Perasmian Pameran Artifak Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A

3/30/2017 05:13:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Pada 27 Mac 2017 yang lalu, Pameran Artifak Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A telah pun dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Diraja Ahmad Bashah bin Md. Hanipah, Menteri Besar Kedah.

Pameran Artifak Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A ini berlangsung dari 20 Mac hingga 19 April 2017 dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.





Yang Amat Berhormat Dato' Seri Diraja Ahmad Bashah bin Md. Hanipah, Menteri Besar Kedah berbesar hati menandatangani buku pelawat Muzium Negeri Kedah.


Beliau turut meluangkan masa untuk melawat Pameran Artifak Rasulullah S.A.W & Para Sahabat R.A yang diadakan.


Pameran Artifak Rasulullah S.A.W & Para Sahabat R.A kini dipamerkan di Muzium Negeri Kedah di atas usahasama Kerajaan Negeri Kedah, Lembaga Muzium Negeri Kedah dan Dragon Heart Sdn. Bhd.

Pameran ini telah memberi peluang kepada para pengunjung untuk melihat dengan lebih jelas artifak-artifak peninggalan baginda Rasulullah S.A.W dan para sahabat.

Sebanyak 27 artifak dipamerkan termasuklah Rambut Rasulullah S.A.W, Penutup Makam Rasulullah S.A.W, Tapak Kaki Rasulullah S.A.W, Tanah Makam Rasulullah S.A.W, Cop Mohor Rasulullah S.A.W, Serban Rasulullah S.A.W, Tongkat Rasulullah S.A.W, Busur (panah) Rasulullah S.A.W dan pedang-pedang Sahabat Khalid Ibni Al Walid, Umar Al Aas, Saidina Hamzah dan Mu'adz bin Jabal.

Capal Rasulullah S.A.W

Cop Mohor Rasulullah S.A.W

Serban Rasulullah S.A.W

Tapak Kaki Rasulullah S.A.W

Tanah Makam Rasulullah S.A.W
 
Artifak lain yang ada di sini seperti Kiswah Dalam Kaabah, Kunci Kaabah, Al-Quran Emas Kerajaan Uthmani, Jam Matahari, Batu Tertera Ayat Al-Quran dari Masjid Kubaa.

Al-Quran Emas Kerajaan Uthmani

Batu Tertera Ayat Al-Quran dari Masjid Kubaa


Alhamdulillah setelah 10 hari Pameran Artifak Rasulullah S.A.W & Para Sahabat R.A ini berlangsung di Muzium Negeri Kedah, kini telah pun mencecah 16 ribu pengunjung.

Pengunjung bertuah yang ke 16,000

Antara blogger yang hadir untuk majlis Perasmian Pameran Artifak Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A



Bagi yang ingin berkunjung ke Pameran Artifak Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A ini anda boleh membeli tiket secara atas talian (online) di www.tamadunislam.com

20 Mac 2017 hingga 19 April 2017
Setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam
(Jumaat pameran ditutup dari 12.00 tengahari - 3.00 petang)

Harga tiket adalah seperti berikut

* Dewasa - RM 20.00 seorang
* Pelajar - RM 10.00 seorang
* Warga Emas - RM 10.00 seorang
* OKU - RM 10.00 seorang
* Kanak-kanak 6 tahun ke atas - RM 10.00 seorang
* Kanak-kanak bawah 6 tahun - Percuma

Website : http://www.tamadunislam.com
Fanpage : https://www.facebook.com/pameranartifak
Instagram : http://www.instagram.com/pameranartifak
Twitter : http://www.twitter.com/PameranArtifak





Jom ramai-ramai kita berkunjung ke Muzium Negeri Kedah.




You Might Also Like

9 comments

  1. alhamdulilah dpt gak tgk masa 1st day hari tu..en. shumi pun teruja..budak2 tu lagilah byk soklan tanya haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, Eyda pula dah 2 kali ke sana. anak-anak pun teruja, banyak juga soalannya.

      Delete
  2. Replies
    1. betul tu ZF. bukan mudah tengok barangan asli milik Rasulullah S.A.W dan Sahabat R.A nih. sementara ianya dipamerkan berdekatan kita, baik kita ambil peluang ini untuk menatapnya dari dekat.

      Delete
  3. Alhamdulilah dah berpeluang jugak pergi ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kira, kita berpelaung ke sana untuk melihat dari dekat semua barangan ini.

      Delete
  4. Subhanallah walhamdulillah... selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah saw.

    ReplyDelete
  5. Terasa rugi sangat tak dapat peluang g pameran ni.. :(

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti