Juara Pertandingan Akhir Cabaran Raja Kuah Knorr 2016

12/28/2016 08:55:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Pertandingan akhir CABARAN RAJA KUAH KNORR (RKK) 2016 diadakan pada 9 Disember 2016 iaitu sewaktu berlangsungnya MAHA 2016 di Serdang.

Pemenang dari setiap zon (Sentral, Selatan, Pantai Timur dan Utara) telah bertanding untuk memenangi gelaran RKK 2016. Pemenang dari setiap bahagian akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM15,000 dengan pakej umrah eksklusif untuk 2 orang.



Pertandingan akhir Cabaran RKK ini diadakan untuk memberikan penghargaan lebih tinggi untuk hidangan masakan berkuah Melayu yang mempunyai populariti hebat di kalangan semua rakyat Malaysia. Untuk 2016, Cabaran RKK diadakan untuk mencari hidangan kuah Melayu terbaik di Malaysia sekaligus menghargai pengendali makanan yang kreatif dalam usaha mereka memberi hidangan yang terbaik dalam salah satu hidangan kuah kari, masak kicap dan masak lemak.

Pertandingan ini telah diadakan dengan meriah sekali dan diadili oleh 4 chef iaitu, Chef Celebriti iaitu Chef Jo, Chef Profesional UFS, Chef Mohd Hadzrin Mohd Din, Blogger Makanan terkenal dan Pengasas Projek Blogger Utara, Nor Ariffin Hamzah serta Penulis Buku Resepi dan Blogger, Ruzita Idias Ismail akan menentukan pemenang-pemenang terbaik mengikut kriteria seperti kebersihan, persembahan dan citarasa.



Finalis yang bertanding pada Pertandingan Akhir Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 ini terdiri daripada :-


Raie Mahidin (Juara Zon Sentral)
Tema: Hantaran & Hidangan Perkahwinan

Mohd Salezahrin Mohd Salleh (Juara Zon Selatan)
Tema: Santapan D'Raja Sri Menanti Istana

Mohd Hilmi Mohd Alia Ahmad (Juara Zon Pantai Timur)
Tema: Warisan Kampung Knorr

Budiman Bistari Mohamed (Juara Zon Utara)
Tema: Hidangan Portluck Knorr 1 Malaysia

Juara Cabaran Raja Kuar Knorr 2016 telah dimenangi oleh Encik Budiman Bistari Mohamed dari Zon Utara yang bertemakan Hidangan Port Luck Knorr 1Malaysia yang membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM41,500. Tahniah kepada Encik Budiman. Encik Budiman, 41 merupakan pengusaha trak makanan dari Selangor.


Hidangan Port Luck Knorr 1Malaysia merupakan resepi generasi turun-temurun dari arwah datuk dengan olahan semula untuk memenuhi tema dan masa pertandingan.





Terima kasih pada juri-juri dan semua yang terlibat dalam menjayakan pertandingan akhir Cabaran RKK 2016. Cabaran RKK dijayakan bersama dengan penyertaan jenama peralatan dapur komersial Butterfly serta jenama Harmuni untuk santan dan kicap.


Tahniah pada pihak UFS atas anjuran pertandingan ini. Diharapkan pertandingan seumpama ini memberi insprasi kepada pengendali makanan untuk terus mencipta menu-menu yang kreatif dan terbaik.

You Might Also Like

5 comments

  1. Teringin nak rasa masakan juara - agak2 apa menu kat food truck beliau....?

    ReplyDelete
  2. Wahh bestnya.. mmg seronok klu dpt tengok masak2 live ni.

    Selamat Tahun Baru 2017... baru hari ni dpt bw setelah lama tak blogging btul2 ni huhu :D :)

    ReplyDelete
  3. Huhuhu... lelaki semua nyer yg masuk akhir...

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti