info

Apa Itu Vehicle Actuated?

4/27/2017 01:03:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua? Dah makan tengahari? Eyda baru nak keluar makan. Tapi sebelum itu, Eyda nak kongsi ilmu yang Eyda sendiri baru tahu.

Mungkin ada yang dah tahu, mungkin juga ada yang macam Eyda baru tahu. Nampak kan tajuk Eyda tu? Itulah yang ingin Eyda kongsikan hari ini.

Baru-baru ini masa Eyda tengok wall Facebook Eyda, ada perkongsian mengenai Vehicle Actuated tu? Mesti kedengaran pelik kan. Tapi itu ilmu baru buat para pemandu macam Eyda. Jadi lepas nih, kita akan lebih tahu kenapa dan mengapa itu dan begitu.


VEHICLE ACTUATED 



Vehicle Actuated ini bermaksud kawalan pra ditetapkan masa yang terdiri daripada satu siri selang yang tetap dalam tempoh. Ia akan mengulangi kitaran berterusan pratetap. Berbeza dengan pra ditetapkan masa isyarat, isyarat yang digerakkan mempunyai keupayaan untuk bertindak balas kepada kehadiran kenderaan atau pejalan kaki di persimpangan.

Vehicle Actuated digunakan untuk mengurangkan masa menunggu lampu isyarat di setiap lorong yang ada lampu isyarat untuk ianya bertukar hijau terutamanya waktu kurang sibuk, lewat malam atau awal pagi.



Vehicle Actuated ini berfungsi sebagai sensor yang memberi isyarat kepada lampu isyarat akan kehadiran kenderaan dari arah tersebut. Oleh itu, lampu isyarat akan mengikut kitaran giliran dan kenderaan dari arah tersebut dapat keluar. Jika tidak, lampu isyarat akan melangkau kitaran giliran dari arah yang tiada kenderaan.

Contoh sensor yang ada di Malaysia

Kalau kenderaan kita terutamanya tayar kenderaan kita tidak mengenai sensor tersebut, mungkin anda terpaksa menunggu untuk tempoh yang lama kerana lampu isyarat akan sentiasa menunjukkan warna merah. Jarak sensor ini dengan garisan putih di hadapan adalah sekitar 3 - 4 kaki.





Bila membaca sedikit maksud dan cara ianya berfungsi, barulah Eyda tahu akan kejadian yang berlaku pada pagi hari ketika dalam perjalanan ke pejabat. Eyda terpaksa tunggu 3 kali pusingan lampu isyarat baru dapat keluar dari persimpangan lampu isyarat. Rupanya lampu isyarat tidak menerima sebarang sensor akan kehadiran kenderaan dari arah jalan tersebut.

Bayangkan keadaan yang sememangnya lambat ke pejabat, banyak kereta bersusun di persimpangan tersebut. Menambahkan tekanan di pagi hari.

Betulkan Eyda sekiranya rumusan hasil pembacaan dan perkongsian Eyda ini mempunyai kesalahan dari segi fakta. Eyda cuba tulis secara ayat ringkas dan mudah difahami.



Sumber diolah dari google dan facebook


berjalan

BM Tok' Kun Hill Challenge 2017

4/18/2017 09:58:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hari ni nak throwback mengenai larian Eyda pada tahun 2017 nih. Eyda mulakan cerita larian pertama pada tahun ini ya.

Eyda bermula aktiviti larian tahun 2017 ni pada bulan Februari. Padahal ada banyak larian di bulan Januari, puncanya Eyda masih tak tahu tempat nak rujuk untuk daftar dan sertai semua larian itu. Makanya agak terlambat untuk Eyda daftar larian pada tahun ini.

Tapi bila dah tau tempat rujukan segala bagai untuk cari acara larian yang akan diadakan. Makin rajin tangan nih mendaftar.

Hasilnya sehingga kini dah mencecah 8 larian yang didaftarkan. Dah 6 koleksi medal tergantung di rumah. Tu pun masih ada lagi beberapa larian yang belum didaftarkan.

Permulaan aktiviti Eyda pada tahun ini, lebih kepada hiking. Eyda nih mana la pernah mendaki, tapi Eyda terima ianya sebagai cabaran buat diri Eyda.



Alhamdulillah Eyda berjaya menamatkan larian / jalan atau lebih kepada hiking nih dengan baik walaupun selepas itu kaki Eyda sakit sepanjang hari.



Acara ini menampilkan kelainan sedikit kerana setiap peserta akan menerima medal masing-masing di puncak sebelum turun mendapatkan sijil penyertaan di kaki bukit.



Bila lakukan aktiviti ini lebih kepada seorang memang cabarannya agak kuat dalam menamatkan acara. Tapi mental memang kena kuat dalam meneruskan acara sehingga ke garisan penamat. Yelah, hiking memang memerlukan stamina dan kekuatan fizikal yang lebih berbanding larian dan berjalan.


Bagi Eyda dengan enjoy dengan pemandangan yang ada, ianya adalah penguat semangat untuk sampai ke atas dan turun dengan baik.Nikmatilah pemandangan yang ada, sempat juga swafoto di papan tanda 1 km terakhir.

 
Tapi Eyda nasihatkan kepada yang baru memulakan aktiviti sebegini agar lakukan aktiviti ini bersama rakan, sebabnya korang akan lebih bersemangat untuk meneruskan acara ini sehingga tamat. 


Bagi Eyda, bila dapat pegang medal dan sijil nih merupakan terapi minda untuk sertai lebih banyak aktiviti sebegini. Seronok bila dapat tengok medal bergantungan di dinding bilik.

Untuk pertama kalinya, Eyda gunakan aplikasi Runkeeper untuk menyimpan rekod data segala hiking, larian atau berjalan. Ini mudah untuk Eyda memantau prestasi Eyda disamping mengetahui berapa banyak kalori yang dapat dibakar untuk sesuatu aktiviti yang dijalankan.

Inilah rekod masa yang Eyda capai untuk hiking pertama

Sekarang nih, kaki mula gigil nak hiking. Harapnya dapat hiking dengan kawan-kawan.


info

Pembayaran Secara Elektronik di Semua Plaza Tol PLUS

4/17/2017 04:20:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Kepada pemandu yang sering memandu menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) perlulah mempunyai kad Touch N Go, PLUSMiles atau SmartTag dengan segera.


Ini kerana mulai 26 April ini, semua plaza tol di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) akan beroperasi pembayaran secara elektronik 100%. Maknanya tiada lagi plaza tol yang menggunakan pembayaran tunai seperti sebelumnya di plaza Tol Juru sehingga ke Skudai yang masih menggunakan pembayaran secara tunai.



PELAKSANAAN TRANSAKSI TOL SECARA ELEKTRONIK SEPENUHNYA DI LEBUH RAYA PLUS MULAI 26 APRIL:

PLUS NASIHAT DAPATKAN KAD ELEKTRONIK SECEPAT MUNGKIN

Bermula 26 April yang akan datang, semua transaksi tol di semua lebuh raya kendalian PLUS akan dikendalikan secara 100 peratus elektronik. Bermula pada tarikh tersebut, tiada lagi transaksi tol secara tunai akan dikendalikan dan orang ramai perlu membayar tol menggunakan kad PLUSMiles, kad Touch 'n Go ataupun SmartTAG.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata, "Pelaksanaan fasa terakhir inisiatif tersebut pada 26 April yang akan datang melibatkan 71 buah lagi plaza tol di antara Juru hingga Skudai. Dengan pelaksanaan ini, semua plaza tol di semua lebuh raya kendalian PLUS akan beroperasi secara elektronik sepenuhnya. Sebelum ini, inisiatif yang sama telah dilaksanakan secara berperingkat di beberapa laluan lebuh raya sejak tahun 2008."

Berdasarkan rekod PLUS, kira-kira 94 peratus pengguna yang menggunakan laluan Lebuhraya Utara-Selatan di antara Juru dan Skudai telahpun menggunakan sistem pembayaran tol secara elektronik pada ketika ini.

"Justeru itu, kami menasihatkan orang ramai yang masih belum berbuat demikian supaya mendapatkan kad PLUSMiles atau kad Touch 'n Go di mana-mana Pusat Khidmat Pelanggan PLUS di sepanjang lebuh raya sebelum 26 April ini," kata Azman.

Menurut Azman, pembayaran tol menggunakan sistem elektronik adalah jauh lebih pantas dan lebih selesa berbanding pembayaran secara tunai.

"Lorong SmartTAG mampu mengendalikan 1,000 transaksi dalam tempoh satu jam manakala Lorong Touch 'n Go pula boleh mengendalikan 600 transaksi dalam tempoh yang sama. Lorong Tunai (Keluar) pula hanya mampu mengendalikan 180 transaksi sahaja dalam masa satu jam," jelas beliau.

Tambah Azman, "Pada masa yang sama, kami juga secara agresif dan mengambil pelbagai langkah untuk membendung dan mengelak kejadian gangguan terhadap sistem elektronik sepertimana yang pernah berlaku sebelum ini."

Sementara itu, pengguna lebuh raya PLUS rata-rata menyokong pelaksanaan inisiatif ini.

Mohd Akhib Mohd Hashim dari Alor Setar, Kedah menyifatkan langkah ini dapat melancarkan lagi urusan pembayaran tol di plaza-plaza tol.

"Sebagai salah seorang pengguna sistem elektronik, saya tidak perlu lagi beratur panjang ketika membayar tol. Sistem elektronik menjimatkan masa perjalanan saya. Saya juga berharap PLUS membuka lebih banyak lorong SmartTAG di plaza-plaza tol," katanya.

Isma Suhaila Ismail dari Ayer Keroh, Melaka pula menganggap pelaksanaan sistem elektronik sepenuhnya dapat mengatasi masalah kesesakan di Plaza Tol Ayer Keroh pada hujung minggu dan musim cuti.

"Pelaksanaan sistem elektronik itu juga mampu mengatasi kesesakan yang sering berlaku di Ayer Keroh, iaitu pintu masuk utama ke Melaka dari lebuh raya," kata beliau.



kfc

Bucket Berganda KFC

4/14/2017 04:01:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Dah makan? Mesti dah kenyang kan. Eyda dan anak-anak hari nih makan KFC set Bucket Berganda, Bucket A Combo yang sesuai untuk 3-4 orang. Rasanya set baru. Sebelum nih bucket jimat kalau tak salah Eyda.


 
Rancangan asalnya nak beli set bucket jimat yang ada 5 ketul ayam, 1 kentang putar, cheezy wedges dan 2 minuman berkarbonat tu. Tapi bila dah tak ada, Eyda pilih set Bucket Berganda jelah. Sedap dan berbaloi dengan harga.

Bucket Berganda ini ada dalam 3 pilihan iaitu Kombo Bucket A, Kombo Bucket B dan Kombo Bucket C.




Kombo Bucket A (untuk 3-4 orang)
Hanya dari RM37.90

5 Ketul Ayam
6 Keping Crispy Tenders
Smokey BBQ Winders
1 Cheezy Sauce
3 Minuman Berkarbonat (R)




 
Kombo Bucket B (untuk 5-6 orang)
Hanya dari RM57.90

9 Ketul Ayam
6 Keping Crispy Tenders
Smokey BBQ Winders
1 Cheezy Sauce
1 Pepsi (1.5 L)



 


Kombo Bucket C (untuk 8-9 orang)
Hanya dari RM79.90

15 Ketul Ayam
6 Keping Crispy Tenders
Smokey BBQ Winders
1 Cheezy Sauce
1 Pepsi (1.5 L)


Dah kami bertiga jer nak makan, set Bucket Berganda Kombo Bucket A nih pun dah mencukupi.


6 Keping Crispy Tenders
Smokey BBQ Winders

Gambar Crispy Tenders dan Smokey BBQ Winders nih jer yang sempat Eyda snap memandangkan anak-anak dah lapar. Makan sampai licin dalam kereta jer semua nih. Nampak sangat lapar kan.

Cubalah sedap Crispy Tenders dan Smokey BBQ Winders tuh.



larian

I Love Penang Run Seberang Perai 2017

4/12/2017 10:01:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah Eyda sekali lagi berjaya menyertai aktiviti sihat iaitu larian. Rasanya dah 4 minggu direct Eyda sertai larian.

Sebenarnya pada 12  Mac 2017 yang lalu telah pun diadakan larian I Love Penang tapi masa tu ianya diadakan di bahagian pulau. Eyda pula rasa terlalu banyak larian Eyda daftar, jadinya minggu tu rasa nak rehat dan tak daftar sebarang larian.

Selepas tamatnya larian I Love Penang, Eyda dapat info kali ini ianya akan diadakan di sebelah Seberang Perai pula iaitu pada 9 April 2017. Memandangkan tarikh tu tak ada apa-apa aktiviti, makanya Eyda terus daftarkan diri. Baju pun nampak cantik, warna hitam gitu. Yang kat pulau sebelumnya warna putih.

Pamplet I Love Penang Run Seberang

Tengok sikit baju Eyda. Semua yang daftar akan menerima sehelai t-shirt dan wristband.


Wristband ini perlu dipakai oleh semua peserta sebagai ganti kepada nombor bib. Masa sampai ke garisan penamat wristband ini akan diambil dan medal akan diberikan kepada peserta yang berjaya sampai ke garisan penamat.


Pendaftaran peserta larian I Love Penang - Seberang Perai 2017 kali ini adalah seramai 16,023 orang. Tapi seramai 15,942 orang telah hadir menjayakan larian I Love Penang Seberang Perai 2017. Fuhh memang ramai, penuh orang kat padang Dewan Dato' Haji Ahmad Badawi, Butterworth pagi tu.

Ketua Menteri Pulau Pinang menerima sijil daripada pihak The Book of Records
 
Untuk pengetahuan, ianya telah dicatatkan didalam buku The Malaysia Book Of Records sebagai pemegang rekod Malaysia iaitu LARGEST PARTICIPATION IN A FUN RUN EVENT

Rasa bangga pula Eyda sebab menjadi salah seorang peserta yang menyumbang untuk dicatatkan di dalam The Malaysia Book Of Records.

Eyda rasa sebab harga pendaftaran yang berpatutan menyebabkan ramai yang mendaftar untuk sertai larian ini. Lagipun banyak kemudahan kepada peserta disediakan oleh penganjur.


Eyda dan kawan Eyda naik Free Shuttle Bus untuk ke lokasi larian. Memandangkan Eyda sampai lewat, pastinya sukar nak mencari parking yang hampir ke lokasi larian. Apa lagi Eyda guna jer perkhidmatan yang ada. Senang dan mudah konsepnya.

Okeylah jom tengok betapa meriahnya larian I Love Penang Run Seberang Perai 2017 nih. Muka Eyda sendiri ler yang ada, hehehe..

Mula kat sini ya

Sahabat yang kenal ketika baru terjebak dalam larian. Thanks Miza.

Inilah trek laluan larian I Love Penang Seberang Perai 2017.


Gambar kredit FB I Love Penang - Seberang

Larian kali ini juga Eyda dapat memperbaiki tempoh masa larian berbanding larian yang sebelumnya. Rupanya orang yang ramai nih sedikit sebanyak membantu Eyda untuk memperbaiki rekod masa sehingga mencatatkan masa yang terbaik. 


Dah habis larian, apa lagi masa untuk swafoto dan posing.


 





Sebagai penghargaan, semua peserta diberikan e-certificate. Sila download e-certificate I Love Penang Run Seberang Perai 2017 anda sendiri dengan memasukkan nombor kad pengenalan bagi yang berdaftar ya.
 
Sijil Penyertaan Eyda

Memandangkan selepas Eyda post gambar larian I Love Penang Run Seberang Perai 2017 di dalam Facebook dan Instagram, ada yang komen, PM kat FB Eyda dan tidak kurang juga yang DM Eyda bertanya mengenai rujukan Eyda join larian bagai nih.

Sebenarnya sekarang, majoriti Eyda banyak rujuk dengan blog Runnerific nih. Di dalam blog ini penuh dengan senarai larian yang ada di dalam Malaysia. Korang pilihlah larian mana yang menjadi idaman kalbu.

Bukan itu saja, boleh juga singgah ke laman web Howei nih. Larian mana yang menggunakan howei untuk urusan pandaftaran secara online, pasti akan ada di dalam web ini.

Kalau nak tengok senarai larian di Pulau Pinang jer boleh rujuk FB group Jom P Lari ...Harap info Eyda ini dapat membantu sesiapa yang ingin sertai larian untuk sihat.



info

Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara

4/06/2017 09:58:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Ehh Pusat Sains Negara di utara? Ya, kalau dengar macam tak percaya, hakikatnya ia memang wujud di utara.

Eyda pun baru tahu mengenai Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara ini daripada sahabat Eyda yang tinggal di Alor Setar. Bila tengok gambar keluarga dia, terdetik rasa teruja nak bawa anak-anak ke sana.

Eyda ada google mengenai Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara nih, kalau ikutkan ianya telah dibuka pada bulan Mac 2010. Kini ianya telah beroperasi selama 7 tahun. Lamanya, tapi baru sekarang Eyda sedar akan kewujudannya. Ketinggalan kan. Tapi jangan tak tahu masih ada yang belum tahu mengenainya.

Okey la, sambung cerita Eyda. Niat di hati nak bawa anak-anak ketika sertai Alor Setar Chocolate Run 2017 yang lalu, tapi hancur sebabnya ia ditutup setiap hari Jumaat. Jadinya masa singgah ke Alor Setar masa tu hanya mampu ke Muzium Padi saja.

Alhamdulillah baru-baru ini Eyda berkesempatan membawa anak-anak ke Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara masa Eyda rancang bawa anak-anak ke Pameran Artifak Rasulullah S.A.W dan Sahabat R.A.



Dalam perjalanan ke sana, Eyda singgah ke Laksa Zakaria Teluk Kechai untuk makan tengahari. Minggu sebelumnya ada sahabat blog layur gambar laksa dia. Haishh mengundang rasa jer nak singgah. Hehehe.

Dah selamat menjamu selera, kami terus ke Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara sebab ianya ditutup jam 5.00 petang, sedangkan Eyda jam ketika itu dah 2.30 petang.

Sampai jer di Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara, korang kena tulis nama dan bilangan ahli keluarga yang masuk di kaunter pengawal berdekatan bangunan ini. Maknanya masuk percuma ya.


Bila jejak kaki ke dalam Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara, wow banyak betul barangan yang boleh kita belajar, lihat dan cuba. Kalau nak tau, 2 jam kat dalam tu rasa macam tak cukup.

Tak percaya, jom tengok antara gambar-gambar dan video yang sempat Eyda rakamkan semasa berada di situ.

Basikal Dinamo

Tali Menari

Kecapi Udara

Kecapi Udara

Heat VS Colour

Sejarah Jam Matahari

Wave Power

Solar Comparison

Berat Badan Ikut Planet

Rumah Hijau

Teorem Pythagoras

Slot Parabolit

Masuk Benang Dalam Jarum

Hutan Ajaib

Cermin Pendek

Gempa Bumi

Kelikatan

Ketumpatan Tulang




Basikal Kabel

Jom tengok Kimie naik basikal kabel nih. Basikal kabel ini boleh menampung beban sehingga 100kg. Kiranya orang dewasa pun boleh naik juga ya.



Perkarangan Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara.



LOKASI DAN WAKTU URUSAN

Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara (PSNCWU)
Pusat Sains Negara
Cawangan Wilayah Utara
Gunung Keriang
06500 Alor Setar, Kedah
Tel : +604-720 7700
Fax : +604-720 7701
Emel : webmaster@psn.gov.my

Koordinat GPS: N 6° 11′ 27.7″, E 100° 19′ 29.4″

Dibuka setiap hari Sabtu - Khamis
Jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Tutup setiap hari Jumaat.





Kalau singgah ke Alor Setar tu apa kata singgah ke sini, dapat juga jadi kreatif dan belajar sesuatu berkaitan dengan sains.



Blog yang Diikuti