan sambil
menggiatkan aktiviti kemasyarakatan yang bermakna.
"Acara
ini akan menjadi satu pendekatan utama untuk membawa rakyat
bersama-sama matlamat yang sama dengan semangat
menyumbang serta menggalakkan tanggungjawab yang seterusnya
menjadikan kita semua insan yang lebih baik.”
Sebagai
balasan untuk sokongan St John Ambulans yang berterusan,
MBO Cinemas akan menderma RM10,000 sebagai tanda penghargaan atas
bantuan mereka dalam kempen derma darah di seluruh negara ini.
Mengenai
kempen derma darah, Dato' Yeo Kim Thong, Setiausaha Agung Nasional St
John Ambulans Malaysia menyatakan bahawa dia gembira melihat badan
korporat seperti MBO Cinemas mengambil peranan aktif dalam pelbagai
komuniti dan berharap usaha ini akan memberi inspirasi kepada
lebih lagi
organisasi untuk tampil ke hadapan dan menyumbang kepada amalan
kebajikan, kerana ia bukan sahaja membantu negara secara keseluruhan
tetapi juga meningkatkan keyakinan para sukarelawan dari St John
Ambulans Malaysia.
Dr
Noryati bt Abu Amin, Pengarah Pusat Darah Negara berkata sumbangan
seperti bantuan ini menyelamatkan banyak nyawa setiap hari dan
peristiwa-peristiwa seperti ini adalah satu kaedah yang baik untuk
meningkatkan kesedaran mengenai proses derma darah dan merupakan
pendekatan yang baik untuk berbakti dan membantu masyarakat.
Turut
hadir pada majlis besama ialah Encik Cheah Chun Wai, Pengarah
Pemasaran & Jualan MBO Cinemas; Cik Mariam Yazmin El-Bacha,
Pengarah Operasi MBO Cinemas beserta wakil-wakil dari penaja termasuk
Etika Holdings Sdn Bhd, Newvos Sdn Bhd, Sonofax Sdn Bhd, Caring
Pharmacy dan jenama seperti Revive dan Goodday Milk, V Plus, Boh,
Cadbury, Darlie, Nando’s dan Snekku.
5 comments
Event yang menarik ini
ReplyDeletebagus jugak cinema buat macam ni
ReplyDeletebagus event camni. tengok wayang dalam masa yang sama jadi hero sebab derma darah :D
ReplyDeleteWah.. bestnya.. Sha x pernah lagi derma darah..
ReplyDeletealhamdulillah.. makin banyak yg derma darah
ReplyDeleteSudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..