keputusan giveaway

Jawapan Uji Minda | Math Challenge

2/20/2017 10:02:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Minggu lepas, Eyda ada bagi soalan secara spontan kan. Hari ini Eyda nak berikan jawapan bagi soalan tersebut beserta jalan kiraan sekali.



JAWAPAN UJI MINDA | MATH CHALLENGE

3 + 3 + 3 = 9

3 + 2(2) = 7

2 - 1 = 1

4 + (3 x 2) = 10


PEMENANG UJI MINDA | MATH CHALLENGE

Tahniah kepada yang berjaya meneka jawapan yang betul. Memandang tidak ramai yang meneka dengan betul, jadinya Eyda dengan baik hati ingin memberi hadiah kepada peneka yang tepat.





SILA TINGGALKAN MAKLUMAT INI DI RUANGAN KOMEN

Nama
Alamat
Nombor Telefon
Nombor Akaun Bank

(Maklumat peribadi ini tidak akan disiarkan)


uji minda

Uji Minda | Math Challenge

2/15/2017 09:04:00 AM


Assamualaikum dan selamat sejahtera semua. Pagi-pagi lagi dah kena uji minda dengan kawan-kawan sekolah dalam group whatsapp.

Jom uji minda di pagi hari dengan menjawab soalan ini. Moga ada yang dapat jawapan yang tepat ya. Eyda pun hampir tersalah jawab, tapi dapat juga jawapannya.




Siapa yang nak jawab, Eyda buka peluang jawab di ruang komen ya. Lagi bagus kalau ada yang dapat berikan jalan kerja untuk mendapatkan jawapan tu. Manalah tahu, ada hadiah misteri menanti peneka terpantas dan dengan jalan kerja yang lengkap.


hadiah

Sourvenir daripada Jari Manis

2/14/2017 11:40:00 AM


Siapa kat sini suka dapat sourvenir? Eyda memang suka, terutamanya kalau dapat menambah koleksi fridge magnet yang pelbagai bentuk dan unik. Sourvenir biasanya kita dibeli buat keluarga dan kawan bila berkunjung ke suatu tempat sebagai tanda kenang kenangan dan ingatan kita kan.

Kali nih Eyda dapat sourvenir dari rakan blogger yang suka melancong. Mesti ramai yang kenal kan dengan sis Jari Manis atau lebih dikenali sebagai sis JM. Dulu Eyda kerap juga dapat sourvenir daripadanya. Bila dah lama tak dapat nih rasa teruja lebih pula.



Terima kasih sis JM sudi berikan fridge magnet Shanghai dan keychain Hatyai. Cantik dan ianya telah berada di bersama koleksi fridge magnet Eyda yang lain.

Walaupun Eyda tak pernah jejakkan kaki kedua-dua tempat dan negara tersebut. Ingatan rakan blogger memberikan sourvenir sebagai buah tangan dari sana pun dah terasa diri seperti dah sampai ke sana.

Bagi yang ingin berkenalan dan singgah ke blognya meh singgah SINI.




makan

Ubi Kemili

2/12/2017 04:31:00 PM


Siapa yang tahu dan kenal rupa ubi kemili? Siapa pula yang suka makan ubi kemili?

Kalau yang tak tahu rupanya, meh Eyda belanja gambar ubi kemili yang dah direbus.



Minggu lepas, Eyda sempat menjamah ubi kemili nih di pejabat. Lama benar Eyda tak makan ubi kemili. Sedap tau ubi kemili nih, kalau dah mula makan, fuh susah betul nak berhenti.

Ubi kemili nih sebenarnya dibawa oleh rakan pejabat dan direbus oleh kak cleaner. Rajin betul laa diaorang, sekurang-kurangnya dapat juga Eyda menjamah ubi nih kan.

Kalau ikutkan Eyda tak rasa nak buat pun sebarang entri hari ni. Tapi bila terpandangkan gambar nih dok dalam galeri handphone, terus mencetuskan idea untuk menulis. Dapat juga kikis mood malas menulis entri.

Okey lah, Eyda nak sambung rehat. Selamat berhujung minggu bagi yang bercuti hari ini dan selamat bertugas bagi yang bekerja.



Eyda

I'm Back

2/06/2017 11:47:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Rindunya nak berceloteh kat sini, banyak cerita dok dalam draf dan tidak ketinggalan belum sempat siap.


Banyak sangat perkara yang berlaku kebelakangan nih dalam kehidupan Eyda. Tidak ketinggalan internet down teruk bila memasuki tahun 2017. Fuhh semuanya itu merupakan dugaan di tahun baru. Dalam sebulan yang baru berlalu, banyak perkara suka dan duka yang Eyda tempuhi. Tidak ketinggalan hari ini atau minggu ini Eyda akan dikejutkan dengan berita yang agak mencabar diri dan emosi.

Entri ini Eyda taipkan di sini dan hari ini sebagai penguat semangat untuk Eyda menulis sambil ingin buangkan rasa tak happy yang bakal Eyda terima.

Apapun jom tinggalkan cerita bab sedih. Kalau boleh, hari ini nak bergembira suka suki jer. Buangkan rasa sedih dan tak best jauh-jauh. Tak gitu?

Apa cerita korang hari ini? Adakah cerita suka atau cerita duka? Ada yang ingin berkongsi? Meh la komen kat bawah nih, kalau boleh nak cerita yang best dan happy jer.


Blog yang Diikuti