Bercuti di Lexis Suites Penang
12/06/2016 12:45:00 PM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Apa perancangan korang nak bawa anak-anak bercuti musim sekolah ini? Eyda sempat juga bawa anak-anak bercuti di awal cuti sekolah.
Eyda belek punya belek kalendar, nampaknya hanya awal cuti sekolah jer waktu yang sesuai nak bawa anak-anak bercuti.. Kebanyakkan tarikh di bulan Disember penuh dengan pelbagai hal lain, jadinya agak sibuk kalau nak merancang percutian bersama anak-anak masa tu.
Bukan apa Eyda nak bawa anak-anak bercuti.. Eyda cuma nak reward anak-anak terutamanya Izzat yang menunjukkan prestasi yang memberangsangkan untuk peperiksaan akhir tahun baru-baru ini.
LEXIS SUITES PENANG
Mula-mula masa Eyda dapat tahu mengenai hotel baru di Pulau Pinang iaitu Lexis Suites Penang nih, Eyda memang dok pasang angan-angan nak bermalam di sini sambil seronokkan hati anak-anak.
Yelah hotel ni agak mewah kan, siapa yang tak mau kena plak setiap bilik hotelnya ada kolam mandi persendirian lagi. Boleh laa anak-anak berendam puas-puas dalam kolam mandi tu. Pantang jumpa kolam, suka laa.
Lagi menambahkan niat Eyda ke sini, bila dah ramai kawan post gambar bilik hotel ni kat Facebook. Memang jeles tau bila tengok. 😂😂😂😂
Alhamdulillah dalam perancangan yang singkat, Eyda menempah bilik Executive Pool Suites di Lexis Suites Penang.
Eyda memang survey pelbagai laman web online untuk tarikh yang sama bagi hotel yang sama, kebetulan laman web Expedia menawarkan harga yang paling murah untuk tarikh pilihan Eyda.
Memandangkan sekarang merupakan cuti sekolah, harga untuk semalam bagi bilik Executive Pool Suites ini Eyda dapat hampir RM500 untuk satu malam. Jika hari biasa, harganya sekitar RM360 dan ke atas.
Nampaknya impian Eyda nak bawa anak-anak ke Lexis Suites Penang terlaksana.
EXECUTIVE POOL SUITES, LEXIS SUITES PENANG
Di Lexis Suites Penang ni ada dua pilihan bilik hotel, kita boleh pilih sama ada nak bilik Executive Pool Suites atau pun Premium Pool Suites.
Beza antaranya keduanya ialah saiz bilik, susun atur bilik dan pemandangan balkoni itu sendiri. Kalau nak jimat, ambil jer bilik Executive Pool Suites pun dah memadai. Besar dan puas hati.
Jom tengok rupa Executive Pool Suites, Lexis Suites Penang dari laman web Lexis Suites Penang dan gambar yang Eyda sempat snap semasa menginap di sana.
kredit Lexis Suites Penang |
kredit Lexis Suites Penang |
Jom tengok rupa bilik Executive Pool Suites kami.
Bilik 912 |
Dua katil king |
TV |
Sinki |
Tab mandi |
Almari |
Tandas |
Bilik Sauna |
Apapun bagi Eyda memang puas hati bermalam di sini, bukan apa Eyda tak perlu habiskan banyak masa menunggu di tepi kolam mandi untuk teman anak-anak mandi. Kat sini Eyda boleh berehat sambil menonton tv dan sesekali melayan anak-anak mandi di dalam kolam.
Cantik tau kolam mandi persendirian kat sini. Besar pula tu, memang berbaloi. Jom layan gambar-gambar yang sempat dirakamkan. Jangan muntah sudah la ya 😂😂😂
Lagi satu, anak-anak boleh mandi sehingga malam. Lampu di dalam kolam akan bernyala sehingga jam 10 malam. Tapi jika nak mandi lebih dari 10 malam boleh saja kerana ada lampu di balkoni.
Kimie sambung mandi sampai pukul 10 malam |
Teman budak kecik Kimie mandi manda |
Aktiviti anak-anak sebelum tidur |
Sebelum balik, posing-posing dulu laa kan..
KEMUDAHAN LAIN YANG ADA DI LEXIS SUITES PENANG
Sebelum balik, sempat la Eyda singgah kat tingkat 8. Rupanya banyak kemudahan yang kita boleh guna kat sini. Tapi kami singgah tengok-tengok jer.
Amboi gaya macam pro main karom. 😁😁😁 |
Izzat dan Kimie memang seronok betul la dapat bermalam kat sini, nak tau diaorang boleh tanya "kenapa ibu tempah bilik untuk satu malam jer?"
Eyda jawab, "kalau murah boleh laa ibu tempah dua malam." Tapi Eyda janji nak bawa lagi anak-anak ke sini, dengan syarat diaorang kena menyimpan seorang RM1. Cukup jer untuk tempah bilik satu malam, Eyda akan belanja lagi satu malam.
Nampaknya mulai sekarang Izzat dan Kimie termasuk Eyda kena mula menabung dari sekarang untuk ke Lexis Suites Penang lagi.
Rasanya hotel nih rasanya akan menjadi salah satu pilihan hotel untuk percutian pendek kami. Dah la dekat, berbaloi dengan harga plak tu.
22 comments
lexis suite memang best!!!!!!!!!! happy la anak2 akak dapat berendam jer kat situ..hehehe...farah nak up jugak entri celebrate anniversary kat situ hari tu..tapi tu la kena settle-kan travelog2 yang tertunggak dulu,,hehehe
ReplyDeletememang best.. anak2 laa yang paling best dapat berendam sakan kat sini..
Deleteari tu mmg nak stay sini
ReplyDeletetp mcm x berbaloi sbb xde apa pun kat teluk kumbaq tu..hujung dunia
tp budak2 mmg sonoklah dpt berendam..hihi
Eyda p pun sebab nak bagi budak-budak berendam puas-puas kat sini.. tak ada rasa nak mencari apapun..
Deleteya allah..teruja tengok..bila lah dapat eprgi
ReplyDeletememang teruju jugak masa booking tu.. best dan selesa biliknya.. nak mandi, berendam dalam kolam dengan aman bahagia pun boleh..
DeleteBesaqnya bilik.. memang puas hati lah dengan harga
ReplyDeletememang besaq bilik dia Zaf, ni kira baru ambik bilik executive, kalau ambik bilik premium lagi besar..
Deletebestnya boleh la Unni try dtg sini nnti bulan 3 ni nk fly penang
ReplyDeletememang best, boleh berehat-rehat sambil berendam sepuasnya tanpa gangguan..
Deletewow ada sauna...perggghhh...nk dok dlm sauna...nk dok dlm sauna
ReplyDeletesyok siap ada sauna gitu..
DeleteWow! This is stunning! Thanks for sharing this place! Cantik sgt & bilik dia besar!
ReplyDeletehttp://www.fatindays.com
yup memang puas hati. dapat bilik yang besar dan kemudahan cukup dalam 1 bilik.
DeleteHaritu tengok jugak Expedia pasal hotel ni tapi lepas tengok harga rasa macam tak mampu lah. Hahah. Nak duduk empat hari kalau book hotel ni memamng tak berjalan ke tempat lain lah dah. Heheh :)
ReplyDeletekalau nak berjalan sama memang tak berbaloi.. tapi kalau plan nak memerap dalam bilik sambil berendam boleh laa.. lagi pula Inani nak duduk sampai 4 hari..
Deletewoww bestnya.. berbaloi ngn harga
ReplyDeletememang best.. kena plak anak memang suka berendam dalam kolam, sesuai sangat la hotel nih..
Deleteterima kasih atas perkongsian..memang ada plan nak pegi penang tahun depan. Lexis PD dah pergi, maybe nak cuba Lexis Penang plak nnt.
ReplyDeletesama-sama.. tapi hotel nih tidaklah semewah Lexis PD, tapi memang best berada di sini..
Deletebestnyeee..bile la dpt pegi..
ReplyDeleteIn shaa Allah klu datang ke Penang, boleh jer
DeleteSudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..