9 Plaza Tol Di Utara Beroperasi Secara Elektronik Mulai 30 November 2016
11/29/2016 04:30:00 PM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Cuti sekolah telah pun bermula beberapa hari yang lalu.. Mungkin ada yang dah mula bercuti atau akan bercuti..
Bagi yang akan memulakan perjalanan ke utara semenanjung terutamanya ke utara Pulau Pinang atau ke Kedah, anda dinasihatkan sediakan kad Touch N Go, kad PLUSMiles atau SmarTAG..
Jika anda tidak mempunyai kad ini, kad lain yang ada tanda Touch N Go pun boleh guna contohnya kad pengenalan..
Ini kerana mulai esok 30 November 2016, sembilan buah plaza tol di Lebuhraya Utara - Selatan di utara iaitu dari Plaza Tol Hutan Kampung, Alor Setar Utara, Alor Setar Selatan, Pendang, Gurun, Sungai Petani Utara, Sungai Petani Selatan, Bertam dan Sungai Dua akan beroperasi secara 100% elektronik..
Ketiadaan kad berkenaan akan menyukarkan anda melalui lebuhraya yang tersebut.. Jadi sebelum memulakan perjalanan anda ke utara, seeloknya sediakan kad tersebut atau tambah nilai kad anda sebelum melalui lebuhraya yang terlibat..
25 comments
wahhh canggih nya
ReplyDeleteitu salah satu cara untuk mengurangkan penggunaan wang tunai..
Deletebanyak dah yang nak ke elektronik sekarang. kena prepare kalau tak mau masalah
ReplyDeletebetul tu Zaf, majoriti tol area kita semua dah bertukar ke elektronik.. mau tak mau sentiasa kena spare laa..
DeleteALHMDULILAH SABAH NI DI HARAMKN PLZA TOL!! HAHAHAHA
ReplyDeleteadeh, bila kat sini nak dihapuskan tol.. huhuhu..
DeleteLeceh pakai TnG ni... nak top up2... leceh... ha ha ha
ReplyDeletememang leceh bab nak top up bagai, tapi kekadang ok jer guna TnG nih..
DeleteTerima kasih. Esok saya lalu tol tu
ReplyDeletesama2.. just info kepada yang tak tahu.. kalau sesiapa tinggal area utara dan selalu guna highway, majoritinya dah sedia maklum..
Deletekena standby kad dh lani
ReplyDeleteKita memang kena sentiasa ada..standby sesiap dalam keta..
Deletekesian pakcik makcik yg bwk kete tp x beli kad touch n go mesti gelabah la hai
ReplyDeleteYang tu paling kesian, pakcik makcik ni bukan nak lalu highway sangat..kalau ada apa2 ja baru nak lalu..
DeleteDah makin bnyk tol guna automatik ni... naya klu tetinggal TnG dan baru sedar kt depan tol huhu :D
ReplyDeleteBetul tu bro Khir Khalid.. macam Eyda memang standby sesiap dalam keta dan spare kad watson dan tesco dalam dompet yang boleh guna touch n go..
DeleteTq info kak eyda sayang.. lepas nie kena stanby credit byk2 la.. :p
ReplyDeleteSama2 adik Farah sayang..yup memang kena sentiasa ada kredit bagi banyak..
DeleteThanks utk info ni... ada gak dengar kat radio hari tu?
ReplyDeleteSama2 dorsett pink..ya, kat radio pun ada di war-warkan info nih..
Deletelagi senang menggunakan kad Touch n Go nih, tak perlu nak beratur panjang2..;D
ReplyDeleteBetul, bagi akak yang banyak guna highway memang guna touch n go jer..lagi 1 kena sentiasa pastikan kredit ada laa, kalau tak kena beratur panjang untuk tambah nilai plak..
DeleteSuka tgk improvement mcm ni. Boleh elak jam kat area ni
ReplyDeletehttp://www.fatindays.com
Yup, saya pun suka juga. Tapi kekadang masalah juga bila ada kereta yang tak ada kad, kad tak boleh guna atau kredit tak cukup. Memang akan susahkan orang lain.
Deleteklau leh to pup online kn bagus
ReplyDeleteSudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..