DIY Pancake di Slappy Cakes, One Garage, Penang
9/07/2016 10:09:00 AM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Siapa di sini suka makan pancake? Kalau anda suka, apa kata singgah ke Slappy Cake di One Garage, M Mall, Penang..
SLAPPY CAKES, ONE GARAGE
Slappy Cakes ini merupakan restoran yang membolehkan kita membuat pancake kita sendiri. Anda boleh buat apa saja bentuk dan rasa mengikut citarasa dan juga kekreatifan anda..
Tak tau macam mana nak buat pankek? Jangan risau, di sini ada ditunjukkan cara untuk membuat pankek..
Apapun sebelum membuat pancake, anda perlu memilih di antara 4 perisa yang disediakan sama ada perisa coklat, peanut butter, pandan dan buttermilk.. Harga bagi satu botol adalah RM9 dan RM13.
Manakala untuk topping pula anda boleh memilih sama ada honey, peanut butter, lemon curd, strawberry jam, whipped
cream, 100% maple syrup, cinnamon creame, apple jam, pumpkin kaya dan
chocolate syrup.
Harga untuk setiap satu RM3.50.Tidak ketinggalan segelas air Lemonade sebagai minuman..
Jom tengok hasil keras tangan kami.. Jangan gelak tau, sebab masing-masing tak kreatif.. Bagi Eyda, anak-anaklah orang yang paling teruja untuk menghasilkan pankek sendiri.. Yelah, boleh main lukis-lukis kan..
Inilah hasil keras tangan Eyda.. Lawak ja rasa.. Tapi okey laa untuk kali pertama dan memang tak pandai melukis kan..
MENU LAIN DI SLAPPY CAKES, ONE GARAGE
Jika anda inginkan makanan sedikit berat, anda boleh memilih menu lain yang ada di sini..
Di One Garage ini juga ada mempunyai pilihan pelbagai variasi makanan iaitu makanan western di Terminal One, makanan steamboat di One Steamboat dan dessert di Slappy Cakes.
Terima kasih kepada pihak One Garage kerana sudi menjemput kami untuk mencuba serta merasai sendiri pengalaman dan keenakan menu yang ada di Slappy Cakes..
LOKASI DAN WAKTU PERNIAGAAN
One Garage berada di tingkat bawah M Mall 020 bersebelahan dengan Penang Times Square..
One Garage
Ground Floor MM O2O
Penang Times Square
Jalan Dato Keramat
Tel: 04-296 9580
Open: 10am-10pm
12 comments
Morning! Sally singgah sini…wahhh! Best gila kalau macam ni Sally pun nak!
ReplyDeletebila sally datang penang, boleh singgah ke sini..
Deletelain yg lain kan restoran depa ni
ReplyDeleteyup lain dari yang lain..
Deletekalau husna pon mesti teruja nak melukis je kerja.. :D
ReplyDeletenak lukis ni pun jenuh pikir nak lukis apa..
Deleteseronok main masak2 penkek kan...
ReplyDeleteseronok, macam nak bawa izzat dengan kimie plak..
DeleteSyok nya masak sendiri penkek
ReplyDeletesyok, klu boleh buat kat rumah lagi syok..
DeleteWow.. unik dan sgt kreatif... hidangan pun sgt2 menyelerakan...seronoklah..:)
ReplyDeletekan unik dan kreatif.. sedap dan seronok berada di situ..
DeleteSudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..