Selamat Tahun Baru 2017

1/03/2017 11:33:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah masih dipanjangkan umur Eyda ke tahun 2017 ini.


Hari ini merupakan hari ke 3 kita di tahun 2017. Bagi pelajar di negeri selain Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor baru memulakan sesi persekolahan pada hari ini.

Bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor sudah memasuki hari ketiga persekolahan pada hari ini kecuali kawasan yang dilanda banjir di Terengganu dan Kelantan.

kredit Mr.Google

Biasanya bila masuk ke tahun baru, pastinya azam yang menjadi perkara pertama yang hangat diperkatakan. Eyda pada tahun ini ingin menjadi insan yang lebih baik dari tahun yang sebelumnya. Lagi satu Eyda ingin meneruskan minat untuk memasuki pelbagai acara larian yang ada di kawasan berhampiran dengan Eyda.

Bila diri dah terjebak dengan aktiviti sihat ni, tangan asyik nak godek di mana acara seterusnya akan berlangsung.

Apapun, Eyda akan memastikan kesesuaian aktiviti tersebut dengan jadual diri Eyda dan juga keluarga. Fuhh, kali ini Eyda nak buat persediaan awal sebelum menyertai mana-mana acara larian yang Eyda daftar.

Okey, korang ada apa-apa azam atau keinginan untuk dilakukan pada tahun ini? Kalau tak keberatan share laa dengan Eyda.

Mana tau Eyda pun akan terjebak sama dengan azam korang tu. Hehehe..


You Might Also Like

7 comments

  1. Saya tak ada azam tahun baru lah eyda. Azam tu mengarut je. Apa yg kita mahu kita berusaha, buat dgn tekun dan kerap berdoa. Ada juga yg buat azam untuk kurus tapi bila hujung tahun bentuk macam tu jugak. Jadi mana azam dia

    Happy new year.

    ReplyDelete
  2. Saya tak ada azam tahun baru lah edya.
    Apa yg saya hajatkan itu yg saya lakukan bersungguh sungguh berserta doa.

    Harap2 azam eyda tercapai.

    ReplyDelete
  3. Tak terlambat lagi untuk wish selamat tahun baru kan? :) Selamat tahun baru eyda :)

    ReplyDelete
  4. Semoga tercapai apa2 yg dihajati...

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti