BM Tok' Kun Hill Challenge 2017
4/18/2017 09:58:00 AM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hari ni nak throwback mengenai larian Eyda pada tahun 2017 nih. Eyda mulakan cerita larian pertama pada tahun ini ya.
Eyda bermula aktiviti larian tahun 2017 ni pada bulan Februari. Padahal ada banyak larian di bulan Januari, puncanya Eyda masih tak tahu tempat nak rujuk untuk daftar dan sertai semua larian itu. Makanya agak terlambat untuk Eyda daftar larian pada tahun ini.
Tapi bila dah tau tempat rujukan segala bagai untuk cari acara larian yang akan diadakan. Makin rajin tangan nih mendaftar.
Hasilnya sehingga kini dah mencecah 8 larian yang didaftarkan. Dah 6 koleksi medal tergantung di rumah. Tu pun masih ada lagi beberapa larian yang belum didaftarkan.
Permulaan aktiviti Eyda pada tahun ini, lebih kepada hiking. Eyda nih mana la pernah mendaki, tapi Eyda terima ianya sebagai cabaran buat diri Eyda.
Alhamdulillah Eyda berjaya menamatkan larian / jalan atau lebih kepada hiking nih dengan baik walaupun selepas itu kaki Eyda sakit sepanjang hari.
Acara ini menampilkan kelainan sedikit kerana setiap peserta akan menerima medal masing-masing di puncak sebelum turun mendapatkan sijil penyertaan di kaki bukit.
Bila lakukan aktiviti ini lebih kepada seorang memang cabarannya agak kuat dalam menamatkan acara. Tapi mental memang kena kuat dalam meneruskan acara sehingga ke garisan penamat. Yelah, hiking memang memerlukan stamina dan kekuatan fizikal yang lebih berbanding larian dan berjalan.
Bagi Eyda dengan enjoy dengan pemandangan yang ada, ianya adalah penguat semangat untuk sampai ke atas dan turun dengan baik.Nikmatilah pemandangan yang ada, sempat juga swafoto di papan tanda 1 km terakhir.
Tapi Eyda nasihatkan kepada yang baru memulakan aktiviti sebegini agar lakukan aktiviti ini bersama rakan, sebabnya korang akan lebih bersemangat untuk meneruskan acara ini sehingga tamat.
Bagi Eyda, bila dapat pegang medal dan sijil nih merupakan terapi minda untuk sertai lebih banyak aktiviti sebegini. Seronok bila dapat tengok medal bergantungan di dinding bilik.
Untuk pertama kalinya, Eyda gunakan aplikasi Runkeeper untuk menyimpan rekod data segala hiking, larian atau berjalan. Ini mudah untuk Eyda memantau prestasi Eyda disamping mengetahui berapa banyak kalori yang dapat dibakar untuk sesuatu aktiviti yang dijalankan.
Inilah rekod masa yang Eyda capai untuk hiking pertama |
Sekarang nih, kaki mula gigil nak hiking. Harapnya dapat hiking dengan kawan-kawan.
12 comments
Awesome laaa! Nampak menarik bila dapat medal kat puncak bukit sbb dah confirm2 org yg naik atas takleh ngelat, nak taknak dia kena turun jugak hehehe :D
ReplyDeleteTahniah! look forward for next challenge! saya pun suka hiking & running jugak :D
hanisamanina.com
Dia buat macam tu tak mahu orang ngelat naik separuh.. tapi memang best hiking nih.. apapun thanks Hanis
Deletehebat...brova bravo
ReplyDeleteThanks my friend Zai..baru terjebak aktiviti lasak..
Deleteuishhhhh , hebat ahhhh kak sueeee
ReplyDeleteThanks Zafirah, belum cukup hebat lagi..baru 1st time, banyak kena baiki..
DeleteRasanya kalau saya berlari dgn eyda, saya jauh tinggal di belakang.
ReplyDeleteIni bukan lari sangat, lebih kepada hiking dan jalan..ntah² en.adam lebih laju hiking daripada saya..
Deleteterbaiklah eyda
ReplyDeletemedal tu cantik siak.. I is jeles
ReplyDeletelama tak berlari nih, fuhhh
ReplyDeletetahniah kak eyda sentiasa sihat sokmo la
ReplyDeleteSudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..