Pembayaran Secara Elektronik di Semua Plaza Tol PLUS
4/17/2017 04:20:00 PM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Kepada pemandu yang sering memandu menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) perlulah mempunyai kad Touch N Go, PLUSMiles atau SmartTag dengan segera.
Ini kerana mulai 26 April ini, semua plaza tol di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) akan beroperasi pembayaran secara elektronik 100%. Maknanya tiada lagi plaza tol yang menggunakan pembayaran tunai seperti sebelumnya di plaza Tol Juru sehingga ke Skudai yang masih menggunakan pembayaran secara tunai.
PELAKSANAAN TRANSAKSI TOL SECARA ELEKTRONIK SEPENUHNYA DI LEBUH RAYA PLUS MULAI 26 APRIL:
PLUS NASIHAT DAPATKAN KAD ELEKTRONIK SECEPAT MUNGKIN
Bermula
26 April yang akan datang, semua transaksi tol di semua lebuh raya
kendalian PLUS akan dikendalikan secara 100 peratus elektronik. Bermula
pada tarikh tersebut, tiada lagi transaksi tol secara tunai akan
dikendalikan dan orang ramai perlu membayar tol menggunakan kad
PLUSMiles, kad Touch 'n Go ataupun SmartTAG.
Pengarah
Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata, "Pelaksanaan fasa terakhir
inisiatif tersebut pada 26 April yang akan datang melibatkan 71 buah
lagi plaza tol di antara Juru hingga Skudai. Dengan pelaksanaan ini,
semua plaza tol di semua lebuh raya kendalian PLUS akan beroperasi
secara elektronik sepenuhnya. Sebelum ini, inisiatif yang sama telah
dilaksanakan secara berperingkat di beberapa laluan lebuh raya sejak
tahun 2008."
Berdasarkan
rekod PLUS, kira-kira 94 peratus pengguna yang menggunakan laluan
Lebuhraya Utara-Selatan di antara Juru dan Skudai telahpun menggunakan
sistem pembayaran tol secara elektronik pada ketika ini.
"Justeru
itu, kami menasihatkan orang ramai yang masih belum berbuat demikian
supaya mendapatkan kad PLUSMiles atau kad Touch 'n Go di mana-mana Pusat
Khidmat Pelanggan PLUS di sepanjang lebuh raya sebelum 26 April ini,"
kata Azman.
Menurut
Azman, pembayaran tol menggunakan sistem elektronik adalah jauh lebih
pantas dan lebih selesa berbanding pembayaran secara tunai.
"Lorong
SmartTAG mampu mengendalikan 1,000 transaksi dalam tempoh satu jam
manakala Lorong Touch 'n Go pula boleh mengendalikan 600 transaksi dalam
tempoh yang sama. Lorong Tunai (Keluar) pula hanya mampu mengendalikan
180 transaksi sahaja dalam masa satu jam," jelas beliau.
Tambah
Azman, "Pada masa yang sama, kami juga secara agresif dan mengambil
pelbagai langkah untuk membendung dan mengelak kejadian gangguan
terhadap sistem elektronik sepertimana yang pernah berlaku sebelum ini."
Sementara itu, pengguna lebuh raya PLUS rata-rata menyokong pelaksanaan inisiatif ini.
Mohd
Akhib Mohd Hashim dari Alor Setar, Kedah menyifatkan langkah ini dapat
melancarkan lagi urusan pembayaran tol di plaza-plaza tol.
"Sebagai
salah seorang pengguna sistem elektronik, saya tidak perlu lagi beratur
panjang ketika membayar tol. Sistem elektronik menjimatkan masa
perjalanan saya. Saya juga berharap PLUS membuka lebih banyak lorong
SmartTAG di plaza-plaza tol," katanya.
Isma
Suhaila Ismail dari Ayer Keroh, Melaka pula menganggap pelaksanaan
sistem elektronik sepenuhnya dapat mengatasi masalah kesesakan di Plaza
Tol Ayer Keroh pada hujung minggu dan musim cuti.
"Pelaksanaan
sistem elektronik itu juga mampu mengatasi kesesakan yang sering
berlaku di Ayer Keroh, iaitu pintu masuk utama ke Melaka dari lebuh
raya," kata beliau.
2 comments
harap-harap sistem dia pun makin ok lah
ReplyDeletebetul, jangan sampai menyusahkan sudahlah ya..
DeleteSudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..