info

9 Plaza Tol Di Utara Beroperasi Secara Elektronik Mulai 30 November 2016

11/29/2016 04:30:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Cuti sekolah telah pun bermula beberapa hari yang lalu.. Mungkin ada yang dah mula bercuti atau akan bercuti..

Bagi yang akan memulakan perjalanan ke utara semenanjung terutamanya ke utara Pulau Pinang atau ke Kedah, anda dinasihatkan sediakan kad Touch N Go, kad PLUSMiles atau SmarTAG..

Jika anda tidak mempunyai kad ini, kad lain yang ada tanda Touch N Go pun boleh guna contohnya kad pengenalan..




Ini kerana mulai esok 30 November 2016, sembilan buah plaza tol di Lebuhraya Utara - Selatan di utara iaitu dari Plaza Tol Hutan Kampung, Alor Setar Utara, Alor Setar Selatan, Pendang, Gurun, Sungai Petani Utara, Sungai Petani Selatan, Bertam dan Sungai Dua akan beroperasi secara 100% elektronik..




Ketiadaan kad berkenaan akan menyukarkan anda melalui lebuhraya yang tersebut.. Jadi sebelum memulakan perjalanan anda ke utara, seeloknya sediakan kad tersebut atau tambah nilai kad anda sebelum melalui lebuhraya yang terlibat..



event

Kemeriahan Karnival Fiesta Magica IJM Land Di Seremban 2

11/18/2016 10:11:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Baru-baru ini IJM Land telah menganjurkan Karnival Fiesta Magica untuk meraikan penduduk serta pengunjung sekitar komuniti Seremban 2. Karnival ini merupakan acara tahunan IJM Land pada tahun ini telah diadakan di perkarangan Pejabat Jualan IJM Land Seremban 2 dengan bertemakan Fiesta Magica, A Journey Through Fairy Tales and Happy Trails’.


 
Karnival Fiesta Magica IJM Land

Memandangkan ramai di antara kita amat meminati dunia fantasi, oleh itu pihak IJM Land kali ini mempamerkan dunia fantasi dengan pelbagai pengisian aktiviti menarik antaranya pertandingan ‘cosplay’

Di Perhimpunan cosplayers dan Pertandingan Kostum Cosplay pengunjung berpeluang menyaksikan watak- watak 'aksara' kegemaran mereka yang mengambil bahagian dalam perarakan Cosplay dan pertandingan. Sememangnya aktiviti ini sangat mendapat tempat di hati pengunjung dan telah berjaya menarik perhatian serta mendapat banyak penyertaan. 

 
Pemenang Pertandingan Costum Cosplay


Selain itu, pejabat Jualan IJM Land Seremban 2 turut menyediakan pengunjung dengan ‘fairy tale’ yang akan dipamerkan sehingga hujung tahun ini. Antara yang dipamerkan adalah ‘Tunnel Of Love’ yang romantis dengan beribu LED, Kereta Kuda Labu Cinderella, Cendawan Gergasi dan pelbagai sehingga menjelang sambutan Krismas nanti.




Selain itu, di sini turu diadakan persembahan silap mata oleh ahli silap mata terkemuka Malaysia iaitu Mahdi Moudini yang amat memukau para pengunjung. Tidak ketinggalan di sini juga disertakan pelbagai aktiviti 'fun games' termasuk 'balloon sculpture' dan 'snow globe photo booth'

Malah di Karnival Fiesta Magica ini turut menyediakan pengunjung dengan khidmat nasihat berkaitan kesihatan. Terdapat juga aktiviti menderma darah dan pemberian ubatan tradisional cina melalui kerjasama IJM Land bersama Young Malaysians Movement (YMMNS), daripada Persatuan Belia Xiang Lian dan Persatuan Kwang Tung N.S.  
  

Pemeriksaan percuma dari Perundingan Perubatan Cina Tradisional (TCM) termasuklah pemeriksaan tulang belakang dan postur pemeriksaan percuma, kaki, lutut dan juga tayangan scoliosis.
Acara kemuncak karnival ini diserikan lagi dengan sesi cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah bernilai sehingga RM20,000 terutamanya buat penduduk Seremban 2 dan Seremban 2 Height yang menyertai dengan menawarkan iPhone 7 sebgai hadiah utama.


Pelbagai Acara Menarik Di Fiesta Magica IJM Land

Pihak IJM Land juga menganjurkan Pertandingan Foto iaitu ‘Magical Moment Photo Contest’ bermula 13 November sehingga 18 Disember 2016 yang menawarkan jumlah hadiah wang tunai bernilai RM3,000 untuk dimenangi. Pertandingan ini dijangka akan menggalakkan penyertaan para pengunjung dan penduduk setempat untuk menyertai pertandingan ini dengan gambar yang cantik dan kreatif.
 
Pelbagai informasi lanjut tentang Pembangunan IJM Land di Seremban 2 disediakan dan anda boleh terus mendapatkan info dengan melayari laman ini: www.seremban2.com.my



review

Dim Sum Brunch Halal di The Light Hotel, Penang

11/15/2016 10:01:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Ada sahabat Eyda yang tinggal sekitar Pulau Pinang, menyukai Dim Sum? Tapi agak sukar mendapatkan dim sum yang halal? Eyda ada jawapan bagi persoalan ini.


DIM SUM BRUNCH

Dim Sum memang mempunyai peminatnya yang tersendiri termasuklah kepada kaum India dan Melayu.  Bagi yang beragama Islam yang merupakan peminat dan penggemar dim sum, memang agak sukar untuk mendapatkan dim sum yang diyakini halal.

Oleh itu, The Light Hotel mengambil inisiatif ini dengan menawarkan Dim Sum Brunch yang halal di kafe Flavour@3 yang berada di tingkat 3, The Light Hotel.

Untuk pengetahuan, Dim Sum Brunch Promotion ini menawarkan 7 pilihan dim sum jenis stim dan 4 pilihan dim sum jenis goreng.


Menu pilihan Dim Sum
 
Deep Fried Bean Curd Prawn Roll dan Siew Mai With Crab Meat

Steamed Chicken Leg dan Steamed Chicken Wing

Crystal Prawn Dumpling, Dumpling With Crab Stick dan Siew Mai

Deep Fried Wonton, Sesame Ball With Peanut Filling dan Glutinous Rice With Oyster Sauce
 
3 sos istimewa iaitu Creamy, Pedas dan Sweet Sour


Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati beberapa menu sampingan yang lain yang ditawarkan bersama promosi ini.

Bubur Nasi
 
Nasi Goreng dan Koey Teow Goreng
 
Garden Green With Oyster Sauce

Yong Tau Fu

Salted Egg Yolk


BBQ Chicken

Black Sesame

Pandan Kaya Bun


Pelbagai Kuih Muih Melayu

Kuih Muih

Desert dan Herbal Jelly

Kwai Fa Jelly

Ma Lai Gao
 
Bubur

Hot Longan

Bahan Campuran Mee Kari

Kuah Mee Kari


Semua makanan di sini memang sedap-sedap. Rugi kalau anda tak mencuba. Jom tengok apa yang Eyda jamah pada hari tersebut.

Mee Kari

Nasi Goreng, Koey Teow Goreng dan Garden Green With Oyster Sauce

Crystal Prawn Dumpling, Siew Mai With Crab Meat dan Siew Mai

Glutinous Rice With Oyster Sauce


BBQ Chicken dan Pandan Kaya Bun

Herbal Jelly dan Desert


Memperkenalkan barisan chef yang bertanggungjawab menyediakan menu istimewa untuk Dim Sum Brunch Halal ini..

Dari kiri Chef Wong, Chef Ismail dan Chef Lau


WAKTU DAN HARGA DIM SUM BRUNCH HALAL



Brunch Dim Sum
Setiap Hari Ahad
10.30am-2.00pm
di Flavour 3

Harga
RM48nett  (Dewasa)
RM29nett (Kanak-Kanak)

* Tawaran ini sehingga penghujung Disember 2016


Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef

LOKASI THE LIGHT HOTEL



The Light Hotel (M) Sdn Bhd
Lebuh Tenggiri 2, Seberang Jaya
13700 Penang 
Telefon: +604-3821111
Website:www.thelighthotelpg.com
FB: www.facebook.com/thelighthotelpg


THE LIGHT HOTEL DAN TEAM PROJEK BLOGGER UTARA

Terima kasih banyak-banyak diucapkan kepada Cik Siti Fatimah selaku pihak The Light Hotel kerana sudi menjemput kami untuk kali ke-4 ke The Light Hotel.



Sebahagian besar team Projek Blogger Utara yang dapat meluangkan masa untuk review kali ini.



info

Fenomena Supermoon Malam Ini

11/14/2016 10:08:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Malam ini menyaksikan satu kejadian alam yang pastinya menarik perhatian ramai.. Malam ini bakal berlakunya fenomena Supermoon.




APA ITU SUPERMOON?

Supermoon ialah kejadian yang menyaksikan bulan 14% lebih besar dan 30% lebih cerah daripada biasa.

Pada malam ini juga akan menyaksikan kedudukan bulan paling dekat atau terhampir dengan bumi. Maknanya pada malam ini kita akan nampak saiz bulan lebih besar daripada biasa.

Ianya dijangka berlaku pada malam ini iaitu hari Isnin, 14 November 2016 jam 7.24 malam hingga 9.54 malam.

Jika anda terlepasnya pada malam ini, anda akan menyaksikan fenomena Supermoon ini 18 tahun akan datang. Jadi jangan ketinggalan ya.



wordless wednesday

Wordless Wednesday # 59

11/09/2016 03:08:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Sesekali menggila beli tudung, macam nih laa.. Eyda suka dengan coraknya yang cantik dan kain tudung yang lembut dan mudah untuk dibentuk nih..



Sehingga Eyda dah jadi peminat tudung bawal Kekaboo atau Kekaboolovers nih.. Jangan tak tahu, tiap kali keluar koleksi baru majoritinya koleksinya habis dibeli oleh peminatnya..



segmen & GA

Segmen PENCARIAN BLOGLIST by Murni Alysa

11/02/2016 03:47:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Sebagai menyokong segmen yang dianjurkan oleh salah seorang ahli Projek Blogger Utara, hari ini Eyda nak sertai segmen yang dianjurkan..






quote

Welcome November

11/01/2016 04:14:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Sekejap jer masa berlalu.. Dah 10 bulan kita tinggalkan di tahun 2016.

Mungkin tahun ini merupakan tahun terbaik bagi korang, mungkin juga ianya kurang baik bagi korang.. Apapun Eyda doakan moga ianya sentiasa baik-baik sahaja..


Untuk pemenang Giveaway Redmoon Clothpad, in shaa Allah minggu ini Eyda akan buat pengeposan.. Eyda memohon berbanyak kemaafan di atas kelewatan ini.. Pelbagai perkara melanda Eyda sejak akhir-akhir ini sehinggakan membataskan diri Eyda..

Eyda harap korang jangan serik-serik lagi untuk join sebarang giveaway yang Eyda akan anjurkan di masa akan datang ya..



Blog yang Diikuti