Susu Segar Kurma Farm Fresh

8/26/2016 04:15:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Dah lama viral, serasa Eyda first time Eyda dengar masa bulan Ramadhan yang lalu.. Tapi baru-baru ini Eyda dapat merasai sendiri keenakan rasanya.

Siapa di sini sukakan susu terutamanya susu segar? Apa kata korang cuba minum Susu Segar Kurma daripada produk Farm Fresh. Sedap tau.



Kalau korang tanya Eyda macam mana rasanya, bagi Eyda dia rasa seperti cendol atau sagu gula melaka / sagu gula merah. Kalau korang nih penggemar salah satu menu tersebut, korang boleh laa rasa satu. Pastinya memenuhi selera korang.




Jangan tak tahu, Kimie suka sangat dengan Susu Segar Kurma nih. Asyik ulang minum jer. Sekejap jer habis 2 botol nih.

Eyda pun dah order untuk penghantaran minggu depan. Rasanya dah jadi pelanggan tetap susu segar kurma nih. Itu pun sebelum Kimie bosan. Kalau orang utara kata tera tak cemuih..

Harga sebotol Susu Segar Kurma Farm Fresh ini sekitar RM 7.50 - RM 8.00. Apapun bergantung pada agen dan dealer serta lokasi korang tinggal.

Tapi buat masa sekarang ianya belum ada di pasar raya atau kedai. Ianya boleh dibeli dan ditempah daripada home dealer Farm Fresh. Korang cuba cari di Facebook, ramai agen dan dealer produk ini. Korang boleh laa cari agen atau dealer yang tinggal berhampiran anda.




You Might Also Like

19 comments

  1. Replies
    1. kalau suka cendol memang akan jadi feveret.. cuba laa satu..

      Delete
  2. Setakat ni saya cari tak ada rezeki jumpa lagi :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat ni yang tau home dealer Farm Fresh ja yang jual.. try search home dealer Farm Fresh manalah tau jumpa yang tinggal berhampiran..

      Delete
    2. Ohh ye ke. Thanks for the info ye, Eyda. Nanti nak cuba carilah.

      Delete
  3. Replies
    1. belum ada di pasaraya atau kedai lagi zaf.. hanya ada kat homedealer Farm Fresh jer..

      Delete
  4. mcm penah npk jual kat mydin..ke salah produk hahaha
    ni kalo sedap sekali minum je dah abis haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya yang El nampak tu perisa lain sebab susu Kurma Farm Fresh nih belum ada di pasaraya atau kedai lagi El.. yang ada perisa lain jenama Farm Fresh jer..

      Delete
  5. hahaha.. dh cemuih kimie tak minum la. nampak sesuai utk semua usia kan eyda

    ReplyDelete
    Replies
    1. betoi, kalau cemuih memang tak minum dah laa.. yup sesuai untuk kanak-kanak atau dewasa..

      Delete
  6. Ada dealer gak kat tempat kerja.
    Harga dia rm8.
    Kawan ada beli.
    Tapi sy lom try.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh laa cuba Shikin dah ada dealer kat tempat keja.. senang nak order..

      Delete
  7. Bestnya... packagingnya pun nampak menarik dan menyelerakan... thanks sharing eyda.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. u r welcome.. cuba laa 1 KK, sedap.. ni pun dah tambah stok baru 3 botol pula..

      Delete
  8. ada nampak kat tesco perisa yogurt dan susu fresh biasa saja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kat tesco atau mana-mana kedai atau pasaraya hanya ada pelbagai perisa yogurt, susu fresh biasa dan latte.. yang susu kurma ni hanya ada pada homedealer farm fresh jer..

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti