Homemade Coffee Scrub With Essential Oils & Habbatussauda Herbal Soap

8/09/2016 12:28:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Alhamdulillah baru-baru ini Eyda berpeluang mencuba homemade scrub dan juga sabun daripada Kathy's Homemade. Jadinya Eyda ingin kongsikan serba sedikit mengenai scrub dan sabun daripada Kathy's Homemade.


COFFEE SCRUB WITH ESSENTIAL OILS

Siapa kat sini suka manjakan diri dengan skrub badan? Kalau suka, apa kata mencuba homemade scrub kopi nih..




Baunya yang seakan air kopi yang dibancuh pekat memang akan membuatkan kita tenang semasa mandi. Pastinya ada penggemar kopi rasa seperti ingin menikmati kopi secawan sambil scrub badan sendiri.




Cara penggunaan scrub kopi ini pada badan dengan mencampurkan scrub kopi dengan dengan air. Setelah lumur pada badan, sental daki dan kulit mati pada badan, kemudian bilas seperti biasa.


Manakala untuk dipakai pada muka, tambahkan madu pada scrub kopi berkenaan. Lumurkan pada muka, biarkan sedikit kering, kemudian bilas seperti biasa.

Manfaat Kopi Untuk Kecantikan

# Mencegah dan mengurangi kerutan pada kulit
# Menghaluskan kulit
# Dapat mencegah kehadiran jerawat
# Melembabkan kulit
# Membantu menghilangkan sel kulit mati
# Menghilangkan bau badan
# Menghilangkan selulit
# Meneutralkan kulit yang teriritasi
# Memberikan nutrisi pada kulit

Eyda telah mencuba scrub ini, memang rasa halus jer kulit. Kulit pun lebih segar dan tidak kelihatan kusam lagi.


HABBATUSSAUDA HERBAL SOAP

Bukan tu saja, sejak akhir-akhir ini kulit Eyda mudah sensitif pada persekitaran dan juga pemakanan.. Mudah betul nak alergik dan gatal-gatal kalau tersalah silap makan atau terdedah kat mana-mana..




Selepas Eyda menggunakan Sabun Herbal Habbatussauda ini, Eyda rasa dah berkurangan masalah yang Eyda hadapi selama ini.. Fuh kalau ikutkan dah pelbagai ubatan dan sabun yang Eyda cuba, tapi dengan menggunakan Sabun Herbal Habbaussauda ini, ia memang menampakkan kesan yang baik pada kulit Eyda.. Mungkin ini salah satu asbab buat Eyda.. Tapi tak salahkan kalau anda ingin mencuba..

Sabun Herbal Habbatussauda ini kegunaannya ialah untuk mengatasi gatal-gatal diformulasikan khusus untuk perawatan kulit muka dan seluruh tubuh.
 

Manfaat Herbal Habbatussauda

# Menghilangkan jeragat serta kedut wajah
# Melindungi dari bakteria
# Menghaluskan kulit
# Menghilangkan gatal-gatal (kulit sensitif) dan
# Bertindak sebagai anti bakteria



Anda boleh dapatkan Scrub Kopi dan Sabun Herbal Habbatussauda atau pelbagai jenis sabun homemade keluaran Khaty's Homemade nih melalui nombor 013-336 3775..


You Might Also Like

6 comments

  1. eh, mcm aida pernah baca la produk kathy ni.
    scrub tu mcm best :)

    ReplyDelete
  2. Betul tu kak eyda.. kena mencuba untuk tau mana yang serasi dengan kita.. Tak cuba tak tau..

    ReplyDelete
  3. bestkan scrub kopi ni. pakai sekali ja. syg nk pakai. hehehe

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti