giveaway

Giveaway Redmoon Clothpad

9/30/2016 11:59:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hari ini Eyda nak lancarkan satu giveaway untuk semua blogger di Malaysia..

Alhamdulillah, Eyda telah diberikan kepercayaan oleh pemilik Redmoon Clothpad and Liners sendiri untuk berkolaborasi bersama dalam melancarkan giveaway ini.

Di atas permintaan pemilik Redmoon Clothpad and Liners untuk mempromosikan Redmoon Clothpad. Hari ini Eyda lancarkan Giveaway Redmoon Clothpad.



Tujuan utama giveaway ini adalah untuk memperkenalkan clothpad dan memberi kesedaran kepada semua tentang bahayanya penggunaan pad pakai buang.

SYARAT MUDAH UNTUK SERTAI GIVEAWAY CLOTH PAD REDMOON

1. Mestilah blogger di Malaysia.

2. Sila follow blog Eyda

Like FACEBOOK

Redmoon Clothpad 
Redmoon Clothpad 
Redmoon Clothpad
Redmoon Clothpad
Redmoon Clothpad 
Projek Blogger Utara

Follow INSTAGRAM
Redmoon Clothpad (jika ada)
Eyda (jika ada) 
Projek Blogger Utara (jika ada) 

3. Buat satu entry dengan menggunakan tajuk Giveaway Redmoon Clothpad

4. Letakkan banner pada entry 

5. Banner hendaklah dibacklink ke sini

6. Link penyertaan/url blog hendaklah ditinggalkan di kotak komen ini sahaja.


7.Giveaway ini akan berlangsung dari 1 September 2016 hingga 30 September 2016

8. Keputusan akan diumumkan secepat mungkin selepas tarikh tutup.


HADIAH UNTUK PEMENANG

3 Pemenang Bertuah akan menerima 2 helai Light Pad Redmoon Clothpad bernilai RM39
RM10 x 2 Pemenang Bertuah


Selamat berjaya


giveaway

Senarai Peserta Giveaway Redmoon Clothpad

9/30/2016 11:58:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Di sini Eyda senaraikan peserta Giveaway Redmoon Clothpad.. Kalau ada yang Eyda tertinggal tolong bagitau ya..

Apapun sementara tempoh giveaway ni yang masih panjang, apa kata kita blogwalking blog kawan-kawan blogger yang turut sama menyertai giveaway ini..

Boleh juga tambah kenalan di kalangan blogger kan..


SENARAI PESERTA GIVEAWAY REDMOON CLOTHPAD

1.  http://sotskirt.blogspot.com/2016/09/giveaway-redmoon-clothpad.html

2.  http://meinnameisthazrina.blogspot.my/2016/09/giveaway-redmoon-clothpad.html

3.  http://galeriduniaku.blogspot.my/2016/09/giveaway-redmoon-clothpad.html

4.  http://penggaliilmudunia.blogspot.my/2016/09/giveaway-redmoon-clothpad.html

5.  http://min-mi.blogspot.my/2016/09/giveaway-redmoon-clothpad-3092016.html

6.  http://storymoryluahanku.blogspot.com/2016/09/giveaway-redmoon-clothpad.html

7.  http://muffincokelatcinta.blogspot.my/2016/09/giveaway-redmoon-clothpad.html

8.  http://dramaticyang.blogspot.com/2016/09/giveaway-redmoon-clothpad.html

9.  http://masturanasarudin.blogspot.my/2016/09/giveaway-cloth-pad-redmoon-30-sept-16.html

10. http://loveyoucontest.blogspot.my/2016/09/giveaway-redmoon-clothpad.html

11. http://amirahamer.blogspot.my/2016/09/giveaway-redmoon-clothpad.html

12. http://mummysupplementshop.blogspot.my/2016/09/giveaway-redmoon-clothpad.html

13. http://stnrsyfh.blogspot.my/2016/09/giveaway-redmoon-clothpad.html

14. http://adna2029.blogspot.my/2016/09/giveaway-redmoon-clothpad.html   

15. http://muslimahsejati96.blogspot.my/2016/09/giveaway-redmoon-clothpad.html

16. http://eiydacalyx90.blogspot.my/2016/09/giveaway-redmoon-clothpad.html

17. http://anabiha.blogspot.my/2016/09/giveaway-redmoon-clothpad.html

18. http://www.sheilainspire.com/2016/09/giveaway-redmoon-clothpad.html

19. https://mellyacrayola.blogspot.my/2016/09/giveaway-redmoon-clothpad-by-izzeyda.html

20. http://huhahuhajerr.blogspot.my/2016/09/giveaway-redmoon-clothpad.html

21.  http://jombercontest.blogspot.my/2016/09/giveaway-redmoon-clothpad.html

22.  https://smoochiemallow.blogspot.my/2016/09/giveaway-redmoon-clothpad.html

23.  http://www.pokcikblogger.com/2016/09/giveaway-redmoon-clothpad.html

24.  http://aenoyou.blogspot.com/2016/09/giveaway-redmoon-clothpad.html

25. http://thezafirahnazri.blogspot.my/2016/09/giveaway-redmoon-clothpad.html

26. http://akhalilah.blogspot.my/2016/09/giveaway-redmoon-clothpad.html

27. http://ciklapunyabelog.blogspot.my/2016/09/giveaway-redmoon-clothpad.html

28. http://www.mohdnoorshawals.com/2016/09/giveaway-redmoon-clothpad.html 

29. https://belogs.blogspot.my/2016/09/giveaway-redmoon-clothpad.html   

30. http://www.bajuwarnacoklat.com/2016/09/giveaway-redmoon-clothpad.html

31. http://sayazarulfarhana.blogspot.my/2016/09/giveaway-redmoon-clothpad.html

32. http://bluechoralpearl.blogspot.my/2016/09/giveaway-redmoon-clothpad.html 

33. http://myafarisha.blogspot.my/2016/09/giveaway-redmoon-clothpad.html

34. http://aliafarhansaid.blogspot.my/2016/09/giveaway-redmoon-clothpad.html

35. http://hikayathidupseorangaku.blogspot.my/2016/09/giveaway-redmoon-clothpad.html

36. http://airitanaka.blogspot.com/2016/09/giveaway-redmoon-clothpad.html

37. https://cikash.blogspot.com/2016/09/giveaway-redmoon-clothpad.html

38. http://murnialysa.blogspot.com/2016/09/giveaway-redmoon-clothpad.html

39. http://www.nooratikahramli.com/2016/09/giveaway-redmoon-clothpad.html

40. https://farhanajafri.blogspot.my/2016/09/giveaway-cloth-pad-redmoon.html

41. http://princesskawaiigurlzz.blogspot.my/2016/09/giveaway-redmoon-clothpad.html

42. http://honeyoyeke.blogspot.my/2016/09/giveaway-redmoon-clothpad.html

43. http://www.izzatisuhaide.com/2016/09/giveaway-redmoon-clothpad.html

44. http://www.sayidahnapisah.com/2016/09/giveaway-redmoon-clothpad.html 

45. http://cikilamenari.blogspot.my/2016/09/giveaway-redmoon-clothpad.html

46. http://www.efaothman.com/2016/09/giveaway-redmoon-clothpad.html

47. http://penselduabee.blogspot.my/2016/09/giveaway-redmoon-clothpad.html

48. http://starlavenderluna.blogspot.my/2016/09/giveaway-redmoon-clothpad.html

49. http://jnjikita.blogspot.com/2016/09/giveaway-redmoon-clothpad.html

50. http://dotdotmissme.blogspot.com/2016/09/giveaway-redmoon-clothpad.html

51. http://www.mariafirdz.com/2016/09/giveaway-redmoon-clothpad.html

52. http://ukhti-ninja.blogspot.my/2016/09/giveaway-redmoon-clothpad.html 

53. http://awansamudera.blogspot.my/2016/09/giveaway-redmoon-clothpad.html

- TAMAT -




tazkirah Jumaat

Tazkirah Jumaat #49

9/30/2016 10:13:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Dah lama tak berkongsi kata-kata berbentuk Islamik.. Hari ini nak berkongsi kata-kata nasihat buat diri dan juga semua.. Semoga kita menjadi insan yang lebih baik hendakNya..


kredit




resepi

Resepi Ringkas Daging Masak Merah

9/29/2016 04:42:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Lama kan tak cerita pasal makan bahkan kongsi resepi.. Hari ini memandangkan Hari Raya Aidiladha baru dua minggu berlalu, Eyda nak berkongsi resepi ringkas dan mudah.

Resepi ini sesuai untuk yang bujang dan tidak mempunyai banyak masa untuk memasak di rumah..


RESEPI MUDAH DAGING MASAK MERAH


Bahan-bahan

500gm daging (dipotong nipis atau kecil)
1 labu bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
11-13 batang cili kering (dikisar) - ikut citarasa dan tahap kepedasan anda suka
Sedikit air (untuk kisar)
Minyak masak
Garam secukup rasa 
2 tangkai daun kari (untuk mewangikan masakan)
1 batang serai - diketuk (jika ada)


Cara-cara

1. Kisarkan bawang besar, bawang putih dan cili kering.
2. Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar tadi. Biarkan seketika.
3. Kemudian masukkan daging yang telah dipotong tadi.
4. Setelah kuah telah mendidih, masukkan garam dan serai.
5. Masak sehingga kering atau ikut citarasa anda.
6. Sebelum tutup api, masukkan daun kari.
7. Siap.



Selamat mencuba.. Anak-anak Eyda punya suka hidangan nih, siap ulang beberapa kali masak menu yang sama.. Gambar di atas pun dah tinggal sikit, nasib dapat snap juga.


kamus hari ini

Kamus Hari Ini | Tamsil

9/29/2016 08:25:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Dah lama Eyda tak kongsi perkataan baru kat sini kan.. Hari ini Eyda nak sambung perkongsian perkataan yang mungkin jarang atau tidak pernah didengari..



Perkataan hari ini ialah TAMSIL.. Perkataan ini agak pelik tapi mempunyai maksud yang kita boleh gunakan untuk menampilkan kelainan dalam penggunaan ayat kita..




Maksud

Tamsil : contoh, ibarat

Contoh ayat

Muzlina banyak mewarisi bakat ibunya tamsil dia suka menjahit dan menghasilkan barangan kraftangan yang cantik sama seperti ibunya. 




wordless wednesday

Wordless Wednesday #56

9/28/2016 09:05:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Minggu lepas Eyda main teka-teka kan.. Minggu nih nak bagi jawapan laa..


Walaupun masih menggunakan aplikasi, tapi nampak kan jawapannya.. Nampak lawa plak gambar nih.. Hehehe..


hari ini dalam sejarah

Hari Ini Dalam Sejarah | Tragedi Pondok Pak Ya

9/22/2016 11:08:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Buat apa pagi nih? Sibuk dengan tugasan di pejabat atau sibuk di rumah nak memasak untuk hidangan tengahari ini? Tidak kiralah korang bekerja atau tidak semuanya tetap sibuk kan dengan tugas masing-masing..

Pagi ini Eyda terbaca surat khabar, tak sangka hari ini merupakan ulang tahun ke 27, Tragedi Kebakaran Pondok Pak Ya.. Tragedi kebakaran yang begitu menyayatkan hati.. Tragedi yang begitu meninggalkan kesan mendalam kepada sesiapa yang masih mengingati kejadian itu..
 



Untuk pengetahuan, ada dokumentari dan telefilem mengenai kebakaran Pondok Pak Ya ini pernah menghiasi slot di Astro tidak lama dahulu.. Biar pun kejadian ini makin dilupakan, ia tidak seharusnya dibiarkan hilang begitu sahaja.


SEJARAH TRAGEDI KEBAKARAN PONDOK PAK YA



Tragedi kebakaran Sekolah Menengah Agama (SMA) Taufikah Khairiah AL-Halimiah, Padang Lumat, Kedah atau lebih dikenali sebagai Pondok Pak Ya. Ianya telah berlaku 27 tahun yang lalu.

Menyoroti kejadian tersebut, ini sedikit info yang Eyda perolehi dari sumber di internet.




Pada 22 September 1989 yang lalu telah mencatatkan sejarah hitam apabila seramai 27 pelajar sekolah itu terkorban dalam keadaan yang sungguh tragis.

Kejadian kebakaran ini difahamkan berpunca daripada api lilin. Perkara ini terjadi apabila mereka tertidur dan lilin yang digunakan untuk menerangi ruang bilik asrama itu telah terjatuh dan membakar tilam hingga merebak dan tidak dapat dikawal.

Pada mulanya lilin tersebut dinyalakan untuk membantu pelajar tersebut belajar memandangkan lampu bilik asrama perlu ditutup tepat jam 11 malam dan mereka ketika itu sepatutnya tidur.

Disebabkan pelajar tersebut tertidur, api lilin yang digunakan untuk menerangi ruang bilik asrama terjatuh dan terbakar sehingga mengakibatkan sebanyak 8 blok asrama yang diperbuat daripada papan musnah dijilat api dan 27 pelajar perempuan yang menghuni di asrama tersebut terkorban.

Difahamkan 27 pelajar terbabit meninggal dunia kerana menghidu bau asap tebal kebakaran kerana telah tidur dengan nyenyak. Jenazah semua pelajar terbabit dikebumikan du tanah perkuburan khas "27 Syuhada Peristiwa Kebakaran Pondok Pak Ya"








Memang sedih kejadian ini, ianya memang tidak tidak dapat dilupakan oleh ahli keluarga dan sahabat karib mereka. Semoga mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Mari kita sama-sama sedekahkan surah Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi dalam kejadian tersebut.




wordless wednesday

Wordless Wednesday #55

9/21/2016 04:47:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Sebenarnya dah hampir seminggu gambar nih dalam simpanan, baru hari nih teringat nak kongsi kat sini..


Gambar Eyda dan sahabat Eyda menggunakan apps.. Nampak comel pulak kan.. Semua nih sebab kes tak ada kerja laa.. Kawan Eyda yang snapkan gambar nih guna smartphone dia.. Kalau korang teror cuba teka yang mana satu Eyda..



perayaan

Selamat Hari Malaysia

9/16/2016 08:59:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Selamat Hari Malaysia buat semua.. Eyda tau ada yang terpaksa bertugas pada hari ini, selamat bertugas bagi yang bertugas. Tidak ketinggalan selamat bercuti kepada yang bercuti pada hari ini.



kredit
kredit

Sejarah Ringkas Penubuhan Malaysia
Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.
Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia.  Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.


Sumber Sejarah Penubuhan Malaysia





kamus hari ini

Kamus Hari Ini | Dasawarsa

9/15/2016 02:07:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hari ini Eyda nak berkongsi lagi perkataan yang jarang kita dengar dan gunakan..




Perkataan hari ini ialah DASAWARSA.. Macam klasik sangat bila dengar perkataan sebegini kan..



Maksud

Dasawarsa : dekad, jangka masa sepuluh tahun

Contoh ayat

Munirah merindui Arisa kerana telah dasawarsa tidak bertemu dengannya selepas tamat zaman persekolahan.




kisah seram

Kisah Seram | Gangguan Di Asrama

9/15/2016 07:46:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Eyda pasti ramai di antara kita pernah membaca cerita seram atau tidak kurang juga yang mengalami kejadian seram itu sendiri.

Memandangkan ketika sekolah dulu, Eyda banyak lalui dan mengalami kejadian seram itu sendiri, makanya Eyda lebih selesa untuk menceritakan kisah itu sendiri.

Cerita ini terjadi sekitar tahun 1998, ketika itu Eyda masih belajar di tingkatan lima dan tinggal di asrama.. Semasa Eyda tinggal di asrama, banyak cerita mengenai blok asrama puteri yang Eyda dan kawan-kawan tinggal didengari dari mulut ke mulut.

Melalui cerita yang didengari, dikhabarkan pada tahun genap, asrama terutamanya asrama puteri akan lebih kerap dihantui dan diganggu oleh hantu.

Menurut cerita yang didengari itu, tapak asrama yang kami huni itu merupakan tapak gereja askar zaman perang dulu. Tapak sekolah kami dikatakan merupakan salah satu kawasan kubu pertahanan askar British zaman dulu.




Alhamdulillah semasa di awal tahun, tiada kejadian seram yang berlaku. Keadaan ini berubah beberapa bulan kemudian. Ketika itu, mulalah berlakunya beberapa kejadian, ada pelajar yang dirasuk dan tersampuk dek hantu.

Kejadian ini mula membuatkan masing-masing agak gelisah dan mula ambil langkah awal. Langkah awal yang kami ambil ialah membaca surah Yasin beramai-ramai di dalam bilik masing-masing sebelum tidur atau selepas waktu study.

Pada ketika itu, apabila ada penghuni asrama yang dirasuk berada di bilik tingkat bawah, bilik yang berada betul-betul di atasnya akan merasai suatu perasaan yang menunjukkan akan berlakunya kejadian rasuk di asrama. Begitulah sebaliknya.

Malah ada satu kejadian, kawan baik Eyda nampak kelibat seorang paderi berjalan dari arah bilik membasuh menghala ke pintu masuk atau keluar asrama.

Tidak berakhir di situ, beberapa kawan Eyda juga pernah beritahu ternampak tiga kepala berada di penjuru siling surau dalam blok asrama puteri.

Pada suatu malam, kawan Eyda beritahu ada nampak suatu lembaga berjalan mengelilingi beberapa deretan katil dua tingkat di biliknya. Akhirnya dia berhenti lama di satu katil.


Keesokannya, seorang pelajar junior terjaga daripada tidur sambil marah-marah mengatakan bahawa ada kawan-kawan yang main-mainkannya malam semalam.

Rupanya, pada malam tersebut lembaga tersebut telah mengikat rambut pelajar junior tersebut pada kepala katilnya. Nasiblah kawan Eyda tidak memberitahunya perkara sebenar. Selepas kejadian itu, pelajar tersebut terus berambut pendek.

Kejadian ini tidak berakhir di sini, setelah banyak kejadian seram berlaku, kami makin kerap membaca surah Yasin beramai-ramai.

Pada suatu malam, seperti biasa kami membaca surah Yasin di bilik, ada seorang junior uzur dan dia nyatakan ingin berbaring di sebelah kami kerana takut. Tamat saja surah Yasin dibacakan, blok asrama puteri terus bergelap.

Rupanya suis utama ter'tendang'. Memasing dah takut nak turun untuk membuka balik suis utama di tingkat bawah memandangkan kami berada di tingkat tiga. Setelah berbincang, beberapa orang rakan turun ke bawah sambil ditemani lampu suluh.

Selepas bekalan elektrik kembali pulih, sahabat Eyda ada menceritakan bahawa semasa sampai pada satu ayat hampir ke penghujung surah Yasin, sahabat Eyda ternampak wajah dan badan junior yang uzur tuh menyerupai rupa tengkorak dan tulang rangka. Fuh berdiri bulu roma bila mendengarnya.

Selang beberapa hari kemudian, kawan baik Eyda dan junior bilik Eyda ada beritahu bahawa mereka beberapa kali pernah kena tindih semasa tidur. Jadinya malam tersebut ada adik junior bagitau nak tidur bersama Eyda dan kawan baik Eyda.

Sebelum tidur, kawan baik Eyda minum air kotak dan kerana malas nak membuang bekas air kotak itu ke dalam tong sampah, makanya kawan Eyda letakkan bekas air kotak tersebut di bawah katilnya dulu. Sebaik sahaja rakan sebilik Eyda tutupkan lampu bilik, Eyda, kawan baik Eyda dan budak junior terdengar seperti bunyi kotak yang ditendang-tendang.

Puas kami memanggil kawan sebilik yang berada hampir dengan suis lampu untuk membuka lampu. Namun, kawan sebilik Eyda tak juga bangun untuk membuka lampu bilik.

Selepas beberapa lama, barulah kawan sebilik Eyda bukakan lampu. Selepas lampu bilik menyala, kami terus mencari bekas air kotak kawan baik Eyda minum itu. Rupanya, bekas air kotak itu telah kemek seperti ditendang dan berada beberapa meter dari katil kawan baik Eyda.

Kami bertanyakan kawan sebilik yang berada dekat suis lampu mengapa dia tidak membuka lampu sebaik kami memanggilnya, dia bagitahu kami yang dia tak dengar langsung yang kami memanggilnya.

Selepas dia terdengar suara kami barulah dia bangun membuka lampu bilik. Selepas dia membuka suis lampu, dia ada perasankan satu kelibat keluar melalui tingkap bertentang dengan katil Eyda.

Seram juga kami nak tidur balik pada malam tersebut. Malam itu, kami tidur dengan bertemankan lampu yang menyala sehingga pagi.

Menjelang hujung tahun, pastinya cuti sekolah bermula. Makanya peperiksaan SPM akan bermula. Memandangkan ramai pelajar junior pulang ke rumah masing-masing, makanya pelajar yang tinggal di bilik 4 hingga 6 perlu berpindah turun ke bilik 1-3.

Memandangkan ada ura-ura ada pelajar lelaki berhajat memecah masuk blok asrama puteri semasa tempoh peperiksaan SPM diadakan. Maka kami bersepakat untuk berjaga malam bergilir-gilir berdasarkan kepada siapa yang tidak mempunyai kertas peperiksaan keesokan harinya.

Kami membuat persiapan dengan meregangkan benang pada hujung tangga ke tingkat kami dan menaburkan guli di hadapan benang tersebut.

Pada suatu malam, kami mendengar ada orang jatuh dan terpijak guli yang kami taburkan. Sepantas kilat kami membuka pintu untuk melihat siapakah gerangannya.. Sebaik sahaja pintu bilik dibuka, tiada sebarang kelibat manusia yang ada di situ. Puas kami mencari di dalam bilik air dan sehingga ke tingkat bawah, tiada seorang pun yang kami temui.

Masing-masing mula berasa seram dengan kejadian yang berlaku. Persoalan mengenai siapa dan apa yang jatuh pada malam tersebut masih tidak terjawab sehingga kini.




Filem Volkswagen Kuning






Sinopsis Volkswagen Kuning


MENGISAHKAN sepasang kekasih yang telah bertunang, Fuad dan Sarah, yang dalam perjalanan untuk pulang ke kampung Fuad. Mereka mengalami gangguan apabila tersesat selepas senja semasa mencari kedai makan. Gangguan itu menyebabkan mereka mengalami kemalangan dan Sarah mula berubah. Semuanya gara-gara Volkswagen kuning!



Fuad ditahan di wad, manakala Sarah langsung tidak mengalami kecederaan. Raudhah, kakak Sarah, datang untuk menjemput Sarah pulang ke bandar, sementara menunggu Fuad pulih dari kecederaan. Tanpa diduga, Sarah membawa pulang ‘sesuatu’ bersamanya.
 




Jom beramai-ramai kita saksikan filem Volkswagen Kuning yang akan mula ditayangkan pada 22 September 2016 ini di pawagam berhampiran anda.


Hadiah Menarik Buat Blogger



Jom semua blogger sertai contest ini : http://www.broframestone.com/2016/09/bloggers-contest-filem-volkswagen-kuning/ dan anda berpeluang untuk memenangi smartphone Oppo F1s



event

Seberang Perai Fiesta 2016

9/14/2016 08:23:00 AM


SEBERANG PERAI FIESTA 2016
(AGROFEST, FOOD MEGA FESTIVAL DAN TANJUUNG ART)

Seberang Perai Fiesta adalah merupakan gabungan tiga pesta iaitu Agro Festival, Food Mega Festival, dan Tanjuung Art 2.0. Seberang Perai Fiesta adalah Pesta yang pertama diadakan di Negeri Pulau Pinang khasnya di Seberang Perai yang telah menggabungkan 3 unsur ini.


Seberang Perai Fiesta dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Majlis Perbandaran Seberang Perai, Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Perikanan, MARDI, Jabatan Perhutanan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, RISDA, IADA, Food Mega Festival (Buld and Battery), Tanjuung 2.0 dan juga syarikat - syarikat swasta yang merupakan satu acara tahunan di negeri ini yang telah ditambahbaikan dari tahun ke tahun.


Seberang Perai Fiesta 2016 akan diadakan pada 14 - 18 September 2016 di Tapak Expo Seberang Jaya, Pulau Pinang bermula dari jam 10.00 pagi hingga 11.30 malam setiap hari.

Perasmian Seberang Perai Fiesta 2016 akan berlangsung pada 15 September 2016 jam 8 malam dan akan dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.

Agrofest merupakan satu acara yang senantiasa dinanti-nantikan oleh golongan petani, penternak dan nelayan serta orang ramai sama ada yang terlibat secara langsung dengan pertanian atau tidak. Ini adalah kerana keunikan, kemeriahan serta kepelbagaian aktiviti yang ditonjolkan.


Acara jualan hasil produk pertanian dan industri asas tani telah mengumpulkan sebilangan besar para petani, penternak dan nelayan negeri ini bagi tujuan mempamer, mempromosi dan menjual hasil pertanian segar mereka kepada orang ramai.

Program Agrofest Pulau Pinang juga merupakan satu platform kepada agensi-agensi kerajaan, pihak swasta dan juga usahawan tani mengenengahkan teknologi, inovasi dan kejayaan terkini mereka dalam industri pertanian. Maklumat-maklumat dan pengetahuan terbaru disalurkan terus kepada pengunjung-pengunjung yang datang. 

Dengan adanya Agrofest Pulau Pinang maka berbagai isu-isu dan kemajuan dibidang pertanian dibincang bersama diantara golongan penyelidik dibidang pertanian dan golongan pelaksana iaitu para petani, penternak dan nelayan.

Program Agrofest ini diharap dapat mempertingkatkan pembangunan industri pertanian di Negeri Pulau Pinang khususnya dan mampu menjana pendapatan yang lebih tinggi kepada mereka-mereka yang terlibat dalam bidang pertanian ini.

Manakala Food Mega Festival merupakan satu daya tarikan baharu kepada program kali yang menampilkan lebih dari 100 jenis kepelbagaian makanan yang sudah pasti dapat memuaskan hati setiap pengunjung yang hadir.



Selain itu, Food Mega Festival juga menampilkan Hot Air Balloon (Belon Udara Panas) yang juga merupakan satu daya tarikan baru di Seberang Perai Fiesta yang diadakan ini.



Tanjuung Art 2.0 merupakan daya tarikan kesenian anak muda tempatan dalam usaha untuk menarik anak muda negeri ini untuk menceburi dan melihat sendiri perjalanan anak seni tempatan yang mengandungi kepelbagaian seni tempatan.

Selain itu, ada beberapa acara yang dipertandingkan sepanjang program ini berlangsung antaranya Pertandingan Karaoke pada 14 September 2016. Acara saringan akan diadakan pada jam 9.00 pagi dan pertandingan akhir pada jam 8.00 malam.



Manakala Pertandingan Kucing akan diadakan pada 17 September 2016. Bagi yang berminat menyertai pertandingan ini perlu daftar sebelum atau pada 15 September 2016.






Selain itu, semasa fiesta ini diadakan aktiviti Senamrobik akan dijalankan pada 17 September 2016 jam 8.00 pagi hingga 9.30 pagi.



Dengan adanya program seperti ini, ianya diharap menjadi satu daya penarik kepada pengunjung dan pelancong dari dalam dan luar negara untuk sama-sama menghadiri dan merasai sendiri suasana yang akan ditampilkan di Seberang Perai Fiesta ini.



PENUTUPAN JALAN, LALUAN MASUK / KELUAR KE TAPAK EKSPO DAN TEMPAT LETAK KENDERAAN SEMPENA SEBERANG PERAI FIESTA 2016

PENUTUPAN JALAN SUSUR (BELOK KIRI) LEBUHRAYA BKE KE LEBUHRAYA PLUS ARAH UTARA 

- Jalan susur (belok kiri) Lebuhraya BKE ke Lebuhraya PLUS arah utara akan ditutup bermula dari 14 September 2016 hingga 18 September 2016 untuk memberikan aliran lalulintas yang teratur semasa aktivti dijalankan.
- Kenderaan yang datang dari arah Butterworth melaluli Lebuhraya BKE perlu membuat pusingan di bulatan Seberang Jaya untuk ke arah utara/ Sg Dua.


LALUAN MASUK KE TAPAK EKSPO


- Pengunjung hanya boleh memasuki kawasan tapak ekspo melalui laluan masuk dari Lebuhraya BKE (Pintu 1).
- Terdapat dua (2) jalan alternatif yang boleh digunakan oleh pengunjung yang datang dari arah Utara, Kulim dan Juru untuk ke tapak ekspo iaitu:
= Membuat pusingan U (berdekatan stesen minyak Shell), Lorong Jelawat dan jalan susur Lebuhraya BKE, atau;
= Melalui Persiaran Sembilang (berdekatan Tesco Extra), Lengkok Sembilang, Jalan Sembilang 2 (Masjid Sembilang) dan jalan susur Lebuhraya BKE


LALUAN KELUAR DARI TAPAK EKSPO

- Pengunjung hanya boleh keluar dari kawasan tapak ekspo melalui laluan keluar dari Lebuhraya PLUS (Pintu 2).
- Terdapat satu (1) jalan alternatif yang boleh digunakan oleh pengunjung yang hendak keluar ke arah Butterworth, Kulim dan Juru iaitu:
= Melalui Persiaran Sembilang (berdekatan Tesco Extra), Lengkok Sembilang, Jalan Sembilang 2 (Masjid Sembilang) dan jalan susur Lebuhraya BKE  untuk membuat pusingan di bulatan Seberang Jaya.



KAWASAN TEMPAT LETAK KERETA SEMPENA SEBERANG PERAI FIESTA 2016



Terdapat tujuh (7) kawasan tempat letak kereta (TLK) yang boleh digunakan oleh pengunjung iaitu:
1) Tapak Ekspo Seberang Jaya
2) Depan Pejabat IDP
3) TLK Sunway Carnival
4) TLK Pusat Komersial Sunway Perdana
5) TLK Kompleks Sony
6) TLK SP Arena/ Kolam Renang
7) TLK Masjid Seberang Jaya
-Terdapat dua (2) buah van shuttle disediakan untuk kemudahan pengunjung untuk ke tapak ekspo.
- Tempat menunggu van shuttle adalah di pondok bas berhadapan SP Arena



SUMBER FACEBOOK BULETIN MUTIARA

hari raya aidiladha

Selamat Hari Raya Aidiladha 1437 Hijrah

9/12/2016 07:30:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Alhamdulillah, kita sekali lagi dapat merayakan Aidiladha pada tahun ini..

Di sini, Eyda ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aildiladha 1437 Hijrah untuk semua rakan dan sahabat Eyda.. Tidak ketinggalan buat semua umat Islam..


Semoga ibadah korban kita pada tahun ini diterima olehNya.. Amin..



review

Afternoon Tea | Ixora Hotel, Perai, Penang

9/09/2016 11:43:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Anda suka menikmati hi tea? Anda ingin merasai luxurios afternoon tea? Jika anda sukakannya, apa kata anda singgah ke Ixora Hotel, Perai, Penang..




Promosi luxurios afternoon tea set ini berharga RM48.00 untuk 2 orang.. Set hidangan ini memang sesuai untuk anda yang ingin santai atau dating berdua..


Hidangan yang disajikan di dalam set ini ialah cheese sandwiches, tuna croissants, scones serve warm with jam, panna cotta and freshly-baked sweet pastries.. Ianya dihidangkan bersama 7 jenis pilihan teh untuk anda nikmati. Jika anda seorang peminat kopi, anda patut mencuba kopi jenama ILLY yang mempunyai 4 pilihan rasa.. Sedap tau kopinya..

Cheese Sandwiches

Tuna Croissants

Scones serve warm with jam

Strawberry Tart

Mango & Rasberry Cake with Fresh Cream


Panna Cotta

Mix Fruits with Macaron

Illy Coffee

Suntips Tea



TERIMA KASIH IXORA HOTEL

Terima kasih buat Mr. Moses Poon, Hotel Operations Manager, Ixora Hotel yang sudi menjemput kami team Projek Blogger Utara untuk review Afternoon Tea Set ini..




TEAM PROJEK BLOGGER UTARA

Alhamdulillah event kali ini hampir ke semua team Projek Blogger Utara dapat berkumpul dan bersua muka setelah sekian lama bersama.. Malangnya kali ini Cik Ash atau Ekin tak dapat bersama.. In shaa Allah satu hari nanti, dapat juga kita berkumpul bersama.. 




LOKASI DAN WAKTU PERNIAGAAN




The Straits Cafe
Ixora Hotel
Jalan Baru, Bandar Perai Jaya,
Perai, Pulau Pinang

Dibuka setiap hari
Jam 3.00 petang - 6.00 petang

Tel : +604 382 8888
Email : info@ixorahotel.com
Website : www.ixorahotel.com
FB : Hotel Ixora




Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi Ixora Hotel Tel: +604 382 8888 Email: info@ixorahotel.com Website: www.ixorahotel.com Fb: https://www.facebook.com/pages/Hotel-Ixora-Seberang-Perai-Penang/

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ
Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi Ixora Hotel Tel: +604 382 8888 Email: info@ixorahotel.com Website: www.ixorahotel.com Fb: https://www.facebook.com/pages/Hotel-Ixora-Seberang-Perai-Penang/

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ

info

World #Quran Hour

9/09/2016 10:17:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Sekejap jer masa berlalu.. Hari Isnin ini kita akan meraikan Hari Raya Aidiladha..

Tapi sehari sebelum itu, hari Ahad (11 September 2016) jam 9.00 pagi, apa kata ramai-ramai kita membaca Al-Quran sambil menyahut kempen World #Quran Hour..




Eyda, in sha Allah nak ajak anak-anak turut sama membaca Al-Quran pada hari tersebut.. Tak pernah membaca bersama-sama.. Rasanya ini masa yang sesuai untuk membiasakan diri membaca Al-Quran bersama dengan keluarga..




event

Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 | Zon Utara

9/08/2016 11:31:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Pada 3 September 2016, pihak Unilever telah menganjurkan pertandingan masakan iaitu Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 Peringkat Separuh Akhir (Zon Utara) di Concourse, AEON BIG Alor Setar, Kedah..



Cabaran Raja Kuah Knorr 2016

Pertandingan ini merupakan pertama kali diadakan dan dijangka dapat memberi perhargaan untuk hidangan masakan berkuah Melayu yang mempunyai populariti hebat di kalangan semua rakyat Malaysia. Hidangan kuah merangkumi sehingga 70% daripada hidangan oleh pengendali makanan Melayu, terutamanya masakan kari, kicap dan lemak. Kini munculnya satu trend penggunaan stok ayam yang merangsangkan citarasa berlainan dan Unilever Food Solutions mengakui segala usaha meningkatkan kesedapan masakan berkuah dengan penggunaan Stok Ayam Knorr. Untuk tahun 2016, Cabaran Raja Kuah Knorr mencari hidangan kuah Melayu terbaik di Malaysia serta menghargai pengendali makanan berkreatif dalam usaha mereka memberi hidangan yang terbaik dalam salah satu hidangan kuah,kari, kicap dan lemak.




Juri Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 | Zon Utara 

Bagi cabaran ini, para juri terdiri daripada Chef Selebriti Mohd Johari Edris (Chef Jo), Chef Profesional UFS Mohd Hadzrin Mohd Din dan blogger Projek Blogger Utara iaitu founder projek blogger utara iaitu  Nor Ariffin Hamzah (lebih dikenali sebagai Cikpinz @CP) akan mengadili cabaran bagi menentukan pemenang-pemenang terbaik di kawasan Utara mengikut beberapa kriteria iaitu kebersihan, persembahan dan citarasa. 





Pemenang Cabaran Raja Kuah Knorr 2016

Pemenang utama dari setiap peringkat zon kawasan akan ke cabaran peringkat akhir di Lembah Klang pada 27 November 2016 di mana pemenang Raja Kuah Knorr 2016 akan membawa pulang wang tunai hadiah sebanyak RM15,000 dengan pakej Umrah Eksklusif untuk 2 orang. Penaja lain termasuk jenama peralatan dapur komersial Butterfly beserta jenama Santan dan Kicap Harmuni turut sama menjayakan Cabaran Raja Kuah Knorr ini.


Pemenang, peserta dan juri pertandingan Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 Zon Utara turut sama bergambar kenangan..
 


Pemenang Bersama Menu Masakan di Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 Zon Utara

Pemenang bagi Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 Zon Utara ini akan membawa pulang wang tunai, peralatan dapur komersial Butterfly dan barangan Harmuni.. Pemenang saguhati juga membawa pulang peralatan dapur komersial Butterfly dan barangan Harmuni
 


Pemenang Tempat Pertama
Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 Zon Utara

  
Pemenang Tempat Pertama Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 Zon Utara
Encik Budiman Bistari bin Mohamed
Daging Purba Kuah Karipoley Knorr



 

Pemenang Tempat Kedua
Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 Zon Utara 



Pemenang Tempat Kedua Cabaran Kuah Knorr 2016 Zon Utara
Puan Zainab binti Mohd. Hussain 
Masak Lemak Udang dan Cendawan Sisir Knorr





Pemenang Tempat Ketiga
Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 Zon Utara


Pemenang Tempat Ketiga Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 Zon Utara
Encik Mohammad Iskandar bin Ishak
Kari Rusuk Lembu Istimewa Ala Knorr Bersama Rias Batang Pisang




Terima Kasih Unilever Food Solutions

Terima kasih kepada pihak Unilever Food Solutions kerana sudi menjemput team Projek Blogger Utara untuk turut sama memeriahkan pertandingan Cabaran Raja Kuah 2016 Zon Utara. 


Tidak ketinggalan terima kasih kerana sudi menjemput founder Projek Blogger Utara sebagai salah seorang juri bagi pertandingan ini.

 


Team Projek Blogger Utara ingin mengucapkan terima kasih kepada blogger jemputan iaitu Syakira dan Zarul Farhana kerana sudi memeriahkan program ini..

Semoga kita dapat bekerjasama lagi di masa akan datang. 



Blog yang Diikuti