Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 | Zon Utara

9/08/2016 11:31:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Pada 3 September 2016, pihak Unilever telah menganjurkan pertandingan masakan iaitu Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 Peringkat Separuh Akhir (Zon Utara) di Concourse, AEON BIG Alor Setar, Kedah..



Cabaran Raja Kuah Knorr 2016

Pertandingan ini merupakan pertama kali diadakan dan dijangka dapat memberi perhargaan untuk hidangan masakan berkuah Melayu yang mempunyai populariti hebat di kalangan semua rakyat Malaysia. Hidangan kuah merangkumi sehingga 70% daripada hidangan oleh pengendali makanan Melayu, terutamanya masakan kari, kicap dan lemak. Kini munculnya satu trend penggunaan stok ayam yang merangsangkan citarasa berlainan dan Unilever Food Solutions mengakui segala usaha meningkatkan kesedapan masakan berkuah dengan penggunaan Stok Ayam Knorr. Untuk tahun 2016, Cabaran Raja Kuah Knorr mencari hidangan kuah Melayu terbaik di Malaysia serta menghargai pengendali makanan berkreatif dalam usaha mereka memberi hidangan yang terbaik dalam salah satu hidangan kuah,kari, kicap dan lemak.




Juri Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 | Zon Utara 

Bagi cabaran ini, para juri terdiri daripada Chef Selebriti Mohd Johari Edris (Chef Jo), Chef Profesional UFS Mohd Hadzrin Mohd Din dan blogger Projek Blogger Utara iaitu founder projek blogger utara iaitu  Nor Ariffin Hamzah (lebih dikenali sebagai Cikpinz @CP) akan mengadili cabaran bagi menentukan pemenang-pemenang terbaik di kawasan Utara mengikut beberapa kriteria iaitu kebersihan, persembahan dan citarasa. 





Pemenang Cabaran Raja Kuah Knorr 2016

Pemenang utama dari setiap peringkat zon kawasan akan ke cabaran peringkat akhir di Lembah Klang pada 27 November 2016 di mana pemenang Raja Kuah Knorr 2016 akan membawa pulang wang tunai hadiah sebanyak RM15,000 dengan pakej Umrah Eksklusif untuk 2 orang. Penaja lain termasuk jenama peralatan dapur komersial Butterfly beserta jenama Santan dan Kicap Harmuni turut sama menjayakan Cabaran Raja Kuah Knorr ini.


Pemenang, peserta dan juri pertandingan Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 Zon Utara turut sama bergambar kenangan..
 


Pemenang Bersama Menu Masakan di Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 Zon Utara

Pemenang bagi Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 Zon Utara ini akan membawa pulang wang tunai, peralatan dapur komersial Butterfly dan barangan Harmuni.. Pemenang saguhati juga membawa pulang peralatan dapur komersial Butterfly dan barangan Harmuni
 


Pemenang Tempat Pertama
Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 Zon Utara

  
Pemenang Tempat Pertama Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 Zon Utara
Encik Budiman Bistari bin Mohamed
Daging Purba Kuah Karipoley Knorr



 

Pemenang Tempat Kedua
Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 Zon Utara 



Pemenang Tempat Kedua Cabaran Kuah Knorr 2016 Zon Utara
Puan Zainab binti Mohd. Hussain 
Masak Lemak Udang dan Cendawan Sisir Knorr





Pemenang Tempat Ketiga
Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 Zon Utara


Pemenang Tempat Ketiga Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 Zon Utara
Encik Mohammad Iskandar bin Ishak
Kari Rusuk Lembu Istimewa Ala Knorr Bersama Rias Batang Pisang




Terima Kasih Unilever Food Solutions

Terima kasih kepada pihak Unilever Food Solutions kerana sudi menjemput team Projek Blogger Utara untuk turut sama memeriahkan pertandingan Cabaran Raja Kuah 2016 Zon Utara. 


Tidak ketinggalan terima kasih kerana sudi menjemput founder Projek Blogger Utara sebagai salah seorang juri bagi pertandingan ini.

 


Team Projek Blogger Utara ingin mengucapkan terima kasih kepada blogger jemputan iaitu Syakira dan Zarul Farhana kerana sudi memeriahkan program ini..

Semoga kita dapat bekerjasama lagi di masa akan datang. 



You Might Also Like

17 comments

  1. Replies
    1. baru singgah baca.. seronok kan dapat juga turut sama meraa masakan para peserta..

      Delete
  2. wow best kan event masak2 ni..selalu duk tgk dlm tv ja..

    ReplyDelete
  3. kalau saya masuk, terus tak menang ni,,, hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kita masuk, memang susah nak menang.. hihihi..

      Delete
  4. meriah haihhhh depa sana...
    banggalah ngan juri jemputan tu
    haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. meriah lah El.. tumpang tempias dengan juri jemputan jer.. hihihi..

      Delete
  5. Wahh... seronok dpt sertai program mcm ni... best :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seronok.. siap boleh merasa masakan para peserta lagi..

      Delete
  6. wahhhh bestnya, minat sgt kalau program masak2 ni...bestnya ada papa joe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best.. yup, best dapat bersua muka dan bersembang dengan papa joe..

      Delete
  7. thanks jemput kira aritu. insyaAllah ada rezeki boleh kolaburasi lagi ;)

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti