Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Ada yang suka bergambar dan minat dengan muzium? Di Pulau Pinang bayak menawarkan tempat sebagini.
Dark Mansion Penang ini merupakan museum yang pertama menawarkan 3D Glow In The Dark. Mesti ada yang tertanya apa istimewanya tempat ini. Jom Eyda tunjukkan apa yang menarik ada di sini.
MY TOY STORY
Memasuki ke dalam Dark Mansion, anda akan memasuki ruangan My Toy Story. Rasa macam kanak-kanak pula bila berada di sini.
Di sini kita dapat bergambar dengan lukisan 3D yang mengisahkan permainan terkenal di zaman 80-an dan 90-an. Ada jugak bermacam jenis watak kartun antaranya Jigsaw Puzzle, Super Mario Bros,Tamagotchi, Army Men, Snakes and Ladders, Lego, Table Football, Barbie Doll dan banyak lagi.
TROPICAL PANDORA
Sampai saja di sini, anda akan merasai seperti berada di dalam hutan atau rimba yang mempunyai pelbagai warna warni. Bergambar di satu tempat anda boleh merasai 3 suasana yang berlainan kerana effect lampu yang ada di situ.
Kalau boleh bawa rakan bergambar kat sini, baru mudah nak posing kan. Jom tengok salah satu aksi yang sama dengan effect lampu yang berlainan.
STAR & MOONLIGHT
Kat sini korang boleh posing ala-ala buat filem Star Wars.. Hehehe.. Nak dating hingga ke bulan pun boleh.. Acah-acah dok kat bulan sambil menikmati kecantikan bintang.
INFINITY ROOM
Bergelap bila berposing di sini, tapi best..
ROXANNE
Sebelum balik, jom acah-acah ke The Butterfly Fairy. Rasa macam kanak-kanak jap di sini. Apapun menarik bila bergambar di sini.
TERIMA KASIH DARK MANSION PENANG
Terima kasih buat Dark Mansion kerana sudi menjemput team Projek Blogger Utara ke sini. Tempat ini memang sesuai untuk yang sukakan bergambar. Ada kelainan berbanding muzium art dan sebgainya yang lain.
LOKASI DAN WAKTU PERNIAGAAN
Facebook : Dark Mansion
Website : www.darkmansionpenang.com