Apa Itu Vehicle Actuated?
4/27/2017 01:03:00 PM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua? Dah makan tengahari? Eyda baru nak keluar makan. Tapi sebelum itu, Eyda nak kongsi ilmu yang Eyda sendiri baru tahu.
Mungkin ada yang dah tahu, mungkin juga ada yang macam Eyda baru tahu. Nampak kan tajuk Eyda tu? Itulah yang ingin Eyda kongsikan hari ini.
Baru-baru ini masa Eyda tengok wall Facebook Eyda, ada perkongsian mengenai Vehicle Actuated tu? Mesti kedengaran pelik kan. Tapi itu ilmu baru buat para pemandu macam Eyda. Jadi lepas nih, kita akan lebih tahu kenapa dan mengapa itu dan begitu.
VEHICLE ACTUATED
Vehicle Actuated ini bermaksud kawalan pra ditetapkan masa yang terdiri daripada satu siri selang yang tetap dalam tempoh. Ia akan mengulangi kitaran berterusan pratetap. Berbeza dengan pra ditetapkan masa isyarat, isyarat yang digerakkan mempunyai keupayaan untuk bertindak balas kepada kehadiran kenderaan atau pejalan kaki di persimpangan.
Vehicle Actuated digunakan untuk mengurangkan masa menunggu lampu isyarat di setiap lorong yang ada lampu isyarat untuk ianya bertukar hijau terutamanya waktu kurang sibuk, lewat malam atau awal pagi.
Vehicle Actuated ini berfungsi sebagai sensor yang memberi isyarat kepada lampu isyarat akan kehadiran kenderaan dari arah tersebut. Oleh itu, lampu isyarat akan mengikut kitaran giliran dan kenderaan dari arah tersebut dapat keluar. Jika tidak, lampu isyarat akan melangkau kitaran giliran dari arah yang tiada kenderaan.
Contoh sensor yang ada di Malaysia |
Kalau kenderaan kita terutamanya tayar kenderaan kita tidak mengenai sensor tersebut, mungkin anda terpaksa menunggu untuk tempoh yang lama kerana lampu isyarat akan sentiasa menunjukkan warna merah. Jarak sensor ini dengan garisan putih di hadapan adalah sekitar 3 - 4 kaki.
Bila membaca sedikit maksud dan cara ianya berfungsi, barulah Eyda tahu akan kejadian yang berlaku pada pagi hari ketika dalam perjalanan ke pejabat. Eyda terpaksa tunggu 3 kali pusingan lampu isyarat baru dapat keluar dari persimpangan lampu isyarat. Rupanya lampu isyarat tidak menerima sebarang sensor akan kehadiran kenderaan dari arah jalan tersebut.
Bayangkan keadaan yang sememangnya lambat ke pejabat, banyak kereta bersusun di persimpangan tersebut. Menambahkan tekanan di pagi hari.
Betulkan Eyda sekiranya rumusan hasil pembacaan dan perkongsian Eyda ini mempunyai kesalahan dari segi fakta. Eyda cuba tulis secara ayat ringkas dan mudah difahami.
Sumber diolah dari google dan facebook
10 comments
kita tau tp xtau dlm bahasa omputeh tu...hihihi...tq info na
ReplyDeletebarutau pasal sensor nii,,
ReplyDeleteSaya tengok video tu. Tapi tak nampat kelainannya..
ReplyDeleteSaya pun baru tau... mmg ada tempat yg saya nampak ada bekas line mcm tu kat trafic light, tapi ingatkan tiada fungsi mcm ni. Thanks sharing Ieda :)
ReplyDeletebagus info nih
ReplyDeleteterima kasih atas pengkongsian kak eyda
ReplyDeleteBaru tahu pasal ni.. tapi belum pernah nampak lagi line sensor tu.. mmm.. nanti cari..hehe
ReplyDeletelama tak jengah rumah Kak Eyda :) rinduuuu :D
ReplyDeletetak perasan lak tanda mcm tu
ReplyDeletenti boleh tgk haha
arwah abah alia ada ajaq dulu..kalau malam2 esp tgh mlm..sebelum smp trafic light tu wat lampu hi beam skit utk bg cepat lampu hijau jlan belah kita
ReplyDeleteSudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..