Alami Kelainan di 5D Interactive World | Pulau Pinang

10/27/2016 12:52:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Baru-baru ini, Eyda dan sebahagian team Projek Blogger Utara berpeluang ke Galeri Seni 5D Interactive World (Art.Creativity.Education) di Pulau Pinang.



Terima kasih kepada pihak 5D Interactive World sudi menjemput dan menerima kehadiran kami. Apapun kami amat gembira dan terhibur di sini.



5D INTERACTIVE WORLD

Untuk pengetahuan anda, 5D Interactive World ini berada di Jalan Dato Keramat iaitu antara pasaraya GAMA dan Time Square Penang.

Anda juga boleh saja berjalan kaki dari KOMTAR atau pun menaiki bas RAPID Penang iaitu dengan menaiki bas no 201, 202, 203, 204, 206, 502, 301 dan 11. Jika anda menggunakan bas Hop On Hop Off (HoHo) anda boleh berhenti di stesen HoHo bernombor 7.

Di sini ada pelbagai seni yang dipamerkan. Ada ruang yang membuatkan kita yang dewasa teruja, ada juga ruangan yang membuatkan kanak-kanak teruja.


Memasuki ke 5D Interactive World, kita akan didedahkan tentang pentingnya menjaga alam sekitar.. Pelbagai lukisan dan arca seni berkaitan alam sekitar dipamerkan di ruang masuk 5D Interactive World.

Dihasilkan daripada botol mineral dan diwarnakan, cantik kan..


Ini kerana 5D Interactive World merupakan alam interaktif 5D yang pertama di Asia. Di sini ia telah menerapkan dan menggabungkan konsep- konsep kesenian, kreativiti dan pendidikan.



Maka dengan itu, 5D Interactive World memberikan anda pengalaman dimensi 5D yang jauh lebih mengagumkan berbanding dengan lukisan mural.






Di sini pengunjung dapat menerokai alam melalui proses 5D-Methodology iaitu menafsir (define), mereka (design), membangun (develop), membetul (debug) dan menyampai (deliver).







Jadinya di sini kita dapat menikmati kesenian dan pastinya kagum dengan persembahan kreatif malah kita dapat belajar menerusi mesej pendidikan yang disampaikan.








WAKTU OPERASI DAN HARGA TIKET 5D INTERACTIVE WORLD


Harga Tiket
Mykad
Dewasa : RM18
Kanak-kanak : RM13

Harga Biasa
Dewasa : RM30
Kanak-Kanak : RM20


Waktu operasi 
9 pagi - 6 petang (Selasa - Ahad)
Tutup hari Isnin kecuali cuti am atau cuti sekolah


LOKASI 5D INTERACTIVE WORLD



5D INTERACTIVE WORLD
F29, Jalan Dato Keramat
10150 Georgetown,
Pulau Pinang
Tel : 04-2189676
Web : ace5d.my


TEAM PROJEK BLOGGER UTARA DAN BLOGGER JEMPUTAN

Terima kasih kepada Zafirah Nazri kerana sudi bersama team Projek Blogger Utara ke 5D Interactive World nih.

 




You Might Also Like

29 comments

  1. 5D pulak..bagus kan ada mesej pendidikan.. kreatif betul..

    ReplyDelete
  2. Menariknyaaaa! Bolehlah masuk list tempat kalau pergi Penang =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh ja Siqah Hussin kalau singgah ke Penang..

      Delete
  3. syioknya. pegi penang hari tu tak sempat nak nyinggah. tiket pun affordable ye.

    ReplyDelete
  4. wah..bestla..banyak juga aktiviti boleh buat sebenarnya kat sana kan. kalau balik kampung nanti nak singah sana la. hehehe.

    http://www.ceritaejoy.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup banyak jugak aktiviti di sini.. ini pun gambar tak penuh aktiviti yang ada di sana..

      Delete
  5. pakai ilmu apa boleh terbang ?? hewhewhew

    ReplyDelete
  6. kreatif la kimie hihihihi... wahhhhh syoknya tengok sakan gambar... ruginya ekin tak dapat join :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. kimie tu memang suka bab kreatif2 nih.. gambar jer sakan.. hahaha.. in shaa Allah ekin, nanti kita join ramai2 ya..

      Delete
  7. SS x tahu nak beza 3d 4d 5d... dah mcm no magnum lak... ha ha ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. bezanya dimensi.. contoh 3D kita dapat lihat dari 3 dimensi jer.. 5 D plak dari 5 dimensi kita dapat lihat.. huhuhu no magnum ya..

      Delete
    2. Kalu SS tengok Eyda... Mesti 10 dimensi... he he he..

      Delete
  8. part yg main tanah liat tu yg seronok.. seronok tgk org main jaa. husna tak suka sgt.. hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu husna.. anak2 ja main, mak2 ni tengok ja..

      Delete
  9. best tengok semua dok bergambar sakan..=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa pasalnya farah, tapi ada tempat2 ja yang sakan masing2 berposing

      Delete
  10. memang seronok dlm ni.. macam2 boleh tgk. paling sentuh hati sbb owner dia boleh fikir jauh nk hasilkan dr bahan terbuang

    ReplyDelete
  11. Bagus bila ada team blogger.
    Meriah.

    From
    http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. 3 orang master jedi tersohor di dunia ok jgn main2 haha

    ReplyDelete
  13. Macam2 tempat menarik kat Penang skrg nie..
    Bila lah nak jejak ke Penang nie..

    ReplyDelete
  14. Dah lama sangat saya tak melancong ke penang, macam2 dah ade kat penang skrang

    ReplyDelete
  15. Ntah bila nk turun penang ni..mcm2 ada

    ReplyDelete
  16. Bestnya tempat ni... mmg kena pergi klu ke penang. Seronoklah... thanks sharing :)

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti