Seberang Perai Fiesta 2016

9/14/2016 08:23:00 AM


SEBERANG PERAI FIESTA 2016
(AGROFEST, FOOD MEGA FESTIVAL DAN TANJUUNG ART)

Seberang Perai Fiesta adalah merupakan gabungan tiga pesta iaitu Agro Festival, Food Mega Festival, dan Tanjuung Art 2.0. Seberang Perai Fiesta adalah Pesta yang pertama diadakan di Negeri Pulau Pinang khasnya di Seberang Perai yang telah menggabungkan 3 unsur ini.


Seberang Perai Fiesta dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Majlis Perbandaran Seberang Perai, Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Perikanan, MARDI, Jabatan Perhutanan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, RISDA, IADA, Food Mega Festival (Buld and Battery), Tanjuung 2.0 dan juga syarikat - syarikat swasta yang merupakan satu acara tahunan di negeri ini yang telah ditambahbaikan dari tahun ke tahun.


Seberang Perai Fiesta 2016 akan diadakan pada 14 - 18 September 2016 di Tapak Expo Seberang Jaya, Pulau Pinang bermula dari jam 10.00 pagi hingga 11.30 malam setiap hari.

Perasmian Seberang Perai Fiesta 2016 akan berlangsung pada 15 September 2016 jam 8 malam dan akan dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.

Agrofest merupakan satu acara yang senantiasa dinanti-nantikan oleh golongan petani, penternak dan nelayan serta orang ramai sama ada yang terlibat secara langsung dengan pertanian atau tidak. Ini adalah kerana keunikan, kemeriahan serta kepelbagaian aktiviti yang ditonjolkan.


Acara jualan hasil produk pertanian dan industri asas tani telah mengumpulkan sebilangan besar para petani, penternak dan nelayan negeri ini bagi tujuan mempamer, mempromosi dan menjual hasil pertanian segar mereka kepada orang ramai.

Program Agrofest Pulau Pinang juga merupakan satu platform kepada agensi-agensi kerajaan, pihak swasta dan juga usahawan tani mengenengahkan teknologi, inovasi dan kejayaan terkini mereka dalam industri pertanian. Maklumat-maklumat dan pengetahuan terbaru disalurkan terus kepada pengunjung-pengunjung yang datang. 

Dengan adanya Agrofest Pulau Pinang maka berbagai isu-isu dan kemajuan dibidang pertanian dibincang bersama diantara golongan penyelidik dibidang pertanian dan golongan pelaksana iaitu para petani, penternak dan nelayan.

Program Agrofest ini diharap dapat mempertingkatkan pembangunan industri pertanian di Negeri Pulau Pinang khususnya dan mampu menjana pendapatan yang lebih tinggi kepada mereka-mereka yang terlibat dalam bidang pertanian ini.

Manakala Food Mega Festival merupakan satu daya tarikan baharu kepada program kali yang menampilkan lebih dari 100 jenis kepelbagaian makanan yang sudah pasti dapat memuaskan hati setiap pengunjung yang hadir.



Selain itu, Food Mega Festival juga menampilkan Hot Air Balloon (Belon Udara Panas) yang juga merupakan satu daya tarikan baru di Seberang Perai Fiesta yang diadakan ini.



Tanjuung Art 2.0 merupakan daya tarikan kesenian anak muda tempatan dalam usaha untuk menarik anak muda negeri ini untuk menceburi dan melihat sendiri perjalanan anak seni tempatan yang mengandungi kepelbagaian seni tempatan.

Selain itu, ada beberapa acara yang dipertandingkan sepanjang program ini berlangsung antaranya Pertandingan Karaoke pada 14 September 2016. Acara saringan akan diadakan pada jam 9.00 pagi dan pertandingan akhir pada jam 8.00 malam.



Manakala Pertandingan Kucing akan diadakan pada 17 September 2016. Bagi yang berminat menyertai pertandingan ini perlu daftar sebelum atau pada 15 September 2016.






Selain itu, semasa fiesta ini diadakan aktiviti Senamrobik akan dijalankan pada 17 September 2016 jam 8.00 pagi hingga 9.30 pagi.



Dengan adanya program seperti ini, ianya diharap menjadi satu daya penarik kepada pengunjung dan pelancong dari dalam dan luar negara untuk sama-sama menghadiri dan merasai sendiri suasana yang akan ditampilkan di Seberang Perai Fiesta ini.



PENUTUPAN JALAN, LALUAN MASUK / KELUAR KE TAPAK EKSPO DAN TEMPAT LETAK KENDERAAN SEMPENA SEBERANG PERAI FIESTA 2016

PENUTUPAN JALAN SUSUR (BELOK KIRI) LEBUHRAYA BKE KE LEBUHRAYA PLUS ARAH UTARA 

- Jalan susur (belok kiri) Lebuhraya BKE ke Lebuhraya PLUS arah utara akan ditutup bermula dari 14 September 2016 hingga 18 September 2016 untuk memberikan aliran lalulintas yang teratur semasa aktivti dijalankan.
- Kenderaan yang datang dari arah Butterworth melaluli Lebuhraya BKE perlu membuat pusingan di bulatan Seberang Jaya untuk ke arah utara/ Sg Dua.


LALUAN MASUK KE TAPAK EKSPO


- Pengunjung hanya boleh memasuki kawasan tapak ekspo melalui laluan masuk dari Lebuhraya BKE (Pintu 1).
- Terdapat dua (2) jalan alternatif yang boleh digunakan oleh pengunjung yang datang dari arah Utara, Kulim dan Juru untuk ke tapak ekspo iaitu:
= Membuat pusingan U (berdekatan stesen minyak Shell), Lorong Jelawat dan jalan susur Lebuhraya BKE, atau;
= Melalui Persiaran Sembilang (berdekatan Tesco Extra), Lengkok Sembilang, Jalan Sembilang 2 (Masjid Sembilang) dan jalan susur Lebuhraya BKE


LALUAN KELUAR DARI TAPAK EKSPO

- Pengunjung hanya boleh keluar dari kawasan tapak ekspo melalui laluan keluar dari Lebuhraya PLUS (Pintu 2).
- Terdapat satu (1) jalan alternatif yang boleh digunakan oleh pengunjung yang hendak keluar ke arah Butterworth, Kulim dan Juru iaitu:
= Melalui Persiaran Sembilang (berdekatan Tesco Extra), Lengkok Sembilang, Jalan Sembilang 2 (Masjid Sembilang) dan jalan susur Lebuhraya BKE  untuk membuat pusingan di bulatan Seberang Jaya.



KAWASAN TEMPAT LETAK KERETA SEMPENA SEBERANG PERAI FIESTA 2016



Terdapat tujuh (7) kawasan tempat letak kereta (TLK) yang boleh digunakan oleh pengunjung iaitu:
1) Tapak Ekspo Seberang Jaya
2) Depan Pejabat IDP
3) TLK Sunway Carnival
4) TLK Pusat Komersial Sunway Perdana
5) TLK Kompleks Sony
6) TLK SP Arena/ Kolam Renang
7) TLK Masjid Seberang Jaya
-Terdapat dua (2) buah van shuttle disediakan untuk kemudahan pengunjung untuk ke tapak ekspo.
- Tempat menunggu van shuttle adalah di pondok bas berhadapan SP Arena



SUMBER FACEBOOK BULETIN MUTIARA

You Might Also Like

12 comments

  1. trtrik tang kucing tu..huhuhu.. kalau dkt p dh.

    ReplyDelete
  2. Tak pernah pergi..thn lps nak pergi tp jem & parking xdak tak jadi nak p

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau susah parking memang tak berapa minat nak p.. jem tu usah cakap laa, selalu ada ekspo besar macam nih mesti jem..

      Delete
  3. wahh menarik ni...tp tulah sure ramai kan org..parking pun jauh2 haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang menarik sebab 3 pesta bergabung sekali.. bab orang tu mesti ramai, waktu puncak mesti ramai orang..

      Delete
  4. Wahh meriah... bestnya.. paling teringin nak tngok Tanjung Art Fest tu... bab2 seni ni mmg suka... mmg lama boleh melekat kat situ hehee.. thanks sharing Eyda :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup memang meriah.. nasib jauh kan, kalau dekat mesti KK dah datang tengok Tanjung Art Fest tu.. u r welcome KK..

      Delete
  5. dekat sangat dengan rumah MIL ni hihihi

    ReplyDelete
  6. tak penah p pun eyda.. hahaha. tgk jln jam teruk

    ReplyDelete
  7. jauh la.. kalau dekat harus sampai nak tengok yg kucing tu hihihihi

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti