DIY Rak Buku
8/19/2016 03:45:00 PM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Amboi tajuk boleh tahan kan.. Macam laa pasang rak buku besar mana..
Sebenarnya Eyda ada beli rak buku yang balik kita kena pasang sendiri kat rumah tu.. Eyda beli kat Tesco masa dia buat offer RM10 jer untuk 1 set rak buku tu..
Eyda beli rak tu untuk letak buku anak-anak.. Yelah kalau tak, anak-anak letak buku-buku dalam kotak kosong jer.. Kesian plak, macam susah untuk anak-anak ambik buku diaorang dan agak berselerak sikit..
Bila dah beli rak tu, Alhamdulillah masing-masing memang teruja nak membantu Eyda memasang rak tu.. Untuk rak pertama, Izzat dengan Kimie yang tolong pasangkan skru pada rak buku tu..
Untuk rak yang kedua, Izzat seorang yang tolong pasangkan skru pada rak buku tu.. Eyda hanya tolong pasang dan pegang untuk Izzat jer..
Masa pasang rak pertama terlupa nak snap gambar.. Untuk rak yang kedua, sempat jugak snap.. Tu pun snap masa dah nak siap.. Yelah, masa awal tu susah sikit sebab nak kena tolong pegang.. Dah nak siap, boleh jer nak snap bagai..
24 comments
Bagusnya izzat.. dah boleh memabantu..
ReplyDeletePasti mereka akan lebih menghargai sebab pasang sendiri..
itulah, lega bila anak-anak sendiri nak buat.. betul, barulah diaorang lebih menghargai sebab ianya hasil kerja diaorang..
Deletepandai & rajin abg izzat...
ReplyDeleteAlhamdulillah bila mood rajin tu melanda..
DeletePandai izzat hihihihihi.. Tesco time ekin g tak pernah offer barang rak gini
ReplyDeletehehehe dah besar, boleh laa harap.. sekarang Tesco banyak buat offer rak2 macam nih..
Deletetaw2 ekin time xde offer... hihihihi
Deleteboleh laa nanti Ekin tambah koleksi rak.. baru nih Eyda ushar rak, dah banyak habis stok..
DeleteSaya pun suka rak ni, Eyda. Selalu beli bila promosi dan stack kan biar bertingkat2 :)
ReplyDeletekan mudah nak susun rak macam nih.. yup ni pun susun jadi bertingkat..
Deletewah ! rajinnya diaaa tolong ibu
ReplyDeletebila kerajinan melanda, boleh laa harap..
DeleteWahh rajin n kreatif abg izzat ni.. lepas ni klu pasang rak lagi dah senang sikitlah sbb dah ada pengalaman.. :)
ReplyDeletelega bila rajin macam nih.. senang boleh harap.. semalam pun dia tolong pasang rak macam ni lagi..
Deleteizzat rajin sangat
ReplyDeleteikut mood juga tu Ekin.. lega laa bila dia sendiri nak tolong macam nih..
Deleterajinnya dia...bgus2
ReplyDeleteAlhamdulillah, nasib laa mau tolong..
Deletebagusnye..dah boleh diharap tolong ibu dia.. :)
ReplyDeleteAlhamdulillah, dah boleh diharap sekarang..
Deletehaiii x tau lak abg izat pandai bertukang
ReplyDeletenti boleh pinjam abg izat buat tukang kat umah aunty el ye
boleh aunty El, nanti Izzat mintak upah.. hahaha..
Deleterajinnya abang izzat. nanti nk upah buat rak hot wheels la.. hahaha
ReplyDeleterajin ikut musim.. hehehe.. boleh aunty Nina, boleh dapat upah keta hot wheel sekotak tak?
DeleteSudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..